Tuesday, April 21, 2015

Marya Hana | The Engagement


Assalamualaikum

Ada lagi ke orang baca blog ni? *krik krik* Dulu semua gambar yang berduyun dalam handphone harus disumbangkan ke dalam blog. Makan untuk blog. Tidur untuk blog. Mandi errrrr.. Apa-apa pun demi blog! Semangat blogging membara-bara uolls! Contohnya balik je dari vacation .. sampai rumah campak beg, terus transfer gambar dalam laptop. Dah draft sikit-sikit dah apa nak cerita dalam blog. Supaya tak lupa benda-benda penting nak share. Kawan-kawan memang malas mintak gambar awal-awal takut-takut dapat makan kaki. Semua gambar wajib masuk blog dulu & baru boleh diagihkan untuk upload dalam facebook diorang wakakaka. Betapa berkuasanya si pemilik camera! I really miss those moments .. Sejak kerja, dah kurang nafsu nak update blog. Memandangkan balik kerja pengsan sampai esok pagi. Dan rutin harian berulang-ulang. Mungkin hari ini, ada kelapangan .. 


Hi kawan-kawan blogger!! Lama nau tak update blog, so aku berhempas pulas kumpulkan beberapa gambar sekitar majlis pertunangan yang lepas. Sebab buat masa sekarang itu yang paling dekat dalam memori. Terima kasih yang wish dalam instagram @maryahana. Tak sempat nak reply semua (:

Pilih tarikh tunang pon migrain. Sebab dalam kepala asyik ingat kerja. Shooting, balik rumah, membuta. Itu ajelah. Bila si dia tanya "dah bincang tarikh?". Belummmm manjang. 


Doorgift paling last minute. Sehari before majlis sesak nafas cari biskut gula tu. Nasib baik jumpa kat Wangsa Maju. Kalau tak haru.. Thank you tag dah tempah awal-awal kat instagram @kawaiiboutique87. Dalam kepala fikir macam-macam lagi yang tak siap. Pelamin belum pasang, fresh flower belum beli untuk handbouquet, sofa-sofa kat ruang tamu belum clear. 

Hal-hal pelamin sempat godek-godek dalam Instagram
ini dari @kaisaracreation

Bab khemah & katering semua mak & aunty aku setelkan. Tengah kerja dapat mesej "kak.. kalau chicken kapitan okay tak? Kuih-kuih kita letak semua kuih nyonya". Whatever .. asalkan tetamu kenyang .. 



Malam sebelum majlis, orang lain semua dah tidur.
Aku still potong-potong bunga (T__T)


MUA dah sampai aku berlari baru nak mandi. Pagi-pagi dok bentang carpet, iron baju. 
Make up by @ismi_maddy kawan sekerja TV AlHijrah 

Ikutkan hati dah tak peduli tudung herot ke hape. Sebab jantung berdebar macam nak pecah dah. Nasib baik Cik Maddy kita ada. 

Terima kasih Maddy! 

Handphone pon ayah yang jawab, nampak tak dah kalut sangat .. hahaha .. 

sambil-sambil tu my mom jenguk bilik dah siap ke belum

Hi anak-anak nyet .. Aaa lama jugak tak nampak diorang dalam blog ni kan? Masing-masing dah insaf. Wokaka. Manis kawan-kawan iolls berhijab. Mulut still seperti dulu kbye. 

sesi perasan mengurangkan rasa gemuruh

Kawan-kawan kita pakai kelabu & putih 

Dengar cerita rombongan dah sampai? 

Before rombongan sampai, aku ada turun bawah panggil kawan yang duduk bawah khemah. Dia lari-lari anak sambil kata "woi apesal kau keluar?". "Nak panggil kau lah .. ". "Mana ada orang keluar bilik sebelum rombongan sampai! Semua orang dah nampak kau lah". Eh yeke?? :P wakakka aku dengan rasa tak bersalah dah tayang-tayang muka kat bawah. 

Atok .......  semoga panjang umur & diberi kesihatan yang baik. 
Boleh tengok cucu sulung ni haaa kahwin nanti. 

Pung Pang Pung Pang .. 

kawan kata muka ni macam tengah dialog 
"cepatlah sarung.. cepatlah sarung.."

bakal .. 

bakal mak mertua dan mak saya

Adik beradik si dia

sedara-mara si dia, terima kasih sebab datang .. 

comelnya anak-anak buah si dia

my family (kecuali bella yg berada di Unimap)

Bila tengok gambar ni .. 
baru teringat oh ramai rupanya sedara mara yang tak bergambar

sedara mara belah mama


Majlis bertunang sekali dengan doa selamat

Kena paksa tunggu, makan sama-sama okay! hahaha

semoga semuanya berjalan lancar hingga ke jinjang pelamin.. Ehhh


bakal menantu perempuan tunggal ni .. wakakak

lepas ni tunggu diorang naik pelamin .. 

Cara-cara yang betul ambil gambar tunang. 
JAUH SEBATU wokakakaka

Wajib ada punya gambar poyo macam ni untuk di framekan..

kawan-kawan dari zaman paleolitik hikhikhik

satu

dua

tiga! (Amek kau!)

Terima kasih datang kawan-kawan dari Ghombau .. 

Hujung 2013 jadi pengapit masa mak ayah awak kahwin

Ex-roomates UiTM yang sangat dirindui ..........

kawan-kawan terbaik di UiTM

(Aren & Marina)
2 pompuan gila ni pon dah insaf, hahaha

selfie pon boleh .. 

Khurra & Feeya (Cik Piah) 

Ni geng yang tertinggal keretapi. Orang nak runtuhkan khemah, kemas rumah.. Dia relax je baru sampai. Then kata "kitorang memang datang nak makan ni .. lapar". Hahahaha.

Selfie di atas pelamin tak dapat dipisahkan. Ibarat lagu & irama .. tetiba

D.I.Y hantaran dari pihak perempuan. Ini je yang tangan ni mampu buat .. 

Dari pihak lelaki.. 


Dah boleh panggil "Encik Tunang". euwwww

Gambar-gambar yang cantik hasil dari photographer yang diimport khas! Hahahaha. Kawan baik kami. Boleh follow instagram @thezairas untuk tempahan. Throwback masa diorang nikah Disember 2014.

Thanks for reading!
Silakan berjanggut tunggu next entry hahahaha



33 comments :

Shazwani Ramly said...

Tahniah Kak Maria. Dah jadi tunang orang rupanya. Cantik sangat akak sekarang ni.

INNANIE ARIFFIN said...

Tahniah maghia!!! Alhamdulillah.

Nanti kahwin jangan lupa jemput Naaa!

jieha nasir said...

waaahhh! congrats kak maghia! and sejak bilaaa kak maghia dah bertudung?? alhamdulilah, makin lawa kemain gedebas gedebum. hahaha =DD . tahniah tahniah.

ReeneeRaaid said...

u look lovely. congrats!

ddjfr said...

lama tak jenguk blog, rupanya dah bertunang dan dah berhijab!

cantik la awakkk..tahniak ek. semoga berkekalan sehingga ke Jannah.

Moon said...

Tahniah!
http://harinumunirah.blogspot.com/

Asyik Izas said...

Congrats Marya..;)

ecadwinkyasha said...

tahniah!!!..lama xmasuk sini tup2 tahu tuan blog da bertunang....nak follow ig lahhh~

Mama Ta said...

tahniah marya!! so happy for you :) nanti majlis jangan lupe jemput. hihi.

Umie Nadhirah said...

kawen nanti jemputla kami. hehe

Marya Hana said...

Shazwany Ramli : Hai dear. Terima kasih banyak .. Alaaa, sama je dulu dgn skrg. hehehe.

Marya Hana said...

Innanie : Ish kejam nau nau kalau kita tak ajak awak. Insyaallah .. blogger2 kesayangan wajib ada di hari bahgia gitew~ Tq Innanie (:

Marya Hana said...

Jieha nasir : Sejak dua menjak ni lah hehe. Terima kasih banyak dek .. (:

Marya Hana said...

Reenee : Tq dear ;)

Marya Hana said...

ddJaafar : Memang harus tak baca blog ni. Setahun sekali baru update wokakaka. Terima kasih banyak awk ;)

Marya Hana said...

Miss sparkler : Tq :)

Marya Hana said...

Asyik Izas : Tq Kak Asyik .. pengantin baru, eh!

Marya Hana said...

Eca Dwinky Asha : After this kena masok selalu lah blog ni. Sbb tuan blog konon2 azam nak rajin update blog muahahahaha. Ye ke idok. Tq ya ;)

Marya Hana said...

Dye yana : wajib jemput u & kak asma! Tq .. ;)

Marya Hana said...

Umie : Mau tak jemput.. Insyaallah meh lah memeriahkan majlis nnt.

Marya Hana said...

Umie : Mau tak jemput.. Insyaallah meh lah memeriahkan majlis nnt.

Haziqah Muhamad said...

Sedaplah dah tunang hmm hmm. Hahaha. Congrats noks! Semoga perjalanan kau nak ke jinjang pelamin dipermudahkan. Amin. :)

EZAN IDMA said...

tahniah marya

cik puan aish said...

taniah! eh aish dah wish ke kat komen sebelum ni? haha tak ingat. sebab last blogwalking entry ni.. blogwalking kali ni entry ni jugak.. so sila update cepat ye. haha ok congrat!

Ms Bery said...

wah tahniah kak hana coz dah jadi tunangan orang & berhijab with geng.. dah lame x blogging nie, ketinggalan pulak isu2 semasa.. anyway rindu nak bace entry kak hana lagi.. kalau kawen jangan lupe ajak tau lagi2 kek ghombau tu.. insyallah boleh pi tengok kak hana live.. ahaha :D

Lea IsNawi said...

selamat menjadi tunang org

:)

ernahazwani said...

Tahniah ye sis....Mudah2an kekal ke jinjang pelamin dan seterusnya ke Jannah.

http://alongwawaerna.blogspot.com

Mrs Nurain said...

tahniah ...syukur..:) Happy nya awak. Nanti giliran saya pulak hikss. Salam perkenalan Marya Hana ^^ http://msnurain.blogspot.com

Mashitah Mamat said...

tahniah...cantik !!

Syazwani Mazlan said...

wahhhh tahniah... lama xjenguk sini

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

congrats dear. hihihi hujung tahun bru wish. btw, cantik sgt awak. =)

Cheq hanie said...

Cantik dan sweet...

Cheq hanie said...

like