Wednesday, May 1, 2013

Telemovie Cinta Tak Semudah Dot Com.


Assalamualaikum


Banyak perkara yang aku buat dalam satu masa. Di samping menjadi pelajar Ijazah Sarjana Muda Skrin semester akhir, kencinglah kalau kata aku duduk depan laptop mengadap thesis 24 jam jeee. Kadang-kadang terselit jugak aktiviti menonton Runningman 3 episod sekaligus tak hengat nak membuta. Ataupun belek-belek twitter tanpa arah tujuan.

Sebenarnya, ada 'story' yang tercicir nak update. But .. nevermind, next time akanku kutip semula cerita-cerita basi itu (masa takda modal nak update blog). Sebenarnya before aku update blog, dah landing atas katil sambil pintal-pintal rambut ambik mood nak membuta. Then baru teringat blog lama gilos tak update. Dengan rasa bersalah yang menghantui diri, tadaaa! Kak Maghia update walaupun internet lebih slow dari perempuan dalam pantang berjalan. Kehkehkeh. 

Perkembangan terbaru, kami pelajar semester 6 terlibat dengan pembikinan telemovie bertajuk 'Cinta Tak Semudah . com'. Difahamkan telemovie ni akan dijual kepada stesen TV sempena Hari Raya nanti. 

Meru, Klang
Eh! Macam ku kenal lobang hidung itu tapi di mana ya? 

Sebenarnya aku dipaksa oleh tuan director untuk lakonkan watak Mariam, iaitu tunang Tayob di kampung. Thats why yang berselendang sakan. Pandang lapan sepuluh kali, macam orang jual jamu pulak dah. 
Tunang si Mariam kemain sihat, yang dia ghope mangsa somalia 
*gelak tutup mulut*
behind the scene Telemovie Cinta Tak Semudah . Com
tangkap gambar untuk conti wardrobe
itulah director/ pensyarah subjek : Mat London
Pedot : Audioman
bila pakai baju ni and persekitaran rumah kampung, tetiba nak nyanyi
"TARA KUCHA TARA KUCHA CHA CHA" (T________T") Hahaha
Scene hari raya 

Candid ! Entah apa yang diguraukan 

low angle tauuuuuu
sekeping je rasanya si Mariam 
"rasa macam tangkap gambar dengan peminat". 
Mengamuk dorang dengan statement konon artis ni wkwkwkwkwk
Tuan Director kita : Mat London
hari berikutnya shooting di Kuala Selangor

cantiklah banglo ni, kat Kg. Asam Jawa
Elya Amiera (kiri) pelakon utama telemovie ni
classmate
sebenarnya aku dalam 'The Making Of' team

Pelakon utama juga, Johan Hero Remaja 2012 Abdul Fattah Amin
junior kt Fakulti Filem Teater dan Animasi
editing 

scene Tayob kenalkan tunang dia 
Fattah & Elya


berdedikasi cameraman operate camera dalam kolam ikangggg haha


Bila tayangan? Nanti aku update bila dah confirm. Thanks for reading !
Akhir kata kenang daku dalam doamu hehe.




17 comments :

aimi adilah said...

wahhhhh dh mmg mcm artis lah tegok awk bergaye =)

good luck =)

Rozuan Ismail said...

nak tgk kt tv.huhu

Myra Abdullah said...

wah.jd artis dah kak maghia kite =)

Mysara Ab Rahman said...

wah..kak maghia dh jd retis la...hehe
nmpk ayu je, sopan-santun

zana said...

muka kak elya dah nak nampak iras2 muka nelydia senrose... comel :)

Cik Zety said...

Yang low angle tu macam Hanis Zalikhaaa pulakk i tgk uuuu :P
btww, can't wait for this tele movie :)

Marya Hana said...

aimi adilah : bergaya ke? Aaa biasa je tu. baju kurung haha.

Marya Hana said...

Rozuan Ismail : Nanti akan diberitahu, haha.

Marya Hana said...

Myra Abdullah : bukan artis lah, bidan terjun..

Marya Hana said...

Mysara Ab Rahman : ayu tu sbb pakai baju kurung .. kalau tak.. KAYU. haha.

Marya Hana said...

zana : haah ada iras, ada jugak iras Nad Zainal. tang kening .. and gigi kot..

Marya Hana said...

Cik Zety : haha. yang low angle lah. kalau high angle? mcm bibik hanis je :D

ok, nnt i bgtau bila tayang

sue. said...

Ok maria..tak sabar nak tengok ni..

Marya Hana said...

sue. : harap bersabar :D

NAY said...

patut la da jarang nmpk da dkt kampus. busy rupenye kakak senior ni . hihih :P

Umie Artoqiemie said...

mangsa somalia tu x menahan tu hahaha, goodluck kak maghia. x sabar nak tunggu raya.

♫♪ ~ Naurah_Nawwarah ~ ♫♪ said...

macam artis tau akak ni... kak maria org mana kak?