ARIGATO GOZAIMASU.

Friday, November 16, 2012

Berita Hangit, Hangus dan Terkini.


Assalamualaikum kawan-kawan :')

Hawauyuuu? Hawau betul menaip dengan keterujaan hati ni. Menaip pon terasa gampang sentiasa. kalau nak tahu kenapa teruja sangat, lek lu! Tunggu di penghujung entry. Muehehehe. Aku paling benci entry konon-konon surprise ni. Walhal benda yang nak di'surprisekan tu non hadoooo je. Tapi korang tolonglah ek buat-buat terkezut. Baca sambil melopong kembang kembangkan hidung ke apa. ikot kreativiti masing-masing. Kalau aku konon-konon terkezut tertekan [X] belah kanan tu, muahaha. terus tak jadi surprise.



kita kasi umpan dulu. cuci-cuci mata tengok gambar Kak Maghia dengan besties zaman sekolah. Kitorang mentedarah kat Seoul Garden KL Festival City. memang fav den! dulu kini dan selamanya :')
pompuan pompuan kaki melaha
taktau melaha tu apa? tanya orang Melaka. 
Seoul Garden KL Festival City paling dokek nak poei dari ghumah den
budak-budak tak reti masak ni. meletup letup minyak masa iolls ambik gambar tau
biawak-biawak bergambar
Daytona. Zaman kerja part time kat Isetan lepas SPM dulu, tiap-tiap habis lunch mesti laburkan duit ke Daytona. Bukan nak masuk tabung ke hape. entah, puas hati! Pemenangnya ialah.. Kak Maghia lah! Bawak Auto je okay? AUTO. haha. Mamat cina belakang tu sokong aku, walaupon aku gelak macam lahanat bila kereta terbabas beberapa kali. Tak kisahlah uolls, i menang jugek. K bye. (makan hati tak). 
Tak cukup hujan tiap-tiap hari. Nak hujankan tiap-tiap masa pulak dengan nyanyian yang merdu itew

Before update blog. Tergerak hati nak melawat page iKnowMovement. Haritu pihak Kotex ada call then dia kata belum confirm terpilih lagi. nanti hape-hape dia akan update kat page tulah. Hari-hari aku check, takda apa. so hari ni berbekalkan naluri keibuayaman, aku pon check!

Nampak pengumuman ni. What? Dia dah umumkan Top 30 Finalis Akhir? Ogosh! resah tak tentu pasal ni kenapa. kata gadis konfiden. kena lah konfiden sikit. Lepas tekan link yang diberikan, aku tutup mata. 5 saat baru berani bukak mata. (agak-agak page tu dah habis loading). Depan mata penuh dengan nama. Scroll down cari huruf K di hadapan. macam takdo, dah nak meraung. Sekali.. haihlah tak cari betul-betul. Baru tengok finalis satu sampai lima, terus skip tengok 30. memang tak jumpalah. 
Alhamdulillah! Terima Kasih kawan-kawan yang vote, ajak kawan-kawan vote. and jutaan terima kasih kat followers blog Marya Hana. berkobar-kobar semangat anak merdeka nak vote Kak Maghia. Penyertaan seramai lebih kurang 1020 orang. Aku yang ke-16 memang dah syukur alhamdulillah ..
Persaingan sangat sengit. Banyak gilos penyertaan. Kalau nak belek 1-1 page sampai aku beranak lima pon bolum tontu habis laei. Terima Kasih melayakkan Marya Hana dalam Top 30 Finalis Akhir Gadis Konfiden Kotex Fresh 2012. Thanks for reading, bye. 






Saturday, November 10, 2012

Membeli dan Blah.


Assalamualaikum kaum-kaum ibu.
Kenapa kaum-kaum ibu? BACA. 

Posisi mana yang sesuai untuk update blog? Duduk atas kerusi diam-diam bukan jalan yang terbaik untuk update blog. KEJUNG aku dibuatnya. Idea pon segan silu nak singgah. But as for me, lebih selesa if baring atas katil laptop letakkan atas perut. memang buruk perangai kalau uolls cuba bayangkan. Ada tak diantara uolls yang terkenan or sama pe'el? Kita mengetengahkan prinsip 3S. Selesa, Santai, dan Sakai! hakhakhak. Okay sebenarnya gini, yang kekwat sangat update blog sambil berbaring tu sebenarnya senang hati semalam berjaya setelkan practical report. Alhamdulillah.. Dari Puncak Perdana gigih buat hard cover kat Seksyen 2 Shah Alam. Dulu ada boyfriend sama-sama tempat belajar heaven kemain. nak pergi mana semua ada orang bawak. sekarang kena berdikari naik bas, beli tiket bas, turun bas, terbabas. hmmm hmmm hmmmm :'(

dua report tauuuuuu. 

Dari pukul 11.30 pagi sampai orang balik sembahyang Jumaat setia print photostat bagai. Bukan nak ngorat budak-budak balik sembahyang Jumaat lengkap berbaju Melayu #sooohandsome. Tapi nak pastikan semua report lengkap sebelum buat hard cover. Tak kose buat kerja dua kali kalau dah tersilap font spacing segala natang tu. Kebetulan perut meminta-minta disuapkan dengan KFC. after setel hal hardcover, terus gerak untuk mencekik apa yang patut. 

Berpantun dua kerat dulu, ehem ehem terlebih dahulu teguk air masak untuk mengelakkan terkeluar suara jantan. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. #berpantun dengan lemah lembut seperti sutun. Aku dan Fatin merewang-rewang disekitar PKNS. "Eh ya, jom pergi kedai buku. nak beli novel". Alik-alik dia tak beli novel ponggg tapi aku sakan membeli dan terus blah. Memandangkan aku perasan ada beberapa orang blogger yang follow blog ni adalah dari golongan ibu-ibu. so apa salahnya kita berkongsi apa yang terbaik untuk anak-anak. #Gaya toksah nak kalahkan pakar kaunseling keluarga. Mari lehat yang ibu ibu :')

Kedai Buku Marwilis, Kompleks PKNS
Taraaa! 3 buku yang aku sempat beli. yang tak sempat beli sebab fatin dah ajak blah.haha
12 Cerita Akhlak Terpuji RM 29.90
beli untuk Zaqwan. semenjak dah pandai membaca, kamus pon dia baca tauuu.
mesti dia tak sabar nak baca, colourful! penanda buku pun cantik. 
"Akhlak mulia semua orang suka..."
Aku tertarik dengan cover buku yang comel ni. 
sebenarnya kakak dia yang nak tumpang baca.
sesuai untuk budak darjah satu. tulisan jelas tak payah pakai kanta pembesar
Menarik kan? dah geram-geram. cari lagi satu buku.
Koleksi Hebat Kisah Moral RM 19.90
after this kompem kena basuh dengan adik sendiri, kurang moral.
Kenapa zaman aku dulu takda buku macam gini? #so sad
alololo tomei angat angat
senang ada penanda buku macam ni kan? tak risau tercicir ke hape ke.
33 Pesan Nabi. Jaga Mata Jaga Telinga Jaga Mulut RM19.90
Yang ni aku punya. Indonesia Bestseller! 
kok ada dalam edisi Bahasa Melayu ya pak? Happy bangat sih.
Luar comel, Dalam Comel. 
Then singgah booth Guardian. ada diskaun uolls! ^^
rasa macam nak pergi lagi, semalam rambang mata. 
so berlalu pergi tanpa banyak membeli. nafsu mati. 
2 for RM10
tak hengat harga, main bayar je. tapi lagi murah dari harga asal
beli dua pencilcase. RM3 each.
untuk Zaqwan yang kuat hilangkan pencilcase u___u"
Mask ni takda diskaun so aku beli dua je
My Beauty Diary 
Strawberry Milk Mask & Honey Strawberry Mask  
Strawberry Milk Mask RM 4.90
Honey Strawberry Mask  RM 4.90 
nak try mana yang best! nanti boleh beli 1 kotak

Tak sabar nak torai malam ni sebelum tidur, untung dapat mimpi Ji Jin Hee oppa! 
Thanks for reading, bye.

p/s : Untuk yang bertanya aku tangkap gambar pakai camera apa, Samsung Galaxy Note je. Kak Maghia pakai DSLR masa kenduri kahwin or event penting je. 




Wednesday, November 7, 2012

Jalan-jalan Kuala Selangor.


Assalamualaikum 
[Ini cerita semalam, malas nak peram-peram]


Menaip blog seboleh-bolehnya dalam keadaan yang waras. tapi kondisi aku sekarang hanyalah satu per tiga waras. Juga menaip sambil tahan kencing. Memang tak menoleh ke belakang dah. Typo ke hape jadah lantak pi kat hang. Semua gara-gara pagi tadi Kak Maghia bangun awal siapkan report. Tak pernah hilang akal sampai macam tu sekali selama menjadi pelajar universiti. Kalau tidak kemain membongkang kepit Mamee  tepi ketiak sambil tengok movie Aku Terima Nikahnya. cis! rupanya sifat kewanitaan aku semakin lama semakin menebal dalam diri bila nangis akibat husband dah hilang ingatan sampaikan bini sendiri yang lovey dovey pon dah tak kenal. bogotar dado den kalau dalam situasi tu, wuuu _(._.)_


Penat tak habis dengan buat report pagi buta. After jumpa lecturer, kawan-kawan kidnap melawat ex-classmate zaman diploma. Dia melahirkan baby girl yang nomeynomey bernama Aina Dhamia. Time tulah baru kau nak mencari hadiah baby. Seperti orang-orang bercinta yang lain, selangkah bergerak ke mana-mana harus hantar report. Mak ayah pun tak dapat report lengkap, kuikui. 


"I nak pergi Giant kejap, beli barang baby". 
"Hah? Sabar. Jangan excited sangat :p ". 


LOL :D 

Bergerak ke Kuala Selangor
baju biru tu makcik yg tengah berpantang tapi jalan lagi laju dari org yg tak beranak
Melawat kat kedai makan mak ayah dia, melawat sambil makan hahaha
Masa lahir berat dia hanyalah 2.1, sekarang 2.3
Bila jumpa baby mesti tak melepaskan peluang tangkap gambar begini
kengkonon memiliki sifat keibuan yang tinggi. ke'ibuayaman mungkin kahkah
Ini hadiah dari Kak Maghia, yang kawaii sahaja
Dah alang-alang singgah Cendol Durian Borhan. dulu pernah singgah sini masa shooting di Kuala Selangor. kesian cacing dalam perut mengidam tak sudah-sudah. 
Cendol Durian Jagung RM2.50
makcik-makcik
DAPDAPDAP untuk penggemar durian yang tegar! :') 
Thanks for reading, bye bye bye semua. 





Thursday, November 1, 2012

Little Wok Kitchen, Wangsa Walk.


Assalamualaikum 

Kenapa perempuan cerewet? jawapannya orang perempuan lebih sukakan kesempurnaan gitewww. that's why tak perlu persoalkan mengapa orang perempuan bersiap/make up berejam-rejam. Jangan salahkan depa, sebab apa? Nak nampak sempurna di mata orang sekeliling. Orang lelaki no hal 2 minit terakhir sempat mandi/gosok daki/pakai baju seluar depan mata/siap! semua tak mustahil. walaupun sebelum dan selepas mandi tak menampakkan apa-apa perbezaan yang ketara. 


Kiranya aku ni pun kategori cerewet ke macam mana? kadang-kadang kot (eh gelak kecil pula). walaupun kadang-kadang kejam tampal nota kat pintu bilik air "Sila jaga kebersihan toilet bersama" ataupon "Susun kasut sebab tak larat nak susun banyak-banyak kali". bab kekemasan menang situ. tapi cerewet pada makanan? this is so NOT ME. aku bedal apa yang ada, semuanya rezeki Allah swt. bila hari raya/ raya haji baru-baru ni mak aku berharap sangat aku dapat rasa kuah kacang dia dan comment. nak bagi comment macam chef kat Masterchef Malaysia tu idoklah mungkin terjadi ye yob. dengan sekali rasa "sedap/ok je" malas nak fikir kurang kacang ke, terlebih gula ke. Mom's cooking adalah yang terbaik untuk setiap anak-anak. tak gitu? so marilah kita bercerita tentang makanan best selain mom's cooking. Yuk? 


jarang puji lebih-lebih, takut menimbulkan riak. Tapi ini memang layak dipuji. Little Wok Kitchen memang bestlah, sedap dimakan ketika lapar. dan ketika panas. sambil makan sambil gossiping pon boleh :')

senyum menahan bunyi-bunyian perut yang berkeroncong
with besties, Wani and Ain
Set Meal : Sizzling Chicken Chop 
Yee Mee
Deep Fried Wanton
sangat sedap. sup dia sampai sekarang termimpi-mimpi

lebaunya muka hang Maghia
sempat juga budak cerewet ni bowling dan karok sakan.
thanks for reading, bye bye :')