ARIGATO GOZAIMASU.

Thursday, May 31, 2012

Filem Pendek UiTM "Budak Lagi".


Hangat-hangat tahi ayam
va va va .. apa tahi tahi ni..


semenjak UiTM cuti seminggu ni, rajin tak kak Maghia update blog? 
(cuba tengok intro betol-betol, percayalah ini semua hangat-hangat tahi ayam). 



aku cuma nak story-mory glory-glory MU eh ! permulaan berkecimpung dalam penulisan blog dulu, asal ada idea menyinggah kompem and konpiden aku type kat handphone kemudian simpan dalam draft. 


bila tersedar aku seorang blogger yang teghok, tenok dan pemalas macam unta cepat-cepat semak draft. wow banyaknya tajuk! then mula menaip syok sendiri abaikan adik yang merengek mintak susu, ayam tak kasi makan, malas cari kayu api (over sangat ni maghia). 


sometimes, asalkan ada gambar baru terus ternak idea update blog. mudah kan? tak hairan sekarang ramai yang boleh buat blog, walaupun penulisan dia kadang-kadang hanyewww diew sowrang jew bowleh bacewww (cramp jari aku). sekarang ni dunia berubah. muka semakin berjerawat. kedewasaan yang macam mana entah, tiba-tiba aku gemar memeramkan idea, gambar, secara tak langsung mengendahkan blog. kejam tak buat orang tertunggu-tunggu? (ada ke orang tunggu entry kau nyah~). 


actually ni gambar shooting minggu 1 dari 3 minggu. 


Filem Pendek UiTM bertajuk Budak Lagi arahan Mohd Aiman Azwari

aku sebagai krew audio. 



kak Maghia jadi bodyguard kat belakang tu (>_<!) 
ke nak enterframe? alamak kantoi busuk 


i'm 8 years old, boleh berlakon short film Budak Lagi ler kan kan?





3 stooges, krew audio 



boom juga


walau tengah hari terik, senyum senyum ada camera tu .. 


payah nau nak buat darah keluar dari hidong


special effect (botak)

filem pendek ni berkisarkan persahabatan. kiranya budak perempuan ni botak demi persahabatan dia dengan budak lelaki botak tadi. takmau kawan dia kena ejek sorang-sorang. "apa salahnya botak" salah satu dialog dalam short film ni. budak lelaki tu botak sebab dia ada penyakit leukemia. 


tengok muka Kak Maghia, senggugut terok kot (T_T)

k bye ! thanks for reading ..



Tuesday, May 29, 2012

Booth Festival Filem Video Pelajar M'sia ke-9 di Hari Belia Putrajaya 2012.


The best part of our life is our school life. mana taknya setiap kali sekolah anjurkan camping or trip, kebiasaannya muka-muka sama je yang join, i am one of them. ambil borang and suruh mak ayah isi tanpa fikir berapa ringgit benda tu, mak ayah kasi ke tak. jangan pikir. sebab mak ayah aku memang suka anak-anak habiskan duit pergi jalan-jalan. tapi yang paling lawak, setiap kali join camping balik rumah mesti kata "malas dah nak gi camping, kurang tido mata rabak". next time sekolah anjurkan camping, muka aku lagi tercongok ambil borang, pengaruh kawan-kawan join, tak malu. hakikatnya, i love those activities kennn. 


zaman diploma memang sesiput baby yang mungkin penglibatan aku dalam benda-benda ni semua. aku fikir siapkan assignment, malas join event keramaian, terperap kat kolej. ya allah, sangat sesuai dijadikan calon isteri uols. 


sekarang akak dah degree, degree pon tinggal 2 sem je nak habis. tiba-tiba bergiat aktif pulok. shooting tak habis-habis. lepas shooting sambung pulak promosi Festival Filem Video Pelajar M'sia ke-9 kat Hari Belia di Putrajaya baru-baru ni. korang pergi tak? (aku kalau bukan under subject pon tak kose nak hadap panas terik dengan ramai orang kat sana tu). tapi ku gagahkan jua. 


meh kita tengok gambar, dari 23-27 May kami handle booth yang betol-betol kat Menara KBS, tepi stage performing arts tu. 






AJK Promosi Festival Filem Video Pelajar M'sia ke-9



hampir seribu pas masuk percuma ke Festival Filem Video Pelajar M'sia ke-9 diedarkan, tapi kena join games dulu lah . teka teki, main puzzle, etc. 



hari berikutnya



semua petugas dapat kupon makanan percuma RM 15, sape nak kasi? 



jumpa Diana, cantik sangat dia ni
macam barbie doll 



pukul 5 petang Kak Yana Samsudin (our ex-senior) , datang mempromosikan booth





kawan zaman diploma yang "semangat" apa entah datang sini
terima kasih sudi berpeluh peluh ketiak ke mari kihkih*

hari berikutnya

Guitarist Kumpulan AXL and anaknya Puteri Diana
anak dia pon rock uols, siap buat head banging, gigil mak jemah nengoknya


Puteri Diana, 3 tahun. 
pandai betul dia nyanyi lagu Kumpulan AXL Andai Dapat Kuundur Masa


lega semua dah setel, tapi penat dia nauzubillah Tuhan je yang tahu. 
k-pop pon ada perform sebenarnya, tapi aku record. gambar tarak ! 


thanks for reading, bye. 



Monday, May 14, 2012

Jangan Terlalu Membenci.




Budak kecik mana yang suka makan ulam-ulaman? NON-HADOO jah.

kita suka makan yang manis-manis belaka and cantik di mata. apa maksud kau "KITA"? (gelak kecil) maaf, sedar diri dah tua bangka (-_-) tengok ulam pon tak berselera, terbayang mana-mana kawasan dia petik entah! nasib baik ada ayah yang paksa mencuba. Bila dah biasa makan ulam .. menggagau selongkar peti ais, rasa tak complete tanpanya. wah ayat aku bukan main sekarang .. don't judge a book by its cover. ulam bukan saja sedap di makan bersama lauk-pauk yang marvellous, tapi sihat untuk tubuh badan kita yang  malas bersenam ni. 



sama juga, dulu aku macam "euww euwww kau suka k-pop?". selalunya k-pop untuk budak-budak skema yang suka mendambakan mata sendiri di depan laptop lepas buat assignment. tengok lidi joget-joget sambil bajet comel, kagum dengan mamat and minah plastic surgery. and and .. huh penat type, sungguh beremosi. but SANGKAAN TU DULU. 



"jangan terlalu membenci, takut-takut suka di kemudian hari"



ya itulah yang terjadi pada diri aku. Tuhan kalau nak tunjuk sekejap je der. punyalah dok "euw euw k-pop" Tuhan terbalikkan hati aku. dah ter'suka melebih-lebih pulak sekarang. baru-baru ni kawan aku singgah kedai buku, "ya, taknak beli e-pop?". "taknaklah, kalau ada CN Blue baru aku beli". (konpiden gila, takkanlah dalam banyak-banyak artis korea, CN Blue nak memunculkan diri di kala-kala ini. 



dalam kereta : 

"Ya, poster CN Blue kat E-Pop kali ni !". 
what? kenapa hang tak habaq? kenapa tak suruh beli tadi. what what? (over tau)


lepas tu ronda kawasan Bukit Jelutong, kau tau tak payah nak carik majalah E-pop kat kawasan sini? kucilwa je. si dia gelak besar sebab dia jeles sangat dengan CN Blue aku tu. "mamat blue" katanya. what the.. (u__u) jeles kata jeles kan kan? 


akhirnya jumpa jugak kat 7Eleven je pon. #kesat peluh .

di facebook pon sedang berleluasa, default picture kemain berbiru-biruan!
CN Blue    


kesimpulannya, bersederhanalah dalam semua perkara. jangan terlampau membenci, kalau Tuhan menguji, apa pon takboleh kata dah. kan? thanks for reading, bye.

p/s : Top 5 Blogger Aku Admire. Thanks (:



Tuesday, May 8, 2012

Wisma TV Angkasapuri, RTM.


Assalamualaikum  kakak abang adik makcik pokcik, etc.

Eh kejap-kejap! bukan ke kau poyo takkan update blog sebab busy shooting ke amende entah? fyi, aku sayang lecturers untuk minggu ini sahaja sebab kebanyakan kelas cancel. 

paksa hati untuk tak tipu readers, suka nak mam bila dapat berita kelas cancel. sebab boleh bangun tido, makan lepas tu tido balik. kahkah. baca buku, assignments, err nate gapo tu? (campak ke tepi). seperti yang korang tahu, last 2 weeks aku ada pergi TV Al-Hijrah hantar borang praktikal. 

the same thing here, aku pergi Wisma TV, Angkasapuri RTM semalam. so tengoklah antara dua ni mana yang offer dulu, yang itulah punca rezeki dan menimba ilmu selama dua bulan nanti.

dari mula memang aku nak buat praktikal kat RTM. sebab aku berfikir panjang. demi susu anak-anak, makan minum kami sekeluarga kelak, aku bercita-cita kerja kat satu syarikat yang kukuh. macam RTM. 

plus RTM ada kat setiap negeri. so tak kalutlah memikir nak cari kerja kalau dapat husband orang penang ke perak ke, negeri sembilan ke. semua tempat ada RTM. ye dak? 







on the way balik terserempak dua orang superduper senior. 

lepas tu terserempak makanan. eh? 

aku ni hantu mee kari. so kitorang makan kat Meals Station, KL Sentral sebab pandai dia pancing aku. banner kat depan kedai dia baik punya tayang mee kari! lomah lutot den .. teros masok.. 



ni fatin punya, nasi lemak ayam rendang. *perut siapa berkerongcong tu?

mangkok besoooo punya, bagi aku gemuk sikit 

lepas sedap-sedap tengok makanan, meh muntah jap! HAHA. disebabkan lama tak buat aktiviti menjaga kulit muka, so malam ni macam tergalak pulak! selamat bermuntah-muntahan semua.


taktau betapa seksanya aku nak remove menatang ni. air mata mintak maap hari raya untuk 5 tahun akan datang semua menjelma tanpa belas kasihan. kulit muka rasa bagai dihiris-hiris sembilu erra fazira dan awie serta ziana zain. hikhik. tapi bila dah selesai, wallah terbaik kulit macam telur dikupas. lembut dan licin ~ (:


k bye, thanks for reading .