Saturday, December 21, 2013

Istiadat Konvokesyen ke-79, UiTM.

Assalamualaikum

Aku perhati .. Walau sejahat mana, senakal mana, segarang mana, seseram mana muka kita. Masa tidur adalah muka yang paling suci dan menyenangkan seindah baby yang baru lahir. Sebagai contoh cuba korang renung muka kawan yang paling lahabau masa dia tidur. Jangan samakan muka dia masa bangun tidur! Tang tu boleh sakit jantung. Sebenarnya intro langsung takda kena mengena tapi aku nak cakap jugak. Tak kira! Sebab malam tadi aku renung muka adik aku 8 tahun yang sumpah nakal & hyper-active tu. Masa tidur tak rasa macam nak lepuk pon. Muka tenang seindah suria, wakakaka.


Sudah cukup cukup sudah, meh cerita pasal konvokesyen seperti yang dijanjikan. Sebenarnya dah konvo pada 12 November 2013. Nak nangis sebab perah otak nak ingat balik moment ketika itu *padan muka kau pemalas update blog kan?*. Kalau nampak macam tak real buat diam sudah, maknanya ada proses tokok tambah kat situ. Sebab dah takda modal hihihihi. 


Seperti yang korang kira, ada 5 bear semuanya. Sehari sebelum konvo aku beli keychain khas untuk kawan-kawan baik yang dah lama tak jumpa. You know who you are! (<3) Sekaligus merupakan hadiah yang tak seberapa untuk konvokesyen kami. Yang penting tanda ingatan ye dak? Sebab rasa bersalah kononnya nak buatkan dorang Chocolate Chip Biscuit. Tapi sebelum konvo busy cari baju, cari kasut. Buat-buat lupa hal biskut terus =D Harap korang tak baca entry ni, sekian. 


Orang kata aku peramah. Ye memang aku peramah! Baru jumpa 5 saat borak macam dah kenal 5 tahun. Itu perkara biasa. Tapi apa yang luar biasanya.. Kawan-kawan baik tak ramai. Izinkan aku memetik satu pernyataan yang dirasakan menarik & tak lari topic dari apa yang dibebelkan : 

"Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga 
dari seribu teman yang mementingkan diri". 

Malam sebelum konvo sampai pukul berapa pagi entah.. 
Sibuk buat prop untuk bergambar sakan esoknya. 
Kemain semangat DIY, buat kad untuk kawan berlima tadi.
Dah leka buat prop, terlupa iron baju. Esok pagi baru tergedik-gedik iron sementara tunggu mak andam datang. Siap ada mak andam kau nyah! Kerlassss kan? 
Mak pakai merah untuk konvokesyen degree! Juling mata lembu kalau nengok 
Nasib baik sidang petang. Datang pon terkedek-kedek semua orang dah start pakai jubah & mortar board. Pin sana pin sini! Dulu masa diploma konvo kat Dewan Sri Budiman. Degree kat Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC). Memang berganda-ganda kemeriahan!
Berdebar nak naik stage mengalahkan tak pernah konvo
Rambut kepok-kepok hasil pintalan kawan baik, Mira
Thanks pagi-pagi berkampung kat rumah untuk buatkan rambut kepok-kepok
front camera yang hampeh
Keluar dari dewan je ada peminat cilik hantar bunga, hahahaha Kenalkan, inilah adik hyper-active yang ketika tidur tak rasa langsung macam nak lepuk. Ketika sedar dan waras, memang rasa nak back kick side kich flying kich semua dalam satu. Hmmm nakal gilosss!
Yang selebihnya semua gambar gembira masa konvo. Tengok-tengoklah !

ex-schoolmate yang konvo pada hari yang sama. 
Dia dari Fakulti Muzik



Roomate yang beberapa hari lagi nak kahwin haaa, sila countdown
Tak salah 'AKAK OTAI' pegang bunga. 
Bak kata orang "dalam hati ada taman". Boleh terima kenyataan? 

Terima kasih si dia yang datang semata-mata untuk bagi bunga bersama bear gemok hehehe. Merangkap tukang bawak bunga. Sebab aku dah tak cukup tangan mana nak bawak bag, mana nak bawak jubah, mana pakai kasut tinggi baling anjing mati. Benci mak nok!
Beberapa orang classmate 
Yeay ! *\ /*
Macam biasa, yang tak dapat bunga tangkap gambar pinjam bunga kawan :P 

ayah aku ke hulu ke hilir dengan camera
gambar kawan-kawan aku pon dia tangkap


Hari pulang jubah ayah tak ikot, so tangkap gambar dengan mama & zaqwan


selepas 4 hari pulang jubah, baju conti tau ! (>__<)

Secara rasminya dah jadi alumni UiTM dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Skrin) Kepujian, Fakulti Filem, Teater dan Animasi. 
and datang ambil gambar sekali
Kiri : si dia
Tengah : My bestfriend, Mira
Kanan : Family 

Bila dah habis belajar, kadang-kadang mengigau jugak.. Bangun tidur teringat assignment apa tak buat lagi? Teringat malam-malam makan kat 'kandang' (tempat makan kt UiTM Puncak Perdana). Beli burger depan kolej. Malam-malam taknak buat assignment tapi layan drama korea. Ya Allah rindunya! Okay thanks for reading. Tunggu next entry, juga di DATC. hehehehe. Bye <3



Wednesday, December 18, 2013

Product Review : JoyDrops and Cintafascia

Assalamualaikum

Blogger lelaki boleh tutup mata dari sekarang. Tumbuh ketumbit tak tanggung ! (>__<)|") Dah tutup mata okay boleh mula. Hai kawan-kawan blogger perempuan yang cantik jelita. Kecantikan bermula dari dalaman dan terpancar pada luaran. Tak gitu? Kalau setuju meh nak perkenalkan beberapa product untuk kebersihan dalaman. Taknaklah cantik luaran tapi dalaman tak terjaga. 

Ada 4 produk yang korang boleh pilih

Produk JoyDrops bertaraf medikal. Semua produk dah diuji terlebih dahulu sebelum dipasarkan untuk mengelakkan kesan sampingan kepada pengguna. Insyaallah selamat digunakan ye puan-puan =)
Hygiene Liquid Cleanser Gel | RM 49 include postage

Mengembalikan kesegaran kawasan khusus wanita secara membersih, menyingkirkan bau dan bakteria. Rasanya ini patut ada dalam koleksi setiap wanita. 
Genital Bleaching Cream | RM 49 include postage

Ia meresap jauh ke dalam bahagian khusus wanita dan melunturkan darah kotor dalam saluran kapilari. Ia mampu menyingkirkan bakteria. Korang boleh pakai lepas kedatangan haid. 
Breast Enlargement Cream | RM 49 include postage

Jangan tanya "Kak Maghia pakai ke?". Tumbuqqqq muka ko hahaha. Okay cream ni menambah saiz payudara dan memperbaiki fungsi bagi kawasan payudara. Untuk elak kanser payudara, korang boleh amalkan penyapuan cream ni. Sebab kadang-kadang kita bukannya rajin sangat nak buat langkah-langkah pengesanan kanser payudara tu. Kan? Sapu je cream ni, Insyaallah .. 
Vagina Tightener Gel | RM 49 include postage

Okay yang ni khas untuk puan-puan yang dah pernah bersalin. Faham kan? Ehem! Taknak cerita sini, malu orang tengok! *dialog Jambu* 

Kalau ada sebarang pertanyaan lanjut or nak order, bolehlah contact : 

mia.myra@yahoo.com

or whatsapp 

01111256123

Tang ni orang lelaki dah boleh bukak mata. Hehehe. If korang pening nak bagi hadiah birthday kat member. Haaa ni antara salah satu idea yang korang boleh gunakan. CUSTOM MADE POLAROID MAGNET by @cintafascia. Korang boleh follow Instagram diorang! Harga sangat sangat sangat berpatutan.
Instagram : @cintafascia

Thanks for reading, kbye ! ^^



Tuesday, December 3, 2013

Yadah Malaysia : Sweet Milky Tint & Mascaras


Assalamualaikum

Kadang-kadang aku pon boleh confuse. 'Eh dia ni apa yang cute ek. Muka dia ke? Baju dia ke?'. Perempuan memang suka ajukan pertanyaan tak berfaedah kepada diri sendiri. Hati jawab "orang cantik pakai apa pon cantik". Walaupon hanya t-shirt and sliper jamban ke Pavillion. Oh aku sangat jelly (jealous yang di'modernkan) dengan perempuan-perempuan sebegini. Memiliki paras rupa yang alhamdulillah cukup-cukup makan membuatkan aku berfikir macam mana nak cantik ni? Stress ni stress woi! Akhirnya aku dapat solution yang maybe korang boleh gunakan untuk nampak lebih cantik dari biasa *FLIPHAIR*


" Oh.. selain plastic surgery, patutlah artis Korea nampak comel & natural! "


Satu parcel gedebuk sampai depan rumah. Yadah dah sampai! Yadah? Yup, masa mula-mula dengar nama skincare product ni terus google. Lima saat berkerut lima jam terkejut. Ohmaigod kenapa comel-comel sangat? Thank you so much Elaine!


Tengok kotak pon hati boleh cair 

Meh ceritakan sikit pasal Yadah. Yadah ni produk dari Korea yang sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah sensitive skin. Yadah is botanical skincare, 100% free from artificial coloring, preservatives, mineral oil, sulphate and animal extracts. Produk ni sangat famous amos tau kat Korea. Manalah tau korang nak fefeeling The Inheritors. Bolehlah cari produk ni! Esok bangun pagi tetiba tumbuk cermin sebab tak percaya diri dah bertukar Park Shin Hye. Okay dongeng. 
1st time jumpa produk yang ada sejarah silam tentang character yang digunakan. YADAH sempena nama budak perempuan yang comel berambut perang macam dalam gambar 
Her pet, YOM YOM 
Buka je kotak mata bersinar-sinar

*wink wink*
Packaging dia memukau orang macam aku, kan dah rambang mata
Mulai bulan Disember 2013, Yadah melancarkan Sweet Milky Tint & Mascaras
Ada dua jenis mascara iaitu :-

Bloom Mascara RM 35
Highlash Mascara RM 35


Kemain si Yadah "Wow Long~ Long~"
mascara paling cute pernah aku ada 
Kalini Yadah buat muka belagak "Ooops!! Volume~ volume~"
Antara Highlash Mascara and Bloom Mascara, aku lebih suka Bloom Mascara. 
Cantiklah Bloom Mascara !
Sweet Milky Tint pon ada dua jenis iaitu :-

01 Sweet Cherry RM 25
02 Sweet Pinky RM 25
Best Seller in Korea
Tak dinafikan, Sweet Milky Tint ni melembabkan bibir and warna yang diorang keluarkan pon sangat cantik. Sesuai dengan kulit orang Asia. Aku lagi suka Sweet Cherry! 
Colour nampak macam lebih kurang. Tapi hakikatnya Sweet Cherry lebih kemerahan and menawan. Nampak segar and natural. Sweet Pinky sesuai untuk orang yang berkulit cerah, mesti nampak macam Barbie Doll. Pakai pon tak melekit. Tu paling penting. 
Dah ada dalam koleksi, yeay! 
Selain pakai kat bibir, korang boleh ikut 3 steps for cheeks! 
Nampak lebih natural macam Park Shin Hye tapi ini Penyepark Shin Hye kbye
Waaaaaa suka jugak! Boleh isi make up
Masa dating, aku suka campak segala tok nenek make up dalam handbag. Untuk mengelakkan sepah and susah nak cari. Bolehlah isi dalam ni, lebih teratur. Yang paling penting apa? Fefeeling Park Shin Hye. Herghhh tak habis-habis (-___-")

Yadah bagi discount sempena Hari Krismas. Korang boleh cari Yadah di 3 website : 

Baru-baru ni pergi kenduri kahwin pon pakai Yadah. Okay tak? 


Yadah is available at the following Sasa stores : 

Sungei Wang Plaza, Berjaya Times Square, Pavilion, Lot 10, Mid Valley Megamall, KL Festival City, Bangsar Shopping Centre, Cheras Leisure Mall, Sunway Pyramid, Bukit Tinggi Klang, Alamanda Putrajaya, Sunway Giza Mall, One Utama, Mines Shopping Fair, Setia City Mall, Bukit Raja, Mahkota Parade, AEON Bandaraya Melaka, Queensbay Mall, AEON Seberang Prai City, Gurney Paragon Mall, KSL City Mall, City Square JB, Batu Pahat Mall, Bukit Indah, Jusco Kinta City, Ipoh Parade, First World Plaza Genting, Warisan Square, Plaza Merdeka, Alor Star Mall, Bintang Megamall, The Spring Kuching, Suria Sabah.


Thanks for reading! Korang boleh LIKE page Yadah Malaysia di facebook.