Wednesday, July 31, 2013

Elizabeth Arden : NEW PREVAGE Clinical Lash + Brow Enhancing Serum


Bila nak dating, orang lelaki paling kecut perut. Nak tahu kenapa? Awak-awak perempuan suka bersiap 14 jam untuk tepek bedak 4 inci, lipstic merah, eyeliner, eye shadow, blusher and MASCARA! Yes, MASCARA. Ramai orang perempuan takkan keluar rumah tanpa mascara. Kononnya "mascara ibarat nyawa". Macam aku jarang-jarang pakai mascara sebab aku malas bersiap lama-lama. Pakai mascara harus ada penelitian. Kalau tak comot sana sini dah mencacatkan penampilan. Salah satu penyebab pakai mascara ialah bulu mata tak panjang, tak lentik macam heroin hindustan, tak lebat. Hmm. 

Setiap kali ada photoshoot/shooting make up artist akan pakaikan fake eyelashes. Untuk aku sorang. Yep sebab aku sorang je yang kekurangan bulu mata & bulu mata yang kontot. So sad. 


Jangan risau ye kaum hawa sekalian (kaum Adam curi-curi baca).

Elizabeth Arden mengeluarkan produk terbaru iaitu PREVAGE Clinical Lash + Brow Enhancing Serum. Ia khusus untuk : 

* Memanjangkan 
* Melebatkan 
* Memenuhkan bulu mata dan kening

supaya sentiasa nampak lebih sihat dan bermaya!
for longer, fuller, healthier looking lashes and brows
PREVAGE Clinical Lash + Brow Enhancing Serum mengandungi nutrien, vitamin A,C,E, Pro Vitamin B5 dan ekstrak botani yang mampu membuatkan bulu mata kelihatan panjang, penuh dan sihat. Kita pon mampu ada bulu mata setanding heroin-heroin hindustan *berangan lari-lari kat atas gunung* mera maan~ 
Jom try! 
Harap maklum, aku ada bulu mata tapi macam takda (T___T) 
tapi takpe jom mulakan transformasi hehehehe
Berus yang halus memudahkan aku untuk sapu di bahagian atas dan bawah bulu mata. 
Mudah digunakan dan boleh tengok hasil selepas hanya 2 minggu!
Cara nak pakai PREVAGE Clinical Lash + Brow Enhancing Serum ni senang je. Pakai ala-ala pakai eye-liner. Mulakan dengan bahagian dalam ke luar. 
PREVAGE Clinical Lash + Brow Enhancing Serum juga boleh digunakan oleh pemakai kanta lekap sebab produk ni bebas pewarna. 
Tarik sikit bahagian luar mata untuk memudahkan pemakaian
Boleh sapu di hujung-hujung bulu mata, pakai setiap kali sebelum tidur secara berterusan okay!
Ada sesetengah orang kekurangan bulu kening. Dan korang terpaksa bersusah payah lukis dengan celak dan akhirnya terjadi rupa SHIN CHAN. kekeke. Jangan risau, produk ni meransang penumbuhan bulu kening supaya nampak lebih cantik and sihat. 
Disertakan sekali sarung khas taraaa! Untuk korang simpan serum seperti dalam gambar

Harga : RM 380.00 (0.13 fl. oz / 4 ml)
BEFORE and AFTER
Nampak tak dalam 2 minggu bulu mata Kak Maghia mula panjang and bertambah. Suka, suka, suka!

Setiap 2 minggu selepas pemakaian,
korang boleh ukur sendiri kepanjangan bulu mata dengan benda alah ni :)


Untuk sebarang pertanyaan, boleh contact : 

Dina Chee (Marketing Executive - Elizabeth Arden)
Pacific Cosmetics (M) Sdn Bhd
Tel : 03-5510 7321 Ext 269
Fax: 03-5519 8087
Email : dinachee@pcm.my


Kimberly Choong (Assistant General Manager - Elizabeth Arden)
Pacific Cosmetics (M) Sdn Bhd
Tel : 03-5510 7321 Ext 222
Fax: 03-5519 8087
Email : kimberlychoong@pcm.my

Laman Rasmi : Elizabeth Arden 

Tuesday, July 30, 2013

Majlis Anugerah Dekan : UiTM P.Perdana


Assalamualaikum


Pelan-pelan kayuh konsep update blog sekarang. Tan Sri P.Ramlee kata "barang yang lama jangan dikenang, kalau dikenang merana badan". Kesilapan besar der kalau gunakan prinsip tu dalam menulis blog. Barang lamalah yg patut dikenang supaya boleh jadi modal kau update blog dikala tengok Runningman pon tak mampu menggembirakan hati. ke ke ke. Buat pengetahuan semua, aku dah jadi penganggur berjaya dengan mengambil alih kerjaya sebagai bibik sepenuh masa. Rela jaga sekandang kambing dari jaga sorang adik yang hyperactive. Bukan saje pergerakan hyper, mulut pon hyper! 


Aku : tot tet tot tet (membelek handphone)
Zaqwan : Buat apa tu? (sambil mengintai)
Aku : Tengah mesej kawan akak
Zaqwan : Eleh.. mengorat Abang Ip lah tu !!
Aku : O___o  ERK.


KURANG HAJARRR *versi Johan Rajalawak* punya budak. Di manakah maruah aku? Ada ke ahkak Maghia yang ngorat abang ip. Eh pehhh-lish (T__T)


Hoi orang-orang kampung result UiTM keluar 3 Ogos. Ketaq lutut weh! Macam biasa aku akan survey dulu result kawan-kawan. Baru muncul keberanian nak check result sendiri. Please pray for my exams result ya. Serius aku gementar. Tak lalu nak makan tapi lepas berbuka makan nasi boleh bedal donut sebiji dua. Hmmm. 

12 JUN 2013

Alhamdulillah dengan result semester lepas. Fakulti Filem Teater dan Animasi berbaik hati buat kali pertamanya menganjurkan Majlis Anugerah Dekan bertempat di dataran Kolej Jasmine UiTM Puncak Perdana. Ianya sehari sebelum pelajar semester 6 bertolak ke *tet* untuk Finishing School. Yang tu kita update kat entry lain. Saje bagi seram sejuk nak terkencing, surprise kononnya. Tapi dah banyak update kt Instagram. Hmmmpphh.
Tema pakaian ialah pakaian kebangsaan bewarna Biru & Putih 

Baju kau biru putih ke tu Maghia? Ke pembaca yang rabun? Relax semua.. memandangkan aku busy uruskan thesis sampai tak sempat nak cari baju kurung biru putih. Tak pernah ada pon baju kurung biru sobs. So bedal je baju peach yang langsung lari tema tu hihihi. Untuk taknak rasa bersalah, aku kenakan dengan scarf berjalur biru putih. Walaupun langsung tak matching dengan baju. Nampak tak kegigihan nak makan di Majlis Anugerah Dekan. hikhikhok. 
Baju tak ikot tema pon ada rasa nak buat peace lagi? >__<"
kawan dari semester 1 tahun 2007
Mr. K yawww! Ketua Program Jabatan Skrin. Dia suka menyakat aku 
"mana blogger popular?". Hampeh. 
Dekan yang banyak menaikkan nama fakulti 
Bangga dengan kawan-kawan lain jugak, tahniah 
Dapat sijil dan mafla. Eksklusif dari fakulti. Siapa tak datang malam tu, mafla tak boleh tuntut dah. Masih berharap untuk dapatkan satu lagi Anugerah Dekan untuk semester terakhir. Insyaallah .. Semester lepas aku terlepas Majlis Anugerah Dekan, busy melepak kat rumah sebab takda class. Boleh baca entry ni. Kbye.

p/s : Best of luck bebudak UiTM yang akan dapat result 3 Ogos 2013 <3




Sunday, July 21, 2013

Media Launch for Kotex Memberku Hawa Season 2.


"With confidence, you have won before you have started". - Marcus Garvey


Segala-galanya bermula di sini. Just nak korang tahu yang aku dah lama gila tak luangkan masa untuk blogging. Tapi harini tebiat apa nak menulis. Berdasarkan previous entry pasal music video Erti Kawan ada blogger tanya macam mana eh nak dapat peluang macam tu. Sorry dah berbulan-bulan baru terjawab. Hidup aku pon tunggang langgang pulun siapkan thesis. Yang bolehlah dipanggil thesis hikhikhik. Tapi sendiri mimpi ngeri nak baca. Nasib baik viva lepas. And alhamdulillah with the mark given by panels! TQ so much.


Bermula masa aku belek-belek baca blog sendiri. Nampak iklan Nuffnang yang berlegar dalam blog tentang 'Carian Gadis Konfiden Kotex Fresh'. Okay nampak menarik! Abaikan. 


Esoknya aku baca blog sendiri lagi, sekian. Dan nampak iklan yang sama. Hati kata apa benda ni weh? Carian Gadis Konfiden Kotex Fresh? (sambil click iklan tersebut) kat page Iknowmovement yang sekarang dah bertukar kepada facebook rasminya Kotex Malaysia. Gatal tangan main isi je then mula cari gambar untuk join. Aku rasa banyak je gambar buat peace tapi kenapa aku masukkan gambar tu eh. Hentamlah labu. 

Sehingga aku dipilih Top 30 finalis carian gadis konfiden kotex fresh. Kitorang semua berpeluang ke boot camp kt Cherating. Antara pengalaman yang langsung aku tak dapat lupakan! Asal mengigau je kt Cherating. hehehe. Asal mengigau je duduk sebelah Nad Zainal. Serius best weh. 1 sen duit pon tak keluar. Kak Azah 3R, Nad Zainal & semua kru Kotex memang awesome. Semua memori masih terngiang-ngiang. 


Seperti yang korang baca kt entry ini, antara top 30 hanya sepuluh orang yang dipanggil semula untuk casting Memberku Hawa 2. Peribahasa ada berkata ye puan-puan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa tahu. Dan bersambunglah perjalanan kami 5 orang terus bersama Kotex :D

28 Mei 2013 - Media Launch for Kotex Memberku Hawa Season 2 di PJ Hilton 
tulisan cakar ayam sementara tunggu make up artist
after make up bolehlah kot nak buang air ke. nak pergi melantak dulu ke. 
Sampai sekarang aku terkilan. Aku ambik je muffin ni tapi tak makan. Sempat tangkap gambar je. Bulan puasa bukan boleh upload gambar makanan, tercabar keimanan. 
Rehearsal 

yang kiri , our choreographer Shahrul 
Nad Zainal 

Facebook sudah terabai, maka aku akan update segala-galanya dengan cepat di Instagram Marya Hana


selepas make up, mata dah bertukar kepada burung pungguk! @__@


semua gambar di Instagram 



always be my favorite, Nad Zainal 
Erti Kawan nyanyian Adira
Rise Up Confidently with Kotex












with Fattah (Juara Hero Remaja) juga juniorku di FiTA






Bekalan Kotex selama setahun. 
Sampai menopause pakai tak habis-habis. ke ke ke ke


Thanks Kotex ! 



Boleh tengok kat Youtube! 


and korang boleh tengok disebalik tabir MV Erti Kawan



Peraduan-peraduan yang Kotex anjurkan semua best! And yang paling penting hadiah dia lumayan. Peraduan yang terbaru akan menang kereta. Teringin nak masuk tapi dah ada kontrak dengan dorang, tak boleh masuk lah kan? (T______T) korang try lah masuk peraduan-peraduan yang ada. Mana tau berpeluang macam kami? 
Okay bye !