Thursday, December 18, 2014

Hotlink | OHHSOME Fest 2014


Assalamualaikum


"Nowadays, social media is the easiest place to go to find something". -David Nail

Apa itu sosial media? Ia adalah salah satu cara/medium untuk berhubung dan berkomunikasi dari jarak jauh. Contohnya Facebook, Youtube, Instagram, Twitter dan lain-lain. Sebenarnya, banyak manfaat yang korang boleh dapat melalui sosial media. Misalnya dalam bidang pendidikan, media sosial sangat efektif bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Click click click! Banyak maklumat yang kita dapat. Apa-apa pun terpulang kepada setiap individu lah kan .. Samada gunakan ke arah kebaikan ataupun telah menyalahgunakan. 


AHAD-14 Disember 2014 | Baru-baru ni, HOTLINK dengan kerjasama Paranormal Solutions Sdn Bhd menganjurkan #OHHSOME Fest di Avenue K Mall.  OHHSOME Fest berlangsung selama 2 hari sebenarnya. Hari Sabtu (13 Disember) dan hari ahad (14 Disember). Kak Maghia pergi hari Ahad sebab rasa lebih santai .. Boleh relax.. Dapat tenangkan fikiran kat sana sebab apa??? Banyak sangat aktiviti menarik yang kita boleh join. Semuanya freeeeeee! Oh ya, OHHSOME singkatan dari perkataan "OHH SOCIAL MEDIA". 

Avenue K Mall, rooftop
berlatar belakangkan KLCC

OHHSOME Fest membariskan para Youtubers terkenal antarabangsa dan tempatan. No wonder lah ramai gila orang join festival ni. Memang chill habis. Yang paling teruja bila kita dapat tengok depan mata youtubers kegemaran kita. Siapa? Wong Fu Productions, David Choi, Altimet, Elizabeth Tan, dan ramai ...... lagi! Ini adalah festival media sosial yang terbesar di Malaysia. Terima kasih HOTLINK!

"Social media is not about the exploitation of technology but service to community".
                                                                                                     (Simon Mainwaring)


Hari Sabtu (13 Disember 2014)
Hari Ahad (14 Disember 2014)


Selain berhibur dengan youtubers kesayangan masing-masing, OHHSOME Fest memberi peluang juga kepada usahawan tempatan untuk membuka bazaar. Buku, pakaian, aksesori dan macam-macam lagi. Apa yang menariknya, OHHSOME Fest terbuka kepada semua peringkat umur. So, boleh bawa family!
Selain membeli, ada jugak bazaar yang anjurkan contest. Antaranya, DURIANA.

Diorang pon sangat friendly <3
1.Tangkap gambar guna prop yang disediakan 2.Upload dalam Instagram 3.Hashtag #Duriana
and pemenang akan dapat sebuah FUJIFILM Instax Polaroid Camera

Nak tengok gambar sepanjang event? boleh cari hashtag #LIVELIFELOUD

Tak pernah lagi attend festival yang ada indoor dan outdoor activities sekaligus. Ini memang OHHSOME! *clap clap* Dan semua aktiviti adalah secara percuma! Yippeee! Jomlah bawa korang tengok-tengok aktiviti sekitar hari Ahad (14 Disember 2014). Actually Kak Maghia datang sorang-sorang festival ni. But tak rasa langsung kesorangan sebab kita jumpa ramai kenalan baru. Masing-masing sporting & friendly!

Kawaii *mata berair*
Seorang yang suka kepada benda-benda comel, orang comel. So, permainan comel wajib join! Masing-masing dah bertukar jadi Super Mario, dinasour dan cendawan *flashback zaman kaki game*


Dah selesai misi tangkap gambar tadi, kita boleh tuntut gambar for free. Upload dalam Instagram dengan hashtag #LIVELIFELOUD terus dapat satu kunci. Kunci tu boleh buat kita menang Iphone 6. Tapi aku tak menang *kesat air mata bertakung*

Dengan harapan yang satu, IPHONE 6!

Sementara aktiviti kat luar sedang berjalan, kat dalam boleh dengar talk dari Mr. Andrew Chow. Banyak tips tentang sosial media yang beliau kongsikan. Dengan gaya penyampaian yang menarik.

Hi Miss Yee Hui. Designer dari @SketchPostStudio

Kagum! 

Lebih berminat nak baca..


'Less sugar & Bicarbonate beverage" - HELLO SODA

Perisa mango paling banyak permintaan sebab limited katanya

Ice cream for free! Yes  for FREE! Thanks HOTLINK!
Nak pergi makan ice cream sebab comel sangat tempat ni hehe

Aktiviti MIMIC-A-MEME
setiap aktiviti yang kita join, akan dapat 1 kunci

Tengok brader ni sporting je. LOL



Tahniah kepada semua yang telah menjayakan

Persembahan dari Youtubers akan bermula sebentar lagi


Hi Denise. Your hair colour is my fav colour! Kbye <3

REVERSE BUNGEE!
Disebabkan aku gayat, idoklah main. Just tengok dari tepi.

Ciri-ciri keselamatan amat diutamakan

Sambil jerit OHHSOME! 

*gigil*

Siapa peminat Box for Letters? Taraaaa. 

Rupanya ramai youtubers yang berbakat. See, macam mana sosial media memainkan peranannya. Dengan cara upload video dalam Youtube, ia boleh dijadikan 'medium' untuk menunjukkan bakat.

Eleena Harris yang superduper cute


dan ramai lagi ..

 
Akhir sekali, marilah sama-sama manfaatkan media sosial ke arah kebaikan.
Terima kasih Nuffnang & Hotlink untuk peluang ini. Thanks for reading :)


"We don't have a choice on whether we DO social media,
the question is how well we DO it".
(Erik Qualman)


Website OHHSOME Fest : http://ohhsome.my/
Instagram : @OHHSOMEMY




12 comments :

sue. said...

my dear Maghia dah pakai tudung ke?
ALhamdulillah.

<3,
susue

Arfahani Arsad said...

kak marya cantik sgt pakai tudung! look so different, almost did not recognize u.. keep it up! :)

Miss Xyz said...

SubhanAllah.. Cantik pakai tudung kak. Teruskan ye, moga istiqamah. InsyaAllah

Maria Hasun said...

marya nama panggilan kita
hana nama panggilana akk kita. .
hehe awk cantik sgt :)

Aisyah Ros said...

dah pakai tudung ke? manis nya awak! hehe. keep it up. :)

Farahin Ahmad said...

yeay update jugak akhirnya and you look so different kak maghiaa 😊😊

Marya Hana said...

sue : Haah baru lagi, terima kasih sue. Blog header pon tak sempat tukar lagi.. My bad :(

Marya Hana said...

Arfahani Arsad : Lain sangat ke? Alala. terima kasih dear .. :)

Marya Hana said...

Miss Xyz : Alhamdulillah, terima kasih ye. Insyaallah akan terus berada di jalanNya. hehe.

Marya Hana said...

Maria Hasun : Heehehehe kebetulan pulak kan? Awk pon cantik.. ! =)

Marya Hana said...

Aisyah Ros : Dah. Heheheh. Blog dah lama tak berusik gini lah. Boleh follow ig marya @maryahana .. memang dah bertudung dari bulan berapa entah, 8 kot.

Marya Hana said...

Farahin Ahmad : Hahahaha punya lama tak update kan. Berhabuk bersawang dah :D