Assalamualaikum
Dimulakan dengan pepatah Melayu "sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri". Takmo der campur hal rumahtangga orang, dosa youuu. Tapi just nak kaitkan dengan hubungan adik beradik. Boleh ke? Dari kecik sampai masing-masing dah ber'boyfriend memang tak ah aku dengan satu-satunya adik perempuan (Bella Lim) berbaik-baik. Ada je modal nak ditengkarkan, menggigit lidah sungguh.
Sebagai kakak sulung yang berwibawa aku jelah mengalah. Jarang sekali kitorang boleh 'ngam'. Dulu kalau gaduh bukan je mulut pongpangpongpang. Kaki & tangan turut bekerjasama! Siapa suruh mak aku nganto kami adik beradik belajar taekwondo? INI MAKAN DIA. Aku flying kick, kau balas back kick. Sampai dua-dua keluar air mata darah baru boleh stop T_____T rehat lima minit pastu sambung balik.
Kat sekolah dia belajar pandai, aku so so je. Bila ayah hadiahkan dia permainan 'Monopoli' sebab dapat nombor berapa entah (buat-buat tak ingat sebab dengki). Hmm then aku dengan adik lelaki aku (Affan) mula bergosip "tak aci kan ayah belikan dia? blah3x masukkan cili padi sikit then tumbuk sampai lumat". hahaha. Membakau kaw-kaw punya.
Kini kami sudah dewasa.. Bergaduh lagi? Eh opcos! Tapi cepat sejuk tak macam dulu bertumbuk bagai. Lepas gaduh boleh kongsi Chipster bersulamkan air coke letak ais perghhh layan Runningman. Yang lagi best, malam before tido kitorang selalu berkongsi pengalaman hal universiti/boyfriend/kawan-kawan/etc. Selang 2 saat je gelak (>__<")
Dari kecik memang tak sekutu. Aku berkepit sebelah ayah. Bella yang tengah main rambut Affan tu. Nampak tak aku ketap bibir? Rasa nak lesing je si botak tu hahaha
Perempuan tu takkan sesekali mengalah. Contoh kalau ambil gambar berdua lepas preview gambar tadi, ada dua kemungkinan keluar dari mulut dia. Yang pertama "Aku buruk, tangkap lagi sekali.. lagi sekali.. lagi sekali.." sampai muka dia Memey Suhaiza habis dah. Kedua "hahahaha kau buruk aku lawa, jangan dengki gi delete gambar tu eh?". Begitulah awan nano nano nano. Ada perkara yang kita boleh tolerate sebenarnya.
Seiring dan sekata buat eksperimen! Tak gaduh
Bella beli kat Daiso Japan
Taraaa! We'olls buat ais krim Milo (tu je ada kat rumah)
Sempat makan ais krim Milo sama-sama before dia balik Unimap. Bila dia takda memang terasa sunyi rumah. Bella tu macam musang. "Malam berjaga, siang membuta". Bila dia takda ni aku rasa hina gila. Asal bangun tidur je aku orang terakhir. Kalau ada dia, aku rasa champion! Aku bangun tidur,mandi,makan,tengok Wanita Hari Ini dia still berdengkor. Malam-malam buat kerja Runningman marathon. Hmm. Thanks for reading, bye! :')
-------------------------------------------------------------------
P/S : Perhatian kepada sesiapa yang berminat untuk mengiklankan product atau apa-apa sahaja di blog ni. Boleh hantarkan email di pontianak_maria@yahoo.com
-------------------------------------------------------------------













































