ARIGATO GOZAIMASU.

Sunday, May 31, 2009

.Minuman Utk Kulit.


ni aku promote sikit la..air ni ade keluar kat berita.
utk masalah kulit. atau nak dapatkan kulit yg cantek..

contohnye.. muke. nak hindar dari jerawat..
ape yg penting.? ikhtiar..
aku da try minuman ni.. & hasilnya tgk la nnt.
muahahhaa.

.Rambot.


Pic kat atas, menunjukkan rambot aku yg pendek.
zaman jahiliah..


Yang ni pulak..pic aku mase berambot panjang..
sekarang aku dalam dilema nak potong rambot ke x..
ape pendapat korang.??

Thursday, May 28, 2009

Rela



Sampai sekarang.. aku still teringat betapa sedapnye
stacy bawak lagu ni..
ntah tibe-tibe la aku mandi td dok nyanyi-nyanyi lagu ni.
sedap ke x sedap..AKU PUNYE PASAL LA..
muahahhahaha.!

Wednesday, May 27, 2009

Baby i love u!



to my lovely, hifzuddin.

x penah jumpe lelaki macam u.
hope hubungn kite berkekalan.
dah 6 bulan kita bersama..
i jz want to say..
im glad to have u in ma life..
i love u syg.

Tuesday, May 26, 2009

.Seksanye Nak Melelapkan Mata.




Setiap Hari & tiap malam.. aku susah nak melelapkan mata tyme nak tdo tu.

sbbnye.. terkenang laptop yg da rosak tu.

& terkenang pulak duet yg bakal abez sbb nak bli laptop baru..

hurm.. lebey terok dari org angau da ni. siang malam pk laptop.
huwaaaa!!
kat atas tu, laptop yg akan aku beli..

Monday, May 25, 2009

Berhenti Kerja!! Amek kaw.

ntah la.. macam mane nak mule ek..
aku mmg la nak petahankan keje aku yg baru sehari ni mule2..
then bile start mak aku tanye... "keje ok x.?"
mule la air mate aku bergenang.. da tahan byk sgt la..
kate keje kedai gamba.. cine tu soh aku buat keje macam maid.
baek xya keje.. dye kate.. "haaa mop la dr belakang ke depan..sapu sume..
then lap sume frame2 gamba dalam almari tu..sbb maid kat cni i da hanta
balik la.. so u bersihkan la ye.." MAMPOS aku. da la pekeje dye due org je..
aku ngn sorang kakak tu.. kakak tu lak buat hal dye.. mentang-mentang kejeda lame..
dye mane buat keje yg aku buat tu.. HARAM HANJING tol..
then..

dgn ini. aku membuat keputusan.. akan berenti keje.
dgn sokongan bf terchente.. haha. ingt aku nak sgt ke keje..
dsbbkan laptop aku buat hal la..
mmg xtahan sedey da nak buat sume tu..ngan toilet pon aku cuci..
mentang2 la aku rajen cuci toilet.. macam tawu-tawu je cine tu..
MELAMPAU seyh!! aku pon x hingin keje ctu de!!

Saturday, May 23, 2009

Dah Dapat Kerja!!!


Disebabkan laptop aku rosak.. aku kene la bli baru.
ari-ari tido x nyenyak pk laptop.. macam mane nak jawab ngan mak bapak aku..
ape alasan aku.. even gune duet aku sndri.. dorang stil beleter.

so. td..aku carik keje.dpan umah je. sbb senang ape-ape hal kan..
aku mintak keje kedai gamba. sbb aku xde la kemahiran laen.
selain edit gamba. naseb baek la. tyme auntie tu suroh aku isi resume..
dye tanye amek kursus ape.. pandai gune photoshop?
pandai edit gamba? touch up gamba.??

aku dgn konpiden nye jawab!
"ye auntie..sy rase sy pandai la edit gamba.."
auntie tu pon 1 jugak.. aku rase nak lepuk kepale dye..
tanye macam aku x reti lak gune komputer.. tanye reti x nak alih file masok lam cd..
gile ke x reti..? budak universiti kalau x reti alih file masok dalam
cd.. terjon klcc la!! naseb aku yg nak mintak keje..kalau x..
siap la auntie tu.. (cine tue, tauke kedai gamba)

isnin ni aku da start keje la..
wish me luck! aku nak keje sebulan je..
then aku nak p holiday ngan membe2 sekola.

Thursday, May 21, 2009

Sabar Menanti.

alahai.. aku rindoo laptop aku la.
budus la buat hal plak.. hurm..
saba jela nak tggu laptop baru.
duet pon abez. HAMPEH!
naseb baek ade bende yg akan menggembirekan..
ahad nak jmpe ip tercinte.NGEHEHHE.

& kwn-kawan ip jugak..haha.
aro n asrap.. mampos kene bahan!
hoho..

p/s:ajang n zai.. yaya g jmpe mereke dlu la ekk.?
haha.

Wednesday, May 20, 2009

My New Baby..!

1st sekali sorry kat u all.
sbb x salu update diz blog..
sbbnye..aku ade masalah sket.. motherboard laptop aku
buat hal plak.. so if ganti yg laen pon.. akan jadik jugak la
masalah-masalah laen. dgn ini.. aku membuat keputusan..
akan bli laptop baru.. & aku sedang usahe mencarik keje
part time. sbb nak menampung sket la pembelian laptop
baru aku nnt.. ni pon update gune laptop adekku.. tapi xnak gune salu la.
ngan adek pon aku malu nak pinjam! hoho.. kadang2 je akan salu update.
i promise! naek sem ni.. bulan 7.. blog ni akan kembali update lol..
ari-ari aku update. broadband aku skarang.. di kongke oleh adekkku..
xpela. rezeki dye.. & naseb aku laptop nak buat hal..
dalam sedih-sedih.. baru kusedar.. aku GEMBIRA sebenanye..
sbb nak menimang cahaya mata baru! OHHH LAPTOP BARU..
wakakkakka. tapi sedey gak la. abez la duet pt nnt..
aku xpakai duet mak bapak..akan pakai sket je kot..
kah3.. xnak kene bebel.. bek aku gune duet aku sndri..haha.
bf aku x bg bli acer lg.. cepat rosak katenye.

so aku akan pakai compaq laaa.k chow kwn2..
if ade mase.. aku update lg.. (mst ade mase punye..) bluweks!

Saturday, May 16, 2009

Date Dot siri 2 !






walaupon jmpe sekejap je. x macam slalu.. tapi mmg la melepaskan kerinduan.
ip kate " x sangke la u dpan i" alamak! x caye la plak.
patot la pandg x berkelip. haha.ini adalah sesi selepas tgk wayang..
bukan buat wayang ekk. heeee. hurm.. bile la dapat jmpe lg.?
ala.nnt kejap je da jmpe balik. ip cpat rindoo kah3!!

p/s:zara.. kalau nak dating ngn ajang..jgn lupe la ekk.ajak yaya
& ip..hehek.

Friday, May 15, 2009

Date Dot !



dye kene pakse buat PEACE



Akhirnye..aku dapat jmpe kekaseh pujaan hati.. haha. da 3 bulan tak jmpe.. kesian la kat aku..sume g dating.. aku tgk je. kali ni kasik la kitorang dating lak. tapi ekcelli bukan nak dating lol. ni saje-saje dtg..ip ade keje sket kat convention center..petang da kot.. esok nak dating lg..yahoooooo.



Wednesday, May 13, 2009

idolaKU, erra fazira








anak sulong erra fazira & engku emran
erra fazira. siapa x kenal? dia adalah idola aku. lakonan dia.attitude dia.
semua la. dia ni seorang yg sopan santun gtu! dats y aku suke dia.
dia cantek n merendah dr.. i like!~ haaa. kecekalan dia selame ni
yg aku kagom. yela, dia da berapa kali da gagal pertahankan hubungan
dia dengan lelaki yg pernah muncul dalam hidop dia sebelom ni.
ntah la, aku rase dia ni cekal. & sekarang.. dia da bahgie dgn suami dia,
engku emran.. n aku pasti peminat2 erra yg laen pon mendoakan kebahgiaan
dia.& tahniah kat erra fazira sbb dia dah selamat melahirkan anak
perempuan sulungnya.. yea!



50 Tips Pikat Lelaki

1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka. 2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda. 3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka. 4. Jujur dan sentiasa merendah diri.

5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.

6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).

7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.

8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

9. Jangan terlalu mengongkong.

10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.

12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk 'plan' pertama memikat dirinya.

13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.

15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.

16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.

18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.

19. Jangan bandingkan 'dia' dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.

20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.

21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.

22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.

23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.

25. Mengetahui bila hari lahirnya.

26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

28. Agresif.

29. Jangan terlalu 'excited' ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

30. Jangan terlalu bersikap 'kelakian' dan ganas dalam pergaulan.

31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan 'perfect'.

32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.

35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.

37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.

38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!

39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.

40. Jangan bersikap terlalu kuno.

41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.

43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.

44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.

45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.

46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.

47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.

49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.

50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!


p/s: ini khas utk kwn2 aku yg da gagal pikat llaki..haha.
atau ditinggalkan kekaseh.. sbbnye x pandai memikat.muahaha.
NANA.. kaw kene bace neyh!

Sunday, May 10, 2009

Ada Cinta Perasantan

video

ini adalah acha septriosot!! haha..
sesi berangan di studio kancha tirana...
tolong jgn contohi aksi perasan ini..
wakakakka.
vdeo ini kelihatan pudar kerana..
ini adalah rakaman melalui hp sudeyy..
nampak mcm di atas kayangan la sket..

24 Tips Mengekalkan Hubungan Cinta :)



1. Jaga Penampilan Diri, Kerana semua Orang Suka Dengan Kekemasan & Kecantikan, Persepsi Pertama Adalah Sangat Penting & Jangan Tonjolkan keburukkan Anda Pada Awal Pertemuan.

2. Ikhlas dalam Memulakan Perhubungan, jangan Malu Untuk Jadi Diri Kamu Sendiri, Bukannya Berlakon dan Berlagak Seperti Orang Lain yang Akhirnya Akan Menjerat Diri Sendiri

3. Ketika berinteraksi dengan si dia, jangan lupa menggunakan bahasa tubuh seperti gerakan tangan, renungan mata dan tunjukkan minat ketika si dia sedang bercakap.

4. Sentiasa Berfikiran Positif, Datang Untuk Bertemu Si Dia Dengan Penilaian Yang Kosong Dan Tidak Curiga, Dengan Berfikiran Positif Anda Lebih Mudah Menerima Seseorang.

5. Elakkan Mengguna Perkataan Berunsur Negatif Seperti (Saya Tidak Suka). Lebih Baik Bercerita Tentang Kesukaan Masing - Masing. Gunakan Ayat positif Seperti (Saya Suka).

6. Pada Pertemuan Pertama, Jangan Fokuskan Perbualan Tentang Masalah, Kesibukan Kerja Dan Sebagainya. Si Dia Tidak Datang untuk Berasa Sedih, Maka GembirakanLah Si Dia.

7. Jangan Kedekut Dengan Kata Pujian, Berikan Pujian Seikhlas Hati Anda Tapi Jangan Sampai Berlebih-Lebih. Anda Boleh Memuji Warna Bajunya, Rambut, Kasut Dan Sebagainya.

8. Tunjukkan Yang Anda Mengambil Berat Terhadap Pasangan Anda, Tolong Dalam Perkara - Perkara Kecil Seperti Mengangkat Beg, Membuka Pintu. Ini Menunjukkan Yang Anda Prihatin.

9. Jangan Bersikap Sombong, Sebaliknya Jangan Abaikan Unsur Humor. Ini Memberi Tanda bahawa Anda Boleh DiDekati Dan Bersikap Terbuka Untuk Menerima Hubungan Baru.

10. Jika Kekasih Anda Melakukan Kesalahan, Beri Dia Peluang Untuk Memberi Keterangan. Mungkin Dia Ada Alasan Kukuh Atas Perbuatannya, Jangan Sampai Anda Yang Malu Sendiri.

11. Apabila Anda Melakukan Kesalahan, Jangan Malu Untuk Mengakuinya. Ringan Mulut Untuk Mengucapkan Perkataan Maaf. Tunjukkan Keikhlasan Dan Jangan Sekali-Sekali Mengulanginya.

12. Cari Waktu Yang Sesuai Untuk Membincangkan Masalah. Persekitaran Atau Iklim Komunikasi Yang Baik, Dapat Mempengaruhi Perbincangan Dan Kaedah Penyelesaian Masalah.

13. Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah, Jangan Gunakan bahasa Tersurat. Lebih Baik Berterus-Terang Supaya Pasangan Anda Faham Akan Perkara Yang Hendak DiSampaikan.

14. Jangan Terlalu Menunjukkan Yang Anda Adalah Sangat Baik & Sempurna. Dengar Dahulu Penjelasan Kekasih Anda, Walaupun Dia Bersalah & Lebih Baik Bersikap Merendah Diri.

15. Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah, Tumpukan Kepada Masalah, Persoalan Dan Jalan Penyelesaian, Bukannya Dengan Menyalahkan Atau Menunding jari Kepada Sesiapa.

16. Jangan Sekali-kali Membandingkan Kekasih Anda Dengan Orang lain, Terutamanya, Bekas kekasih Mahupun kawan-Kawan Baik Anda, Seolah-Olah anda Lebih Mementingkan Mereka.

17. Semua Orang Mempunyai Ego. Hormati ego kekasih Anda Dan Jangan Merendahkan Ego Kekasih Anda Dihadapan Orang Ramai. Jika Dia sedang Marah, Lebih Baik Berdiam Diri.

18. Gunakan Daya Pujukan Yang Tinggi Semasa Menangani kekasih Yang Sedang Merajuk. Gunakan Kata-Kata Dan Janji-Janji Manis. Tetapi Ingat! Jangan Menabur Janji.

19. Setiap masalah Harus Diselesaikan, Bukannya Ditinggalkan Degan Alasan (Lupakan Saja). Suatu Hari Nanti, masalah Itu Akan Berbangkit Dan Membawa Masalah Baru Yang lain.

20. Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana di sebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya. Bersyukur atas ujian ini menjadikan kita lebih tabah dalam kehidupan.

21. Gunakan ganti nama yang mesra anda & diri sendiri. Panggil dia dengan Nama yang lain daripada yang orang gunakan. ini memberi keistimewaan kepadanya.

22. Kekasih anda juga mempunyai rakan-rakan. Oleh sebab itu, saling mempercayai dalam hubungan adalah penting dan jangan terlalu mengongkong dalam kehidupan sosialnya.

23. Ajaklah kekasih anda melakukan aktiviti rekreasi bersama-sama, seperti berkelah, bermain boling, jogging dan sebagainya. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan anda.

24. Dekati hobi kekasih anda , dan cuba melibatkan diri dengan hobi tersebut. Ini akan mengeratkan hubungan anda kerana anda mempunyai aktiviti yang dapat dilakukan bersama.

Akhir kate.. something gud always come from something bad..
semoge hubungan korang sume berjalan lancar ekk..
p/s: kepade kwn2 ku yg baru clash..jgn sedeyh2 k.. nnt aku bg tips
macam mane nak dapat bf baru lak..muahahhaha. TUNGGU.

love you..







i jz luv u..hifzuddin.

Kepulangan Yang Dinantikan


berakhir lah semua penantian! haih..apehal ayat aku
macam ni.haha. ala..sekali sekale la kan..nak jiwang2
kat cni..lalalala.. cant wait 2 c u laa.. hifzuddin!
sape e..? haha.. buat2 x konal..mmg nak makan penampa
la.hee.. syuko alhamdulillah.. cuti sem bf aku suda bermule..
aku lak..mmg da lame da cuti sem.. x eran sgt la..
muahahhaha.

selamat pulang..i miss you..




khas utk hifzuddin bin mohd radzi

Saturday, May 9, 2009

Hepy Mom's Day



hepy mothers day utk semua ibu-ibu di dunia.
xkire la.ibu ayam ke..ibu jari ke..
semue jenis ibu laa.
hepy mothers day 2 my mom..
Masninah Binti Mohd Noor

Tibe-tibe dapat Award

1. Copy badge "2009 Cute's Blogger Award" untuk diletakkan di blog anda.

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

- Aimie Harmelia --> clazmate waktu sekola dlu.(dudok sebelah) TENX.

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

*suke kacau org atau erti kate laen ske mengenekan org.
*susah nak dating sbb dapat bf yg study jaoh.hee.
*sangat mementingkan hubungan persahabatan,xkan mengkhianati kwn.
*xske jage tepi kaen org,jage tepi kaen sndri sudeyyy.
*pemalu sebenanye.kalau x caye xpe..haha.
*laserrrrrrrrrrrrrrrr.
*seorang yg setie.dalam ape jua pekare.
*peminat fanatik erra fazira.
*xske org yg hipokrit.
*mperjuangkan industri perfileman.konon2.kate pon amek screen art.

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog.
*ZARA, SYAZWAN,JAJA AISYAH,ZEE,FANA CHOCO,EQA AMAN

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan:"anda telah di tag - sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda

kembali pulang


YEA!! ip da nak balik da.esok je..
aku harap mmg la aku boleh pegi jmpot dye..
kat airport. tapi ape boley buat..belom rezeki aku la
nak sambot dye.. parents dye yg akan jempot dye..
da 3 bulan aku x jmpe dye..x macam org laen..
dating2.. salu jmpe..aku dgn ip bukan macam tu..
kami terpisah.. huwaaaaaaa. cehh! poyo sedeyh sgt la 2..
haha. xpela..so nnt doakan aku k if bersua muke dgn dye.
al maklom la lame xjmpe.heeeeee. gatai la nih.
akhir kate..
SELAMAT KEMBALI KEKASEHKU..
ceh ceh!!




Wednesday, May 6, 2009

Jangan Kita Leka!

video


hye..kawan2..arini aku nak bg korang tgk ragam budak uitm..
haha.bukan dak uitm sgt la..ni aku ngn kwn aku name dye nana
a.k.a ppuan sewel!! haha..suare latar zuziana..a.k.a si muncet!!

ni kenangan kami waktu semester satu..yg tgh belaja tu aku ok!!
BELAJA taw!!! muahahhahahah..
c nana tu pulak..dok bergayot talipon je..ape punye kerenah la..
kpd korang sume yg maseh belaja..jgn ikot contoh ppuan gedixx yg
tgh bergayot tu ok..siapkan assgnment lg bagos..

video ni mmg betol2 tggl kenangan la..sbb aku ngn nana
da x kamceng ngn budak suare latar neyh..
ade la sbb2nye..tapi stil kawan macam biase la..
cume x buat mende bodo same2 da..
sedey owh!! ok..SAKSIKAN LA..

Tuesday, May 5, 2009

I MISS YOU hifzuddin!


yea! arini ip da abez paper..ahad ni dye akan balik semenanjung..
lalalala~ aku da lame da xjmpe dye. kalau ade anak, da BESA kot!!
haha.ape2 pon even kitorang berjaohan..aku tetap setie kat dye!
chewah!! ekeke. TAPI..aku nak gtaw.. aku takot la plak. rase bedebar2
nak jmpe ip. mayb sbb lame sgt xjmpe. 3 bulan da. so jantong aku ni rase
macam nak terkeluaq da hah! ape aku nak buat ni..?
korang boleyy tulun x..?

Monday, May 4, 2009

Control Cun?

dulu..kawan2 aku kate..marya suke beno cover cun.! hampeh.
tapi skang tgk la.korang nak kate pe lg.? aku bukan mcm dlu.
aku da berubah mengikot taraf kebahagiaan kot!!wakakaka.
aku skarang lebey bahgie..& aku suke ape yg aku buat..
walaupon bodo2. hee.. aku harap korang ubah la persepsi after
tgk pic2 yg xbape byk la aku nak buktikan neyh.

ni adalah aksi2 aku ngn roomate aku kat uitm.. nana namenye..
dye ngn aku same sengal. tapi dye kepale lg mereng .aku sopan sket!!
wawawwa..padan muke kaw nana!!!
INI ADALAH BLOG AKU YG 1.
coz b4 diz..aku malas nak update..ni pon terpakse cz aku mati keras
xde buat ape kat rumah ni..
kate pon cuti sem..heeeeeeee.