Hai semua. rasa kancil (ganjil) masa type ni sebab dah berapa hari tak update blog. sama ganjil kalau seumur hidup tak pernah pakai G-string tapi sekali sekala buang tebiat pakai g-string rasa apa? kahkah. gampang punya contoh. ehem taknak meraban di bulan mulia so aku berbaik hati menempek dua gambar raya . yang bukan dari angle yang menarik sebab kedua duanya adalah medium shot.
tahon ni tak berapa best lah raya. paling tepat kalau aku type "tak best langsong" sebab raya kat KL aje. rekod baru untuk seumur hidup marya hana yang 22 tahun ni ! semua sebab bella lim nak masok universiti awal. so banyak benda nak kena prepare before dia bertolak ke Perlis. dulu selalu dengar kawan kawan kata "i beraya KL je. sebab semua sedara mara dok KL". so aku rasa macam ohh ulalalala raya kat bandar ni! rupanya .. bosan gila.
gi 7 eleven nak beli top up pon boleh baring baring tengah jalan raya sebab takde kereta langsong.
keboringan dan kemurungan yang melanda sempena beraya kat KL tahon ni, maka aku pon mencarik kerja untuk dibuat. yaa tu dia. seperti yang korang dah nampak, aku TUKAR HEADER DAN TUKAR BACKGROUND lagi. untuk kali yang ke berapa? malas den nak pk. kahkah.

boleh tahan lama jugak aku pakai header yang ieka buat ni.

dan yang ni aku buat sendiri. saja nak tukar hangin di hari raya ni ! ok bai ! ;')
di kesempatan ni nak minta maaf kat kawan kawan yang sudi baca blog ni selama berabad lamanya. kot ada terasa hati, terkecik hati serta sanubari, ampunkan salah silap ye. selamat hari raya maaf zahir dan batin .














