Saturday, December 21, 2013

Istiadat Konvokesyen ke-79, UiTM.

Assalamualaikum

Aku perhati .. Walau sejahat mana, senakal mana, segarang mana, seseram mana muka kita. Masa tidur adalah muka yang paling suci dan menyenangkan seindah baby yang baru lahir. Sebagai contoh cuba korang renung muka kawan yang paling lahabau masa dia tidur. Jangan samakan muka dia masa bangun tidur! Tang tu boleh sakit jantung. Sebenarnya intro langsung takda kena mengena tapi aku nak cakap jugak. Tak kira! Sebab malam tadi aku renung muka adik aku 8 tahun yang sumpah nakal & hyper-active tu. Masa tidur tak rasa macam nak lepuk pon. Muka tenang seindah suria, wakakaka.


Sudah cukup cukup sudah, meh cerita pasal konvokesyen seperti yang dijanjikan. Sebenarnya dah konvo pada 12 November 2013. Nak nangis sebab perah otak nak ingat balik moment ketika itu *padan muka kau pemalas update blog kan?*. Kalau nampak macam tak real buat diam sudah, maknanya ada proses tokok tambah kat situ. Sebab dah takda modal hihihihi. 


Seperti yang korang kira, ada 5 bear semuanya. Sehari sebelum konvo aku beli keychain khas untuk kawan-kawan baik yang dah lama tak jumpa. You know who you are! (<3) Sekaligus merupakan hadiah yang tak seberapa untuk konvokesyen kami. Yang penting tanda ingatan ye dak? Sebab rasa bersalah kononnya nak buatkan dorang Chocolate Chip Biscuit. Tapi sebelum konvo busy cari baju, cari kasut. Buat-buat lupa hal biskut terus =D Harap korang tak baca entry ni, sekian. 


Orang kata aku peramah. Ye memang aku peramah! Baru jumpa 5 saat borak macam dah kenal 5 tahun. Itu perkara biasa. Tapi apa yang luar biasanya.. Kawan-kawan baik tak ramai. Izinkan aku memetik satu pernyataan yang dirasakan menarik & tak lari topic dari apa yang dibebelkan : 

"Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga 
dari seribu teman yang mementingkan diri". 

Malam sebelum konvo sampai pukul berapa pagi entah.. 
Sibuk buat prop untuk bergambar sakan esoknya. 
Kemain semangat DIY, buat kad untuk kawan berlima tadi.
Dah leka buat prop, terlupa iron baju. Esok pagi baru tergedik-gedik iron sementara tunggu mak andam datang. Siap ada mak andam kau nyah! Kerlassss kan? 
Mak pakai merah untuk konvokesyen degree! Juling mata lembu kalau nengok 
Nasib baik sidang petang. Datang pon terkedek-kedek semua orang dah start pakai jubah & mortar board. Pin sana pin sini! Dulu masa diploma konvo kat Dewan Sri Budiman. Degree kat Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC). Memang berganda-ganda kemeriahan!
Berdebar nak naik stage mengalahkan tak pernah konvo
Rambut kepok-kepok hasil pintalan kawan baik, Mira
Thanks pagi-pagi berkampung kat rumah untuk buatkan rambut kepok-kepok
front camera yang hampeh
Keluar dari dewan je ada peminat cilik hantar bunga, hahahaha Kenalkan, inilah adik hyper-active yang ketika tidur tak rasa langsung macam nak lepuk. Ketika sedar dan waras, memang rasa nak back kick side kich flying kich semua dalam satu. Hmmm nakal gilosss!
Yang selebihnya semua gambar gembira masa konvo. Tengok-tengoklah !

ex-schoolmate yang konvo pada hari yang sama. 
Dia dari Fakulti Muzik



Roomate yang beberapa hari lagi nak kahwin haaa, sila countdown
Tak salah 'AKAK OTAI' pegang bunga. 
Bak kata orang "dalam hati ada taman". Boleh terima kenyataan? 

Terima kasih si dia yang datang semata-mata untuk bagi bunga bersama bear gemok hehehe. Merangkap tukang bawak bunga. Sebab aku dah tak cukup tangan mana nak bawak bag, mana nak bawak jubah, mana pakai kasut tinggi baling anjing mati. Benci mak nok!
Beberapa orang classmate 
Yeay ! *\ /*
Macam biasa, yang tak dapat bunga tangkap gambar pinjam bunga kawan :P 

ayah aku ke hulu ke hilir dengan camera
gambar kawan-kawan aku pon dia tangkap


Hari pulang jubah ayah tak ikot, so tangkap gambar dengan mama & zaqwan


selepas 4 hari pulang jubah, baju conti tau ! (>__<)

Secara rasminya dah jadi alumni UiTM dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Skrin) Kepujian, Fakulti Filem, Teater dan Animasi. 
and datang ambil gambar sekali
Kiri : si dia
Tengah : My bestfriend, Mira
Kanan : Family 

Bila dah habis belajar, kadang-kadang mengigau jugak.. Bangun tidur teringat assignment apa tak buat lagi? Teringat malam-malam makan kat 'kandang' (tempat makan kt UiTM Puncak Perdana). Beli burger depan kolej. Malam-malam taknak buat assignment tapi layan drama korea. Ya Allah rindunya! Okay thanks for reading. Tunggu next entry, juga di DATC. hehehehe. Bye <3



11 comments :

Fana Aqim said...

wah..dah graduate dah..cepat je masa berlalu.. apa2 pun tahniah dear.. :)
so?apa plan lepas nih?

Marliyana Mk said...

harrr..cantikk semua gambar..

hihi..lepas ni buat apa kak?

Nur Fajariah said...

tahniah =)

Farahin Ahmad said...

Dah lama tak dtg blog kak marya. Btw tahniahhh kak maghiaa dah gradd :D

Diera Tekikushika said...

tahniah ! wah sekarang ni misi mencari keje lah kan?? ke nak sambung master.. =)

Mila Ahmad said...

tahniah marya dah grad!

cik hani said...

tahniah..dah otai ni..
hihik

tanam anggur takpe, nanti ada hasil

Umie Artoqiemie said...

sekejap je rasa, dah grad ") tahniah akak otai kite !

aina izati said...

Waalaikummussalam. :)
1st time nihh jenguk blog kak Marya,siap follow lagi haa. hehe.

Btw congratulation for u sis.!! Dah graduate^^ Adk baru ja lepasan SPM. hee :)

sue. said...

tahniahhhh my darling Marya Hana!!! I am so proud of u!!

<3,
susue

zainatul abu bakar said...

Oh marya sama grad ngn kite jgk. Kite 19hb sesi petang :)