Tuesday, March 26, 2013

Memori Semester 6 | UiTM Puncak Perdana


Assalamualaikum

Blogger mana yang baca blog aku dari 2009 maybe rindukan entry spesies ini kehkehkeh. Before masuk semester baru aku akan post entry pasal barang-barang yang aku beli sebagai persediaan masuk semester. Macam hanger, penyepit baju, sabun syampu dan sekutu dengannya, alas kaki, etc. Tahap kemalasan yg melampau mengakibatkan aku tak lagi post entry sebegitu. Time flies too fast. Kini aku semester 6 Ijazah Sarjana Muda Skrin, Fakulti Filem Teater & Animasi. Bulan 6 berakhirlah hidup aku makan tidur buat assignment kat UiTM Puncak Perdana ni. 6 tahun bukan masa yang singkat untuk aku hadap tempat yang sama. Agaknya boleh jalan pejam mata untuk ke fakulti. 6 tahun babe! so, untuk kali terakhirnya aku menaip tentang hostel, katil, meja study. Mari mulakan! ( -___-*)

Tempat di mana aku membongkang diulit mimpi-mimpi indah. Mimpi yg paling indah ialah CNBlue datang tidur rumah aku. Melampau sangat ke mimpi ni? Hmm. Menunjuk bedsheet bau AEON Setiawangsa. Ohmai.. sumpah selesa bedsheet ni. Kenapalah aku beli? Serius rasa taknak bangun dari katil. No wonderlah aku malas buat assignment. Eh. 
Beli kt AEON Setiawangsa juga. Yelah, semester enam paling banyak meluangkan masa kat meja study. Buat proposal, chapter 1-5 untuk thesis. Please doakan aku grad tepat pada masanya. Padahal dah kecut perut untuk hadap Viva nanti T___T but still bersyukur dapat penyelia yang sporting & mempunyai idea-idea bernas. Kalau nak harapkan ayat level SPM aku bawak ke degree ni, memang tak grad lah.
Hiasan di meja study. Beli kat Popular Bookstore
pernah pulak atas meja aku ada buku? 

Korang rasa aku pemalas gila kan update blog? Taknaklah gitu.. Ni ni ni aku nak update apa yang berlaku dalam hidup tentang semester 6. Actually semalam birthday my lovely roomate. So marilah aku share sikit, macam mana aku kalut pergi mencari hadiah untuk Kak Yana. 
From Fatin
From YuYu
From Marya Hana
Hadiah beli secara kelam kabut semalam. 
2 DVD Anime. Khas untuk peminat anime yang setia. 
Masa beli tu aku yang minat dengan cerita ni sebenarnya. Tapi sedapkan hati "Takpe, beli hadiah untuk Kak Yana, nanti pinjamlah kat dia balik". Bijak membuat pelaburan ^^, kahkah. One more thing, aku pilih DVD pasal orang bercinta je. Al maklumlah dia dalam jiwang mode wkwkwkwk sedapnya kutuk dia kat sini. 
Bagai semuanya ada continuity. Aku hadiahkan dia sticker pokok sakura. Sesuai dengan konsep anime yang tadi ekeke. Tiada dalam gambar shawl berwarna pink+merah juga pemberian di hari jadinya.
Disebabkan masing-masing busy dengan thesis, so kitorang just letak hadiah atas meja study Kak Yana
Ni namanya saje nak meranapkan ink printer aku. Gigih aku design, cehhhhh design sangat. Khas untuk birthday girl. Yang paling nak mengamuk masa gunting bunga-bunga berguguran tu. Harus ada tahap kesabaran yang tinggi. Allahhu Akbar! 
Harini kelas seperti biasa. Yang paling best, aku & Marina dapat bonus mark untuk proposal subjek Directed Studies. Yabedabedu~ Kelas petang pulak dapat tahu aku & Fatin dapat highest mark for our previous assignment. Patotlah ada mood nak menaip blog yippeeeee!
friendship since 2007
OMAK KAU KODOK TERBANG
terkezut tak tengok menatang ni? hehe. Aku beli masa FiTA Art Market.
nama dia IP wakaka. Actually nak kasi kt si dia
Pelik-pelik je kan? Tapi inilah cara mencipta memori persahabatan .. 
See! Kait nama Yana, Marya & Fatin. Semua ni kitorang beli kt FiTA Art Market 
Tak lupa PA Timbalan Dekan kita, Kak Gaia yang request nak ambil gambar bersama. Sobssobs lepas ni tak dapat dah jumpa Kak Gaia yang cute ni. Dia peminat Runningman & korean drama mana yang dia tak tengok. Meh habaq mai, semuaaaaa dia tengok. EXPERT! 
di hadapan Fakulti Filem Teater & Animasi.
Dulu fakulti terkenal dengan nama Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (TEKA)

Sepanjang 6 tahun kat sini, first time Puncak Perdana takda air yg kronik. Bak kata Fatin, inilah memori yang tercipta di akhir semester 6. Lepas ni bolehlah kenang before subuh dah berebut mandi kat surau, atas dining, dan ceruk-ceruk mana yang ada air. Hmm. Berak tahan sampai 3 hari, euwwww! 

Thanks for reading, bye kawan-kawan.



Thursday, March 21, 2013

Hottest Selling Mask in Korea.


Assalamualaikum
*STICKY POST*

PEREMPUAN .. Sebiji jerawat muncul atas muka riuh se'Facebook/ Twitter/ Instagram/ Blog. Why is this happened to me? Eh bocor rahsia kekeke. Pastinya kaum Hawa amat menitikberatkan hal kecantikan terutama muka. Orang lelaki takkan faham dengan masalah kecik tapi dibesar-besarkan dan dihebohkan seperti ini. Tapi tak dinafikan ada dikalangan kaum Adam yang menitikberatkan kesihatan kulit muka, wa salute sama lu! Yeyeah. 

Di kala jerawat menjelmakan dirinya, mahu saje aku letupkan jerawat tersebut dengan BOM ATOM. Tapi aku sedar bahawa mana ada jalan singkat untuk hilangkan jerawat & tak meninggalkan apa-apa kesan pada kulit. Buktinya, kulit akan berparut/ berlubang/ ada bintik hitam. Nak-nak orang yang tak reti sabar macam aku ni. Syaiton sentiasa menghasut "picitlah jerawat tu sayang..".

No wonder muka licin tapi ada bintik hitam tadi tu hmm T___T still tak boleh tidur (mimpi ngeri). Oh kulit muka. Ada juga di antara kita yang hadapi masalah kulit muka kering. Even dah make up cantik-cantik pon still mencacatkan. Hmmm lagi sekali.

STRESS !! 

Dan .. Dan .. bila tiap hujung minggu aku balik rumah, mak aku sentiasa hadap korean drama. Kau tau tak muka pelakon korea licin bak telur di kupas? Ini boleh mendatangkan stress bila terpandang muka sendiri kat cermin. Di sebabkan aku mahu hidop bahagia dan gembira di samping kulit muka yang cantik. So ... aku sentiasa mencari solusi kepada permasalahan ini (ala-ala Inspector Gadget.. !)

Memikirkan solusi
Taraaaaaaa! *\ /*
pemakaian mask boleh melindungi & menyegarkan keseluruhan kulit muka

One of my favaorite face mask


Gugur bulu ketiak tengok gambar "before".  Macam nak ajak bertumbuk. Padahal berperang dengan perasaan sendiri. Gambar "after" hasilnya kulit terasa lembab, fresh & bintik hitam hasil picitan jerawat semakin pudar. Sekarang aku tak risau kalau foundation habis tanpa disedari. Selamber badak boleh pergi class dengan bedak yang tipis. Tak payah bersusah payah, singsing lengan baju, berejam-jam tepek foundation untuk cover jerawat yang tumbuh mekar. 

Mesti korang tertanya-tanya mask apa yang aku guna? Gebang sangat kan.. As you all know, aku sangat terjebak dengan korean drama & variety show mereka. Haruslah produk kecantikan pon nak tiru artis Korea "I got a boy meotjin! I got a bot chakhan! I got a boy handsome boy nae mam da gajyeogan".  Aku nak korang tahu, this is hottest selling mask in Korea now. Ada jual juga di Malaysia weehooooooo! \(>__<)/  Lagi 'weehoo' bila korang tahu aku akan bagi code untuk 10% discount dengan setiap pembelian 'Leaders Insolution Mask' sahaja . Readers blog Marya Hana je dapat discount ni tauuuuuu.

1. Aloe Soothing Skin Renewal Mask
RM 9.90 (10% discount)

2. Beauty Clinic Platinum V Lift Essential Mask
RM 8.50 (normal price)

3. Vita Bright Skin Renewal Mask 
RM 9.90 (10% discount)

4. Collagen Lifting Skin Renewal Mask
RM 8.50 (normal price)

5. Beauty Clinic Mask Promo 

 5 x 25ml = RM 39.50 (normal price)
No alcohol, no mineral oil, no artificial pigmentation, no paraben-good for all skin type mask



10% discount untuk 'Leaders Insolution Mask' sahaja (seperti gambar di atas)

Korang boleh lawat website www.cathyjoy.com untuk order! Jangan lupa sebut code 8868 untuk dapatkan 10% discount bagi setiap pembelian 'Leaders Insolution Mask', valid till 31/5/2013. Cepat order sekarang! 


Sekarang taklah tercabar sangat bila terpandang
kulit muka kawan-kawan yang licin 
Nampak tak penangan artis K-Pop dalam diriku? Cawan CNBlue y'alls!

sila lawati www.cathyjoy.com


Friday, March 15, 2013

Nikah | Berinai | Sanding


Assalamualaikum

I HATE THIS FEELING! Bila lama tak tulis blog, terasa makhluk asing sedang menaip. Semua serba tak kena. Type panjang-panjang then delete. Persis terkena sumpahan Kum Kum. Bunyi toksah cemas sangat. By the way, ini adalah semester terakhir di UiTM.

Nak jerit kegembiraan ke, nak nangis sedu sedan ke nak buat yang mana satu dulu ni? Sebagai seorang pelajar semester akhir, bukanlah lepak menjadi keutamaan. Dan yang paling magic aku dah rajin pergi library belek-belek buku & pinjam. So tak boleh update blog selalu *Twitter selalu*. Maafkan andai tertunggu-tunggu but I still love u hihihi. Untuk kurangkan bimbang di hati sebab berapa kurun tak update blog, maka aku menaip hari ini. Menaip sambil picit kepala T__________T 

As you know, tiap-tiap minggu ada member kahwin. Orang ajak kita pergilah. Nanti kau kahwin kawan-kawan komplot taknak datang. Dulu masa single kemain eksyen. Beginilah konsep umur kertu yang bakal melangkah ke jinjang pelamin tak lama lagi. Ecewah gitu .. Tujuan lain boleh makan nasi minyak free. Sambil tu usha kot-kot boleh dapat ilham baju pengantin ke, pelamin ke, candy booth ke, cari jodoh ke. Eh?

Button badge sponsored by CHAWE Creative


Design sendiri & email malau_77@yahoo.com
Harga berpatutan & pantas !

-----------------------------------------------------------
Jaja & Yus | 1 Mac 2013 | Nikah
Taman Chembong Jaya |Rembau |Negeri Sembilan
-----------------------------------------------------------
Tertonggeng-tonggeng aku ambik gambar
Biar gambar bercerita ..







Sah dengan dua kali lafaz
Eh seronoknya dah halal









Muka-muka single. Eh terjual minyak

Malam Berinai | 1 Mac 2013
Warna tema, hijau
Yang aku selendang hijau, buat syarat Hahaha
Marina Zaza Marya
kawan tidur sekatil tapi aku tidur dulu lah (-___-) zZ
lepas malam berinai kitorang JJCM kt area Dataran Senawang. Masa tengah-tengah makan dapat 3 nombor telefon. Cis sempat lagi! Silap tak bawak balik haritu. Boleh promote no phone diorang dlm blog Hahaha.

Majlis Sanding | 2 Mac 2013

Bridesmaid kena pakai pink.


Buang masa
L is for the way you look at me
O is for the only one i see
V is very, very extraordinary
E is even more than anyone that you adore

Ada kawan si dia tegur "Uress ke?" . Hahaha.
sebab kawan dengan ex Sekolah Menengah Undang Rembau, schoolmate si dia.
semua kawan-kawan si dia kecuali Zaza
hentikan keyword seperti "Marya Hana putus cinta". Buat aku rasa nak gelak sampai terkeluar burger bakar makan dua bulan lepas. Hahaha. Yang baju hitam tu, wujud lagi. Alhamdulillah ..
Elianto Face Mask
ada 10 keping face mask kongsi-kongsilah uolls laki bini

Semoga kekal hingga ke Jannah & lahirkan anak-anak yang comel!
Thanks for reading k bye.