Monday, October 14, 2013

Happy 24th Birthday To Me.

Assalamualaikum


Boring gila tunggu new entry? Entry lama? Bila nak update blog oi? Tu yang bermain di fikiran korang. Dulu kan .. hari-hari aku rasa nak update blog walaupon takda modal. Rela melangok tepi tingkap cari ilham. Itu yang macam-macam tips keluar walaupon bukan expert mana pon *wakakakaka*. Cer baca entry lama-lama. Gampang je rasanya. K moga tips berkenaan sedikit sebanyak membantu blogger sekalian gahaha. Aku yang dulu bukanlah yang sekarang kata Tegar (penyanyi cilik berbakat besar Indonesia). Sama dengan Kak Maghia *aku yang dulu bukanlah yang sekarang*. Sekarang memang lembab update blog. Tapi yakin dan percayalah anak-anak ye, bahawa aku sentiasa nak kan penulisan yang memuaskan hati. Biarlah berbaloi tunggu new entry yang berkurun-kurun baru menjelma. Ye dok? 


Sebenarnya banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian. Kerja after konvo Insyaallah (^^,)  Sekarang masih suri rumah sepenuh masa menguruskan pergi dan balik adik ke sekolah kihkih. Setakat rutin harian boleh tengok kt Instagram sana. Dalam blog semua entry harus ada sentimental value. So ... seperti yang korang tahu, 12 Oktober tarikh Kak Maghia dilahirkan. Tak seperti birthday girl lain. Aku hanya berbaring di atas katil empuk dan tekan "LIKE" dan berterima kasih dengan semua ucapan di facebook, instagram mahupun Twitter *\ (>.<) /*



Selain tu, aku meranapkan semua episod korean drama The Masters's Sun. Siapa tengok drama ni? Memang rumah aku pakai unifi. Cukup laju untuk tengok online. Tapi aku suka feel tengok kat tv, besar pon besar. Tengok seisi keluarga pulak tu! Episod baru-baru ni hero dah nak mati, so aku bertekad tengok online for the next episode. Bila dah tertengok online, terlajak sampai episod akhir. Taraaaa! Ending kelako gila kihkih. Hari Rabu Khamis minggu ni nganga sebab selalunya minggu demi minggu pukul 9 memang dah melekat depan TV tunggu Joo Joong Won & Tae Gong Sil. Bagi aku drama ni ada kelainan. Tak caya cer tengok! Kelako, sedih, romantik, seram semua dalam satu cerita. 

Kita flashback sehari sebelum birthday aku, 11 Oktober. Memang dah plan nak lepak dengan geng. Selalunya kemain susah nak decide sama ada nak makan je ke, nak karok ke. Nak makan kat mana pon kadang-kadang bergusti. Situ tak sedap sini tak sedap. Yang peliknya, 11 Oktober dorang macam cool je.. Tak gaduh tarik-tarik rambut pon, ini pelik ..


Ada satu kes yang sumpah gelak sampai nak melantun anak tekak! Kitorang ada satu group kat Watsapp. Then Mira bagi suggestion nak lepak-lepak, semua orang bersetuju tanpa banyak soal. Kan ke pelik babun. Lepas aku setuju untuk ikot, mesej Asilah masuk ..


Asilah : Tasha, bila nak beli kek?
Asilah : Jom bincang..
Asilah : Alamak


Nampak nauuu kantoi busuk. Siap "ALAMAK" tu yang buat aku lari satu rumah sebab geli hati plan diorang dah terbongkar. Aku siap pergi bilik mak aku and cakap betapa sengalnya asilah bocor rahsia kat group tu. Dalam masa yang sama aku dapat rasa yang budak-budak lain tengah asah parang, sinsing lengan baju nak baham Asilah. Salah satu cara untuk prank orang, jangan libatkan manusia yang jujur. Habis spoil!! *muahahaha*.


So lepas makan kitorang karok. Rumah dekat dengan Wangsa Walk memang situ jelah port'nya. Seperti yang dijangka, masa karok aku nampak hek korang dok sengih-sengih antara satu sama lain. Then main pass pass phone entah bincang apa. Dalam hati kata "takpe, bagi chance". Sebenarnya aku lagi expert bab-bab ni. Muka korang serius tak boleh jadi pelakon. Extra pon Yusof Haslam takmo ambik.hihihi. Faruq dengan tetiba menghilangkan diri and Mira coverline "Faruq smoke kot". Rupanya pergi ambil kek dalam kereta. Goodjob anak-anak monyet! :D

Terharu betul diorang bawak kek and nyalakan lilin. Bila nyanyi "Happy Birthday To You.. Happy Birthday To You.." tetiba semua lilin padam. Huk aloh..  Terus tak sambung nyanyi dah. Walaupun begitu, terima kasih sangat kawan-kawan untuk kek, belanja makan & belanja karok. Thank you my friends. Sincerely and truly, I appreciate it so much <3 
Tasha | Asilah | Marya | Mira (mastermind)
& Faruq (tiada dalam gambar)

Thanks Tasha

Bertambah koleksi mask

Dah flashback sehari sebelum birthday. Sekarang cerita sehari selepas birthday pula. Actually kitorang nak keluar hari Sabtu tapi adik aku (anak monyet) takda sape pulak nak jaga. So biarlah daku berkorban. Agak-agak nampak mithali tak? Muahahaha. Si dia memang alert aku suka makan apa. Dia bawa makan kat Seoul Garden, KL Festival City. Memang kena dengan mood menghabiskan masa tengok korean drama sebentar tadi.
Tiap kali makan Seoul Garden, aku akan sesah daging. Ayam sebelah mata pon tak pandang. Si dia je yang beriya makan ayam. Pastu kenyang dulu. Aku steady je mencekik sambil si dia dah kenyang terbongkang.
Gigih dia bakar. Semua letak kat pinggan girlfriend. Nak suruh girlfriend gemok. 
Mashita ! **
Aku punyalah terliur tengok Ho Dong mencekik dalam Barefoot Friends
tunjuk skill yang ada *korean sangatttttt*
Menggodanya awak, ouch !
Kitorang pon sempat tengok filem Escape Plan. Awesome! Kagum sejenak!


Perut kenyang hati senang. Si dia hantar balik sampai terlupa hadiah dia sorok dalam bonet kereta *hiewhiewhiew*. Aku dah nak buka pintu pagar pastu berlari-lari anak dia pergi bonet ambik hadiah. Harini pon dah cukup happy, bila dia bagi hadiah senyum sampai telinga. 


Ya Allah ni jodoh ke hape? Aku tak pandai balut hadiah, dia pongggg *kahkah* Masa buka pembalut hadiah boleh terdetik macam gitu. 
Lepas dah buka pembalut, ternampak perkataan "Instax Mini 7s".

Terus melompat macam kera kena belacan! Kalau korang nak tau, camera ni memang one of my wishlist. Dulu pernah guna sekali masa Carian Gadis Konfiden Kotex Fresh 2012. Teringin nak ada satu. Tak sangka dia bagi kita. Yang nak jadi kebetulan, masa jalan-jalan kat KL Festival City.. Aku duk usha camera ni dalam cermin kaca. 
Nanti nak beli leather case dia, sebab aku ganas nauuu
Cantik kan? Senang nak bawa gi mana-mana
agak-agak bila nak rasmikan eh 
sampai sekarang menaip dengan senyuman 
Thank you <3
cakkkkk !
alaaaaaaaaa omelnya
Dipercepatkan jodoh tu kenapa huruf besar? Muahahaha Ipman hantar birthday card tauuuu. Maybe next year IronMan, SuperMan, BatMan, KluangMan. Siapa tahu? 


Thanks for reading, bye ^^





32 comments :

Nuremy Che Ani said...

Alololo....sweetnya kak maghia dan bf :) hihi..moga cepat bersatu ye! Happy belated birthday akak :)

Jingirigi said...

syoknya dapat kamera tu...huwaa kita xde boifreng nak kasi..kikiki

dye.yana said...

happy birthday kak maghia!!!! kena panggil kak sebab umur kite belum betul-betul sebaye. kehkehkeh.

sweeetnyeeee boypren bagi hadiah korean semua. makan pun korean. hihi

btw, jgn beli leather case tu. macam susah sikit nak guna. better beli case yg lutsinar tu. i dah beli leather case tapi last2 tak guna.

syieda_syaada said...

wuuwuuu hadiah gempak! *jelly T_T hihihi

waaaa layan master sun jgk? sepp cket! heee :p

me layan on9 dr 1st ep sampai habes. hoho

nurdani said...

hahahaha kantoi ya. baru nak buat surprise kan.

selamat hari jadi Maghia... muda setahun rupanya dari saya ya :D

Mira Cikcit said...

heeeeee.. Sweetnyaaa boypreng kak yaya.. Carikan satu untuk cikcit yang sweet mcm tu.. HAHAHA.. btw Happy Birthday Kak! Stay great!

EmA HAna (^_^) said...

waa,...untungnya....nk satu..nak stu...hahah

xoxo

Anonymous said...

Nampak u and ur bf kat Seoul Garden. Soo sweet la korang.

Walyatalattaf Hamidi said...

Happy Birtday :)

Daboo said...

Tunang aku pun bagi aku instax mini kaler pink! Seghonok kan guna? :D

Mysara Ab Rahman said...

Wah bestnyer...kwn celebrate, dpt hdiah yg mmg kte nak..mmg untung la..hehe...dh 24 kak maghia ye..mmg ptut mkn nsi myak ni..:p

nadia aziz said...

waaaaaa seronokkknyaa hadiaahh tuu.hehe

__✿HARISA✿__ said...

SEOUL GARDEN bessst!

Marya Hana said...

Nuremy Che Ani : Bersatu teguh bercerai roboh, hehe..

insyaallah, terima kasih cik pensel! :)

Marya Hana said...

Jingirigi : makanya.. pergi carik cepat! haha

Marya Hana said...

dye.yana : aa, noted :)

leather case mmg cantik, tapi menyusahkan baik takyah an..

Marya Hana said...

syieda_syaada : jangan jelly ..

haruslah 1st ep sampai habis.. ! :D

Marya Hana said...

nurdani : kantoi busuk.

oh yeke, muda lagi rupanya maghia muehehehhe :))

Marya Hana said...

Mira Cikcit : Ambik jelah bf akak, eh? hahahaha

thanks cikcit! <3

Marya Hana said...

EmA HAna (^_^) : ko ngan sawak bercadang nak balik ke arena blogging ke? haha. good good :)

Marya Hana said...

Anonymous : awk yg duduk seat mana? Thanks hehe..

Marya Hana said...

Walyatalattaf Hamidi : THANKS! :)

Marya Hana said...

Daboo : seronok, tapi filem dia mahaiiiii woooo! nak guna kena fikir dulu :D

Marya Hana said...

Mysara Ab Rahman : nasik minyak tak kira umur, hikhik..

Marya Hana said...

nadia aziz : kak yaya suka! :)

Marya Hana said...

__✿HARISA✿__ : mestilah best, sbb boleh fefeeling kt korea haha

A Girl Like You said...

CUTE!!!!!I love this post so much!

wish u, semoga dipercepatkan juga :)

Myra Abdullah said...

Selamat Hari lahir kak maghia =DD

MG schmidt said...

aloolooooooo ^__^
taun ni IPMAN taun depan camreman plak la ..hehe :)

hpy belatd bday :)

Asma Azuani said...

awesome giler besdey present dapat kamera very the korea gitu! untunglaaa. makan pon ala2 korea. so nanti honeymoon kene gi korea la awk camni! kihkih

macam sweet jer macam sweet jer. muahaha :p

Sha Purple said...

happy belated birthday pretty. wahh bestnya hadiah tu..=)

Ratu Lizzie said...

OMG ! seriously sweet sngat ! Saye pun teringin camera tu ! Untung nya akak dapat , dri org istimewa plak tu .. ehee xDDD