Tuesday, April 21, 2015

Marya Hana | The Engagement


Assalamualaikum

Ada lagi ke orang baca blog ni? *krik krik* Dulu semua gambar yang berduyun dalam handphone harus disumbangkan ke dalam blog. Makan untuk blog. Tidur untuk blog. Mandi errrrr.. Apa-apa pun demi blog! Semangat blogging membara-bara uolls! Contohnya balik je dari vacation .. sampai rumah campak beg, terus transfer gambar dalam laptop. Dah draft sikit-sikit dah apa nak cerita dalam blog. Supaya tak lupa benda-benda penting nak share. Kawan-kawan memang malas mintak gambar awal-awal takut-takut dapat makan kaki. Semua gambar wajib masuk blog dulu & baru boleh diagihkan untuk upload dalam facebook diorang wakakaka. Betapa berkuasanya si pemilik camera! I really miss those moments .. Sejak kerja, dah kurang nafsu nak update blog. Memandangkan balik kerja pengsan sampai esok pagi. Dan rutin harian berulang-ulang. Mungkin hari ini, ada kelapangan .. 


Hi kawan-kawan blogger!! Lama nau tak update blog, so aku berhempas pulas kumpulkan beberapa gambar sekitar majlis pertunangan yang lepas. Sebab buat masa sekarang itu yang paling dekat dalam memori. Terima kasih yang wish dalam instagram @maryahana. Tak sempat nak reply semua (:

Pilih tarikh tunang pon migrain. Sebab dalam kepala asyik ingat kerja. Shooting, balik rumah, membuta. Itu ajelah. Bila si dia tanya "dah bincang tarikh?". Belummmm manjang. 


Doorgift paling last minute. Sehari before majlis sesak nafas cari biskut gula tu. Nasib baik jumpa kat Wangsa Maju. Kalau tak haru.. Thank you tag dah tempah awal-awal kat instagram @kawaiiboutique87. Dalam kepala fikir macam-macam lagi yang tak siap. Pelamin belum pasang, fresh flower belum beli untuk handbouquet, sofa-sofa kat ruang tamu belum clear. 

Hal-hal pelamin sempat godek-godek dalam Instagram
ini dari @kaisaracreation

Bab khemah & katering semua mak & aunty aku setelkan. Tengah kerja dapat mesej "kak.. kalau chicken kapitan okay tak? Kuih-kuih kita letak semua kuih nyonya". Whatever .. asalkan tetamu kenyang .. 



Malam sebelum majlis, orang lain semua dah tidur.
Aku still potong-potong bunga (T__T)


MUA dah sampai aku berlari baru nak mandi. Pagi-pagi dok bentang carpet, iron baju. 
Make up by @ismi_maddy kawan sekerja TV AlHijrah 

Ikutkan hati dah tak peduli tudung herot ke hape. Sebab jantung berdebar macam nak pecah dah. Nasib baik Cik Maddy kita ada. 

Terima kasih Maddy! 

Handphone pon ayah yang jawab, nampak tak dah kalut sangat .. hahaha .. 

sambil-sambil tu my mom jenguk bilik dah siap ke belum

Hi anak-anak nyet .. Aaa lama jugak tak nampak diorang dalam blog ni kan? Masing-masing dah insaf. Wokaka. Manis kawan-kawan iolls berhijab. Mulut still seperti dulu kbye. 

sesi perasan mengurangkan rasa gemuruh

Kawan-kawan kita pakai kelabu & putih 

Dengar cerita rombongan dah sampai? 

Before rombongan sampai, aku ada turun bawah panggil kawan yang duduk bawah khemah. Dia lari-lari anak sambil kata "woi apesal kau keluar?". "Nak panggil kau lah .. ". "Mana ada orang keluar bilik sebelum rombongan sampai! Semua orang dah nampak kau lah". Eh yeke?? :P wakakka aku dengan rasa tak bersalah dah tayang-tayang muka kat bawah. 

Atok .......  semoga panjang umur & diberi kesihatan yang baik. 
Boleh tengok cucu sulung ni haaa kahwin nanti. 

Pung Pang Pung Pang .. 

kawan kata muka ni macam tengah dialog 
"cepatlah sarung.. cepatlah sarung.."

bakal .. 

bakal mak mertua dan mak saya

Adik beradik si dia

sedara-mara si dia, terima kasih sebab datang .. 

comelnya anak-anak buah si dia

my family (kecuali bella yg berada di Unimap)

Bila tengok gambar ni .. 
baru teringat oh ramai rupanya sedara mara yang tak bergambar

sedara mara belah mama


Majlis bertunang sekali dengan doa selamat

Kena paksa tunggu, makan sama-sama okay! hahaha

semoga semuanya berjalan lancar hingga ke jinjang pelamin.. Ehhh


bakal menantu perempuan tunggal ni .. wakakak

lepas ni tunggu diorang naik pelamin .. 

Cara-cara yang betul ambil gambar tunang. 
JAUH SEBATU wokakakaka

Wajib ada punya gambar poyo macam ni untuk di framekan..

kawan-kawan dari zaman paleolitik hikhikhik

satu

dua

tiga! (Amek kau!)

Terima kasih datang kawan-kawan dari Ghombau .. 

Hujung 2013 jadi pengapit masa mak ayah awak kahwin

Ex-roomates UiTM yang sangat dirindui ..........

kawan-kawan terbaik di UiTM

(Aren & Marina)
2 pompuan gila ni pon dah insaf, hahaha

selfie pon boleh .. 

Khurra & Feeya (Cik Piah) 

Ni geng yang tertinggal keretapi. Orang nak runtuhkan khemah, kemas rumah.. Dia relax je baru sampai. Then kata "kitorang memang datang nak makan ni .. lapar". Hahahaha.

Selfie di atas pelamin tak dapat dipisahkan. Ibarat lagu & irama .. tetiba

D.I.Y hantaran dari pihak perempuan. Ini je yang tangan ni mampu buat .. 

Dari pihak lelaki.. 


Dah boleh panggil "Encik Tunang". euwwww

Gambar-gambar yang cantik hasil dari photographer yang diimport khas! Hahahaha. Kawan baik kami. Boleh follow instagram @thezairas untuk tempahan. Throwback masa diorang nikah Disember 2014.

Thanks for reading!
Silakan berjanggut tunggu next entry hahahaha