Sunday, May 19, 2013

Minggu KaryaOne UiTM Shah Alam.




Hari KaryaOne adalah sebuah festival yang dianjurkan oleh Fakulti Filem Teater dan Animasi, UiTM Shah Alam Kampus Puncak Perdana di bawah bimbingan Dekan Fakulti, Prof Madya A. Razak Hj. Mohaideen. Ia bertujuan  memberi peluang kepada pelajar-pelajar UiTM seluruh Malaysia untuk mengetengahkan bakat dan karya-karya seni seterusnya akan diberi penganugerahan pada Malam Karyaone pada 22 Jun 2013 bertempat di Dewan Annexe. Minggu KaryaOne bermula pada 20 Jun - 22 Jun 2013. Sepanjang minggu ini akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti akademik seperti wacana, bengkel, seminar dan penayangan karya kreatif pelajar-pelajar. 


Minggu KaryaOne : 20 Jun hingga 22 Jun 2013 (Dewan Annexe & Dewan Sri Budiman)
Malam KaryaOne  : 22 Jun 2013 (Dewan Annexe : 8pm - 11 pm)
Tema                     : Caturan Warna Revolusi Idea


KATEGORI-KATEGORI PENCALONAN MALAM KARYAONE

KATEGORI A (FILEM/VIDEO PENDEK)

i.              Penerbitan Filem Pendek Terbaik
ii.            Pengarah Filem Pendek Terbaik
iii.          Pengurusan Penerbitan Filem Pendek Terbaik
iv.          Sinematografi Filem Pendek Terbaik
v.            Penataan Seni Filem Pendek Terbaik
vi.          Suntingan Filem Pendek Terbaik
vii.        Pelakon Filem Pendek Terbaik
viii.       Skrip Terbaik Filem Pendek Terbaik

KATEGORI B (PEMENTASAN/TEATER)

i.             Teater Terbaik
ii.            Pengarah Teater Terbaik
iii.          Skrip Teater Terbaik
iv.           Pelakon Teater Terbaik
v.            Sinografi Teater Terbaik
vi.           Pengurusan Teater Terbaik

KATEGORI C (DOKUMENTARI)

i.              Dokumentari Terbaik


KATEGORI D (ANIMASI PENDEK)

i.              Penerbitan Filem Animasi Pendek Terbaik


KATEGORI E (VIDEO EKSPERIMENTAL)

i.              Video Eksperimental Terbaik


KATEGORI F (MUZIK VIDEO)

i.              Muzik Video Terbaik


KATEGORI G (IKLAN & HEBAHAN KHIDMAT AWAM)

i.              Iklan dan Hebahan Khidmat Awam Terbaik


KATEGORI H (POSTER PRODUK KREATIF)

i.              Poster Produk Kreatif Terbaik





SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

  • Penyertaan terbuka kepada semua pelajar UiTM seluruh Malaysia
  • Semua penyertaan hendaklah dibuat melalui fakulti masing-masing dan disahkan oleh pihak berkuasa fakulti atau program berkenaan
  • Filem dan video ini belum pernah menyertai mana-mana pertandingan
  • Tarikh tutup penyertaan pada 12 Jun 2013
  • Pemohon penyertaan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan dengan menggunakan borang
  • Bayaran penyertaan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM 10
  • Borang penyertaan perlu lengkap diisi dan hendaklah disertakan bersama : 

- 2 keping DVD projek
- 3 keping poster projek
- 3 keping DVD (soft copy) yang mengandungi
  * poster
  * gambar still photo projek
  * sinopsis
  * senarai karyawan
  * 1 keping DVD promo (DATA.MOV)

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Huda 013 3183727/ Mael 017 6684829 (Biro Penyertaan)

Apa lagi? Mari hantarkan penyertaan sekarang. Tarikh tutup pada 12 Jun 2013. 


1 comment :

ahmad firdaus said...

salam, tayangan filem pendek arahan nas lakonan Tuan Faisal@Tapai ditayangkan ke? boleh dapatkan tak video tersebut.