Assalamualaikum
Dimulakan dengan pepatah Melayu "sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri". Takmo der campur hal rumahtangga orang, dosa youuu. Tapi just nak kaitkan dengan hubungan adik beradik. Boleh ke? Dari kecik sampai masing-masing dah ber'boyfriend memang tak ah aku dengan satu-satunya adik perempuan (Bella Lim) berbaik-baik. Ada je modal nak ditengkarkan, menggigit lidah sungguh.
Sebagai kakak sulung yang berwibawa aku jelah mengalah. Jarang sekali kitorang boleh 'ngam'. Dulu kalau gaduh bukan je mulut pongpangpongpang. Kaki & tangan turut bekerjasama! Siapa suruh mak aku nganto kami adik beradik belajar taekwondo? INI MAKAN DIA. Aku flying kick, kau balas back kick. Sampai dua-dua keluar air mata darah baru boleh stop T_____T rehat lima minit pastu sambung balik.
Kat sekolah dia belajar pandai, aku so so je. Bila ayah hadiahkan dia permainan 'Monopoli' sebab dapat nombor berapa entah (buat-buat tak ingat sebab dengki). Hmm then aku dengan adik lelaki aku (Affan) mula bergosip "tak aci kan ayah belikan dia? blah3x masukkan cili padi sikit then tumbuk sampai lumat". hahaha. Membakau kaw-kaw punya.
Kini kami sudah dewasa.. Bergaduh lagi? Eh opcos! Tapi cepat sejuk tak macam dulu bertumbuk bagai. Lepas gaduh boleh kongsi Chipster bersulamkan air coke letak ais perghhh layan Runningman. Yang lagi best, malam before tido kitorang selalu berkongsi pengalaman hal universiti/boyfriend/kawan-kawan/etc. Selang 2 saat je gelak (>__<")
Dari kecik memang tak sekutu. Aku berkepit sebelah ayah. Bella yang tengah main rambut Affan tu. Nampak tak aku ketap bibir? Rasa nak lesing je si botak tu hahaha
Perempuan tu takkan sesekali mengalah. Contoh kalau ambil gambar berdua lepas preview gambar tadi, ada dua kemungkinan keluar dari mulut dia. Yang pertama "Aku buruk, tangkap lagi sekali.. lagi sekali.. lagi sekali.." sampai muka dia Memey Suhaiza habis dah. Kedua "hahahaha kau buruk aku lawa, jangan dengki gi delete gambar tu eh?". Begitulah awan nano nano nano. Ada perkara yang kita boleh tolerate sebenarnya.
Seiring dan sekata buat eksperimen! Tak gaduh
Bella beli kat Daiso Japan
Taraaa! We'olls buat ais krim Milo (tu je ada kat rumah)
Sempat makan ais krim Milo sama-sama before dia balik Unimap. Bila dia takda memang terasa sunyi rumah. Bella tu macam musang. "Malam berjaga, siang membuta". Bila dia takda ni aku rasa hina gila. Asal bangun tidur je aku orang terakhir. Kalau ada dia, aku rasa champion! Aku bangun tidur,mandi,makan,tengok Wanita Hari Ini dia still berdengkor. Malam-malam buat kerja Runningman marathon. Hmm. Thanks for reading, bye! :')
-------------------------------------------------------------------
P/S : Perhatian kepada sesiapa yang berminat untuk mengiklankan product atau apa-apa sahaja di blog ni. Boleh hantarkan email di pontianak_maria@yahoo.com
-------------------------------------------------------------------





32 comments:
hahha.. air yg dicincang takkan putus :D ni kira family blogger lah..hahah semua ade blog :D
hahahaha. comel je dua dua. biasalah adik beradik mest ade je tk kena. tp still okay.
haahaahaa.. adik beradik pun berpuak2.biase la tuuu..kite pun kadang2..hahahhaha
vahhhh.. cool gila askem tuu
OK..nti nak cari.. heheh :)
Sy pun sama. Kakak,saya,adik lelaki. Bertiga tapi heboh macam bepuluh orang. Kalau gaduh kaki tangan remote semua melayang. Cuti CNY haritu semua ada sebab cuti sama. Hari ni masing2 dah balik sarang. Hehe. sunyi. Sayu je hati masa nak hantar meke balik tu. Sobsss
hehe. selalunya, kalau dalam adik beradik , yang perempuan mesti akan bertikam lidah timekecik tapi bila dah besar akan jadi rapat sangat. namee n adik beradik pun mcm tu gak. masa kecik rasa benci habis.haha. skang rapat lah.eh marya, selalu buat namee geram dengan barang daisoooo tu :/
bese tu la adik beradik.. hikhik..
same ler jugak macam awokk time kecik2 dulu, sekali ta kena tibai ngn mak selagi tue la ta berhenti gaduh, now masing2 dok jauh baru ler nak rindu2 bagai.. hehe
btw new entry, jemput singgah kalau rajin.. terima kasih kak marghia..
http://cikyuyiyui92.blogspot.com/2013/02/cantikputihperempuan.html
biasa lah adik beradik. saya ade 4 adik beradik perempuan. lagi haru -_-"
hehe...comei je adik berAdik ni
adik beradik kan..
gitu lee
mcm tu la resam nya adik beradik hehe
*jom exchange bloglist phat masukan anda dlm bloglist phat ya
yaya..xde eyeliner.kihkihkih
Miss Sue : Aaa tepat sekali, "air dicincang takkan putus".
Yep, semua ada. tp diorang pemalas update blog =D
Shazwani Ramly : nak nak "perempuan dengan perempuan". memang asyik bercekau jelah..
Marliyana Mk : dalam adik beradik pon ada team masing2 tau, haha
cariklah & cuba :)
Nur Hafiza Rahsid : Masa cuti best kan? Bila masing2 dah balik U alangkah sunyinya rumah .. Hmm.
Namee Roslan : Haah Namee pon ada adik perempuan.. Tulah, bila dah besar ni selalu jugak gaduh pendapat. Takkan habis..
Haha, marya suka benda comel-comel. Kebanyakan dari Daiso Japan. comel & praktikal..
cikyuyiyui92 : Haah, cakap pasal kena tibai. dulu selalu kena tibai dengan hanger kalau buat hal :P
Insyaallah. Happy blogging ..
Hanida Moss : Hah mesti kaki gaduh masing2 ni, ramainya adik beradik perempuan..
nabila azmi : comel ke? >__< alolo
mieza : Yep, tak sah kalau tak carik pasal :)
Phat : Setuju :)
NIA SI DRUMSTICK : Haah, masa ni yaya lupa pakai eye liner. jenuh belek muka kenapa lain sgt. Rupanya lupa pakai eye liner Ogosh!
hahahaha, comel.. :)
tiba-tiba datang komen.. selalu baca je.. titiba hari ni rajin.. bestkan ada adik atau kakak perempuan. Kita tak ada.. huhuhu..
ps: Hari tu ada nampak bf marya kat pantai dalam :)
hahahahah
so nice..
sama mcm aku dgn deeba.. tp aku baik lagi la dr ko, maria..
heheheh...
p/s: miss u..
peace
mai ada 5 berdik..3 pmpuan..oh best! terutamanya bila gosip2..hee
klu sume berkumpul tu riuh..bila ada yg xkne, gaduh gk tp xlama..adik-bradik kn...
Cik Syida : Sebenarnya ramai yg baca tp tak comment, thats normal.. Haha
Oh, buat apalah dia kat pantai dalam tu? *EH bf sape sekarang ni? haha".
Dang Intan Duka : Ko skema dayah. baik tu tak lah baik mana wakaka.
p/s : miss u too anak nyet
Mysara Ab Rahman : adik beradik kalau gaduh lama-lama mcm pelik je. sbb duduk 1 rumah, payah kalau nak bermasam muka manjang.. kan..
air yg dicincang takkan putus.yg penting keduanya comel.:)
Cinta hazanis : Yep betul tu :)
Eh terima kasih..
bese la adk beradik,bila dyowg xde kita msti sunyi kn..so sweet bila ada adk beradik ni
Family is the best in our LIFE :)
Post a Comment