Memang lumrah perempuan akan menangis bila sesuatu yang buruk berlaku. Kalau tak, takdenya " air mata senjata wanita " ye dok? Bila kekasih kita ada "orang baru" macam macam cara boleh tengok ye puan-puan. ada yang marah bagai nak rak dulu , baru nangis. Ada yang nangis sampai keluar air mata duyung , then baru teringat nak marah. suka hati deme la. Tapi sekarang ni aku nak ngajo, jangan menangis ataupon marah. Kita sengih je. boleh tak? Tak setuju? ok. meh kita kupas satu satu. First sekali, kita kena sedar yang sebenarnya Tuhan sedang memerhatikan kita. semuanya kan ada hikmah. ( pandai motivasi diri sekarang ni).
Ujian itu adalah tanda kasih sayangNYA.
Dia berikan ujian tersebut & hanya Dia yang mempunyai jalan keluarnya.
Jangan gentar dan jangan risau.
Allah pasti anda akan mampu hadapi dan melepasi ujian tersebut.
Janji Allah yang pasti.
FirmanNYA yang bermaksud :Allah tidak membebani seseorang
itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya.
-Surah Al Baqarah ayat 286
Aku faham siapa yang tak sedih bila cinta di dusta. aik? ni macam tajok lagu yang kau selalu "sumbangkan". ok abaikan. tapi macam aku kata lah. sengih je. jangan nangis atau marah dulu. DAN jangan pulak korang membenci si dia yang *&^% , dan "orang baru" itu. tak dek pekdahnya. tarik nafas dalam-dalam dan yakin dalam hati bahawa setiap kejadian dan ketentuan Allah tak sia-sia. KetentuanNYA memang korang tak dapat tahu buat masa yang singkat. tapi percayalah sebaliknya Dia akan tunjukkan hikmah dan rahsia yang sangat besar kelak. Mungkin berhari hari, berminggu minggu , berbulan bulan dan makan tahon jugak mungkin. tapi please jangan mengeluh dan mengalah ye. orang yang sabar ni banyak pekdahnya.
:: best jugak tengok ayam gado main tarik tarik balong. haha ::
kantoi dah bertelor anak gajah.
carik lah hensem sikit kalau nak curang. gajah je pon.
alahai. budak-budak lah deme ni.
Salah satu kenapa korang kena sengih kalau berhadapan dengan benda macam gini. Kalau nangis + marah korang akan buat keputusan atau tindakan yang budus-budus. tak rasional orang kata. sebaliknya korang kena bertenang. pekena cendoi pon baguih jugak. apa kata ! haaa. dari korang tak tentu arah. (mcm aku dulu-dulu). Biasalah lelaki diorang ada penyakit yang memang sinonim. Gatai miang orang kata. Tak boleh tengok perempuan dahi licin sikit, mula lah tergaru-garu macam monyet belakang rumah nenek aku. Takpe, kadang kita tak boleh salahkan sebelah pihak je. mana tahu ada perangai kita yang dia susah nak terima. dah lama bersabar ke. kita try fikir positif. pujuk lah diri. selama ni hebat beno pujok boyfriend kalau merajuk. so kali ni manjakan diri sendiri, pujuklah hati sampai lebam ye (T.T)
Bila dah stabilkan diri, redha. Biarlah dia bahagia dengan orang baru. Mana tahu korang boleh dapat yang lebih baik. Insyaallah. Tak kira lah baik dari segi apa. dari perangainya ke. dari agamanya ke. haa. kan best! dapat ala-ala Ustaz Asyraf Imam muda pon den sukooooo. ewah ! senyum lah senyum lah ahai cek mek molek ~ sentiasa berpegang pada kata-kata ni.
perempuan baik utk lelaki yang baik.
perempuan yang jahat utk lelaki yang jahat.
( ceramah Datuk Dr Masyitah )
tapi di kala sedih-sedih memang korang akan ber+sedih bila radio sengaja nak membakar korang. pasang pulak lagu "Kenapa" -Shazzy feat Lah VE . terbaik punya. Kenapa harus ku bercinta. kenapa ku percaya kenapa harus kudiperbodohkan. sambil feeling feeling koyak gambar laga pipi masa bercinta.
ok jangan risau kawan-kawan. dah penat type.
so baca dan fahamilah.
walao byk meraban . meh kita bergumbira ! :)
p/s : Bertindak dan berdoalah , Allah swt pasti akan
berikan yang terbaik utk korang. InsyaAllah ..