Monday, February 17, 2014

Pengapit Buat Pertama Kali.



Friendship isn't about whom you have known the longest. 
It's about who came, and never left your side. 



Masa study kat UiTM .. Sebelum, semasa dan selepas buat assignment kitorang selalu ada topic selingan supaya masing-masing tak mengantuk. Antaranya borak pasal kahwin. Perempuan kalau datang miang dia memang ghope ini miahahaha. Masing-masing berangan nak pakai baju warna apa, konsep pelamin, bla bla bla. Kalau masa borak digantikan dengan buat thesis, tak payah tunda-tunda tarikh jumpa supervisor dek tak siap thesis lagi. Nasib baik thesis dapat A, takyah hukum diri kerana mengheret sahabat handai di dalam topic perbincangan yang sia-sia. 


Tiba-tiba, Kak Yana kata dia akan bertunang pada sekian sekian tarikh. Dari topic masing-masing berangan nak kahwin bertukar kepada perbincangan persiapan Kak Yana bertunang. Fast forward sikit, sampailah hari nikah Kak Yana. 

Sementara Kak Yana tengah make up, dayang-dayang tenyeh inai sorang sikit
untuk pastikan terkena percikan aura pengantin 
malam nikah bridesmaid pakai purple
Keajaiban! Kak Yana nampak sgt cantik..!
kalau jarang ber'make up, lain macam seri pengantin
orang lain nikah, orang lain yang berdebar
lap air mata pengantin selepas diijabkabulkan, alololo
Kak yana dah jadi roomate/housemate selama 4 tahun 
dari zaman diploma lagi
Setiap percintaan ada sejarah masing-masing. Aku yang jadi orang tengah (kepochi)
Tapi kisahnya, biarlah rahsia.. 
Alhamdulillah .. 
Antara kawan-kawan rapat Kak Yana
Lepas nikah, beralih ke majlis persandingan. 
Aku dipertanggungjawabkan untuk uruskan guestbook corner
guestbook in the making
Dia pengapit, dia tukang set up guestbook corner
GK = Gila Kuasa
simple ! utk tema garden wedding 
Pasangan pengantin ni kaki anime, so aku gunakan bunga sakura 


Tema untuk bridesmaid : Pink + Peach
s.a.h.a.b.a.t.k.u
pasangan pengapit sedondong kedondong *tekup muka kat bantal*

En. Wiramanja ni lecturer kat UiTM. Dah habis belajar baru dapat tahu satu rahsia yang sebenarnya En. Wira ni pakngah Kak Yana. Dia tak pernah sebut langsung, pandai simpan rahsia. Kalau dia bocor rahsia awal, boleh mintak A kat En. Wira wakakkaka. 


gambar dari photographer 
Taktau kenapa masa ni aku jalan senget, macam ketam. Kepala lutut menggigil-gigil. Macam mana kau nak kahwin nanti Maghia? 
makan beradab
Pengantin makan cover-cover, pengapit melantak kaw-kaw

Puas pujuk jadi pengapit. Dah merajuk, buat ayat touching bagai. 
Kiranya berjayalah ni? Hahahaha. 
Dia tak konpiden jadi pengapit, tapi tok guru Maghia Hana dah bagi beberapa ilmu walaupun diri sendiri pon first time jadi pengapit. Before this ada jugaklah jadi pengapit bidan terjun. Tetiba kawan pengantin tak sampai-sampai, mak aku bagi arahan je. Tak boleh membantah sebab majlis belah keluarga kita. Nanti buat malu je kalau nampak kelam kabut pengapit belah perempuan takda. 
Ketika aku menaip entry ni, Kak Yana dah disahkan mengandung. Kira nasib baik aku tak update bila Kak Yana disahkan bersalin *muahahahahahaha*
Alumni UiTM Di Hatiku 
Payah nak ajar pengantin lelaki buat gaya bebas 
Jangan tanya "pengapit bila lagi?". 
bestprenggggggg !
Walau selalu gadoh gedebak gedebuk tumbok cubit bagai, tapi kita sayang satu sama lain. We've been together, through thick and thin. 
Dah tak boleh wish Selamat Pengantin Baru.. Semoga bahagia hingga ke Jannah sahabatku Arham & Liyana!! Amin ..............

Ketika masih bujang. Lepas ni giliran siapa? Lari ................!
Thanks for reading :)


Thursday, February 6, 2014

Celcom First Samsung Galaxy Note 3 (Rose Gold) Chinese New Year Promo




"Gong xi gong xi gong xi ni ya Gong xi gong xi gong xi ni". Itu je lirik yang aku tahu hehe (")(>_<)(") Gong Xi Fa Cai kepada seluruh rakyat Malaysia!  

Dari dulu aku memang peminat setia handphone jenama Samsung. Apa yang mempengaruhi? Pelakon-pelakon drama korea yang nampak sangat bergaya menggunakan Samsung Galaxy Note 3. Jatuh cinta dengan rekaan Samsung Galaxy Note 3 yang sophisticated dengan skrin HD 5.7 inci. Juga dilengkapi dengan S pen untuk memudahkan pengendalian. Disebabkan harga mencecah RM 2000++ so ramai  yang tak mampu memiliki terutamanya student. Hanya boleh bermimpi di siang hari. Hehehe. 


"I think of myself not just as a dreamer, but as a dream chaser". - Sarah Brightman


Mimpi boleh jadi kenyataan! Sempena perayaan Tahun Baru Cina, Celcom First menawarkan Samsung Galaxy Note 3 baru dengan warna Rose Gold. Edisi ini ditawarkan dengan dua warna yang menawan iaitu hitam & putih. Happy tak? Anda boleh memiliki Samsung Galaxy Note 3 dengan harga serendah RM 1538 kontrak selama 24 bulan berbanding harga di pasaran iaitu RM 2399. Hanya melalui Celcom First. 





Di samping itu, anda boleh melanggan Celcom First plans bermula serendah RM88/sebulan. 

Monthly CommitmentRM128RM168RM238RM88
Voice PlanCelcom First Prime (RM40)Celcom First Premier (RM80)Celcom First Elite (RM150)Celcom First Data mPro Plus
(RM88)
Free 60 mins & 60 SMS
Data PlanMobile Internet mPro (RM88)
Pay-per-use Voice & SMS
at 15sen/min and 30sen/MMS
Data Volume5GB5GB
Advance PaymentRM700 Rebate (RM70 x 10 months)RM700 Rebate (RM70 x 10 months)
24 months contract
Device Price
RM1,538RM1,588
Monthly CommitmentRM78RM98RM118RM138RM188RM208
Voice PlanCelcom First Prime (RM40)Celcom First Premier (RM80)Celcom First Elite (RM150)
Data PlanMobile Internet Basic
(RM38)
Mobile Internet Advance
(RM58)
Mobile Internet Basic
(RM38)
Mobile Internet Advance
(RM58)
Mobile Internet Basic
(RM38)
Mobile Internet Advance
(RM58)
Data FUP1GB3GB1GB3GB1GB3GB
FREE Data50MB100MB200MB
Advance PaymentRM250RM300RM450
Amount rebated from 1st Bill onwards pending on usage
12 months contract
Device Price
RM2,088RM1,988RM1,888
18 months contract
Device Price
RM1,988RM1,888RM1,748
Antara sebab anda harus memilih Celcom bagi Samsung Galaxy Note 3 ialah : 

1. Celcom adalah rangkaian terbaik dan terpantas untuk melayari internet pada bila-bila masa dan dimana jua anda berada. 

2. Tidak perlu bimbang untuk melayari internet tanpa henti selama 24 jam.

3. Di Malaysia, Celcom adalah rangkaian yang telah memenangi Frost & Sullivan Awards.

4. Celcom mempunyai pakej dan plan yang terbaik.

5. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau masalah, Pelayan Khidmat Pelanggan sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan.



Samsung mengeluarkan smart watch pertama! Antara kelebihannya ialah korang boleh tangkap gambar hanya menggunakan smart watch tersebut. Wow menarik! Dengan hasil gambar yang mengagumkan. Ketika menunggang motosikal misalnya, anda tidak perlu mengeluarkan handphone dari pocket untuk membuat panggilan. Cuma dail dari smart watch anda. Ini lebih menjimatkan masa dan tidak merbahaya. Selain itu, rekaan smart watch yang moden sesuai digunakan untuk semua peringkat umur.  


"Bill Gates is a very rich man today. And do you want to know why? 
The answer is one word ; versions"- Dave Barry 


Mereka menawarkan Samsung GALAXY Gear smart watch dengan harga serendah RM 288 for any Celcom First and mPro plan. Harga asal smart watch tersebut ialah RM 999. Walaubagaimanapun, Samsung GALAXY Gear smart watch hanya boleh diperolehi dengan warna orange sahaja bagi tawaran ini. Demi menghargai pelanggan plan Celcom First, Celcom memberikan FREE Moschino Case worth RM189. Weehooo! First come first serve sebelum tarikh tamat tawaran ini pada 28 Febuari 2014

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila ke laman web Celcom First CNY promo