Assalamualaikum kawan-kawan :')
Ramai antara kawan-kawan aku yang tak minat dengan dunia blogging. Then bila asyik baca magazine minum milo sambil cicah biskut tiger, timbul keraguan di minda mereka "Siapa Hanis Zalikha? Siapa Maria Elena? Siapa Marya Hana?". Yang kompemnya soalan last tu tak pernah diajukan dimana-mana jua magazine di atas muka bumi ini kahkahkah. Eceh sengseng lengan baju, sepit rambut depan, dah boleh WAT-WAT tau ni. Hanis Zalikha gini gini gini. Maria Elena gitu gitu gitu. amboi gitewww~ macam ko kenal sangat diorang kennn? Tidur sebantal ke dek non. Dulu main sepseptomtom sama-sama ke.
Eh apa pulak tak kenalnya! Personal blog biasanya mengandungi hampir 50% perkara yang berlaku dalam hidup blogger tau. Statistik menggunakan mata kasar sendiri (walau sepet anugerah Tuhan). Blog ni aku percaya 70% dari pengalaman hidup aku semuanya di sini. so kalau ko kata tak kenal Marya Hana tu, gangster ke dia, kerek ke dia, mari mentelaah entry dia. Dari muda sampai dah kertu ni semua yang sweet-sweet belaka berlaku dalam kamus hidup. Mungkin korang tak bolehlah nak judge aku, tapi sedikit sebanyak dah nampak bayang-bayangnya tu, aaa gitewww~
Bila kita suka baca penulisan seseorang sedikit sebanyak kita mengenali dia. dan secara seriousnya hamboi tiba-tiba meroyan nak serious pulok aku bukan hanya kenal blogger-blogger melalui penulisan. Tapi aku kenal uols bila uols datang menyinggah untuk comment. percaya tak? Sampaikan aku boleh ingat beberapa nama blogger macam (type sambil tutup mata, ambik feel maghia) Atiqah Wadiah, Asma Azuani, merapu, Nalsweet, Nurmujahidah, Cik Sha, Namee, AkuTracy, etc. gempak tak? Gaya riak angkat-angkat kening. Aku kenal dorang wooo. Dorang suam-suam kuku je kenal aku kot. hehe.
Bila dikenang cinta lama, eh apa ko type ni. Bila dikenang-kenang entry lama rasanya berkurun aku tak update entry macam gini. dulu masuk semester lepas mop-mop lantai, pasang sarung cadar baru, baling semua baju dalam locker, terus update blog. pantas macam lintas langsung dari Kolej Jasmine Puncak Perdana dan kita kembali ke angkasapuri. Semangat gila kau dikala itu wahai maghia. Di manakahhh semangat BLOGGER TEGAR kau menghilang? katakan! katakan! suara meneran u'uk keras. kehkeh.
Untuk yang masih belum rabun, ini katil ya. Katil dimana air-air liur basi berada dimana-mana jua anda berada. so beware! jangan biarkan hidup anda diselubungi ...............AIR LIUR BASI.
Baju yang perlu-perlu sahaja, memandangkan semester ni aku takde kelas. Hanya perlu buat report praktikal dan tunjukkan progress. Dan jika rajin bolehlah mulakan thesis anda dari sekarang.
Untuk memuaskan napsu blogging aku, sebenonya aku baru je lepas memberus kasut. then laju je nak tayang kat semua yang aku baru berus 7 pasang kasut. Sekarang kondisi tulang belakang aku dah semakin parah.
Masa praktikal haritu tahu lanyak kasot je. basuhnya idok
sekarang baru kau rasa perit getir hidup sebagai seorang student
segalanya harus dibuat sendiri. copy paste tarak, eh?
dan ini pandangan dari jendela tidur ku, amboi
Boleh intai dari sini, ramai orang dak yang tengah beli makanan? Lecturer handsome dah datang ke belum. Eh tak tak gurau je (BETOL). Sambil menikmati keindahan UiTM Shah Alam Puncak Perdana ni, aku teringat something ! apa dia? let's!
masih ingat my obsession?
inilah jadinya bila malas buat report
jadi model tak bertauliah kat blog sendiri pon syiokkkk
sejujurnya aku dah penat menaip & meraban. thanks for reading, bye :')
p/s : sokong aku dalam Pencarian Gadis Konfiden Kotex Fresh 2012. undi Marya Hana!








