ARIGATO GOZAIMASU.

Thursday, September 30, 2010

Labur duit ke JAMBAN.

Laki mana tak suka perempuan cantik. ini diakui oleh seorang yang bernama lelaki " sejati " . huhu. TAPI . perempuan pon suka tengok perempuan cantik. setuju tak? tolong lah jangan kasi aku malu. tolong iyakan aje (=,.=). buktinya aku suka bebeno lah tengok paris hilton. muka dia alala sweet sangat! photogeniknya, hidong mancong tak kira ah kalau dia buat plastic surgery pon, janjinya dia memang LAWA. dalam masa yang sama dia LAWAK jugak dengan perangai dia yang entah orang kata sosial melebih. suka hati dia lah noks, asalkan dia bahgia. mau tak bahagia? duit dia boleh tabur tabur atas jamban kalau dia nak. kaya sangatttt ! adeh jeles gila do.



uu ~ dia memang lawa :) i like .



ni apehal membelakangkan pembaca?
erk. kentot karang tak sempat korang nak lari T.T



SO. SEBELOM aku melepaskan " gas " yang harum mewangi
di taman syahdu, baik carik benda seperti di bawah.

hehe. ni yang unik !




boleh pulak bela ikan ? T.T
ikan pon tak sanggop ngadap korang memerot



kat taiwan, siap ada 1 restoran yang berkonsepkan TOILET.
adeh. kalau aku ah, rela aku makan bersila kat rumah dari aku makan
dudok atas kerusi yang seakan-akan mangkok tandas.
apa keheynya ?

kreatif ke apa jadah ni ?
pengsan aku, tak makan seminggu (T.T)



ni lagi satu , nak hirup sup pon dalam mangkok tandas ?
ada ke orang cipta mangkok sup cenggini?

TAKDE SELERA nok !




kalau ada jamban macam ni, sanggop aku tahan berak.
sayangnya , jamban punyalah lawa :)
aku percaya kat rumah paris hilton mesti lagi hebat dari ni .
duit dah taktau nak buang kat mana. elok benalah kalau
hias-hias jamban. sedap sikit mata memandang .
lancar je "pembuangan".




Wednesday, September 29, 2010

Pelik tapi ado.

Pelik tapi benar. cis! ayat mula kan dah poyo. untuk mu entry. aku antara makhlok yang suka benda pelik pelik. atau pon unik. dalam hati kata " wah, ada pulak benda macam ni." TAK BIASA nampak uols. so. aku suka google benda pelik ni.




OK ni muka pelik aku!
pelik tapi benar . ah sudah sudah.
bukan nak tengok muka sendiri.
blah!


sebenarnya sekarang suka cari aksesori laptop.
pertama kali laptop ini dipaparkan ..
jangan lah kena curik lagi.




OK SUKA sangatttt yang ini.
USB ni memang idaman kalbu. mana nak dapat ni?
tak pernah jumpa T.T








tangan siapa yang menjadi korban?



ini external hard disk.
cute kan?



laptop sleeve yang boleh dijadikan bantal.
sangat berguna untuk si kaki tido.
eh macam aku je...
taknak ngaku! :P



roomate aku malam-malam tak pernah bukak lampu.
so, aku terpaksa on9 dalam gelap.
ni USB yang membantu korang nampak keyboard dalam gelap.
tu yang kadang-kadang tersalah type .
meraban je tekan mana mana entah :)
so ini penyelesaiannya ..


sekadar nak share apa yang dah aku jumpa .
bye semua :)


Tuesday, September 28, 2010

Pe'el biar murni sikit kau ni.

Apa kehey dengan pe'el aku semenjak dua menjak ni. asyik nak membuta je kejanya. yang celiknya tak seberapa. semata-mata nak pergi class lah orang kata. dari aku kat sekolah teknik, orang semua siap-siap nak pergi riadah. aku? bermimpi-mimpian lagi atas katil. elok kata bff aku hanyalah tilam dan bantal. bagos lah kan? sekurang kurangnya takde ah habiskan masa pi jaga tepi kain orang. alhamdulillah :) eh, nak habaq ni. baru-baru ni mimpi anak tarzan ( adek aku) mak aku dah kasik kat org lain. erti kata lain, mak aku kasik orang lain jaga. aku balik-balik rumah adek aku dah takde.


can u imagine?
GILAAAA ape!


habes tu siapa nak sepahkan rumah?
siapa nak kejot aku bangon pagi semata-mata teman dia main game?
siapa nak mintak " akak , buat susu adek" ?
bontot siapa aku nak cuci tiap kali dia u'uk?

tanpa sedar, aku menangis :(
sedo sedo rupenya mimpi.. cis!! buek ponek yo nanges bagai.
kot kot nanges boleh dapat duit 1 juta takpe jugak.
(dalam kepala otak asyik pk duet)
aku rindu dia .



sekarang hati bernyanyi riang sbb baru je cocok ATM utk beli
benda nih ! purple ajooooo. penah lak beli warna lain ann..
over gila, siap menunjuk dengan pelbagai side.. (= =")




itu dia :)
ok lah chow . ehem ehem !
HELLO STALKER and readers .
have a nice day .

mau tido dulu ..





Monday, September 27, 2010

OVER NITE!

Korang pernah ke datang open house pukol 10.30 malam ? selalunya macam tu maybe korang just dapat tengok mee sup pon tinggal sup yang penghabisan, air oren tinggal dua tiga titik yang mana kalau korang nak sedot jugak, buat sakit hati yo .. TAPI , kali ni tak macam tu. naseb baik mak kawan aku tu dah siapkan banyak makanan yang sedap-sedap untuk buaya-buaya daratan melantak ! rasa serba salah tau. sebabnya datang rumah orang dah malam-malam buta. tuan rumah naik satu kereta dengan aku, tapi direction nak ke rumah dia dari UiTM dia tak berapa arif. so kiranya mengikot naluri jelah sekarang ni, tu yang sesat mesat . adoi~~


Peraturan Uitm ye, sesiapa yang dudok kolej kena berada di dalam kawasan kolej pukol 11. kalau tak, saman akan dikeluarkan oleh pak guard dengan riang gumbiranya !! yea..

so kitorang dah melantak pon kaw agak-agak dah pukol berapa. nak cover cun tak bagi mee sup terpercik kat muka lagi. nak layan photographer tak bertauliah main snap snap dah berapa lama pulak an.. so pejam celik pejam celik . berlalulah masa . dan masa itu sudah melepasi limit siswi harus berada dalam kolej. du du du .. haiyok. tatau nak buat apa ni . adakah hidop ini harus merempat? kehkeh. ngada~ so.. sebulat segiempat segitiga suara, ayah kawan kami tu offer tido je kat rumah tu. esok pagi-pagi sedo-sedolah nak berambus. sebab budak-budak lain ada aktiviti wajib iaitu modul PPKP.

seperti janji-janji melayu, pukol 5 konon nak gerak balik.
tapi budak-budak perempuan semua dah molek-molek bangon tido awal. tapi cik abang masih tertiarap liat gila nak bangun. sapa nak bawak kereta ni? konvoi tiga kereta pulak ~


pengalaman ahh. pergi open house dah bapak lambat! then,tolong tuan rumah kemas-kemas + basoh segala pinggan , periok belanga. dan tido tak hengat dunia beramai-ramai di rumah orang ~ ouh pengalaman..



ok semua kelihatan penat.
dan aku pulak kelihatan tepong gomak dengan
camera flash yang melampau =,.=
apedaaa kantoi ahh..

vroooom vrooom.
balik dah kat uitm tercinta tepat pukol 6.30 pagi.
dalam otak masing masing terbayang bantal ngan tilam.
ohh indahnya ! sesampainya teros terjon atas katil and
buat-buat tak sedar sampai tengah hari. ohh terok kan?
jangan kawen ngan aku. tau tau .. ! T.T

bangon tido merayap pulak lagi. sorry ye.
al maklomlah hujong minggu tak balik rumah katakan..




ok pizza hut di'sponsor oleh ALI. tenx :)
baru dapat duit PTPTN katakan..


OH lupa! sila tengok rambot aku.
dah panjang ! yeay !



Friday, September 24, 2010

Sepatah dua kata,




Bila dah muntah and cirits paling kritikal lepas perhatikan picture kat atas, nampak lah yang sekarang tengah busy dengan seminar , test dan lain-lain. gila lah blog ni terabai . takpelah, memang saja nak kasik bersawang sikit ..

ok semua , gudluck yeah dengan test korang
yang mendatang :)



Friday, September 17, 2010

fever :(

Tuan Blog dah demam . Macam mana nak pergi open house sana sini . mau buat kerja rumah pon tak larat . Oh god T.T

TAK LARAT

Wednesday, September 15, 2010

Menyusun 10 jari kaki 10 jari tangan memohon keampunan .


Macam biasa , sini memang banyak gambo ! sila pastikan internet korang lagi laju dari kura-kura SEMPOT ! kalau tak , bulu ketiak boleh ikat tocang lah nak menunggu gambar muncol. Semakin besar , raya tak best macam dulu-dulu. Yelah nok , masa kecik kecik meriah main mercun keliling kampong. Sekarang ni kalau nak buat perangai main mercun alamatnya takde orang masok minang lah gamaknya ! control control . . . piuh~ raya kali ni balik kampung ayah kat Lenggong, Perak. Happy sebab rumah opah baru ada WiFi. kehkeh. tapi tak update blog pon.


Terok kan?
Tanpa membuang masa korang , gambar dah cukop lah kan.
Malas nak meraban pulak ...


itu adek nakal aku . nak tangkap gambar pon
wa tarak senang maaa.









OK. sekarang balik kampong suami pulak ! :p
ops terlebih sudaaaa.



REMBAU pulak :)















bapak pemalas nak type. Dua tiga baris je merepek.
OK lah tu kan ? dari menyepi je :p
selamat hari raya semua ..

ikhlas dari marya hana .
p/s : kepada yang mengenali diri, maaf kalau ada salah dan silap. bukan niat aku nak buat apa-apa yang menyakitkan hati . just nak bergurau-gurau je tu..