ARIGATO GOZAIMASU.

Saturday, December 1, 2012

Finalis Carian Gadis Konfiden Kotex Fresh|Boot Camp


Assalamualaikum 

Ramai gila hantar mesej merungut-rungut bila Kak Maghia nak update blog? Dah tak sabar-sabar ke nak baca pengalaman sekali seumur hidup pergi boot camp di Club Med Cherating. Ya Allah sangatlah best best best best best best best best best best best best best best best best best best. Dah copy paste macam  tu toksah pertikaikan lagi. sememangnya BEST! Sebelum baca perenggan yang seterusnya, adalah baik jika anda semua tahu yang entry ni sangat panjang. sebab aku akan gebang satu per satu aktiviti-aktiviti yang dijalankan kat sana. anda sanggup? Hihihi. so,tanpa membuang masa dan tenaga jari jemari. JOM! 


Sebelum pergi boot camp, pertama sekali aku double check senarai barang yang harus di bawa, pastikan tempat perlepasan, dan yang paling penting paksa bapak aku mintak cuti hari Jumaat semata-mata nak hantar aku situ. Rasanya macam nak pergi 3 hari 2 malam je. tapi bag aku macam nak pindah terus Cherating. bila keluarkan barang "EH NI PENTING NI..". then masukkan semula. peel ni peel.. 


Malam sebelum ke boot camp perasaan bercampur-baur. Excited and nervous yang tak boleh digambarkan.  Mengenangkan ini satu competition so aku tak boleh sambil lewa/lemah longlai/suam-suam kuku. kennn?

30 peserta Finalis
Gambar pertama kami sebagai 30 Finalis Carian Gadis Konfiden Kotex Fresh 2012. Kami harus berkumpul di pejabat Kimberly-Clark seawal 7.30 pagi.
Masing-masing malu-malu kucing 
Masa breakfast dah keluarkan taring sikit-sikit
berkenalan dengan finalis lain sementara menunggu

Setiap orang dapat satu bag hijau tu. diisikan dengan pelbagai jenis pad dari Kotex. payung, notebook,pen, baju dan banyak lagi. Suka benda free ni! Hahahaha
Kawan-kawan terawal aku. sebelum bermula, semasa aktiviti dan Alhamdulillah sehingga ke akhir boot camp. Kebanyakannya "adik-adik" okay. bila tengok senarai finalis terasa begitu kertu. Finalis lain tahun 1990+ an. Pelbagai peringkat umur boleh join. cuma kena canang satu kampung vote banyak-banyaklah. Tapi bukan sekadar vote diperlukan. Tagline pun mesti yang original and creative! Barulah Konfiden!
Wie Maghia dan Ika
(budak-budak suka ketuk pintu bilik untuk iron baju haha)
Selesai briefing gedebak gedebuk. Kitorang dah boleh angkot bag terus naik bas.



Satu-satunya finalis berbangsa India, Pinky Arjan Parwani
dia sangat soft spoken jika dibandingkan dengan aku

Aku finalis pertama yang Pinky kenal. Masa tu aku tengah angkot bag dengan ayah. Then nampak dia macam melilau-lilau. so aku pon tegurlah "hi, are u finalist? 2nd floor jom!". Then dia tanya aku duduk mana bla bla bla akhirnya dia taknak berenggang dengan aku dah, melekat sampai kat Cherating. ke mana-mana sahaja ada Marya di situ ada Pinky. 

Sampai di R&R Temerloh, kitorang lunch beramai-ramai. Makanan disediakan memang sedap! Masa tu nak melantak silakan sangat. sebab pagi tadi breakfast secubit dua cubit je. sibuk sangat nak berkenalan masa tu. Masuk dalam bas, bergelimpang masing-masing. Kadang-kadang kami dikejutkan untuk dengar briefing mengenai tempat penginapan, apa yang boleh buat, apa yang takboleh buat untuk dijadikan panduan untuk we'olls yang tengah over excited ni. hehe. Ada satu permainan kitorang main atas bas. Baru ku tahu rupanya antara finalis, ibu jari aku paling panjang. Omaigod! Hahahaha. 

Pukul 2.30 petang tiba di Club Med Cherating. Semua finalis macam terima satu kezutan yang amboi MERIAHNYA! kedatangan kitorang disambut dengan lagu yang agak rancak (dah tak ingat lagu apa), Kotex team, Nad Zainal, Kak Azah 3R, dan semua pekerja di Club Med Cherating seakan-akan melambai-lambai sepanjang jalan masuk dan tak lekang di bibir "Congratulations" "Welcome to Club Med Cherating". Terasa seperti VVIP. First time dilayan seperti ini. Hulur air and wet towel, macam bidadari kayangan. 

Memperkenalkan Kak Azah 3R sebagai Fasilitator dan Nad Zainal sebagai Artis Jemputan. Pukul 4 petang kami dibenarkan untuk masuk ke bilik. sepanjang jalan mata meliar tengok kawasan sekeliling. Cantiknya.. Inilah pengalaman pertama jejakkan kaki kat Club Med Cherating. Roomate pon dah ditentukan oleh pihak Kotex. so siapa roomate Kak Maghia? jeng jeng jeng. 
Lyssa Faizureen. kenal dia kan? famous blogger kot. dah sama-sama blogger ditakdirkan duduk satu bilik. apa yang lebih memeranjatkan? Lyssa orang pertama yang Kak Maghia jumpa masa kat Kelana Jaya. sempat tegur sekejap dalam lift. Tak sangka bakal jadi roomate. 
pemandangan dari balcony
pakai handphone je. camera tak kose nak bawak.
[kiri: Kak Maghia] [kanan: Lyssa Faizureen]



gambar pertama menjadi roomate. after godek-godek apa yang ada dalam bilik ni.hehe. and Kak Maghia dapat tahu yang Lyssa ni baya adikku iaitu Bella Lim. Baru 20 tahun. dalam keterpaksaan aku bahasakan diri "AKAK" tau uollsssss. muka berminyak dah boleh goreng nugget, lepas mandi-mandi kitorang bersiap untuk aktiviti pertama Zon Anda dan Saya.


Untuk Zon Anda dan Saya, kitorang berkenalan dengan Fasilitator Kak Azah. dan cuba untuk kenal 30 orang finalis lain. kemain bebal nak masukkan nama sorang-sorang dalam kepala hotak ni. haih. Seterusnya Sesi 1- Zon Perhubungan.  Masa zon ni aku menang, so secara automatiknya aku bakal jadi 'penghulu' pada hari Sabtu.
Dinner
dinner with Nad Zainal. Masa mula-mula nampak Nad, rasa macam seorang gadis yang cantik dan lomah lombut. tapi jangan tertipu okay. dia sangat sempoi & gangster macam aku jugak. oh. oh. oh.
adik-adik hakak. Lyssa dan Wie.
Sesi 2- Zon Senaman. Esok paginya bermula tugas aku sebagai penghulu. pastikan semua finalis ada dan datang tepat pada masa. Zumba! 30 minit kitorang senaman tanpa henti. Yang penting terbakar lemak-lemak yang 'kurang' ada kat badan ni, ekekke. syok! menari sambil senaman. baru aku sedar rupanya aku tak pandai menari. tengok diri sendiri kat cermin dah macam yeyek sangat. tak boleh masok Akademi Fantasia. Mengamuk Linda Jasmine! hahaha.
tarik nafas.. kentut! tarik nafas.. jangan lepaskan. hehehehehhe.
breakfast dengan busuk-busuk badan. kesah?
hari-hari makan sedap je. sampai juling bijik-bijik mata nak makan apa
Comey sangat Nad makan koko krunch+orange juice
makanan
pon makanan
mentedarah
tangkap gambar orang pulak

telan air liur. gulp


Sesi 3- Zon V dan Sesi 4- Zon Kerjaya
Banyak benda baru yang kita belajar, selama ni tak pernah bukak mata pon
on the way balik bilik sempatlah bergambar sakan
dah mandi-mandi kena bersiap untuk Sesi 5- Zon Menghias Diri
Before and After makeover
teknik yang betul untuk make up. penjagaan kebersihan alat make up. penting tu .. Dengan tertinggal getah rambut. Kami mulakan Sesi 6- Cabaran Club Med. 
Salah seorang finalis yang melakukan cabaran Circus Trapeze
Kena ada kekuatan tangan, dada, dan lain-lain. kalau tak balik rumah sakit pinggang

focus focus! 


Pada sebelah malam, acara yang ditunggu-tunggu! Sesi 7- Party Kotex Fresh! Dengan artis jemputan iaitu Hanis Zalikha dan Dazrin Kamarudin (pelakon Adam dan Hawa).
banyak lagi gambar. tunggu pihak Kotex upload di page IKnowMovement.
bersama si cantik Hanis Zalikha

Cik Epal with Cik Mengkudu hehehehehehehe :')

Pinky, Miss Juliana and me
Pucat lesi muka aku, before make over. lipstic pon tak pakai
Nad Zainal
Still Photographer, Kelly
Naziera
Aisyah, Pinky and me
Afni and Mastura

Kak Azah is the best Facilitator ! tak lokek berkongsi pengalaman ..

finalis yang seterusnya, famous blogger jugak ni. Jane Lau
with Yana

Malam yang mendebarkan. Setiap finalis kena berucap sorang-sorang bagitahu "KENAPA SAYA HARUS JADI JUARA". amboi kenapa pulaknya? gasaklah belasah je. Oh ya, paling best kitorang datang dengan make up yang tipis. Tepek foundation sikit-sikit. Pihak dari Maybelline akan buat MAKE OVER. Tarik nafas.. Bukan setakat make over tau. After that kami terus photoshoot untuk individu, group, semua finalis. Pakai cantik-cantik, make up, photoshoot semua aktiviti yang orang perempuan suka. Terima kasih untuk memori ini. 

Party habis dalam pukul 11.30 malam, puas bergambar berjoget walau kaki terseliuh. Rasanya dah lama tak berjoget kecuali berjoget syok sendiri dalam toilet sambil syampu. Kantoi, LOL. Balik-balik bilik dah kena kemas barang. Esok pagi pukul 9.30 pagi zon terakhir iaitu Zon 8- Kita Adalah Pemenang! Masing-masing dalam hati macam ada bom! tunggu nak meletop je. Tapi konon-konon chill je. Lepas breakfast, berkumpul untuk umumkan pemenang. Semua nampak tenang. Kalah atau menang adat pertandingan, memori sepanjang jadi Finalis tak dapat dijual beli. 

roomate buat kali terakhir

with Mastura. macam model kan dia? 
kengkawan gosip sebelum tidur
adik-adikku. huuuu kertu
Zon 8- Kita Adalah Pemenang!

Masa ni Kak Azah bagitahu. Untuk award Miss On Time diorang takda pemenang lagi. so kami di antara finalis-finalis harus vote. Untuk cabaran club med, ada 6 kumpulan. so setiap ahli kenal sangat peel ahlinya yang lain. Kak Azah suruh hantar seorang wakil untuk setiap kumpulan yang dirasakan selalu bebeno ON TIME. so ahli-ahli aku kata "Marya pergi Marya pergi". so aku ponggg pergi. so tersepuklah 6 orang kat depan nun. Kak Azah suruh pandang belakang supaya kawan-kawan lain senang nak undi seikhlas hati. 

Masa sesi mengundi dalam hati kata "habislah aku. cantik pon idoklah cantik orang nak undi. On time pon macam menggelabah semacam je aku bersiap setiap pagi. dengan hair dryer rambut berejam". AH PERSETANKAN. hehe. Then tetiba sorang crew ni belek tag aku. Marya NO 10. aku tak expect apa-apa sebab dia belek jugak finalis sebelah punya tag. so buat rilex lagi. Maka.. tamat sesi mengundi. duduklah balik di tempat masing-masing nanti dapat ikan masin. hmmm. 

Tak sempat panaskan bontot kat kerusi tu, Pinky kata "you dapat undian paling tinggi". ok tersentap sekejap. macam tak percaya. tapi buat rilex lagi. Award lain disampaikan dulu. Best Player, Miss Congeniality.. masa Miss Revolution entah kenapa aku macam berdebar-debar. Malam kedua Kak Azah ada bagitahu. Untuk award Miss Revolution ni, judges akan nilai siapa antara finalis yang ada kenaikan potensi dari hari pertama sampai hari terakhir. aku tak menaruh harapan pon. Harapan Marya kan selalunya Hanya Impian. kekekekeke. tetiba si Nad umum "Miss Revolution dimenangi oleh Kamaria Hana Bte Kamaruzaman". terus parkinson situ! macam ayam berak kapur. betul ke aku? betul ke? Alhamdulillah..



berdebar menanti keputusan

Tibalah masa diorang umumkan pemenang Miss On Time. Si Nad lagi yang umumkan. "Pemenang Miss On Time ialah.. hmmm director kita menang lagi. Kamaria Hana Bte Kamaruzaman!". Lagi sekali aku parkinson kat situ sebab kelam kabut nak tanggalkan selempang Miss Revolution tadi tapi tak berjaya. sudahnya Kak Azah kata, takpa pakai je dua-dua. Thanks para finalis yang undi Kak Maghia. leb u all! 


sumber : IKnowMovement
7 pemenang Sub Kategori. patutnya 8 orang pemenang kot.
sebab aku tamak ada dua selempang :D


Pemenang bagi setiap kategori :

Best Team Player : Chinta Ily Bt Mokhtaruddin

Best Team Leader : Nur Zaireen Bt Mohd Zait

Miss Congeniality : Teh Mei Yi

Best Communicator : Norain Bt Abdullah

Miss Revolution : Kamaria Hana Bte Kamaruzaman

Miss On Time : Kamaria Hana Bte Kamaruzaman

Most Fun Girl : Ku Nor Afiqah Bt Ku Abd Halim

Miss Fashionista : Nor Mastura Bt Ahmad Tajudin


Ikhlas dari hati, walaupun yang lain tak menang apa-apa award. tapi sekurang-kurangnya berpeluang jadi Top 30 Finalis Carian Gadis Konfiden Kotex Fresh 2012. Bukan senang kan? 30 dalam beribu .. Tahniah! Dapat RM1000 setiap sorang. Untung-untung dapat pergi free, buat aktiviti best, dapat RM1000 pulak! wow. Thanks Kotex Fresh !


Miss Juliana bagi 2 polaroid camera untuk kitorang rakamkan kenangan kali terakhir kat Club Med Cherating. best sangat! pose pose pose!

Swit Chee
Ika menang Most Fun Girl. dia memang becok cotcetcotcet hehe :D
bergambar sampai tak ingat dunia, nak balik KL pengsan tengok battery kong

Lyssa, Marya, Intan, Fira
roomate.Twin Sharing kan..
balik KL jalan jam gila. Patotnya dijangka sampai pukul 6.30 petang tapi pukul 8 baru sampai kat KL Sentral. usung bag dengan kaki tempangnya. 

Habis dah gambar berposing sakan. Ni barang-barang yang Kak Maghia bawak balik dari boot camp ni. jom check it out. hehehehehe.. 

Sijil Miss Revolution, Miss On Time, sijil penyertaan, notebook dan pen dari Kotex
Thumb drive yang aku menang masa zon 1
payung dia purple okay, my fav colour
penaja seperti Munchy's dan Cosmopolitan Magazine
Bag dari Kotex dan Maybelline bagi barang-barang make up
kitorang dapat jacket konvo tau
ni ibarat jubah konvo
Jacket Konvo Carian Gadis Konfiden Kotex Fresh 2012
Thanks to Miss Juliana, Miss Adeline and Aaron 


Kalau nak bercerita pengalaman yang kami dapat, memang takkan habis. Best sangat! Thanks kepada Kotex sebagai organizer kerana memberi peluang berharga untuk jadi Finalis Carian Gadis Konfiden Kotex Fresh.. memang pengalaman sekali seumur hidup! Next year kalau ada lagi, uolls try nasib. Thanks for reading. Bye :')

P/S: Boleh baca juga di blog Lyssa and Cik Epal .



59 comments:

Diya Edhayaa said...

muka marya ade iras2 HZ laa... :)

Mira Cikcit said...

Bestnya kak yaya! Rasa sedih pulak tak dapat peluang nak join :'(

IlhamLiyana said...

entri panjang! tp baca smpai habis sbb best! hehe tahniah marya. sama la kita kertu jugak (23tahun). T_T wuwuwu.

Namee Roslan said...

hoh...kita yang pembaca ni pulak yg rasa teruja !! camp yang sgt mewah ni. ingat kan dalam hutan ke. hehe.

Secrets of A Teenage Girl said...

bertuah sgt sbb terpilih sbg finalis.. ramainya blogger2 hebat dpt masuk jugak..mmg terror lh..btw, congrats dpt mng 2 tempat..hadiah menarik sgt! jeles tgk gmbr..hehe ;)

http://pinksolovely.blogspot.com

Innanie | Ariffin said...

patutlah lama senyap... tahniah maghiaaaa.. hebat ah!!! hebat. bangga ah!!! tahniah. tahniah. tahniah. eh berapa byk tahniah daaaa! well, being beauty is good, but being confident makes you perfect!!! ;0

iyka zulaika said...

bestnyaaa. pengalaman baru :) tahniah kak maghia :))

IpMan said...

Huwau! Seronok betul u kan..
Tahniah love!

dye.yana said...

waaa...best je tengok!! rasa nak join jugak!!

congratz for both award. mestilah jadi missontime sebab penghulu kan..hihi..

Shazwani Ramly said...

tahniah kak maryaaa. seronok baca entry kali ni. :)

Elie Lily said...

sakan kak maghia kita hah. hahaha.
congrats and maap kak yaya, elie lama tak menyinggah sini. buzy benauu! hehe

kura said...

peh. best gila laa, menang sampai dua tu kak marya. fuh! nak jd miss jugak laaa. hahaha

Lyssa Faizureen said...

amboi , kak maghiaaaa . panjanggg sgt . tak sempat nk bca . nnti bru baca . hahahaha .

*bila nak send gambar kt emel haaaaa ???? :p

Asma Azuani said...

tahniah miss revolution.

maghia...kak asma baru perasan rambut maghia dah panjang...hehe

one of the finalis, intan liyana tuh junior akak masa sekolah menengah.. :)

nice experience kan maghia, u are so lucky :)

Rozuan Ismail said...

menarik betol.huhu.ramai jugak blogger ye

syieda_syaada said...

wahhh bestnyaa kak maghiaa..meriahh bebeno tgk gambo2 tu suma..hee btw beg dgn jaket tu cantek and comel je hehe :)

Indah Mulya said...

amboi sakan bercamping ni! hehe..ape pun, tahniah la maghia..smpai 2 anugerah awk sapu ha :D

hazanis said...

bestnya. :)
ramai blogger kat sana.

GincoMerahJambu said...

best nye kak marya!! tahniah siap dapat dua lagi taw..tahniah tahniah tahniah

intan liyana said...

erm2..best2...ad jugak pic kite....rindu maria...

Miss A said...

wuhuuu, hebakk nye lahh kak kamaria hana ni <3

Me adore you,sissy !

Atiqah Wadiah said...

waaa..congrat yaya..den banggo dgn yaya ^.~

Marya Hana said...

Diya Edhayaa : rasanya cheekbone yg sama kan? aaa, ni dah org ke berapa ckp benda yg sama.

Marya Hana said...

Mira Cikcit : cikcit dah pernah join 2008, oklah tu! boleh cuba nasib next time.. tapi Kak Yaya rasa besttttt gila kat sana ! :')

Marya Hana said...

IlhamLiyana : panjang kan entry i kali ni? actually banyak lagi boleh cerita tapi takot uolls zzzz je. haha. yep 23, kertu gitu.

Marya Hana said...

Namee Roslan : tak tak, boot camp yg sgt mewah, best sangat! :')

Marya Hana said...

Secrets of A Teenage Girl : Haah, blogger banyak pengaruh kot. sbb salah satu faktor utk terpilih ialah jumlah undi.

Thanks dear (:

Marya Hana said...

Innanie | Ariffin : setuju dengan u. hehe. haah senyap lama kan? senyap sebab pemalas update blog pon ya jugak. muahahaha. jujur jujur.

Thanks innanie ..

Marya Hana said...

iyka zulaika : pengalaman baru yg sangat berharga! thanks dear..

Marya Hana said...

IpMan : hehe, mekaseh yang .. <3

Marya Hana said...

dye.yana : haha, pandai.. mesti sebab penghulu. so org undi kennn. next time sila join (:

Marya Hana said...

Shazwani Ramly : thanks dear. best sebab panjang dr biasa kan? haha.

Marya Hana said...

Elie Lily : its okay. akak pon busy jugak. busy membongkang kat rumah, ekekke :')

Marya Hana said...

kura : euw ko ni, terok. miss kura-kura!

Marya Hana said...

Lyssa Faizureen : haha, okeh nnt akak send. asyik terhilang ingatan je tau.

Marya Hana said...

Asma Azuani : dah panjang, tu pon before pergi cherating gi potong rambut lagi. kehkeh.

oh budak intan tu? haha. rakan gosip sebelum tido. kihkih..

Thanks kak asma :')

Marya Hana said...

Rozuan Ismail : haah, agak ramai. Blogger kan banyak pengaruh. aku je blogger picisan situ.

Marya Hana said...

syieda_syaada : meriah bebeno habaq hang. haha. thanks dear..

Marya Hana said...

Indah Mulya : sapu, vacum bagai! haha. thanks dear..

Marya Hana said...

hazanis : sangat best, ramai blogger. tapi rasa semua sama je. mcm adik beradik..

Marya Hana said...

GincoMerahJambu : mekaseh mekaseh mekaseh tau, hihi.

Marya Hana said...

intan liyana : haruslah ada nok. ko kan sebelah bilik aku je. makang pon sama-sama. apa ada hal, haha.

Marya Hana said...

Miss A : aww, kembang 2 saat. thanks dear :')

Marya Hana said...

Atiqah Wadiah : den berbanggo jugak dengan ekau. berjaya baca entry panjang ni sehingga ke akhirnya. hehe. thanks dear :)

Namee Roslan said...

maryaaaa !!! namee nak jemput marya juga !! dekat ye ?? hehe. pm address kat email nameeroslan@hotmail.co.uk . namee bg card ok :) boleh bawa kawan juga :)

Mysara Ab Rahman said...

wah bestnyer..ada tgok dlm blog lyssa..gmbr yg ramai2 tu and ada gmbr kak maghia..
tu tertggu2 gk bila kak maghia nk post pasal ni..

eZmALiZa said...

perghh!! entry pjg gile cecah lantai pon i bace sampai abes. hahaha :D

mmg best gile la u maryaaa... anyway, congratulation... sgt2 best bace cerita pengalaman marya :)

iedaurora said...

nampak sangat fun! congat dapat 2 anugerah ^_^

sue. said...

love maghiaaaa...

miss farhah said...

congratulations marya ! u so cute ! and we have the same turqoise dress. hahaha :P

Marya Hana said...

Namee Roslan : okay, thanks namee! eh seronok nak kahwin....

Marya Hana said...

Mysara Ab Rahman : hehe, tulah kan. dah post pon. tapi tersiput sedut sikit ah :D

Marya Hana said...

eZmALiZa : berjela-jela. boleh buat novel kot :P

thanks eZmALiZa :')

Marya Hana said...

iedaurora : thanks dear! mmg best , syok dan perkataan seerti yg lain.. :D

Marya Hana said...

sue. : love sue .....

Marya Hana said...

miss farhah : thanks dear, oh really? tp i pakai senteng sikit.

shera haifa said...

cantiknya thumb drive tuu

Marya Hana said...

shera haifa : takkan boleh dapat di mana-mana, kenangan tu..

kay_are said...

enjoy kemain boot camp ni.. macam2 aktiviti last2 dapat rm1000.. memang best sangat.. paling penting.. pengalaman yang dapat tu kan.. =)