Tuesday, July 16, 2013

Clinique 3 Step Dramatically Different Moisturizing Lotion+ (DDML+).


Assalamualaikum


Kalau dah namanya orang perempuan, bab-bab kecantikan memang selalu ke depan. Nak cantik nak cantik jugak, kenapa orang perempuan suka mengeluh? Contoh yang biasa aku baca 'kenapalah aku gemuk, muka menggerutu, tak cantik lah betis, peha, buku lali. Tak cantik macam dia' (sambil tatap muka Erra Fazira kat majalah Mangga). Hihihi tang tu nampak sangat menokok tambah. Patutnya kita hindarkan sikap Al-annanah iaitu suka mengeluh dan mengadu. Selalu rasa terbeban dengan perkara-perkara kecil. Apa kata wat'lek wat'peace barulah hidup aman sentosa. Ceceh cer selongkar akaun Twitter aku confirm banyak mengeluh pasal assignments bahaha. 


Kecantikan semulajadi memang tiada bandingannya. Nak nak kalau setiap masa  korang lemparkan senyuman yang paling manis kepada sesiapapon termasuklah makcik jual kerepok lekor (walaupon dia pandang kerepok lekor je tak pandang korang) , guard UiTM yang selalu korang bodek untuk beli burger depan pagar walau pukul 11 dah tak boleh keluar dan semua makhluk di atas muka bumi ini. Selain senyuman, dengan memakai produk kecantikan yang sesuai dengan kulit pasti akan lebih confident terutama bila berhadapan dengan orang ramai. Ni tak aku pandang kau kau pandang syiling. Aku pandang syiling kau pandang lantai (T______T)

Pada tahun 1967, Dr Norman Orentreich iaitu seorang doktor yang melahirkan satu idea yang dah lama beliau fikirkan dalam dunia kecantikan "GREAT SKIN CAN BE CREATED". Era tu ramai orang fikir kalau seseorang mempunyai kulit yang cantik maknanya dia sangat bertuah sebab semuanya kerana genetik/baka. Rasa tak adil kan? So diorang lebih suka mengeluh and tak buat apa-apa untuk mencantikkan kulit. Tapi Dr Norman Orentreich kata setiap orang boleh jadi cantik kerana "produk boleh mencantikkan kulit anda". Aaa nampak tak di situ? Yang penting ikhtiar ye dok. Pada tahun 1968, bermulalah pengenalan kepada 3 steps penjagaan wajah : 


1. Membersih  2. Menggelupas  3. Melembap



Pada tahun 1976, CLINIQUE muncul sebagai syarikat kosmetik pertama yang mengeluarkan produk penjagaan wajah khas untuk orang lelaki. Patutlah orang lelaki sekarang dasyat. Kadang-kadang muka diorang lagi putih, licin dan gebu mengalahkan kita ye puan puan kekeke. Saya salute lah awak-awak. 
Dramatically Different Moisturizing Lotion+ (DDML+)


Siapa yang taknak kulit cantik baik kau duduk situ diam-diam. Sebab aku akan mulakan sesi mencantikkan kulit aku yang tak berapa cantik and kering *bebel lebih kurang 30 patah perkataan lagi tapi malas nak type*. Nampak tak mengeluh lagi? Sekarang taknak hanya mengeluh dan merenung nasib tapi mulakan dengan tindakan yang sewajarnya. Yeah! Sambil capai produk Clinique! Y(^_^)Y


Masalah kulit kering tak pernah setel dalam diri aku. Sentiasa monolog dalaman. Tapi jangan salahkan kulit sebab tuannya yang malas nak memanja-manjakan wajah. Rela mengadap Candy Crush dari belek muka hmm. So mari kita mulakan ~

Koleksi terbaru Marya Hana 
Clinique 3 Step Dramatically Different Moisturizing Lotion+ (DDML+).

Pertama sekali cuci muka dan pakai toner. Steps yang terakhir ialah melembapkan kulit. So aku pilih Clinique 3 Step Dramatically Different Moisturizing Lotion+ (DDML+). Khas untuk kulit yang kering. Yeay untuk aku .. hey untuk aku.. untuk aku .. 


Dramatically Different Moisturizing Lotion+ (DDML+) langsung tak melekit dan cepat meresap ke dalam kulit. Sesuai untuk aku yang sentiasa kelam kabut nak cepat. After apply Dramatically Different Moisturizing Lotion+ (DDML+) biarkan dia meresap dalam kulit then boleh make up macam biasa. Yang paling paling paling penting, tak menyebabkan alahan/ radang pada kulit. 
Sesuai untuk semua jenis kulit. Kecuali kulit biawak miehehehe
Tekstur Dramatically Different Moisturizing Lotion+ (DDML+) sangat lembut, tak melekit, and mudah meresap ke dalam kulit. Tak payah korang nak goncang-goncang berkarate bersilat cekak dengan botol produk tiap kali nak pakai. Sebab lotion ni agak cair, senang nak keluarkan dari botol. Mudah kan? 


50 ml : RM 68
125 ml : RM 145 

     
Untuk student macam kita-kita bolehlah beli 50 ml dulu. Hari-hari masukkan 50sen dalam tabung lama-lama boleh pegang 125ml pulak. Tekstur Dramatically Different Moisturizing Lotion+ (DDML+) sangat lembut dan tiada pewangi. Orang kata produk yang takda bau ni elok. Correct me if I'm wrong. Selamat mencuba!


Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk/ harga : 







9 comments :

Namee Roslan said...

pernah cuba gak clinique dulu...elok memang elok . semua patut try !! :D

Atiqah Wadiah said...

Ada baca review ttg clinique ni...positive feedback ;)

Mysara Ab Rahman said...

klu kte yg kulit berminyak xssuai la kan? em...

dye.yana said...

wahhhhhh. dulu pernah nak try clinique tapi takut tak sesuai ngan kulit. huhu

Marya Hana said...

Namee Roslan : Haah, my mom pon cakap mcm tu.. produk ni mmg elok :)

Marya Hana said...

Atiqah Wadiah : Kannnn, sbb ramai yg berpuas hati dgn produk ni :)

Marya Hana said...

Mysara Ab Rahman : fyi, dia ada dua jenis.. 1 yg utk kulit kering, and lagi 1 utk oily skin..

Marya Hana said...

dye.yana : Try lah dulu, kalau tak sesuai hentikan..

Ku Azmiza said...

Guna siang mlm @ siang sj, sis?