ARIGATO GOZAIMASU.

Tuesday, October 30, 2012

Cute Mouse Pad and 2013 Planner.


Assalamualaikum kawan-lawan-kawan balik :')
Entry pengaruh orang, hahaha.

Nak tahu? sebelum adanya Twitter account dan Instagram aku lebih suka update blog dengan membiarkan pembaca tertanya-tanya. "Agak-agaknya apa pompuan ni nak update kalini?". Jangan harap aku akan bagi clue di facebook, apatah lagi upload gambar di mana-mana *nehi nehi nehi, mujhe maaf kardo*. My friends sangat memahami/bernanah telinga/stress sampai tak cukup tidur bila membangkitkan soalan "bila ko nak upload picture semalam? bila bila bila. Bila April ke?". Jawapannya tepat dan padat AFTER AKU UPDATE BLOG. Nampak tak betapa rahsianya sesuatu yang bakal di'update? Semangat berkobar-kobar kan nak tunggu entry dari blogger yang kita adore? It's happened to me setiap kali buka blog tertanya-tanya blogger yang aku minat tu buat entry apa/best ke/gambar berduyun tak. pssst, ko minat siapa Maghia? 


**malas jawab**


That means aku kalah/tersungkur di tangan kedua-dua account ini, Twitter & Instagram. Siap bagitahu nak update blog pasal mendalah itu *TEMPEK GAMBAR SIAP*. So mulai sekarang dah boleh kerek sebab tahu serba serbi yang kak maghia nak update kennn. takda kezutan dah :( Ok lantak situ. Semalam memang mati kutu taktau apa nak buat kat rumah. Almost a week aku duduk rumah tanpa hala tujuan. Duduk membongkang sebagai housewife yang berjaya. Ehh jangan mencoba untuk jadi wife pulok. kikikiki shame on you maghia. hang tak kahwin lagi. Pastu aku pancing Bella Lim "nak belanja makan, ko pikirlah nak mencekik hape lahabauuu". dah alang-alang orang nak belanja kemain lama pulak dia berfikir. kebetulan Secret Recipe yang berlegar-legar di ruang benaknya. aku pon ikotkan jelah. Affan sebagai driver bertauliah yang turut diberi layanan yang sama. sayang adik-adik gamaknya. 


Gedebak gedebuk gossiping at Secret Recipe, Wangsa Walk. Borak sambil gebang sana sini supaya ada  spicy spicy sikit ahaks. makan pon laju je. takkan nak balik dah? Relaxlah dulu. Menenangkan minda kat Popular Bookstore. Misi utama nak beli pencil colour untuk Zaqwan yang sengaja ditinggalkan kat rumah. Kesian dia balik sekolah penat-penat takkan nak ikut pi melangok? BAIK PUNYA ALASAN. Taknak bawak tulis sini taknak bawak, hikhok. tapi aku dah rasuah dia cheesy wedges dua kotak. terhapus dosa. 

Takda gambar pencil colour kan? Bayangkan je hado. Selalunya memang akan sedapkan hati sendiri masuk kedai mana-mana untuk beli sesuatu. Tapi at last tak beli natang tu pon. 

3 Mouse Pad
Mak ayah aku memang bantah sekeras-kerasnya adik aku doplohpatjam duduk depan computer. Takut jadi benak semacam if buku tak baca. tapi asyik dok mengadap Youtube Oppa Gangnam Style Gangnam Style whatsoever. yang aku pulak menambah semangat dia untuk tetap berada di depan computer. Belikan Mouse Pad baru. Kawaii pulak tu sampai aku pon terbeli satu untuk diri sendiri. Dia memang genius. semua benda dia godek menjadi je. Kadang-kadang dunia sangat tak adil bila dia pulak yang mengajar aku. (u__u !||)

kepunyaan adik Zaqwan
Gambar Bella Lim sebelum mencapai akil baligh, haha.
Kepunyaan Bella Lim, dia tu memang nonsense.
Ini Kak Maghia punya. masih menitikberatkan kejepunan.
kata pon ambil Nihongo as 3rd language, tapi banyak dah lupa sbb makan semut
2013 Planner Bella Lim & Kak Maghia punya
hope lepas ni sentiasa beringat dan hidup dengan lebih teratur
Affan
Bella Lim

Perasan tak perasan banyak juga kawaii stuff yang dimuatkan dalam blog ni. Dan aku takkan berhenti untuk update tentang benda macam ni. Perempuan-perempuan kan suka kumpul benda yang bersifat comel. Maybe untuk memperlihatkan diri ini comel juga. siapa tahu? Tulah antara langkah-langkahnya, kahkah. Gampang, oklah thanks for reading. Bye kawan-kawan.

p/s : Bella Lim dah kembali menaip, tapi taktau bila dia nak publish. Jaga-jaga.





Sunday, October 28, 2012

Dear Friends.


Assalamualaikum

OHHH MY.. boleh bayangkan jari menari-nari gedik santai di atas keyboard laptop jenama Dell (Dell je kot) yang dibeli after laptop Compaq aku berjaya dicuri. ya dua tahun lepas cepat masa berlalu kan? berjaya di dunia siapa-siapa pon mampu. di akhirat? haaa kome jawablah sendiri. entry lepas menaip dengan phone. perghhh seksa seksi maks. boleh type sepatah dua kata aje. tak larat dah. if guna keyboard laptop sampai tertidur pon still boleh type tapi *&^%tklp65*kw* bakal korang baca. yang hanya boleh difahami ahli-ahli  fikir rabun teruk/takda harapan nak melihat semula.


*sambil menaip Bella Lim paksa dengar cerita/luahan hati/whatsoever. kalau korang kenal Bella Lim, start dia gebang sampai ke akhir cerita wa bet korang akan selalu berus spender sebab asyik gelak sampai tercirit. kelako sebab dia suka cerita terus terang. "aku cover cun, sambil selak-selak rambut sikit, blablabla". what the fish'lah gumuk tu, hehehe dia hengat dia cantek hek?*


berbalik ke sri pentas, fokus semula pada tujuan asal. actually cerita birthday sepatutnya dah berkubur/tertimbus/hanya kenang untuk tahun tahun berikutnya. tapi nak buek camno kengkawan bagi hadiah after 2 minggu berlalunya birthday, hehe. so marilah kita mulakan ye cu .. 

dear friends, thanks for the presents #hugs
from Fatin
cute kan bag ni? oh sekarang kak maghia suka turqoise juga. 
purple memang sentiasa di hati 
from Sawak
dah masanya ke aku baca buku ni? walimatulurus untuk next month berderet-deret nyah
last but not least, hadiah dari Yuyu. kicap lemak manis tauuuuuuu~
ada sesiapa lagi nak bagi hadiah tak? joking joking!
ok dah ngantuk, boleh beradu. thanks for reading tata :')

p/s : Kak Maghia hanya ada satu twitter account MaryaHana89 dan Instagram maryahana, sekian.


Saturday, October 27, 2012

Go Keyboard.

Assalamualaikum..

Lagi syok update blog dengan laptop. sebab sebeso-beso alam kau boleh tenung jerawat orang. Siap boleh kenalpasti jerawat batu/jerawat nasi/baru lepas picit jerawat dan lain-lain. tapi tak kira, nak cuba try test jugak update guna galaxy note. nak torai apa ke-sengalnya penulisan aku ikutan menggunakan medium ini. Caraaa! boleh update di mana-mana saje. Paling penting masa mak kau bebel bangun tidur lambat pun dah boleh setel satu entry. Just untuk tatapan followers sekalian..

Okay sekarang den nak torai masukkan gambar pulak. Perghhh kecoh gila.



Minggu ni rajin gilos godek apa yang taktau lagi pasal henpon ni. Selepas kejayaan cari kawaii theme, keyboard pun dah bertukar wajah.baru semangat nak update blog! Ceceh,jangan percaya sangat janji-janji manis dia ni. Oklah nanti aku update panjang lebar eh?bye.
  1. posted from Bloggeroid

Sunday, October 21, 2012

Shooting Public Service Announcement(PSA): Rokok


Assalamualaikum 

*Kruk Kruk!*tak berapa pasti betulkah itu bunyi perut? Menaip semasa perut lapar menghalang aku menaip secara waras.tapi nak update blog juga tak kira. sabtu lopeh diorang yang follow facebook/twitter/instagram  tahu yang aku pi shooting Public Service Announcement (PSA) bertajuk Rokok. susah jugak nak jaga banyak-banyak account ni. upload picture kat sana terfikir eh sini dah upload ke belom. lepas tu kena check satu-satu. aku rasa hidop aku semakin huru hara macam pompuan mati laki. susah hati umpama terlepas tarikh untuk daftar subjek UiTM. begitu sekali kau .. 

aku ni kalau jadi artis (kalauuuuu, nampak tak) boleh menang award artis paling berdisiplin ahaks. datang tepat pada masa. sebab gerun orang lain ngumpat sebab datang lambat, hengat muka cantik sangat? hengat diva? nampak tak.. so calltime pukul 7 pagi seperti dijanji aku memang dah ado situ. tapi tunggu director bangun tidur lepaslah kalau kau nak gi Genting Highland main roller coaster 4-5 kali sampai muntah then patah balik shah alam. HAHAHAHA. director tu memang liat bangun tidur, nasib baik berbakat besar. 

tu yang menyampah type banyak-banyak, perut lagi lapar -__-"
miza,nana,kak maghia, and fatin 
tunggu Abang Munif Isa sampai, baru mula shooting
lebih kurang pukul 12 tengah hari, panas terik nu !
bebudak prop, juga kawan-kawanku
tengah buat jantung (fake)
kenalkan boyfriend baru den. kahkah nak kena hempuk dengan tong gas agaknya. ni salah satu scene dalam PSA ni, konon-konon tengah discuss. tapi sendiri tanya sendiri jawab. nak nampakkan konon tengah berbual.
lighter jatuh sebab nak tangkap gambo dengan aku je
ohh Abang Munif Isa ni superduper senior aku kat UiTM
make up sampai tertidur. mimpi mimpi. 
berejam nak keringkan tisu ni tauuuu~
kak maghia dengan girlfriend Abang Munif, Kak Mas Muharni
dia pon superduper senior kat UiTM, semakin lawa!
grrrrrr serrrrram tak? hihi. ke rasa nak cirit je? 

actually seram nak tengok PSA ni bila dah siap! sebab muka dah ghope Zombie Kampung Pisang! ^^ thanks for reading, bye bye bye. jangan lupa undi MARYA HANA, dalam Pencarian Gadis Konfiden Kotex Fresh 2012. doakan aku tetap dalam Top 30. tinggal 9 hari lagi. mekaseh.. 


Wednesday, October 17, 2012

Samsung Galaxy Note: Kawaii Theme.


Assalamualaikum

Terkejut sangat mak jemah tengok keadaan laptop tadi. bersawang bercincorot berberber semua ada. #true story#. ya allah laptop siapa yang sekadar di pinggiran ni bisik hati *tutup mulut reaksi seakan-akan tak percaya*. hehehehe. semenjak dapat Samsung Galaxy Note toghang toghang kata aku memang tak sentuh laptop langsung atau tak tercuit pon. kalau dulu dialah nyawa, dialah bff, dia juga intan payung. 

bagi peluang aku nak explore apa yang boleh dimanfaatkan dengan note. kerja aku siang malam ialah download tak tentu pasal. lepas tu delete balik app tu. saja-saja nak cuba try test. semua cari kat play store.


terjumpa theme yang superduper cute ni! nampak tak bintang-bintang tu? actually dia bergerak jatuh dari atas screen tu. so tak payah sibuk tongkat dagu tepi tingkap semata-mata nak tengok bintang dah. 


simple. tapi yang paling penting kawaii !


oh ya! haritu aku beli earphone plug ni. memang aku sukalah kan sebab warna purple. tapi bila lama-lama tengok sangat-sangat kedatinan uolssss. so dengan itu aku pon search kat google, macam mana earphone plug yang aku nak cari nanti. taknak dah diamond. 


sumber : google
i want this so badly! kawaii dak?


sepanjang minggu mandi senyum makan senyum tengok filem sedih pon senyum!
thanks for reading, bye kawan-kawan :')

p/s : sokong/vote MARYA HANA untuk Pencarian Gadis Konfiden Kotex Fresh 2012. ada lagi 13 hari lagi sebelum tarikh tutup! thanks sangat.. 


Monday, October 15, 2012

Impian dan Kenyataan : Samsung Galaxy Note!


Assalamualaikum 


Syukur alhamdulillah Jumaat lepas (12 Oktober), genap usia aku 23 tahun. tapi still nampak macam 17 tahun kennn? motif masuk lif tekan sampai level 25? 

Jumaat masih di UiTM. so keluar berjimba hari Sabtu. disebabkan aku birthday girl, aku berhak pilih movie mana yang aku mau tengok.*selalunya memang aku yang pilih pon kan? nasib kaulah labu* ekekeke. kawan-kawan cadang aku tengok filem Hantu Kapcai. depa kata dari mula sampai habis asyik nak tergelak. so dengan gigihnya aku yakinkan si dia, "Jom nengok Hantu Kapcai! kawan i cakap balik-balik uitm urat kentot diorang semua tertinggal kat dalam panggung!". tau tak sumpah ramai manusia yang tengok filem ni. birthday girl dapat seat depan-depan pon terpaksa pasrah. demi abang zizanggg dakpe lah. si dia pon ikutkan, kadang-kadang kasi hint "you taknak tengok cerita omputeh ke". amboi pandai pancing? tak kira nak tengok zizangggg jugak!

tak kira nak tengok jugak
not bad filem ni, patotlah laku. yang menariknya si zizanggg and fizz fairuz punya watak. tergelak besar aku tengok cerita ni. rasa nak gelak sambil tampo orang sebelah. tapi nak tengok apa yg lebih lawak? sigh.


actually aku dah lama print screen message ni, tapi peramkan buat jeruk. ekeke. first time aku baca message si labu ni sumpah bulu roma semua mencacak. serrrrrraaaaaam tau uols. tapi bila aku baca dua-tiga kali, rasa kelakar pulak. mamat psycho ni ada bakat jadi penulis sajak/pantun/syair what-so-ever. haha.

dah habis berseram seraman? ok! sambung balik. kiranya hari Sabtu tu aku tengok movie and jalan-jalan cari makan je. esoknya keluar lagi. tapi apa yang bestnya kali ni, kita mau serbu one of my wishlist. confirm and confident semua dah tau, Samsung Galaxy Note! yeay! 




ada yang tanya Note 1 ke Note 2. opcoslah Note 1 sebab aku tak mampu nak beli Note 2 tu. silap-silap bapak aku hempuk atas kepala aku, nak sangat kennn. Note 1 pon still mahal, boleh beli sebijik laptop lagi. proses tawar menawar semua dilakukan oleh ehem ehem. tapi dia macam tak faheeem pulok yang gelpren dia ni memang dari dulu takde henset warna lain selain Putih. bila orang tu tanya "mau colour apa, ada 3 colour. hitam putih pink" laju-laju dia jawab hitam. ape keheynya yob? alamatnya mendapatlah cubitan ketam sakti dr kak maghia. ihiks. 

Samsung Galaxy Note white colour
actually my mum kasi RM1000, yang lain pandai-pandai tambah ler. tapi aku just ambik RM500 je and lagi RM500 aku pulangkan balik. alahai baiknya anak sapolah ni .. so yang selebihnya duit aku & si dia. tanpa dua orang ni tak berdayalah aku nak WhatsApp kawan-kawan. dok tayang henpon baru, miscall sekor-sekor. HAHA. dan yang paling ajaib sekali aku dah ada Twitter. Twitter yang wujud sebelum ni bukanlah aku yang sebenar. diorang semua hantu/makhluk tiruan hehe. actually aku tak boleh ada banyak-banyak acc. nanti aku tak main pon, terbengkalai semacam je. tapi semenjak dah ada Note ni aku dah create twitter acc. kalau nak follow meh lah cuba nasib, hehe. follow Marya Hana


tak dapat digambarkan dengan kata-kata 

happy and super excited! thanks for reading, bye :')

p/s : please sokong MARYA HANA dalam Pencarian Gadis Konfiden Kotex Fresh 2012. lagi 15 hari sebelum tarikh tutup. please ya kawan-kawan.


Friday, October 12, 2012

Kalau jodoh tak kemana.


Assalamualaikum 

Satu hari, aku pergi library yang sangat dirindui. almaklomlah masuk library pon setahun sekali. kalau bukan tuntutan subject, harapannnn nak nampak lubang hidung aku kat situ. *bulu hidung pon takde*. kennn.. cari punya cari, gali punya gali YES DAH DAPAT 4 BUKU RUJUKAN, alhamdulillah. sambil berlari-lari anak aku mendapatkan meja kosong. sebenarnya banyak meja kosong, ramai budak pemalas belajar macam aku jugak rupanya. ke diorang belajar kat rumah? aku belajar ke kat rumah? aaa biarlah rahsia, haha. 



itu dia muka takyah bangga sangat persis juara  projek nilam
harap je pengawas pusat sumber masa sekolah dulu


puas hati dapat 4 buah buku 

dan 

mula menyelak 1 per 1 buku-buku tersebut

omak kau! ni penanda yang aku buat beberapa kurun abad lepas. masih cantik terselit dalam buku ni. tulah orang kata "kalau jodoh tak ke mana". haha

apa maknanya kawan-kawan? jangan menidakkan kenyataan bahawa aku rupanya ulat buku. sorry salah type. saya ulat gonggok je. k bye, thanks for reading :')




Wednesday, October 10, 2012

SIMPLE : Kind To Skin.


Assalamualaikum

Atas prinsip "sharing is caring" jadi aku terpanggil untuk menaip. kita flashback sikit boleh? masa sekolah menengah aku sangat adore dengan kulit muka sendiri. sebab ramai kawan-kawan yang tanya "ko pakai pencuci muka apa eh? kenapa ko takde white/black head, bagitahu cepat apa rahsianya". waktu sekolah aku tak belajar lagi macam mana nak propa/kencing kawan-kawan. so jawapan aku cukup simple, "tak pakai apa-apa". patotnya kencing sikitlah, pakai SK-II ke. baru kopak duit sekolah korang menggagau nak cantik punya pasal kennn. hiew hiew hiew. 

gambar form5, tahun 2006

sesuci murninya dulu, ahaks
ni masa pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat sekolah

ingatkan kalau muka dah licin takpayah ada penjagaan rapi. aku main bedal je. sebelum tidur tak cuci muka. suka-suka hati aku je sebab terlampau selesa dengan kulit muka. tahun 2007 masa masuk UiTM, entah macam mana muka yang tak pernah ada jerawat tetiba penuh jerawat kat pipi kanan. kanan je tau. kiri clean & clear *takde gambar nak tunjuk*. bila aku pergi Isetan jumpa kawan-kawan lama, memang jadi bahan aqiqah'lah sebab tiba-tiba muka berjerawat. aku tension gila kena ejek, malu sebab berbiji-biji kat pipi taktau mana nak soroh dah. terus dah takde kulit macam retis korea (kononnnnn).


hari-hari aku memekik tepi telinga mak aku, suruh buat sesuatu. sangat low self-confidence (T__T). mak aku ikhtiar bagi aku pakai produk untuk hilangkan jerawat. dengan kegigihan setiap berapa jam aku pakai ubat jerawat. akhirnya, sekarang takda kesan jerawat pon yang tertinggal kat pipi aku, hebak hebak. aku mula berhati-hati pilih produk kecantikan. walaupun dah penat balik shooting, aku dah rajin buang make up sebelum tidur. bukan terus terus nak membongkang je! ^^


muka sekarang, dah nampak matang rupanya aku
kulit aku kategori kering. sebenarnya aku tak suka pakai moisturiser, macam melekit-lekit yeyek. tapi aku baru tahu yang moisturiser brand SIMPLE , memang simple habis! tak melekit pon and tahan lama.

light moisturiser, tahan hingga 12 jam
sebelum pakai make up, wajib pakai ni dulu
bila pakai foundation nampak rata je

sekarang alhamdulillah kulit masih stabil. cuma kadang-kadang kalau bulan mengambang (period), jerawat/pasir berdengung mesti singgah beberapa hari kat muka, that's normal. thanks for reading, sekadar berkongsi. bye :') 



Happy Birthday in Advance.


Assalamualaikum

Aku cadangkan supaya bakal birthday girl/boy mula buat entry macam ni. ingat! sebelum tarikh birthday anda. TAK BUAT RUGI.  tujuan asal supaya kenalan terdekat/ parents/ badek-badek (siblings) rasa stresss, menggigil-gigil, headbanging & timbul rasa serba salah sebab tak belikan apa-apa hadiah lagi untuk upcoming birthday aku. disebabkan sekarang aku dah pandai demand. paling lopek harus belanja makan dominos. sebab lately siot mana entah upload picture dominos yang dilimpahi cheese. akibatnya aku terjelir-jelir lidah depan laptop! aku kira, orang belanja dominos pon sodap ni *bagi hint lagi*. kihkihkihkih.


Tak sanggup lagi aku mengenang kisah lalu, keganasan menghantui diriku. *menyanyi sambil gigit bucu katil sebab keganasan menghantui kennn*. Biarkan ia pergi menjadi satu MISTERI. aaa yang misterinya aku nak story, pagi tadi aku dapat hadiah birthday dengan ucapan "Happy Birthday in Advance"- Marina Ilmar. kawan yang kritik lukisan aku ada lengkuk di antara kaki tu, dia tu memang 18sx. 

taraaa! dia kata hadiah mengikut keperibadian

sebab aku kan geli geli (girly-girly)
suka pakai ribbon 
tengok! Rilakkuma berlagak dapat awek baru feeewit!
t-shirt Body Glove yang aku pakai
birthday present tahun lepas pemberian mokcik tu jugak
tak syak lagi aku memang seorang gadis yang ayu sebab sering ber'ribbon!
walaupon tingkahlaku kasar macam bapak beruk. 

so dengan kiraan 123 semua kena fikir hadiah apa nak bagi kat Kak Maghia.*gampang sangat paksa orang ni*. Birthday aku 12 Oktober. tu yang sekarang galak siang malam dengar lagu Tragedi Oktober, keganasan menghantui diriku.. pasal hadiah tu aku bergurau je. sebenarnya aku harap seseorang boleh menyumbangkan lagu Selamat Ulang Tahun Sayang-Imran Ajmain sambil main gitar. perghhh! simple tapi bermakna kan? 

sekian, thanks for reading , oppp oppp jangan lupa undi Marya Hana dalam Pencarian Gadis Konfiden Kotex Fresh 2012. click sini untuk undi, arigato gozaimasu! 




Sunday, October 7, 2012

My Drawing : Lengkuk?


Assalamualaikum 

Petang-petang kat rumah boleh usung bantal busuk tengok tv sambil gigit cekodok bibik buat. berlainan sekali petang-petangku di UiTM Puncak Perdana. kebiasaannya aku study mentelaah semula buku sejarah SPM *harapaaaaan*. aktiviti petang selalunya membuta secukup rasa, demi menambah kebebalan yang sedia ada. aku kecewa konon-konon nak riadah main badminton ke tapi takde geng. kawan-kawan aku serve macam pondan, terpaksa kejar shuttlecock ke sana ke mari, guane ? 

so, I did this yesterday ! (=

When you finally let go of the past,
something better comes along 



kartun kepala bulat memang lepaslah, no wonder lah -_-
selepas beberapa minit aku publish kat wall 





kenapa tangan aku lukis macam tu? LENGKUK? LOL.
thanks for reading, bye !




Friday, October 5, 2012

Review : Daiso Product.


Assalamualaikum 

Hello hello hello nak kopi ke nak milo. "ane, teh ais kurang harga satu!". gulp tetibe sawan vavi tak memasal. sejujurnya lately aku baru melanyak minda cukup-cukup buat thesis proposal. Alhamdulillah everything's going smooth, dapat cari penyelia yang sesuai dan dapat approval untuk tajuk thesis yang konon-konon mahu MENGENALPASTI MENGKAJI MENGANALISA semua tewww. makanya, aku berjimba-jimba nak update blog harini. "everybody put your hands in the air, clap clap clap" !! eh takleh K-pop beriya, sebab kita mau terbanggggggggggg ke Jepun. ok takkanlah, ke Daiso Japan je yuk. 


setahu aku Daiso Japan korang boleh cari kat
 One Utama, Bukit Bintang Plaza & Sunway Piramid.

hasil pembelian aku dan sekutu-sekutu, hehe
masa menaip aku teringat kata-kata seorang sahabat "yaya pandai pengaruh orang" ! SERIOUS? tak kencing? hehe. maybe, bila diamati entry paling laku bila aku mula review satu per satu produk kecantikan. ramai yang beri respon. ada juga tak cukup tanah pakai selipar sebelah lain-lain dengan kuasa halilintarnya pergi dapatkan produk tu. realitinya aku tak handal pon pengaruh apa nate ni. marah orang pandailah. hiks.

kita review satu per satu 

aku borong 3 bekas sekali gus. tujuan asalnya untuk campak semua aksesori aku. daripada subang sebelah dok tang ni. sebelah lagi dok tang tu. satu nak sedekah kat Bella Lim, sebab aksesori dia selalu menumpang kasih dalam box aku, apa kes? nanti nak pos terus ke Unimap dia. 

apron for kids
adik aku si Zaqwan tu sekarang darjah satu. subjek pendidikan seni KONONNYA kena bawak apron sendiri. dia tu kalau kencing aku pon aku taktau, so aku pon belikan ajelah. asalnya aku beli apron mak-mak kau pakai kat dapur tu. budak tu kan ketot je, so dia demand sebab menggelebeh sakan. nak kata ada jodohnya aku dengan kids apron ni, terjumpalah natang ni kat Daiso. so bolehlah dia bergaya dengan apron waktu masa pelajaran pendidikan seni nanti. dahlah superduper kawaii ^^ terus ramai-ramai awek mintak couple kat dia. eh? baru darjah satu kan? lupakan hasrat untuk menyemai kasih !


tak sabar sangat nak tayang kawaii collection ni! photo album di mana hanya orang cute-cute sahaja gambarnya layak dimasukkan di sini, muahaha. joking joking, ni aku plan untuk dijadikan friendship photo album! kenangan yang sweet-sweet tak harus dilupakan dengan meng'hide album di facebook, LOL. 


botol air pon nak friendship sakan

charcoal mask
dulu aku pernah review pasal charcoal mask ni murah & best
kalau beli online RM18, beli sendiri RM5 sahaja

RM5 setiap satu
dah penat merewang kat Daiso Japan, singgah MPH 


alhamdulillah si dia dah tak jadi penganggur terhormat. sekarang dia kerja kat Menara Celcom (dokek bona ngan rumah den) sebagai IT Engineer. so dah terlanjur masuk MPH aku rembat terus kad yang cute ni. dengan harapan "Good luck, kerja elok-elok. jangan cari awek kat tempat kerja k bye" !


tak dapat kawal nafsu beli pulak buku nota ni 
yang cute-cute tolong jangan menjelma depan aku boleh?
termasuk lelaki-lelaki cute, LOL hahahaha


yang ni untuk si dia

palm paper 

aku pon nak jugakkk, tapi taktau nak buat apa dengan buku ni
sekian sahaja, thanks for reading bye !

p/s : tolong kami bantu kami. hehe, yang suka baca blog ni please support "Marya Hana" dalam Pencarian Gadis Konfiden Kotex Fresh 2012. click sini untuk undi ! ^^