Thursday, August 29, 2013

Kempen Hari Merdeka Astro : Your Malaysian Is Showing




"Tanggal 31 bulan lapan lima puluh tujuh. Merdeka! Merdeka! Tetaplah Merdeka. Ia pasti menjadi sejarah". Bila dengar lagu nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad, semangat kemerdekaan membara-bara! Walaupun tak dilahirkan semasa era penjajahan, sedikit sebanyak bila dah belajar sejarah pasti akan timbul rasa bangga dan kagum dengan pejuang-pejuang Tanah Melayu yang bermati-matian menuntut kemerdekaan. Kita nak bermatian-matian berjaga buat assignment pon belum tentu (T_T)Zzzz. Orang kata "kalau tiada yang dulu, tiada yang sekarang". I'm trully proud to be Malaysian. Negara aman dan makmur, Alhamdulillah .. Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56, Astro berbesar hati menyajikan pelbagai kandungan televisyen yang menarik, online serta aktiviti secara langsung yang dapat meningkatkan unsur-unsur positif dan kegembiraan. Aktiviti yang dimaksudkan ialah kempen #gobeyond dan #urmalaysianisshowing. Macam pernah tengok hashtag ni? Yep, dalam muzik video "Excuse me Sir, your Malaysian is Showing" yang dah mula ditayangkan di tv. Sempoi gila  music video tu! 


Nak lagi sempoi? I'm one of the bloggers who have been selected to participate in this campaign! Wow wow wee! Okay terlebih excited. Thanks Astro & Nuffnang (>.<)


24 Ogos 2013 | Midvalley Megamall

Semangat kemerdekaan dah berkobar-kobar dalam diri kannnn. Tu yang datang awal sejam kannnn (T___T) so aku nampak preparation yg dibuat oleh team Nuffnang & Astro demi menjayakan Kempen Hari Merdeka Astro. Sangat teratur dan set bertepatan dengan tema kemerdekaan.
set your own Go Beyond Goals now.. 

Aku punya "Increase positive thinking". Sebab kalau kita sentiasa berfikiran positif, apa-apa juga yang kita buat confirm bersemangat. And jangan mudah dengar cakap-cakap orang ye anak-anak. Sometimes they're enjoy putting you down. Jangan kasi can, fikir positif =) 
Sementara menunggu, orang ramai boleh belek-belek
 T-shirt design yang simple & dekat di hati rakyat Malaysia. Apa dia?

"Rilek La Macha" hanya ada di Malaysia sahaja. hehehe. Create your own now!!

Untuk pengetahuan semua, Astro sedang meraikan 'Best of 1Malaysia' serta kepelbagaian budaya yang ada di negara kita. Antaranya mengiktiraf lingo yang unik seperti 'Syok! , Gostan, Brudder, Fuyoh, Macha' yang hanya difahami oleh rakyat Malaysia. Tak rasa menarik ke? Korang boleh buat lingo kesukaan korang di T-shirt melalui #UrMalaysianIsShowing Facebook app. Kesemua hasil jualan t-shirt akan disumbangkan kepada badan kebajikan. Sokonglah usaha murni ye!
Kalau ada yang berminat untuk buat T-shirt #UrMalaysianIsShowing boleh layari aplikasi facebook di laman berikut : https://apps.facebook.com/yourmsianisshowing

isi tak sampai 20 saat! Then .. 

Korang boleh create your own design! Tak payah pening-pening fikir ayat apa nak letak, korang just click and siap! Macam aku punya haruslah kata-kata peransang "Diva Wei Like Always" kahkahkah *tercekik tulang ikan* Murah je RM 25 berbaloi sangat sebab semua kutipan jualan akan diberi kepada badan kebajikan. 
Media Registration

After register, kitorang dapat goodie bag sorang satu dari Astro. Mulalah tangan meraba-raba, ASTRO BAGI APA HUH? Menjerit suara batinku bila tengok isi goodies bag berkenaan. Nak tahu tunggu di hujung entry kekeke. 
Nampaknya ramai blogger yang join Kempen Hari Medeka Astro. Sementara tunggu yang lain register, kita boleh tangkap gambar di photo booth yang disediakan. Seriously comel sangat! So colourful, den sukoooo!
Candid | Mira Cikcit & Hanis
Pengacara No 1 Malaysia : Dato' Aznil Hj. Nawawi in da house yaw
1 Malaysia 
Haniff Era fm
Kempen ini dimulakan dengan kata-kata aluan dari Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan. Beliau berkata :

"Kempen Hari Kemerdekaan tahun ini meraih pelbagai keunikan sebagai rakyat Malaysia dan kami menggalakkan mereka untuk melakukan sesuatu yang positif dan pada masa yang sama berkongsi kegembiraan bersama rakyat Malaysia yang lain. Kami juga menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai kempen #gobeyond dan menggalakkan perkongsian hashtag #gobeyond di media sosial. Tindakan positif seperti membantu orang yang memerlukan atau menulis mesej inspirasi akan mencetuskan Positive Engine dan setiap perbuatan positif akan dicatatkan. Kini, kempen #gobeyond Astro telah menerima sambutan sebanyak 140,000 maklum balas positif dan kami berharap untuk melebihi paras juta."

Jason Phang (MY fm), Jie Ying, Weon, Geraldine Gan
Mr Henry Tan & Astro celebrities
Pak Nil & Lisa Surihani 
The Positive Engine powered by Go Beyond

Ia adalah rekaan yang menampilkan mercu tanda unik di Malaysia. Yang menariknya, Positive Engine kini dipamerkan di 3rd floor, Midvalley Megamall  untuk tatapan semua, yeay! 
Shantesh, Erul, Jie Ying, Anantha
persembahan lagu "Excuse Me Sir, Your Malaysian is Showing".

Yang siang malam kerja tak sempat tengok tv, meh tengok Youtube =)


sangat meriah *\ /*
Kitorang suka kempen Hari Merdeka Astro! and kitorang paling suka goodie bag! kahkah


with Anis Athia & Kak Asyik 
Anne Cheah , i love her! 

Selepas persembahan berakhir, kami dipecahkan mengikut kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 4 orang ahli. Meh nak kenalkan hero & heroin kumpulan 12. Jeng jeng jeng !
Group members | Ben, Isaac, Sabby and me

Ada 27 tasks diberi dan kami perlu berlari-lari anak dalam mall 
untuk langsaikan semua task. Antara task nya ialah : 
Seriously best gila! Semuanya mendorong kita untuk jadi lebih positive Y(>.<)Y Dari 27 tasks, kami berjaya menyiapkan 18 tasks. Sipi-sipi nak menang tau. Eh nampak sangat ke dah kalah? Ops. hehe. 
Task 7 : Offer someone a shoulder massage
Task 8 : Pose like the Tugu Negara sculpture
Task 6 : Take a group photo at the photo booth/photo wall
Task 9 : Malaysian dish

Pengalaman pertama untuk kempen ini ialah kena nyanyi lagu Negaraku depan orang yang lalu lalang. Bukan sekali, tapi berkali-kali sebab kena record guna InstaVid. Banyak juga yang tak jadi. Hahaha. Selain tu dapat belajar berkomunikasi dengan orang yang tak dikenali. Buat perkara-perkara yang menggembirakan hati orang lain.. sekaligus menggembirakan hati sendiri. Seperti kata beliau : 

"Love is that condition in which the happiness of another person is essential to your own" - (Robert A.Heinlein)

Tamat masa membuat tugasan, semua dikehendaki berkumpul di Blu Med Ristorante E Bar, located at the crossway between MidValley and The Gardens. 
diumumkan semua pemenang 
Tahniah uolls! Korang memang pantas dan hebat.
Tempat kedua
Tempat ketiga
Walaupun tak menang .. 
Tapi dapat tangkap gambar konon-konon menang. Kau hado? hahaha. Apa yang penting, kitorang semua enjoy and dapat berkongsi pengalaman thru Instagram & Twitter. 
Terima kasih Suzai merealisasikan impian "konon-konon menang" sebentar tadi huahuahua.
tiba masanya untuk nyum nyum nyum 
100 lebih peserta yang mengambil bahagian
Mediterranean food
ikan salmon yang sedap 

Terjumpa kawan Carian Gadis Konfiden Kotex Fresh, Jane Chuck 

A goodie bag from Astro. Check it out :
Thank you so much Astro
At first kitorang semua ingat dia bagi spec tauuuu. Sekali payung daaa. Memang best sgt sebab boleh muat masuk dalam handbag. Sangat kecik and mudah dibawa ke mana-mana. Suka!
passport holder
dapat lagi satu sebab post kt Instagram a group photo, yeay!
Taraaaaa! Paling suka, powerbank. 
badge "A Step Forward"
T-shirt bertulis "Stylo Mylo"
bahagian belakang T-shirt

STYLO MYLO T-shirt 
Eh korang pon boleh acah-acah buat task macam kitorang tau. Semoga kita dapat berkongsi pengalaman! Kalau nak post kt Instagram or Twitter boleh hashtag #urmalaysianisshowing dan #gobeyond (^_^)



Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pautan berikut : 


Thanks for reading! Have a nice day <3

29 comments :

Mira Cikcit said...

Kak Maya kalau buat blogpost mesti gila gempak

Shark Kay said...

wow..
meriah btuil..
sama cam entry ni yang padat..
nice..
koi bangga jd anak pahang malaysia:)

Sizzling Suzai said...

yeahhh yeahhh ade muke sy! haha adeihh smoga kt bertemu lg yar, it was nice knowing u dear. ;D oh btw, baru nk mrh pesal u dpt 2 passport holder?!!! hahahha

hafiz hafizol said...

details gila la awak punya post.. kalau org x faham lagi x tau ah nk ckp apa. =p

Mek Onie said...

perghhhh,konfem menang ni !

Asyik Izas said...

selamat hari kemerdekaan ke56..:)

ciklaili.com said...

meriahnya event ni..
gambar yang diambil pun cantik2 belaka :)

Fazrol said...

mmg event yg best...
anyway tahniah ye..

Anis Athia said...

Serious entry gempak! Congrats :)

AyuArjuna BiGoshh said...

tahniah mng ipad mini, ngeeeeeeeeeeeee

Syafiqah Hashim said...

wahh! tahniah Kak Marya!!
you deserved to win the prize yang awesome tu...
memang padat entry Kak Marya ;)

Marya Hana said...

Mira Cikcit : Mana ada lah cikcit..

Marya Hana said...

Shark Kay : Bangga jadi anak Malaysia! :)

Marya Hana said...

Sizzling Suzai : Nasib baik baca sampai habis kan? kalau tak serkap jarang kahkahkah..

Marya Hana said...

hafiz hafizol : Hahaha kan? Barulah blogging namanya..

Marya Hana said...

Mek Onie : Insyaallah, tapi masa reply comment ni dah menang o__O haha

Marya Hana said...

Asyik Izas : MERDEKA! hehehe

Marya Hana said...

ciklaili.com : Terima kasih.... :))

Marya Hana said...

Fazrol : Terima kasih, baru dapat tahu menang..

Marya Hana said...

AyuArjuna BiGoshh : Terima kasih, rezeki.. Alhamdulillah..

Marya Hana said...

Syafiqah Hashim : Yeke, terima kasih syafiqa.. ! <3

Sizzling Suzai said...

omg dear congratulation..arhghhhh KENA KERAT DUA IPAD tuhh!!!!!

Marya Hana said...

Anis athia : tang mana yg gempaknya Anis.. Takdalah.. Terima kasih :)

Marya Hana said...

SUzai : Hahaha boleh Boleh.. Sbb U punya entry pon awesome okay!

AlyzaFisol said...

tahniah marya!!!!blogpost superb!!

Rani Rashid said...

Muka sama mcm Hanis Zalikha tang tulang pipi, mata & bibir. Sebijik sama.

Marya Hana said...

AlyzaFisol : terima kasih banyak.. superb ke? alaaaa biasa je tau :)

Marya Hana said...

Rani Rashid : ni dah org ke berapa cakap benda yg sama, rasanya mata je yg sama.. sepet.. ngaaaaaa :D

mama leen said...

ayo2 bestnya.. semua pink