Friday, April 4, 2014

Samsung Galaxy Note 3 Rose Gold | Thanks Nuffnang

Assalamualaikum


Selalunya aku bukanlah watak utama kepada sesuatu situasi. Kebanyakannya 'bidan terjun'. Dulu pernah bidan terjun jadi mak andam kawan bertunang. Bidan terjun watak sampingan dalam telemovie. Biasalah director, dia main petik je siapa yang dia nak masukkan dalam camera. And kalini bidan terjun jadi photographer. Actually, bidang ni tak asing pon dalam diri aku. Sebab kat UiTM dari diploma hingga degree tak pernah berenggang dengan DSLR. Kalau bukan dengan DSLR, ke hulu ke hilir tangkap gambar guna handphone. PHOTOGRAPHER jugak ke? *semuaorangbolehjadiphotographer*. Macam-macam gambar dalam instagram korang ye dak. 


Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor
Kem Tunas Geliga
If korang mencari penceramah motivasi yang lain dari yang lain. Taraaaa! Boleh ke facebook beliau Abah Penceramah Bergitar atau call 019-3568409. Abah tu nama panggilan beliau. Bukan takat budak-budak sekolah dia berceramah, semua lapisan umur. Kelainannya, berceramah sambil bermain muzik dan menyanyi. Takdalah dengkor terok dalam dewan. Ceramah muzikal & korang akan cepat tersentuh dengan apa yang beliau sampaikan. 
Abah's team
nampak je camera, pandai-pandai depa posing hahaha
Huyai bukan senang nak tangkap gambar budak-budak ni menangis. Kang nampak camera paling ke lain. Semua snap dari jauh, taknak diorang perasan. Gambar macam ni abah suruh ambik untuk dia masukkan dalam facebook. 
Jangan nangis dek .. Lain kali jangan jemput photographer yang jiwanya sensitif. Sambil ambil gambar sambil lap air mata. Masa ni sesi tulis wasiat kat mak ayah. Pengalaman suka duka dengan parents, tu yang ramai nangis. Cerita kehidupan kita berbeza-beza :')

Banyak lagi gambar diorang menangis dengar ceramah 
tapi idoklah kerjanya aku ngapload kat sini

Pendek kata, memang best ceramah muzikal dari Abah Penceramah Bergitar

Baru mukadimah *sigh* Ini baru masuk topic.


Siapa tengok drama korea My Love From The Star angkat ketiak? Hahaha. Yang lupa pakai deodorant please pakai sekarang then sambung baca! LOL. Dalam drama ni, perasan tak diorang pakai handphone apa? Samsung Galaxy Note 3! \ (>___<) /  Blogger yang dah lama baca blog ni memang ariflah kan. Kak Maghia guna Samsung Galaxy Note 1 dari hujung tahun 2012. Orang kata jangan kejar trend. Bila handphone model baru keluar, mula rasa gelisah. Yeah memandangkan aku bukanlah orang kayo nak kejar trend. Maka guna jelah Note 1 sampai bila-bila *konon-konon*. Lagi pon, Samsung Galaxy Note memang sangat trendy. Dari segi size, camera yang jelas. Pendek kata "<3". Panjang pulak kata "I Love Samsung soooooooooo much". Ambik kau.


Satu lagi sebab terjebak dengan korean drama, semua guna Samsung. 


Semalam, tengah mencekik yang sebenarnya. Ada orang call, biasanya tak mungkin nak angkat masa tengah makan. Tapi kalini cepat-cepat cuci tangan sebab ingatkan Astro nak phone interview *seperti yang dah diberitahu*. Tapi bukan. 


"Hi, I'm Denise calling from Nuffnang. Hana rite? You dah menang Samsung Galaxy Note 3. Bila you boleh datang ambil ya?". Sekarang nak jerit ke nak joget? Hahahaha. Boleh lagi aku tanya "Betul ke I dah menang?". Kbye. Bingai-bingai sikit sebab tengok Oggy and Cockroaches before that. Zoi zoi zoi!~

still tak percaya
My fav colour hoyeah 

Ada yang tanya "macam mana boleh menang?". Sebagai seorang blogger, aku selalu bersama Nuffnang. And ada beberapa sponsored post. If perasan ada satu entry pasal Celcom First Samsung Galaxy Note 3 sempena CNY. Beberapa blogger dipilih untuk menulis tentang itu. Dan bukan menulis sahaja. Kami berpeluang untuk memenangi Samsung Galaxy Note 3 Rose Gold. So, aku tanya Denise macam mana I boleh menang? Dia kata pilih berdasarkan effort. Alhamdulillah .. 


Ada juga yang tanya macam mana nak join Nuffnang and boleh menang gadget? Cara-cara nak join Nuffnang korang boleh google jelah ek. Ramai blogger dah war-warkan tentang Nuffnang yang tak asing lagi dalam dunia blogging. Especially kepada blogger baru. Blogger lama semua dah terer-terer pasal Nuffnang. Korang kena rajin update blog *aku je tak rajin*. Nanti Insyaallah Nuffnang akan bagi peluang korang untuk tulis sponsored post (korang dibayar untuk promote sesuatu). Something like that ye adik-adik. Nak terang betul-betul hakak ni hampas kelapa sikit hua hua. 

Tak pernah pon bercadang nak tukar handphone, tapi dah menang ni alhamdulillah syukur sangat. Hooray! Dah boleh geng dengan si dia, guna Note 3 jugak.
bahagian belakang leather
Last time menang Ipad Mini dari Nuffnang
Terima kasih Nuffnang! 
Happy sampai hidung kembang takmau kuncup-kuncup
Thanks for reading, bye :')