Monday, July 1, 2013

Shooting : Pulau Ketam


Assalamualaikum 

Perumpamaan lebih kurang sama bila kau lama tak mentelaah then tiba-tiba terajin badak nak baca bukulah konon. Apa yang terjadi? Bebal/benak/bengap. Lengkap 3B. Sama juga situasi sekarang (T___T) kenapa? sambil type blog sambil rasa benak hmm sebab lama tak update blog. Just wanna let you guys know that I miss blogging so damn much! Terlampau banyak benda nak kongsikan tapi kekangan masa dengan assignment yang tak putus-putus menghalang hubungan kita. Tettt* tapi Twitter & Instagram berjalan seperti biasa hahaha. Tu tak putus-putus, herannnnnn. 


10 Mei 2013- Setelah dipilih-pilih, kita mulakan dengan Pulau Ketam. I'm sure ramai yang tak pernah sampai lagi tempat ni. Maghia please jangan eksyen sangat, kau pergi sana pon sebab shooting dokumentari. Kalau tak main konda kondi kat UiTM Puncak Perdana je tak berjalan ke mana-mana. Thanks Encik Zaki, bawak outing! *\ /*

Dari Port Klang naik speed boat terus menuju ke Jeti Pulau Ketam dalam 15-20 minit. Naik speed boat mahal sikitlah, kawan-kawan lain naik ferry. Mana-mana pon okay. 

with Encik Zaki Haji Abd Rahim
Pensyarah subjek Documentary Production
Walau rambut menutupi muka .. walaupon .. 
Jeti Pulau Ketam 
Intai sikit dari jeti, ketam melambai-lambai. Banyak uolls! Tapi gambar tak ambik sebab dalam kepala hotak hanya ada hotel hotel hotel. Kitorang menginap kat Hotel Sea Lion, 4 orang 1 bilik. Sangat murah dan selesa bagi penggemar air-cond. Wa rilex je. 
Rilakkuma merayu-rayu nak ikot pergi Pulau Ketam
Bukan ke kau letih sangat tadi? Tak jadi. Sebab dah jumpa camera 
Hellooooooo! walaupun muka aku seketul kat depan sekali (T____T) Baru guling-guling beberapa minit check toilet, air-cond, tv, bantal tilam semua okay dah kena panggil untuk memulakan proses pembelajaran sebelum shoot dokumentari. Memandangkan iolls excited, cergas mengikut arahan. 
Firstly, sewa basikal RM 5 untuk sehari. Murah kan? Pilih kak pilih. Yang kecik yang besar, yang pancit yang terlebih angin. Pandai-pandailah bawak diri. Basikal ialah pengangkutan utama di Pulau Ketam. Jangan risau, takkan wujud 'mat rempit' di Crab Island ni wakakaka.
We're ready ! vroooooooooom ! Eh salah sound effect 
Sementara kawan-kawan kelas mencekik lunch, we'olls mencari sesuatu kelainan. Dengar cerita La La Chien sangat popular kt Pulau Ketam. Untuk pengetahuan, kt sini ada 1 je kedai Melayu. Yang lain kedai Cina. Hope setelah beberapa tahun akan bertambah kedai Melayu kat sana. Sebab kebanyakan pengunjung beragama Islam berpeluh ketiak bawa bekal dari rumah .. 
Hmmm yang mana satu sesuai dengan muka aku? Bedal. 
Maybank berada di tengah-tengah kawasan perumahan. Kalau korang nak tahu, jarak antara satu rumah dengan rumah yang lain sangat dekat dan padat. 

Luas juga Pulau Ketam! Kematu bontot kayuh basikal seharian
Banyak kedai runcit. Meruncit air 100 plus entah berapa kali
~ pok pok pok bujang lapok ~
Ruang dan laluan yang sempit muat-muat untuk dua basikal sahaja. Kalau kau bertembung dengan basikal yang lain, pandai-pandailah mengalah. Penduduk kt sini peramah :) Bila nampak kitorang naik basikal pusing-pusing kawasan perumahan, ada yang melambai-lambai tangan. Aku pon lambai balik *ala-ala miss universe* Gitewwww~ 
Okay sekarang aku dah penat menaip. Letak lagi gambar banyak-banyak 
Kalau camera aku pegang, sah muka seketul kat depan hmm 
Bila orang lain pegang camera, muka aku terselit kt belakang pulak dah 
Kitorang ada buat video clip pasal Pulau Ketam 
*ADA*
*TAKDA* magic habislah? 
11 Mei 2013- Second Day 
Masih menyiapkan kerja sambil tangkap gambar. Kalini cekak pinggang aku kasi
Bila sumorang tak pandang, GWIYOMI laju-laju 
aku lupa apa natang ni
natang tu lagi 

Eh, kalau korang berangan nak picnic bagai kat Pulau Ketam baik lupakan hasrat murni tu. Sini korang just boleh naik basikal ronda-ronda nak tengok sekitar kawasan Pulau Ketam. Apa yang dirasakan menarik kat sini .. Masyarakat kat sini macam hidup dalam dunia sendiri. Bila malam, ramai lepak kat kedai-kedai makan terasa macam bukan kat Malaysia. Serius ke? Perasaan aku lah .. 

Walaupun jalan utama sempit, janganlah korang lenggang-lenggang kangkung berjalan walau hanya ke kedai runcit. Jalan yang kecil dan sempit ibarat lebuhraya di kotaraya. Gituuuuuu~ sentiasa ada basikal lalu lalang tak kira siang ke malam. 90% penduduk kat sini berbangsa Cina. Melayu pun hanyalah cikgu & polis .. Disebabkan buat dokumentari, sempat interview abang polis. 

"Jenayah di Pulau Ketam sangatlah kurang. 
Kalau ada pun, kecurian basikal. Itu pun jarang dapat laporan". 

So, nak melancong kat sini Insyaallah selamat. Masyarakat kat sini baik-baik. 
balik dah 

Sebelum berundur diri, jom tengok music video kumpulan kitorang iaitu KUMPULAN 1.
Dari tadi asyik tengok still photo kennn, jom jom jom ( >.< )

video

Sorry tak berapa clear sebab transfer dari handphone. Bye korang !



36 comments :

Firdaus said...

Cool time lapse video!

zainatul abu bakar said...

Bestnya...tak penah sampai pulau ketam lg, hihi :)

Hamizah Binti Zulkifli said...

menatang tu namanya belangkas...=)

Mira Adzlia said...

bestnye..bestny..jeles...huhu

Umie Artoqiemie said...

ni rupanya pulau ketam.. baru tahu hehehe,,tu nama dia belangkas la kak maghia..

perghh stop motion.. hehe, lawa videonya. tp agak boring sedikit *komen jujur*

Syazwani Mazlan said...

Pulau Ketam Klang kan? heheh .. natang tu namanya belangkas :)

azie.azureEn said...

dah pernah pergi utk group projek time degree dulu. best sebab boleh naik basikal je jalan2 satu pulau. tapi ada certain part pulau ni yang kotor.. taktau lah kot skrg dah improve?

Marya Hana said...

Firdaus : guna stop motion je, thanks..

Marya Hana said...

zainatul abu bakar : Ekcelli tempat ni sgt biasa.. cuma apa yg menariknya, nak tengok cara kehidupan masyarakat kt sini..

Marya Hana said...

Hamizah Binti Zulkifli : Yep, ramai dah bagitau.. haha.. Thanks..

Marya Hana said...

Mira Adzlia : rasanya yg best naik basikal tu, lepas gian lama x ronda2 naik basikal.

Marya Hana said...

Umie Artoqiemie : Ini ghopenya Pulau Ketam.. biasa saje.. Bukanlah boleh picnic2 pon.. jalan2 naik basikal tgk kawasan dorang ni je.

yep, agak boring .. sbb lecturer nak something yg memaparkan tentang Pulau Ketam tu sendiri.. kalau dtg sini, mmg takda apa sgt pon..

Marya Hana said...

Syazwani Mazlan : Yep, Klang. dr Port Klang tu naik ferry ke jeti Pulau Ketam.. yep belangkas :p

Marya Hana said...

azie.azureEn : Nope. still sama. i ada video lagi mcm mana diorang buang sisa2 makanan ke bawah rumah haha. meremang bulu roma..

Mysara Ab Rahman said...

wah bestnyer buat keje smbil jalan2!

Rozuan Ismail said...

pergh cm best je pulau ketam!!

Shahada Fauzi said...

time saya degree dulu kena buat wawancara dokumentari..kami buat pasal kampung air kat labuan..saya jadi wartawan+pengacara..wakaka..rindu pulak masa belajar..video tu tah kemana tak tau..tp kenangan paling manis sebab group kami menang video tu..seronot sangat..tak sia-sia jd model utama..hak3..

Atiqah Wadiah said...

natang tu nama belangkas marya...haha~comel lah awok ni :)

Globe-Rider said...

Wahh Bestnye...

Ramai juga org tinggal kat Pulau Ketam ni..

Great photos.. congrats!!

Cik Eka said...

bestnya! gambo sume lelawa..

tambah ngan kak maghia, memang comel. Jadi super duper comel. hehehe

haa benda tu nama belangkas.hihihihi

Mek Onie said...

maryaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa,kita jumpa di event tadi ,nice to meet you syg :)

mama leen said...

tengok marya menari dalam video kotex memberku hawa.. 'eh macam kenal budak ni??' hehe

ADEEYA said...

seronoknya.. selamat berpuasa !

Namee Roslan said...

bila la nak sampai pulau ketammm. hehe. makan ketam pun xpernah lg. hehe

Marya Hana said...

Mysara Ab Rahman : taklah jalan sgt.. tension siapkan kerja haha

Marya Hana said...

Rozuan Ismail : nnt kalau kau pergi indah khabar dr rupa.. kt sini kalau minat mancing boleh le.. kalau idok, ko ronda2 naik basikal je.

Marya Hana said...

Shahada Fauzi : samalah.. kitorang pon buat doku.. tahniah cik sha.. :)

Marya Hana said...

Atiqah Wadiah : haah, ramai gila bgtau kita. alamak! heee toce toce..

Marya Hana said...

Globe-Rider : ramai, kaum cina lah.. Thanks :)

Marya Hana said...

Cik Eka : blog kita kennn sentiasa banyak gambar, tak pernah berubah ekekkeke :)

aaa,belangkas.

Marya Hana said...

Mek Onie : nice to meet u too , take care ^^

Marya Hana said...

mama leen : hahahahha mcm kenal kan? :D

Marya Hana said...

ADEEYA : hai, selamat berpuasa :)

Marya Hana said...

Namee Roslan : tak pernah makan ketam or tak suka ketam? ahaaaa.

anazy bat said...

Macam best jer.. hotel banyak x kat sana? senang nak dapat or dah book awal? speedboat senantiasa ada?

Hazwan Hafiz said...

Yang paling syok 'Gyomi laju laju'. Haha. :)