If dua minggu berturut-turut pergi holiday pon sodap !
makan dan keluarkan angin sahaja.
tapi baru-baru ni seperti yang korang (pembaca blog picisan ni) tahu, minggu lepas aku terlibat dengan shooting group sendiri bertajuk "Cina Buta", aku sebagai Assistant Director II. tak dapek goyang goyang punggung tengok movie, minggu ni aku keluar shooting untuk satu group lagi bertajuk "Al- Jahiim", dan aku sebagai Art Director.
tahun depan bulan April 2012 , UiTM atau Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik akan jadi tuan rumah untuk Festival Filem Pendek Malaysia (FFPM). so lecturer untuk subjek directing kitorang , Prof A.Razak Mohaideen memang mengharap sangat filem-filem pendek UiTM dapat pencalonan .
hihi hoho haha huhu.
doa supaya antara dua filem pendek ni dapat masok FFPM. amin !
sinopsis filem pendek Al - Jahiim
------------------------------------------------------------
Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis , iaitu Liyana yang bermimpi di patuk ular hitam (jodoh). Dia telah meminta pertolongan dari neneknya dan dia diberikan sebotol minyak. Nenek memberi syarat supaya mencari lelaki dalam masa 27 hari. Klimaks cerita apabila pada hari yang ke-26 dia telah bertemu dengan seorang lelaki yang kebetulan juga merupakan penuntut ilmu hitam untuk mengekalkan ketampanannya. Liyana menjadi mangsa bunuh yang terakhir lelaki tersebut demi menyempurnakan ilmu yang sedang dituntut. Mayat mangsa terakhir harus ditunjukkan kepada bomoh tersebut sebagai bukti. Akhirnya lelaki itu juga telah dibunuh oleh bomoh tersebut kerana bomoh mendapati bahawa mangsa yang terakhir itu adalah cucunya sendiri iaitu Liyana.
------------------------------------------------------------
aku tahu korang malas nak dengar kakak ketam ni membebel, so jomlah tengok gambar-gambar yang hado. gamba shooting untuk Cina Buta seciput je. so kita tengok gambar-gambar untuk short filem Al-Jahiim yang baru shoot ni .

ni poster group Al- Jahiim , filem pendek arahan Nana Hazman

ok awal-awal korang dah nampak betapa selebetnya aku :(
muahahahaha. crew mana boleh make up over over .. tak gitu?

konco-konco ART DEPARTMENT terbaik !

ok aku and Marina jadi extra "tangkap muat" masa ni . hahau ~
dengan pakai selipernya (T.T) wuuuu .
sebenarnya tu mukadimah .. haha.. aku baru nak mula dari sini :)

on the way ke Tanjung Karang, Kuala Selangor ..
hujan pulok, macam mana nak shoot ?

mula -mula muka semua boleh tahan "ahai cek mek molek"
lopeh lopeh tu semua konpius mana satu hantu mana satu krew .. hiew hiew..

homestay. dalam satu rumah ni banyak sangat bilik. so pilih je nok

tak berapa proper , tapi boleh laa ~ nak duduk 2 malam je ..
hujan dah mula berhenti and mari mulakan !

selesai "buat" seorang mayat ..
untuk scene bomoh menarik mayat ke hutan ..

horror mesti ada asap -asap ! sebelom ni aku just tahu guna bekas telur untuk buat asap. tapi Kamil ada cara lain ! bahan-bahannya arang, minyak masak, dan hirisan lilin sahaja . siap !

aku confirm mesti ada blogger yang tengah tutop mata masa ni !
tunggu ah malam ni "dia" duduk sebelah tingkap bilik korang ..
hahahahahahahahaha ..

Mama Rock nickname pelakon ni / bomoh ..

watak Liyana (Intan Qamarhani ) pelakon untuk short film ni.
make up lepas dibunuh dan dibawa ke rumah bomoh .

make up hodoh , sebelum nenek / bomoh bagi minyak jampi

set untuk scene nenek bagi minyak jampi kepada cucunya yang hodoh

sebenarnya belakang Homestay ni ada kolam renang . huh pelik dalam kampung ada kolam renang, pagi pagi buta aku bangun tidur tengok budak-budak ramai yang bercanda di situ . hadeh .. adek adek ni, akak nak tido, penat shooting ni .. diorang pulak gedebush gedebush ..

ni krew kami , last day kat situ, so mandi !

aku malas join mandi ! sbb aku syok zzz kroh kroh dalam bilik (T.T)
ok mood holiday syuh syuh ..
continue please ..

bilik kosong , so art department kena mock up untuk make believe tu bilik liyana ..

scene liyana terkejut dari tidur sebab dia mimpi di patuk ular

suasana kat homestay , tengah hari berbahang gila ..
gedebak gedebuk ..

keesokan harinya, shooting kat rumah nenek ex classmate masa diploma dulu
kat Kampung Parit Serong ..

plan asalnya nak guna tempayan yang ado dalam bilik air embah (nenek) ..
tapi tempayan lagi besau dari pintu bilik air, tak dapat nak keluarkan untuk shoot tepi bendang. so dah mula pening apa nak buat? scene ni memerlukan tempayan untuk Liyana mandi bunga .

kerjasama mengisi air dalam kolah terbuang
fuhh, jenuh jugak krew art department menyental kolah terbiar tu.
apa-apa pon korang terbaik !
gedebak gedebuk shooting ...............
habis dah , it's a wrap !
(bergambar sebelum balik)


penat sangat malam tadi tidur awal , pagi ni bangun lambat !
pengsan gamaknya aku malam tadi .. mana taknya balik balik shooting dok basuh baju talent , kemas props, gedebak gedebuk !! PENGSAN !!
hari ni gagahkan jua update blog untuk korang-korang yang sudi tunggu entry ni.. thanks for reading, bye korang :')