Assalamualaikum dan salam lebaran ! ^^
Jujur kata aku memang seorang blogger yang malas menaip. tapi bagaimana ek aku tiba-tiba sahaja dengan tak semena-mena menjadi seorang penaip tegar? korang mesti ada favaorite blog yang tak sampai 2 saat dia publish new entry laju-laju tekan link blog dia. selalunya yang kita letak kat sidebar sebab malas dah nak carik. dalam hati excited nak mampuih, tertanya-tanya jugaklah apa agaknya cerita kali ni ek. sekali bukak-bukak ada seketul gambar yang sangat bermotif tanpa perlu berkata-kata. *nanges sedu sedan*.
but i want more .. uhuk uhuk.. maka, disebabkan aku sangat memahami hati blogger-blogger yang ternanti-nanti setiap entry kita (hadooo ke yang tunggu entry kau jah), so aku ringankan tangan, menaip sambil pejam mata wokakak. janji ada benda nak yang nak dibaca di hari tua nanti :D
semalam seharian blogwalking, ramai sunggoh update entry raya! yelah takkan update entry christmas lak. so aku mendapat aura-aura supersaiya untuk update entry raya jugak. ayuh mulakan ..
kampung sebelah ayahku di Kg. Bukit Nangka, Lenggong, Perak
gambar ni Bella Lim nyonya tu yang tangkap. kalau orang lain yang tangkap, takkan terjadinya kemasukan dua mamat sebelah rumah datang beraya dalam gambar raya aku ! kan susah nak blurkan depa pulak, dasar.
sebenarnya aku yang kemain terkinja-kinja nak pakai turqoise tahun ni. tapi ayah aku kata nak pakai purple so perintah sudah dikeluarkan. alik-alik bella lim yang beli baju kurung turqoise, sebab dia tu hati kaudu sikit, dia peduli apa kennn.. so orang lain purple, dia nampaklah kelainan sikit. macam seri pengantin semua pindah kat muka dia. padahal biasa sajeeeeeeee. dengki gila hakhakhak.
rumah opah
kak nyah (Salmiah), sepupu perempuan sulung. aku cucu perempuan ketiga, cucu perempuan kedua baru je kahwin tahun ni. so, aku yang seterusnya. kepada bakal-bakal mak mertua, assalamualaikum.. ada anak teruna single dak? bakal mak mertua pon lari kalau ada pompuan meroyan macam ni nak jadi menantu.
benci gambar ni, benci! kenapa muka aku nampak kerepot?
inilah family Kak Maghia. semua purple kecuali affan and bella. anak angkat kekdahnya. wokakak kejam gila woi kau ni. mana taknya, dari kecik sampai beso depa kata aku anak angkatlah, mak aku tersalah ambik kat hospital lah, anak tamil nadhu lah .. so ni yang nak balas dendam di hari raya ..
ada ke kata aku anak angkat? tak nampak ke sejibon muka anak beranak ni.
bila bergaul dengan budak-budak, rasa macam rakan sebayalah! siapa entah nak kena pukul haritu, ada ke patot bagi cadangan " kita tangkap gambar susun ikot umur". ada ke patot? mengguris hati betol, hangswa.
aaa yang ni ikot ketinggian, aku pakai flatshoe je. sebab aku selalu terkedek-kedek tertonggek-tonggek kalau pakai wedges. lagi satu, cari punya cari wedges satu pon tak berkenan. tang yang berkenan takde size.
cucu-cucu perempuan Arwah Haji Ayub dan Hajah Fatimah
batman forever. kecik-kecik punyalah penyegan nak cakap dengan sedara mara. dah besar sikit punya hingaq! membebel, tegur budak besar sebelah rumah opah "oi buat apa tu?". then budak-budak tu buat donno je dok tekan handphone. then dia ulang balik. "oi buat apa tu zaqwan tanya? pekak ke.. ". kahkah ambik kau, kena sedas. nak menyombong dengan budak kecik memang tak kemana ah.
Meera Rosdi (cousin)
raya kedua harapan hanya impian nak pakai baju kurung. baju kurung saving untuk nak datang kenduri kahwin kawan yang berderet-deret nanti. antaranya kenduri kahwin Cicik (kakak Elia Jejariruncing) sabtu ni. siapa pergi? jumpa di sanalah ye.
ok, thanks for reading. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin ..













