Monday, June 13, 2016

Marya Hana | Solemnization


Assalamualaikum .. Salam Ramadhan !


Cakkk! 'Puan' Maghia sedang menaip (ada perbezaan ke cara menaip cik & puan?LOL). Previous entry (yakni setahun lepas ek) pasal bertunang. Kalini nikah. Setahun akan datang entry sanding. Dua tahun lagi entry bertandang. Nanti ada entry pasal pregnancy pulak (doakan). Senang hidup kau blogging setahun sekali. Haha. Konsep blogging surprise surprise gitu. Umpamanya .. "Eh haritu baru je tengok dia tunang. Eh dah kahwin ke? Eh entry sukan tahunan sekolah anak." (K yang last ni melampau). Apa motif tah cara blogging aku ni. Dasar pemalas tu ngaku jelah kennn .. Letak tepi sebentar hal kemalasan tadi, harini nak belanja gambar nikah. Photographer best sangat, gambar dapat awal dan hasil memuaskan hati pengantin sampai termimpi-mimpi naik pelamin lagi. What else can I say .. *thumbs up* Official Photographer : Lokman Aziz (Facebook)


Alhamdulillah setelah hampir 8 tahun berkawan, 2 April 2016 yang lepas aku selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati. Dan secara langsung menjadi seorang isteri. Takkan jadi seorang suami lak ye dak. Orang kata masa bertunang kita akan jumpa dengan orang yang lebih baik. So far dalam tempoh bertunang aku takda pon perasaan was-was, berbelah bahagi ke. Selalu fikir yang baik-baik & doa yang baik-baik je. Insha Allah .. 




Mari bersembang pasal baju nikah. Warna baju nikah kebiasaannya putih. Tapi memandangkan aku sejenis yang sukakan kelainan, so ex-tunang (sekarang suami) menyerahkan hak memilih warna baju nikah kepada aku. Selepas menyerahkan hak tersebut, kualiti tidur semakin merudum memikirkan warna apa yang sesuai dibuat baju nikah. Kata sepakat membawa berkat sudah dibuat, maka kami memilih warna .. 


HIJAU


Bila meneliti koleksi baju dalam almari.. Kesimpulannya aku kekurangan baju hijau. Apatah lagi warna hijau cenggini (mint green kot). Harap-harap naiklah seri pengantin iolls nanti (hendaknya). Oh ya sebenarnya aku ada lah macam sketch sketch gambar baju nikah bersama handbouquet. Tapi entah kemana hilangnya gambar berkenaan so mampus situ. Apa yang aku sketch 80% sama dengan hasil. Mula-mula nak buat peplum biasa (sebab nak bagi badan nampak berisi sikit). Kebetulan tengah gila Gegar Vaganza masa tu. Cantik nau nau baju Siti Nordiana malam final. Peplum sebelah je! Dah berkenan tu tengah corner baikkk punya kita tukar plan! So, baju adalah ilham dari baju Siti Nordiana GegarVaganza. 

(hasil carian google)

Idea untuk veil memang sengaja pilih corak polkadot untuk dipadankan dengan baju yang kosong. Cari merata tak jumpa fabrik polka dot so malas fikir panjang-panjang aku beli online je kat Etsy.com. Tinggal hantar jahit lace atas kepala je. Setel! 


Memang sama apa yang dibayangkan (tutup mata tarik nafas)


Sebulan sebelum nikah baju dah siap. Sempatlah hantar dry cleaning dan tatap baju nikah hari-hari seakan tak sabar nak menikah. Walhal borang nikah pon belum setel. 


Baju nikah tak mampu iolls nak hantar kat designer hebat-hebat. Bila nak kahwin dua ringgit pon masuk buku kira-kira haha. Banyak lagi benda nak menggunakan modal $. So aku hantar kat butik yang dah biasa aku hantar jahit baju bridesmaid masa kawan-kawan kahwin. Butik pon dokek yo dari rumah. Kalau bukak radio, tengah tarik tang chorus tu tetiba dah sampai butik. Anti climax .. 



Bila baju di tatang bagai minyak yang penuh, kasut di anak tirikan. Hampir terlupa pada kasut nikah. Ni beli kat Parkson KLCC. Pening jugak nak cari sebab dah dapat design yang cantik.. Tinggi sangat pulak.. Ni nasib baik jumpa dikala aku dah surender. Biasalah bridezilla kan cepat emo. 



Handboquet buat sendiri. Didorong dengan perasaan cinta terhadap fresh flower, sehari sebelum nikah merayap sorang-sorang kat Pasar Seni beli baby breath. Walaupun dah kena warning dengan mak aku "darah manis jangan keluar rumah". Dah kalau jenis kepala batu, aku keluar senyap-senyap. Kalau tak nikah nanti nak pegang apa? Handbag? Lulz.



Tiba lah hari yang ditunggu-tunggu dengan penuh debaran.


MUA @shida_yahaya (Instagram)


Kak Shida tadah telinga jelah dengar pengantin membebel


Inai yang merah menyala oh jantungku berdegup pantas keranamu
 ni dari @normie_henna (Instagram)


Memperkenalkan pengapit yang kalis bebelan, buat kerja sepantas kilat, tidur awal dari pengantin, suruh pengantin iron shawl dia, menepati masa almaklumlah degree Art Management, ini dia pengapit serba boleh iaitu Zaza. Ex-roomate UiTM since 2007. Psst, dia single lagi. No fon 017 939 61** (yang berkenan pm tepi) Haha. 


Pengantin pakai tudung sendiri di atas kecerewetan beliau di tahap maksima.
Pengapit tinggal nak rapikan sahaja. Terima kasih. 


Official Photographer : Lokman Aziz (Facebook) 


Omaigod bila tengok cermin, cantekkknya make up (pengantin cantik tak? Lariiiiiiii)


Dulang hantaran DIY dari pihak perempuan
ini je yang aku mampu berkarya 


Dulang hantaran dari pihak lelaki oleh @58legacy (Instagram)



Mari kita bergurau senda kurangkan debaran



Masa ni 2 orang bridesmaid sesat cari masjid. Tak sampai lagi. Kain sedondon bridesmaid beli kat Jakel 3 bulan sebelum majlis. Sumpah awal so takda alasan baju tak sempat siap.



Bergosip bila-bila masa, di mana-mana sahaja (moto hidup)



Nak tukar title ISTERI, Allah swt je yang tahu betapa berdebarnya


Kadang-kadang belanja 'senyuman palsu' untuk photographer sekalian alam



K dah tak boleh senyum palsu.
Muka kelat habis dah masa Ex-tunang sambut tangan tok kadi



Ex-tunang pon aku tengok kemain cuak.
Langsung tak toleh pandang pengantin perempuan



Inilah dinamakan di luar tenang, di dalam macam kapal perang
NERVOUSSSSSS



Selamat tinggal Ex-tunang



Assalamualaikum suami .. hikhikhik


Tok kadi kata "Slip ni bolehlah bawak pergi Langkawi" 


Alhamdulillah Aku Isteri Dia, Cinta 500%, Suamiku Encik Belalang



Tak beli apa-apa lagi dengan mas kahwin. Malam ni nak duduk tepi bucu katil fikir barang kemas apa nak tambah (mohon husband tabah baca part ni)



Bau Vaseline tangan abang. Eh 'abang' teros kakaka



Batal air sembahyang dengan gelang yang dipaksa tambah loceng tu :P



"You could have chosen literally any girl in this world but still you chose me."



Tengah sarung cincin pon kena bahan dengan adik beradik
Nasib baik gambar tak ada audio je



Terima kasih banyak family! <3
Ada yang tak makan sebab jaga barang-barang hantaran



My new family <3



My Fav girls <3



Wali ku .. Sama tak muka? Hmm



Thanks korang datanggggg, Geng Rembau husband <3



Makhluk-makhluk rumah sejengkal



Official Photographer : Lokman Aziz (Facebook)



Dua-dua mancung small matter lah nak buat 'pose' cemni
*bisik jiran sebelah*



Aip Aip ..



Geng UiTM



Terima kasih bridesmaid <3



Akhir kata, meh lah tengok video kahwin kat Youtube !


Official Videographer : @rahimewalkstudio (Instagram)
Rahim Ewalk Studio (Facebook)


Thanks for reading! Tengah type entry sanding pulak .. 




6 comments :

Syazwani Mazlan said...

Tahniah Marya.... baru dpt tgk entri baru.... cantik baju nikah tuuuu...

Marya Hana said...

Setelah setahun baru ada entry baru, hehe. Terima kasih <3

Mysara Ab Rahman said...

Alhmdlh n tahniah kak marya! Tu la tgok mmg sethun lpas update. Haha

Marya Hana said...

Tq Mysara, next entry tahun depan pulak lah ye (>•<)'

ain.ya.nun. said...

Hamboii, meghhhah betul katil pengantin kak maghiyaaa

Selamat pengantin baru, semoga berbahagia hingga ke jannah ;)

Marya Hana said...

Ain, merah.. taknak kalah.

Tq so much <3