Monday, March 24, 2014

Wedding | Throwback

Assalamualaikum 


Adik kata "Kakak Maria ni Sabtu Ahad mesti pergi kenduri kahwin". Bayangkan berapa ramai yang dah kahwin kalau weekend je lesap. Tapi sebelum pergi kenduri kahwin, kena cari hadiah. Kalau ada duit lebih mesti akan beli hadiah. And masalah utama sebelum pergi kenduri kahwin ialah menung almari baju. Nak pakai yang mana satu ni? Kebanyakan undangan aku akan pergi untuk tak menghampakan orang yang bagi kad undangan. Ada jugak yang tak berkesempatan sebab jadual bertindih *retis sangat*. So harini nak buat "THROWBACK" sikit. Aku lagi suka pergi kenduri kahwin dari pergi tengok wayang ke. Jalan-jalan cari pasal ke. Dating pon kat kenduri kahwin. Tsk tsk (T__T) Kenduri kahwin boleh jumpa jodoh. Eh? *tips kepada yang masih single*. 


Kenduri senior St John Ambulans masa sekolah
bestfriend dari tingkatan 1 tingkatan 1 (adik pengantin)
Abang Syafiq & Kak Izzah Azura
mantan pengerusi St John Ambulans Malaysia, SMKTK 
Nazrul, kawan se'uitm, se'konvo gituuuu
kawan sepermainan
Reunion budak-budak St John Ambulans 
Next, majlis Atiq & Redza di Mersing
Kawan sekelas si dia, yang aku pon kenal sebab 1 UiTM 
muka baru bangun tidur membuta dalam kereta *kahkah
semoga jadi isteri yang baik ye Atiq
*dalam hati bila lah turn aku ni kbye
candid si dia bersama bff *nak jugak
mai pilih mai pilih *kiri sekali dah jadi tunang orang ye
ini abang *coverline terok
berapa jam nak sampai Mersing, 10 kali terlelap 10 kali terjaga
Yeay *\ /* cantik warna baju pengantin
Next, Nizam & Iera 
Kawan si dia, yang aku pon kenal *kennn peramah 
macam 10 tahun tak jumpa
Iera ni jarang make up, dia nampak sangat cantik 
ini abang *coverline sekali lagi
kan dah kata "ini abang" *hantuk kepala kat photobooth
photobooth dia sangat comel *dah ada idea untuk majlis sendiri 
gf Ali, gf Ip, Tunang Mamat
Next, Zamani & Asilah bertunang
dua-dua kawan sekolah
setiap masa kat Whatsapp bincang pasal veil lah, baju tunang lah, hantaran
*menggeletar
alaaaaa korang tau kan? Bff kite. Nyet-nyet sekalian
Berangan sikit pon tak boleh *flipbuluhidung
Asilah cabut veil, teros ikot mencekik kat OldTown
motif masih sedang disoal siasat
geng kat Keramat *mangsa bahan-membahan
acah-acah je diorang ni
Next, Safuan & Ryna Taha 
classmate masa diploma a.k.a my director 
photographer videographer semua kawan-kawan sendiri 
Fakulti Filem Teater dan Animasi kennnn
friendship since 2007 *zaman diploma 
habis idea dah 
geng Zaiton Sameon *Lariiiiii
pengantin potong kepala
nyet-nyet ni pon bff masa kat UiTM
terima kasih lighting yang best hahaha
macam kat I-city tapi kat kenduri kahwin tau
OOTD (Oi Orang Takreti Diam)

Ada beberapa lagi majlis yang takda dalam gambar sebab guna phone camera, macam hampeh lah. Ni antara majlis yang semangat senget bahu usung DSLR. Thanks for reading, semoga berjumpa lagi di entry akan datang. Bye! 



Wednesday, March 19, 2014

B-Station | Halal Korean Food



Assalamualaikum


Anneyong haseyo! Wow wow! Entry khas untuk peminat korean food khususnya yang menetap di Kuala Lumpur. Luar KL tak pernah makan korean food lagi. Dah lama pasang impian nak pergi Korea satu hari nanti *honeymoon letew kbye*. Bila tengok korean drama, apa yang aku boleh simpulkan ialah dorang makan macam pelahap 10 hari tak jumpa makanan. Sampai korang rasa "YA ALLAH LAPARNYA, SEDAPNYA, NAK NYA". 


Restoran Korea yang halal kat KL ni amatlah sedikit bilangannya ye tuan-tuan puan-puan. Antara yang aku selalu makan kat Street Cafe SS15 and dia dah buka cawangan kat Sunway Piramid. Since aku penduduk Taman Keramat, area mana yang dekat nak dapatkan korean food? Taraaaaa B-Station. Dekat dengan Ampang Point. Dalam Ampang Point pon ada sebenarnya. B-Station ni kalau korang nak cari, dalam korea town sebelah 7 Eleven. Ampang Point sebelah kiri korang, traffic light pertama pergi kanan. 


B-Station
C14-1 Jalan Ampang Utama 
(inside korea town : nearby One Ampang Avenue Condo South Gate)
03-42510455

orang kata 'don't judge a book by its cover'. tapi apa boleh buat
aku memang suka judge luaran baru selera nak makan hidangannya. 
Saat melangkah masuk dah terbayang Yong Hwa, aik! Hahaha. Taklah, terasa macam betul-betul kat bumi Korea. Diorang suka benda comel-comel untuk deco restauran ni. Seriously simpe tapi sangat cute! 
See !
Korang tengok-tengoklah dulu
Kebanyakan customer kat sini, orang Korea yang duduk kat condo sebelah. Siapa berangan nak dapat boyfriend Korea, mulai sekarang dah boleh berlatih cakap Korea and dress up comel-comel makan kat sini wokaka. Anneyong haseyo pon jadilah. 
Kalau boleh berlatih gwiyomi sebelum pergi *sewel
melilau biji mata 
Before makan, bolehlah gedik-gedik baca comic kat belakang meja
*macam paham
Takkan korang datang sini nak makan western food pulak, tak syok
tteokbokki (spicy korean ricecake)
kimbab (korean style sushi)
selalunya makan masa pergi picnic / outdoor events
korean dumplings
kimchi-jjigae (kimchi stew)
ni paling fav kat sini !
macam biasa, antara side dish

bibimbap (mixed rice with vegetables)
orange juice, ice lemon tea, air hijau tu bella lim punya lupa dah
mashita ! *delicious
dak Bella Lim
Ramai kawan-kawan aku tak reti guna chop stick. Adik aku dari kecik makan megi guna chopstick. Pengaruh drama korea kuat ! Tak sentuh dah garfu *oh gosh

kenyang terbelehok
Sebelum balik , nak jugak ...................................
Thanks for reading.