Saturday, May 4, 2013

Erti Kawan Music Video (OST Memberku Hawa 2)


Assalamualaikum

Mak ayah aku tiap-tiap bulan bayar Unifi. Gunanya benda alah tu kat rumah selain download movie, lagu, jimatkan prepaid dari langgan Pelan Internet Terendah. Ia juga berguna untuk aku update blog dengan lajuuuuuunya. So aku betol-betol mengambil kesempatan update blog kt rumah sempena cuti mengundi ni. Eh excited nak mengundi esok, 1st time nok! Ayah aku dok ulang-ulang kali pesan "kau jangan salah pangkah pulak. Membazir je nanti". Iyoooooooolah. Mesti ada soalan "Kak Maghia undi kat mana?". Baik aku jawab siap-siap yg aku bakal mengundi kat Sekolah Kafa Integrasi Al-Aziziah AU1, Taman Keramat, Kuala Lumpur (>____<) 


Tutup kes sebab aku nak cerita pasal Muzik Video Erti Kawan- Adira. Siapa pengikut drama Memberku Hawa di Astro Ria? Mesti uollz expert dengan OST Memberku Hawa ni. Lirik dia lebih kurang macam ni ehem ehem test 123 "Bagaikan roti dan kaya, teh dan gula. Kau dan aku pasti bersama".


Habisnya Carian Gadis Konfiden Kotex Fresh tahun lepas, ingatkan itulah kali terakhir kitorang terlibat dengan Kotex. Akhir Febuari lepas tiba-tiba dapat mesej 'Special Casting call for Memberku Hawa Season 2'. Dari 30 orang gadis konfiden hanya 10 orang dipanggil untuk casting. I'm one of them :') Terfikir-fikir boleh ke nak bagi commitment nanti sebab semester ni busy nak mampuih sampaikan lipat selimut pon ala kadar. Dengan thesis, final year project, etc. Bila fikir dari sudut lain, main terjah jelah kot dapat alhamdulillah. Kot tak.. sah kau kekurangan bakat Maghia oi wkwkwkwkwk (gelak versi tercekik tulang).


Gedebak gedebuk casting kt Red Studio, SSTWO Mall Petaling Jaya. Happy sangat setelah sekian lama tak jumpa adik-adik gadis konfiden. So kitorang balik dengan tanda tanya. Tak kisahlah dapat ke tak join Memberku Hawa tu. Yang pentingnya menyanyi, menari, berlakon, martial art semua dah buat masa casting haha.
Semua pemenang Carian Gadis Konfiden Kotex Fresh terpilih untuk casting kecuali si kecik tudung merah. Ditambah dengan 4 orang gadis konfiden yang lain so semua sekali 10 orang. Selang beberapa minggu, dapat keputusan casting yang aku & 4 orang lagi dipilih untuk penggambaran Muzik Video Erti Kawan nyanyian Adira.  Aku gelak sorang-sorang bawah selimut hujung katil sebab terlampau tak percaya. Padahal masa casting aku main bantai je menari gitu gini gitu gini. Rezeki letew ye dok? Hihihihi. Dalam masa yang sama, Kotex anjurkan Peraduan Kotex Memberku yang akan mencari pemenang untuk sama-sama join Muzik Video Erti Kawan bersama Nad Zainal & Siti Saleha. 

Di hari audition , kami berlima pon diminta datang kt office Kimberly Clark di Petaling Jaya (oh sungguh detail penulisan aku menaip dikala kebosanan). Ramai yang berbakat tau! Kitorang just memerhati dari jauh siapa yang bakal join 5 gadis konfiden (konfiden sangattttt, gitu..)

Ain (pemenang kedua Carian Gadis Konfiden Kotex Fresh)

dengan pakai macam ni memang tak ah boleh menari kan? 
terus tukar kemeja dari Kotex
Ily, Zaireen, Marya, Ain, Nadia
credit for sizzlingsuzai 
Peserta lain mesti pelik sebab kami berlima
sedangkan Peraduan Kotex Memberku hanya berdua
Then jumpa Cik Epal yang juga Ex Carian Gadis Konfiden Kotex Fresh
katanya kena cover event tu, masyuuuuuuklah 
kupu-kupu kecil pon ada Yuyu Zulaikha
comelnya dia, kecik molek .. 
bergabung meletop, urghhhh 
wakil dari Nuffnang 
Yang lawaknya miss yang kanan tu kata "you blogger kan? i ingat email you sebab pelik pontianak_maria@yahoo.com". Hahahaha. Ada jugak orang ingat sebab email aku yang seram tu 

badan dah bau sambal tumis ikan bilis lepas menari dance steps Erti Kawan
lantak komelah .. then cepat-cepat terus balik rumah .. 
goodies bag from Kotex
Teringat masa Carian Gadis Konfiden Kotex last year
yang tu pon tak habis pakai lagi dah dapat yang lain mmm best !
dapat thumbdrive kali kedua yeay
buku nota Memberku Hawa

Pemenang Peraduan Kotex Memberku dah diumumkan, tahniah kepada kumpulan Starlight. Shooting untuk Muzik Video Erti Kawan pada 26 April 2013. Tapi 25 haribulan Nad Zainal, Siti Saleha, 5 Gadis Konfiden & Kumpulan Starlight ada rehearsal di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara. Mak akulah yang gigih hantar ambik aku walaupun sesat mesat carik tempat ni haih. 
after rehearsal
Calltime : 7 pagi 
Tempat : Studio 16, Sunway Damansara Technology Park 
after make up 
[BEHIND THE SCENE]
Memberku Hawa Season 2
Nad Zainal si comel yang peramah and ting tong
yang penting ting tong okay hahahaha ampun .... !
Nad & Siti Saleha
Jangan pelik, ini adalah babak di mana Nad dipaksa oleh aku untuk buat muka sengal "asyik kau je cantik dalam gambar, bagilah chance aku nak nampak cantik jugak T______T". Hihihi kejam tak
i love her
Siti Saleha memang gorgeous
Dua orang sebelah aku tulah kumpulan Starlight
Syamim & Fatin
Teka siapa lagi ada? Semestinya penyanyi lagu Erti Kawan, ADIRA 
Oh lupa nak bagitau pengarah untuk music video ni, saudara Bernard Chauly 
rasa macam orang minyak duduk sebelah dia
*nanges sampai tahun depan* hmm 
korang tunggu jelah music video ni siap nanti sebab boleh gelakkan aku berdekah-dekah. Serius aku main bantai je "konfiden menari jeeeeeee". Kata pon gadis konfiden kan :'D 
pengalaman yang menarik
Thanks Kayren Andy yang bagi info.
We'olls ada dalam Gala TV Astro Ria, thanks for reading k bye!






10 comments :

Mira Cikcit said...

Wahhhhh.... Bestnya kak yaya.. Taniah!

Rozuan Ismail said...

bila nak tayang ni?

Shazwani Ramly said...

tak sabar nak tengokkkk. kak marya omel omel :)

cik fadh said...

hi kak maghiaaaa..i peminat u dlm IG ain tu..remember me??..hehe bestnyer bff kite dpt jmpe org2 femes mcm kak maghiaaa...;) korang hot2 !

tenku butang said...

FOLLOWER KE 4484

done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

nurdani said...

seronoknya dapat join macam ni. gambar 'after make up' tu muka maghia macam hanis zalikha sikit2.hehe..

lagi 1, nad tu comel!

Norlidawati Jaafar said...

ala tomei nye yaya
akak kalu de anak pompuan nak muke tomei macam yaya huhuhuhuhuhu
yaya jom ar singgah blog akak
umielman.bnlogspot.com

Asyiffa Aida ♥ said...

wahh best nya! kalau diberi peluang, saya teringin sangat nak join benda2 macam nie. bole ke sy dapat peluang mcm nie?

ekin schmidt said...

nanti share mcm mna dpt peluang mcm ni.
ramai jgk nk tahu kan?
semua nk tp kenala seorang inform caranya kan ? :)

btw, report this fan page.
xdelete lg. mkin teruk gamba2 diorg kmpulkan gmba awek2 cun pastu komen -ve
http://melangkaugarisan.blogspot.com/2013/06/jangan-post-gambar-lawa-kat-tempat-awam.html

Cik Eka said...

yeyyyyy dah tgok dah video ni..

kite kenal ain tu. ain salah sorang mmber kat fb. hehehehe

cantikla.. semua cantik.

kita suka nad zainal. hehe