ARIGATO GOZAIMASU.

Thursday, January 10, 2013

Katakan tidak, tidak dan TIDAK!


Assalamualaikum 


Setiap perempuan pasti ada kriteria lelaki idaman. Nak yang macam mana? Ceceh macamlah kau Marion Caunter, siap ada kriteria bagai. Tapi tak kira perempuan berhak memilih. Biasanya nak yang tinggi menggalah macam Kwang Soo ke, hidung mancung macam Johny Depp ke (oh kekasih lama) or ada rupa kelelakian sejati macam Adi Putra? Tak kisahlah macam mana rupa pon TAPI sejak sekolah aku ada satu kriteria yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Selama-lamanya memegang prinsip takmo bakal husband yang merokok.


Dulu masa aku single (6 tahun lepas), kawan-kawan saja ajak borak "kau nak lelaki yang macam mana sebenarnya?". MEMILIH SANGAT kot. "Aku taknak lelaki yang smoke". Tersembur segala usus kecik besau diorang gelakkan aku. This is impossible! Celah mana nak cari oi? Yelah sebab diorang pon perokok tegar. Aku redha tersepuk kena bahan situ. Tuhan nak tunjuk memang aku dapat boyfriendlah masa tu. weehoo! tapi.. SMOKER. Memang tak ah diorang mendiamkan diri. Berbakul-bakul aku kena bahan "haritu kata taknak smoker,so yang ni apakah?". Krik krik krik. Cinta itu buta kan? Diam diam sudah.


Selepas setahun lima bulan bersama, cinta putus di tengah Karak highway (lagu Kenapa- Shazzy feat Lah VE berkumandang). Tak dapek diselamatkan,hahaha. Beberapa ketika aku solo dan berpegang teguh pada prinsip "no man no cry" . Jumpa lelaki semua takda perasaan. Tetiba someone datang tanpa diundang dan sehingga hari ini dah empat tahun aku masih bersama si dia yang tak diundang tu. Mampuih den kalau dia baca kuikuikui. Yang paling penting he's not a smoker. Alhamdulillah..

Rokok memberi kesan kepada perokok dan orang sekeliling
hiduplah secara sihat *lompat bintang and regangkan otot tetiba*


still ingat PSA Rokok yang beberapa bulan aku join? 
yang belum baca boleh click sini

antara shot dalam PSA Rokok
Goodnews, dah boleh tengok kat Youtube pulak!



Thanks for reading, tekan like kalau suka :')




28 comments:

ai shah zawani said...

hebat la kak maghiaaaaa. menjiwai watak zomba di metropolitan. :P hoho. double like untuk entry ni.

aisyah sakaria said...

adoiii seram gak aa malam2 tengok video tuuu. takut nak tido takut zombie datang serang. haha. btw, its a good video! pun tak suka orang merokok nih.

Mysara Ab Rahman said...

susah nk cari lelaki yg xsmoke..haissh..
asalkn jgn perokok tegar sudah..
lagi haru..

Arjuna Silvera said...

hahah..tu yang tak diundang tu....
anyway nice blog!!

Mila Ahmad said...

wah terbaiklah marya.. seram sejuk tgk video klip ni :p

Shahada Fauzi said...

nice vid! suka tengok..very informative..heehee..

kite pun tak suka lelaki merokok..alhamdulillah si dia tak merokok..^_^

Namee Roslan said...

namee pun tak boleh lah dengan smoker. bau asap sgt meloyakan. :/ thank god esham dah stop smoking.

Cheq Kaq said...

perokok memang susah nk benti merokok..huhu

NIA SI DRUMSTICK said...

hebat yaya!!nia nak share kat fb eh..tp kann..kalau dapat yg macam joong ki mesti best kan..waaaa

Myra Abdullah said...

wah terbaik lah kak!

terasa,tersentap mat/minah yg merokok.heee

scary woo tgok jantung tu.huu

cik nur said...

yaaa nur pun tak nak smoker and alhamdulilah dia tak smoke tapi after two years dia start smoke :(
mksd nur start agiantapi tuh la nur terima la seadanyer hehehe:)

fashionableSHUHA said...

BEST! Nice video. meremang bulu roma tengok.

Atiqah Wadiah said...

yaya,taste kita sama..sepsep :)

Marya Hana said...

ai shah zawani : mula2 masa kawan soh belakon, takda pon kata zombi.. sekali...... belasah jela.

Marya Hana said...

aisyah sakaria : haha, jadinya tgk video ni siang-siang je k..

Marya Hana said...

Mysara Ab Rahman : yep, perokok tegar kena stop perlahan-lahan..

Marya Hana said...

Arjuna Silvera : thanks dear :')

Marya Hana said...

Mila Ahmad : hasil kerja budak fakulti jugaknya ni.. Fakulti Filem Teater & Animasi Uitm

Marya Hana said...

Shahada Fauzi : tak sangka mcm ni hasilnya. masa berlakon main bedal je..

wah alhamdulillah..

Marya Hana said...

Namee Roslan : kirim salam husband namee! weeehuuu mcm tak sangka namee dah kahwin tau.

Marya Hana said...

Cheq Kaq : yep. memang diakui..

Marya Hana said...

NIA SI DRUMSTICK : hehe, silakan nia.. nak share di mana-mana pon silakan.. :D

Marya Hana said...

Myra Abdullah : haha, so share lah video ni, mana tau boleh timbulkan kesedaran..

Marya Hana said...

cik nur : oh dia start balik? hmm maybe dia betul2 tak tahan kan..

Marya Hana said...

fashionableSHUHA : silakan share kat kawan-kawan k..? :)

Marya Hana said...

Atiqah Wadiah : gimme five! *yeah*

Rainny Berry said...

tak suka gak ngan individu yang merokok. laki ke pompuan ke. semua tak suka.
alamak zombie! larikkkkkkk...

Marya Hana said...

Rainny Berry : lelaki normal rasanya, tapi kalau perempuan burok nau rupanya..

OTAK... OTAK... :D