Monday, October 14, 2013

Happy 24th Birthday To Me.

Assalamualaikum


Boring gila tunggu new entry? Entry lama? Bila nak update blog oi? Tu yang bermain di fikiran korang. Dulu kan .. hari-hari aku rasa nak update blog walaupon takda modal. Rela melangok tepi tingkap cari ilham. Itu yang macam-macam tips keluar walaupon bukan expert mana pon *wakakakaka*. Cer baca entry lama-lama. Gampang je rasanya. K moga tips berkenaan sedikit sebanyak membantu blogger sekalian gahaha. Aku yang dulu bukanlah yang sekarang kata Tegar (penyanyi cilik berbakat besar Indonesia). Sama dengan Kak Maghia *aku yang dulu bukanlah yang sekarang*. Sekarang memang lembab update blog. Tapi yakin dan percayalah anak-anak ye, bahawa aku sentiasa nak kan penulisan yang memuaskan hati. Biarlah berbaloi tunggu new entry yang berkurun-kurun baru menjelma. Ye dok? 


Sebenarnya banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian. Kerja after konvo Insyaallah (^^,)  Sekarang masih suri rumah sepenuh masa menguruskan pergi dan balik adik ke sekolah kihkih. Setakat rutin harian boleh tengok kt Instagram sana. Dalam blog semua entry harus ada sentimental value. So ... seperti yang korang tahu, 12 Oktober tarikh Kak Maghia dilahirkan. Tak seperti birthday girl lain. Aku hanya berbaring di atas katil empuk dan tekan "LIKE" dan berterima kasih dengan semua ucapan di facebook, instagram mahupun Twitter *\ (>.<) /*



Selain tu, aku meranapkan semua episod korean drama The Masters's Sun. Siapa tengok drama ni? Memang rumah aku pakai unifi. Cukup laju untuk tengok online. Tapi aku suka feel tengok kat tv, besar pon besar. Tengok seisi keluarga pulak tu! Episod baru-baru ni hero dah nak mati, so aku bertekad tengok online for the next episode. Bila dah tertengok online, terlajak sampai episod akhir. Taraaaa! Ending kelako gila kihkih. Hari Rabu Khamis minggu ni nganga sebab selalunya minggu demi minggu pukul 9 memang dah melekat depan TV tunggu Joo Joong Won & Tae Gong Sil. Bagi aku drama ni ada kelainan. Tak caya cer tengok! Kelako, sedih, romantik, seram semua dalam satu cerita. 

Kita flashback sehari sebelum birthday aku, 11 Oktober. Memang dah plan nak lepak dengan geng. Selalunya kemain susah nak decide sama ada nak makan je ke, nak karok ke. Nak makan kat mana pon kadang-kadang bergusti. Situ tak sedap sini tak sedap. Yang peliknya, 11 Oktober dorang macam cool je.. Tak gaduh tarik-tarik rambut pon, ini pelik ..


Ada satu kes yang sumpah gelak sampai nak melantun anak tekak! Kitorang ada satu group kat Watsapp. Then Mira bagi suggestion nak lepak-lepak, semua orang bersetuju tanpa banyak soal. Kan ke pelik babun. Lepas aku setuju untuk ikot, mesej Asilah masuk ..


Asilah : Tasha, bila nak beli kek?
Asilah : Jom bincang..
Asilah : Alamak


Nampak nauuu kantoi busuk. Siap "ALAMAK" tu yang buat aku lari satu rumah sebab geli hati plan diorang dah terbongkar. Aku siap pergi bilik mak aku and cakap betapa sengalnya asilah bocor rahsia kat group tu. Dalam masa yang sama aku dapat rasa yang budak-budak lain tengah asah parang, sinsing lengan baju nak baham Asilah. Salah satu cara untuk prank orang, jangan libatkan manusia yang jujur. Habis spoil!! *muahahaha*.


So lepas makan kitorang karok. Rumah dekat dengan Wangsa Walk memang situ jelah port'nya. Seperti yang dijangka, masa karok aku nampak hek korang dok sengih-sengih antara satu sama lain. Then main pass pass phone entah bincang apa. Dalam hati kata "takpe, bagi chance". Sebenarnya aku lagi expert bab-bab ni. Muka korang serius tak boleh jadi pelakon. Extra pon Yusof Haslam takmo ambik.hihihi. Faruq dengan tetiba menghilangkan diri and Mira coverline "Faruq smoke kot". Rupanya pergi ambil kek dalam kereta. Goodjob anak-anak monyet! :D

Terharu betul diorang bawak kek and nyalakan lilin. Bila nyanyi "Happy Birthday To You.. Happy Birthday To You.." tetiba semua lilin padam. Huk aloh..  Terus tak sambung nyanyi dah. Walaupun begitu, terima kasih sangat kawan-kawan untuk kek, belanja makan & belanja karok. Thank you my friends. Sincerely and truly, I appreciate it so much <3 
Tasha | Asilah | Marya | Mira (mastermind)
& Faruq (tiada dalam gambar)

Thanks Tasha

Bertambah koleksi mask

Dah flashback sehari sebelum birthday. Sekarang cerita sehari selepas birthday pula. Actually kitorang nak keluar hari Sabtu tapi adik aku (anak monyet) takda sape pulak nak jaga. So biarlah daku berkorban. Agak-agak nampak mithali tak? Muahahaha. Si dia memang alert aku suka makan apa. Dia bawa makan kat Seoul Garden, KL Festival City. Memang kena dengan mood menghabiskan masa tengok korean drama sebentar tadi.
Tiap kali makan Seoul Garden, aku akan sesah daging. Ayam sebelah mata pon tak pandang. Si dia je yang beriya makan ayam. Pastu kenyang dulu. Aku steady je mencekik sambil si dia dah kenyang terbongkang.
Gigih dia bakar. Semua letak kat pinggan girlfriend. Nak suruh girlfriend gemok. 
Mashita ! **
Aku punyalah terliur tengok Ho Dong mencekik dalam Barefoot Friends
tunjuk skill yang ada *korean sangatttttt*
Menggodanya awak, ouch !
Kitorang pon sempat tengok filem Escape Plan. Awesome! Kagum sejenak!


Perut kenyang hati senang. Si dia hantar balik sampai terlupa hadiah dia sorok dalam bonet kereta *hiewhiewhiew*. Aku dah nak buka pintu pagar pastu berlari-lari anak dia pergi bonet ambik hadiah. Harini pon dah cukup happy, bila dia bagi hadiah senyum sampai telinga. 


Ya Allah ni jodoh ke hape? Aku tak pandai balut hadiah, dia pongggg *kahkah* Masa buka pembalut hadiah boleh terdetik macam gitu. 
Lepas dah buka pembalut, ternampak perkataan "Instax Mini 7s".

Terus melompat macam kera kena belacan! Kalau korang nak tau, camera ni memang one of my wishlist. Dulu pernah guna sekali masa Carian Gadis Konfiden Kotex Fresh 2012. Teringin nak ada satu. Tak sangka dia bagi kita. Yang nak jadi kebetulan, masa jalan-jalan kat KL Festival City.. Aku duk usha camera ni dalam cermin kaca. 
Nanti nak beli leather case dia, sebab aku ganas nauuu
Cantik kan? Senang nak bawa gi mana-mana
agak-agak bila nak rasmikan eh 
sampai sekarang menaip dengan senyuman 
Thank you <3
cakkkkk !
alaaaaaaaaa omelnya
Dipercepatkan jodoh tu kenapa huruf besar? Muahahaha Ipman hantar birthday card tauuuu. Maybe next year IronMan, SuperMan, BatMan, KluangMan. Siapa tahu? 


Thanks for reading, bye ^^





Sunday, October 6, 2013

A parcel from Tokyo, Japan.


Assalamualaikum

Masa belajar parents tak bagi bercinta. Kita jawab "bercinta boleh jadikan sumber inspirasi untuk berjaya". Nampak tak jenis anak-anak kuat menjawab wakaka. Blogging pon ada sumber inspirasi. Kalau jadi blogger asyik kena bash je ko agak-agak ada ke mood nak update blog? Dulu update blog sendiri baca. Ayat langsi banyak tet tet tet (sensored) pon takkan usik bontot orang lain. Sekarang lain.. Setiap blog ada pembaca yang tersendiri .. Macam aku sendiri pon ada favourite blog yang wajib baca bila dia update. 'Eh dia update blog lah!!' dengan nada super excited sampai tepuk-tepuk bantal. Blog mana? Biarlah rahsia kikiki. Aku suka baca blog santai, ayat taknak skema badut. Setiap orang lain-lain citarasa, korang suka baca blog macam mana? Jawab depan laptop walau ia tak mengerti hee. Sekarang aku kena rajin-rajin update blog. Walaupon kenyataan ini sekadar menabur janji-janji manis kepada pembaca *gelaktutupmulut* sebab dah selalu benauuu menipu nak update blog last-last tak update pon. Maafkan saya ..

Berbalik kepada blogging juga harus ada sumber inspirasi. Ya sekarang aku terinspirasi semenjak dapat parcel from Tokyo, Japan. Aku memang jarang nampak kat blog, tapi percayalah di Twitter & Instagram tak pernah lepa. Ada je emo-emo kat situ hihihi. Boleh follow kepada sesiapa yang sakit jiwa tunggu Kak Maghia update blog. Suatu hari yang indah, ada orang tweet :

Cik Pensel : Kak Maghia ke blogger yang suka CN Blue tu?
Maghia : Ya saya!!
Cik Pensel : Nak alamat, ada benda nak kasi .. 

Untuk pengetahuan semua, cik pensel belajar kat Jepun.
Ada satu hari yang rupa aku tak ubah macam bibik. Baru lepas kemas tempat u'uk kucing then ada orang hon depan rumah. Parcel dah sampai! Muka bibik pon bibiklah keluar rumah. Sebab aku fikir takkanlah next time orang yang sama hantar parcel sambil imbas kenangan lepas "awak ingat tak muka awak macam bibik last month" LOL. 
Bila tengok Japan Post, terbeliak bijik mata. First time kita dapat parcel from JAPAN. Dalam hati memang excited tapi saje tayang depan tv dulu & keluar pergi AEON beli hadiah kahwin kawan. Balik rumah baru bukak parcel. Mama kata "dah nampak dah, siapa hantar barang dari Jepun tu?". Aaaa tu yang kita mau wakakaka. Selalunya bil air, bil lektrik. Ini bagi lain macam sikit. 
Mula-mula bukak parcel dah nampak poster CN BLUE! *\  /*
tengah fikir lagi nak tampal kat mana
Post card gambar ayam kesukaan ayah aku
*kantoi dia pon menyelit tengok isi parcel*
Insyaallah, kalau ada umur yang panjang .. Masa Kak Maghia kahwin ke, eh!
Siapa peminat 2pm? K dah dengar jeritan gadis-gadis dari sini. Yep Kak Maghia dapat album 2pm from Cik Pensel. Baiknya awak ni .. Ish ish ish ..
Oh ..
Kak Maghia pon suka 2pm. Sebab semua handsome, eh
*Screaming*
CN BLUE 4th Mini Album ReBlue
awatlah best sangat isi parcel ni?
Yang bestnya ada photobook! 
Muka excited dari sinar mata yang bergelora @___@ hahaha
Nak kongsikan isi photobook dengan korang, especially CN BLUE fans
somi I hikhikhik, Yong Hwa
banyak lagi gambar, ini yang sempat dikongsikan lah ye *nangis cepat*

Terima kasih Cik Pensel untuk kedua-dua album. Daebak! 
Arigato gozaimasu ^^
penanda buku terselit dalam album
Arigato ne .. (nasib baik aku pernah ambik Nihongo masa kt UiTM)
Ayah kata "tak sangka eh walaupun dia takda kena mengena dengan kau, tapi dia boleh bagi hadiah macam ni". Yep setuju. Bukan semua orang boleh mengharukan perasaan kita. Sebenarnya apa pon pemberian orang, aku sangat sangat sangat hargai. Walaupun hanya sebatang pencungkil gigi. Tapi harap-harap takda yang pos pencungkil gigi kat aku lepas ni wakakaka. Kepada Cik Pensel, terima kasih banyak-banyak. And teruskan baca blog yang tak seberapa ni. Keep in touch :)


Thanks for reading! Bye ^^