Monday, January 6, 2014

Sayonara 2013, Hello 2014.


Assalamualaikum

Terhegeh-hegeh baru nak wish Happy New Year! Melabelkan diri 'blogger tegar' tapi malas update blog? Maafkan kekurangan 2013 ku. Azam baru 2014 nak rajin update blog *seperti azam-azam tahun baru yang lepas*. Baiklah, sempena 2014 marilah clearkan peristiwa-peristiwa bersejarah dalam hidup supaya dapat tidur malam dengan nyenyak. Tak dibayangi perasaan bersalah duduk rumah lalalala makan, tengok tv, membuta, tengok masterchef bagai tapi takda masa nak update blog.


12 Disember 2013 - Majlis Anugerah Dekan Fakulti Filem Teater dan Animasi di DATC. Semenjak dah jadi alumni, hari-hari belek page fakulti untuk dapatkan maklumat tentang majlis anugerah dekan. Itupon nasib baik follow up *kepochi katakan*. Kalau tak nasib macam kawan-kawan kelas lain, tak datang sebab tak dimaklumkan.


Untuk Anugerah Dekan kalini tak macam yang lepas classmate beramai-ramai naik pentas. Final semester ni 8 orang je classmate yang dapat anugerah dekan. Tu pon dua orang tak dapat datang.

Si dia  kata "Eleh, yang dapat anugerah dekan ni mesti budak-budak skema dalam kelas kan?". Cisssss! Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Aku baru tiga kali. Dulu dia sapu bersih semua anugerah dekan yang ada. Kalau ada anugerah lain pon mesti dia gila kuasa nak sapu. wokakaka.

Sebenarnya, aku payah berputus asa. Kalau orang kata mustahil, lagi tu aku lawan. Kita boleh! Malaysia boleh! Teringat masa akhir-akhir semester, macam dah hilang arah. Tertekan dengan thesis and final project. Kekangan masa yang melampau. Tapi aku cakap dalam hati takkan kau nak menyerah kalah sekarang? Ini je yang mampu kau buat? Hang kata hang terer .. Belum terlambat lagi *sambil tampar pipi sendiri dengan perlahan* (perlahan sudehhh). Orang kata kalau 'tak pandai', effort kena lebih. So setiap kali submit assignment mesti bubuh effort dalam tu. Buat lain dari yang lain, hantar tepat pada masa. Recheck setiap kerja. And yang paling penting tak study hard but study smart. Semua kawan aku tau, aku tak suka buat assignment or study sampai lewat malam. Aku akan mula awal and tidur dengan teratur. Gitulah sikit-sikit tips dari Kak Maghia yang tak seberapa (>_<)Y

Kalau group assignment diorang lagi hangin! Biasanya, aku yang akan compile. Semester akhir kena tegas luar biasa. Selalunya compile bila dah hujung-hujung masa nak hantar assignment. Masa tulah baru nak kumpulkan, nak binding. Tapi bukan untuk semester ni. Ini PECUTAN TERAKHIR. 

Lagi satu tips untuk pelajar, jangan kedekut ilmu. Semester akhir masing-masing tension dengan thesis. So.. kalau free, aku tawarkan diri tolong kawan-kawan. Bagi buah fikiran. Tak habis pon ilmu kita kalau berkongsi. Lagi banyak kita berkongsi, lagi banyak pulangannya. Sharing is caring. Ye dok? :)
Roomate. Study, makan, gaduh, tengok korean drama semua sama-sama. Dan akhirnya di pentas Anugerah Dekan bersama. Si Fatin ni cepat cuak. Setiap kali dia cuak, aku umpama ais. Bagi dia cool balik, naikkan semangat kawan-kawan. Dah 24 tahun hidup, pelbagai jenis kawan dah jumpa. Ada yang jenis menjatuhkan. Ada yang main tikam-tikam belakang. Ada yang meroyan. Ada yang jenis dapat info simpan sorang-sorang. Ada yang suka melaga-lagakan. But she's one of the best! Sentiasa ada dibelakangku. Alhamdulillah, Thanks Fatin. Semoga cepat jumpa jodoh. Eh? 
Dekan FiTA : Prof. Madya A. Razak Mohaideen
*apa yang digelakkan pon dah tak ingat*
classmates
bergurau senda dengan En. Mat London, geli perut ihik ihik
Ubat batuk Cap Cucu dan Atuk 
hahaha
Sentiasa menemani walaupun baru balik kerja. Tak tidur lagi tu
kawan seperjuangan dari diploma hingga degree
Alhamdulillah ..

Pelajar di bawah penyeliaan Puan Umi Kalsom Bt Ahmad semua dapat anugerah dekan. Mana taknya, setiap kali jumpa supervisor, banyak dapat ilmu and kata-kata motivasi. Takkan lupa jasa Puan Umi sampai bila-bila. 
kawan yang kena simpan sampai tua
Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA) , UiTM
Semester lepas dapat sijil & mafla. Kalini dapat pen. 
Then si dia belanja makan sempena kejayaan si girlfriend, katanya
Marah tengok tomyam ni bila menaip perut lapar



Then .. 
Kita flashback sikit 23 November 2013 iaitu birthday si dia. 
Payah cari hadiah untuk orang lelaki
Teringat si dia selalu pergi main badminton. Dari situ dapat idea nak belikan sport watch
Terus pakai .. 
Belanja makan kat Chili's KLCC, mak oi ramainya manusia

2013 melabuhkan tirainya, sayonara! Thanks for reading. 




15 comments :

Mila Ahmad said...

Oh congrate dear :)

najihah sahami said...

hikss..banyok beno gambo eh. comeyyyy~

tahniah untuk dekan tu okey. pasni bleh dah slow2 panjat tangga g interbiuu. carik keje. makan tido je keje. haha

Cik Eka said...

Tahniah maghia. hehehehe

Kite tak tulis lagi entry 2013. hahahaha.. tak tau nak tulis. Otak beku2 dah nie

Atiqah Wadiah said...

woaaaa..hebaknyer k.maghia..kena ikut tips k.maghia lah gini..hikssss..gurau2..peace ^^V

Marya Hana said...

Mila Ahmad : tq tq ^^,

Marya Hana said...

Najihah Sahami : Blog ni sentiasa sarat gambar kekdahnya.

Thanks.. mmg tgh carik keje pon. Yg melepak tu sementara tggu org panggil interview hihi

Marya Hana said...

Cik Eka : burn jelah. Mmg payah nak perah otak balik sebenarnya. Ni sipi-sipi je. Nnt update teros eka kahwin ye!

Marya Hana said...

Atiqah Wadiah : lupa cakap, tips utk org yg batu masok belaja, haha

Siti NurHafizaH said...

congratz kak maghiaaa.... hehehhe stay cute ok ^^

Marya Hana said...

Siti nurhafizah : tq dear. Cute tak boleh cute sgtlah, umur dah 25 huwaaaa.

Shazwani Ramly said...

eeee seronoknyaaa. nak jugak merasa dapat dekan -.- kak maryaaa memang contoh terbaik lah :)

Marya Hana said...

SHazwani Ramly : Belajar rajin2 eh. Kak maghia yo yo oo bagi nasihat. 20% je betul tu wakakaka. Best of luck ;)

A Girl Like You said...

cari hadiah untuk lelaki adalah paling susah, paling susah, no matter it for ur brother, father or even loves one... phew~

zainatul abu bakar said...

Hehe same la dgn Zai, azam setiap tahun mesti ade nak update blog selalu tapiiiii throughout the year..hampeh! Huhu. Anyway congrats :)

Zhareef Azali said...

Hai Marya Hana.. Rasenye lame sungguh tak singgah blog kamu since Reef dah deactivated previous blog account.. U already sattle your degree.. wah.. Congrate..!!~ Happy for you.. Reef just takat Diploma je n tak sambung blaja after finished from MIIM.. Anyway, Reef dapat baca blog Marya walaupon rasenye dah bertahun tak menjengah blog ni.. Kerinduan tak terhingga.. =)
Ok, till here..

Byebye..