Wednesday, July 31, 2013

Elizabeth Arden : NEW PREVAGE Clinical Lash + Brow Enhancing Serum


Bila nak dating, orang lelaki paling kecut perut. Nak tahu kenapa? Awak-awak perempuan suka bersiap 14 jam untuk tepek bedak 4 inci, lipstic merah, eyeliner, eye shadow, blusher and MASCARA! Yes, MASCARA. Ramai orang perempuan takkan keluar rumah tanpa mascara. Kononnya "mascara ibarat nyawa". Macam aku jarang-jarang pakai mascara sebab aku malas bersiap lama-lama. Pakai mascara harus ada penelitian. Kalau tak comot sana sini dah mencacatkan penampilan. Salah satu penyebab pakai mascara ialah bulu mata tak panjang, tak lentik macam heroin hindustan, tak lebat. Hmm. 

Setiap kali ada photoshoot/shooting make up artist akan pakaikan fake eyelashes. Untuk aku sorang. Yep sebab aku sorang je yang kekurangan bulu mata & bulu mata yang kontot. So sad. 


Jangan risau ye kaum hawa sekalian (kaum Adam curi-curi baca).

Elizabeth Arden mengeluarkan produk terbaru iaitu PREVAGE Clinical Lash + Brow Enhancing Serum. Ia khusus untuk : 

* Memanjangkan 
* Melebatkan 
* Memenuhkan bulu mata dan kening

supaya sentiasa nampak lebih sihat dan bermaya!
for longer, fuller, healthier looking lashes and brows
PREVAGE Clinical Lash + Brow Enhancing Serum mengandungi nutrien, vitamin A,C,E, Pro Vitamin B5 dan ekstrak botani yang mampu membuatkan bulu mata kelihatan panjang, penuh dan sihat. Kita pon mampu ada bulu mata setanding heroin-heroin hindustan *berangan lari-lari kat atas gunung* mera maan~ 
Jom try! 
Harap maklum, aku ada bulu mata tapi macam takda (T___T) 
tapi takpe jom mulakan transformasi hehehehe
Berus yang halus memudahkan aku untuk sapu di bahagian atas dan bawah bulu mata. 
Mudah digunakan dan boleh tengok hasil selepas hanya 2 minggu!
Cara nak pakai PREVAGE Clinical Lash + Brow Enhancing Serum ni senang je. Pakai ala-ala pakai eye-liner. Mulakan dengan bahagian dalam ke luar. 
PREVAGE Clinical Lash + Brow Enhancing Serum juga boleh digunakan oleh pemakai kanta lekap sebab produk ni bebas pewarna. 
Tarik sikit bahagian luar mata untuk memudahkan pemakaian
Boleh sapu di hujung-hujung bulu mata, pakai setiap kali sebelum tidur secara berterusan okay!
Ada sesetengah orang kekurangan bulu kening. Dan korang terpaksa bersusah payah lukis dengan celak dan akhirnya terjadi rupa SHIN CHAN. kekeke. Jangan risau, produk ni meransang penumbuhan bulu kening supaya nampak lebih cantik and sihat. 
Disertakan sekali sarung khas taraaa! Untuk korang simpan serum seperti dalam gambar

Harga : RM 380.00 (0.13 fl. oz / 4 ml)
BEFORE and AFTER
Nampak tak dalam 2 minggu bulu mata Kak Maghia mula panjang and bertambah. Suka, suka, suka!

Setiap 2 minggu selepas pemakaian,
korang boleh ukur sendiri kepanjangan bulu mata dengan benda alah ni :)


Untuk sebarang pertanyaan, boleh contact : 

Dina Chee (Marketing Executive - Elizabeth Arden)
Pacific Cosmetics (M) Sdn Bhd
Tel : 03-5510 7321 Ext 269
Fax: 03-5519 8087
Email : dinachee@pcm.my


Kimberly Choong (Assistant General Manager - Elizabeth Arden)
Pacific Cosmetics (M) Sdn Bhd
Tel : 03-5510 7321 Ext 222
Fax: 03-5519 8087
Email : kimberlychoong@pcm.my

Laman Rasmi : Elizabeth Arden 

9 comments :

Sabrina Tajudin said...

wah cantik lah! <3 nice gak serum ni, sbb hari2 remove makeup, xjaga pn kesihatan bulu mata...


Check out my latest post : Makeup Tutorial Hari Raya day time look

Cik Eka said...

Cantik, panjang.!

reganya kak maghia reganya. Arghhh..

Den dhala nak kawen, nampak lak produk ni.

Arghh kensell. hahaha

myraVea said...

Seronoknya dapat panjangkan bulu mata!

Dah tak payah pakai mascara. Hehe.

nabila azmi said...

cntikkk..hihihi slm rmdan marya =) <3

Azam Zamri said...

"Jangan risau ye kaum hawa sekalian (kaum Adam curi-curi baca)" - Haha betul, kerana terpana dengan kecantikan gadis blogger ini.

Anonymous said...

Wah, seronoknyaa dapat pnjangkan bulu mata. Dah lah bulu mata kita ketot jugak :/

Cinta hazanis said...

kena beli ni. hehe

nurdani said...

wah...suka! tapi harga...hahah. kena start kumpul duit ni

Naza Mustafa said...

Where I can get this product?