semester enam kat uitm shah alam. busy nak mampos. so, aku update sekali gus ok . ni bukan
photo album. aku memang suka posing. ceyt. hanya model untuk blog sendiri. ok. pen di atas menunjukkan kesibukan aku . patah dengan hanya sekali sentuh. tolong paham. aku tak ganas. aku lemah lembut.
(menipu nak mampos kalau aku lemah lembot). hoho. walaupon pen patah, nota still salin dengan cemerlang, berwawasan, dan keboringan. huhu. mengantok gila subject diploma report nih. paling best, baru ni buat assignment serupa macam tak payah buat. satu class salah . so, go back n do it again :( ceh.
BERMULANYA pengembaraan ke gambar-gambar koleksi untuk dua tiga hari kebelakangan.

::muka macam tosei basi, class pagi sangat. muka mengamok tak cukop tido. mana taknya, malam-malam blogging sampai pukul empat lima pagi::


::kawan-kawan yang menyumbang kepada kemungkaran duniawi, sengal nak mampos::

::credit to manggis, spec kaw tertinggal, so meh aku laramkan. auuwww ! ::

::side lain utk mengelakkan keboringan semasa anda menatap wajah hodoh ni ::

::silakan baling
beros jamban . kat luar rumah pon still nak posing-posing T_T takpelah kan ? kasi can, orang ada presentation nih ::


::betapa crowded nya class aku. kalau bisik dengan kelajuan 150km/j pon memang orang semua boleh dengar, hari tu lah yang semua presentation kena
reject. actually masing-masing tak paham apa yang lecturer tu nak sebenanya. agaknya kena gi rumah lecturer tu and minom2 kopi sembang pasal apa jenis presentation yang dia nak. baru puas hati. yang tengah present tu, group azli khairi, dia classmate aku, saksikan dia belakon dalam filem terbaru prof madya razak mohaideen yang bertajuk RATU. nama komersial dia bila dah belakon ni "kheiry azli". kat tv3 pon dia ada berlakon, tajuk cerita tak ingat. yang diana amir main character tu ::

:: aku pulak. busy menulis
"diary". ahah. bukan blog ni je diary aku::
the next day :)


::manggis suka conteng tangan dia guna pen. saranan aku, pakailah marker pen . tak payah lukis dah lepas ni. menghabiskan dakwat pen untuk kaw tulis nota ::
the next day :)

::menunggu ketibaan datin did dod.. lamanya minah ni make up::
"oi orang nak pi daftar MUET je pon"
::sorry kawan-kawan, muka aku nak ketat la pulak, meybe senggugut yang melanda ::

::student memang selalu pergi ke sini untuk meranapkan duit
PTPTN masing-masing, syabas ! kalau boleh keluarkan lebih sikit. untuk daku yang menunggu ni . kui2 ::


::aren , marya , dayah ::
mula rapat sejak practical. kami bukan perampas kawan sesiapa ye. huhu ::

::hari ni, memang penat gila sebab rushing pergi BSN beli no, daftar UPU utk degree, then berlari ke post office and pejabat pelajaran shah alam untuk daftar MUET. memang kitorang boleh main explorace lah. lagi beberapa minit pejabat pelajaran nak tutup, kitorang berjaya menghantar borang MUET. setel semuanya. tiada lagi kerisauan di hati ::


::tunggu bas dengan muka yang
hipokrit gembira, dengan bahang , semakin betambah panas di hati. ok ok. tunggu aku ada lesen kereta nanti ek. tak naik bas dah lepas tu. ah kantoi (takde lesen rupanya minah ni)::

::siapa rela dikaki oleh kaki-kaki ini? hahak. eleh. saja nak menunjuk kasut la tu, ada habok sikit melekat kat kasut , cepat-cepat buang.. tiop tiop.. kasot melambangkan keperibadian sebenarnya::

::terkejut tengok sampah yang melimpah-limpah kat bus stop uitm puncak perdana, selalu tak macam ni..::


::bila aku berebot-rebot naik bas awal, sekali banyak lak seat kosong. mana pergi semua makhluk lain huh ???? habis, siapa nak
berdiri dalam bas ni ???? nampak lengang and tak happening la. tapi mengurangkan pening kepala aku. terima kasih semua :P ::






::bila dah setel semua hal, kitorang pon bersiar-siar dua minit kat tasik shah alam, semata-mata nak ambik gambar masok dalam blog ni. haa. korang rasa terharu tak ?? ::
kepada kodok the ghost writer : aku ternampak kau ngah mencangkong baek punya kat tasik tu tadi. sempat gak say "hye".

::sesampainya kat PKNS, shah alam. saja jalan-jalan sekali ternampak lah topeng muka ni, dengan muka yang teruja, aku ngan aren pon beli lah.
sebab topeng ni ada banyak kegunaan:- terhindar dari asap bas, kereta, asap motor mat rempit dan juga adik-adik kecil yang membawa basikal sambil bunga api di tangan. selamat nok. asap-asap tak dapat tembusi hidung.
- baik untuk orang yang resdung.
- membersihkan bilik dengan memakai topeng penghindar habok. sunggoh style !
- jerawat di atas batang hidong ? dont worie, akak ada solutionnya. pakai lah topeng macam akak punya.
- boleh mesin rumput pakai topeng tu. baru lah girly and geli. T_T
- kalau dalam class dudok terlampau rapat sampaikan bau kentut orang pon boleh senang merebak, pakailah topeng serbaguna tu. nescaya anda akan berjaya kerana belajar tanpa ada gangguan bau-bauan.
- suka hati korang lah nak buat apa dengan topeng tu, aku dah penat nak carik kegunaan-kegunaan lain . sekarang ni pikir macam mana nak buat surat shooting short film, diploma showcase nanti. sem ni aku pegang management pulak. sedaya upaya taknak buat kerja "last minute" and tak akan membiarkan management group kami menjadi "hampeh" huhu. T_T
take care semua :) harap semuanya ok-ok belaka. siapa yang rasa kureng senang dengan entry ni, kerana biasa-biasa aja, sila click tanda pangkah di atas kanan pc anda, terima kasih :)
p/s: manggis.. aku ada belikan kaw topeng macam kitorang.. geng !