ARIGATO GOZAIMASU.

Sunday, June 24, 2012

I love My Job.


MCP ready! 30 seconds for recording ! 10 seconds for recording ! nine, eight, seven, six, five, four, three, two, one! *clap*. wallaaaa serius rindu job aku masa Festival Filem Video Pelajar Malaysia kali ke-9 (FFVPM9). 


Memandangkan aku Floor Manager (FM) masa Hari Perasmian 21 Jun lepas, Studio Director (SD) aku bagi arahan supaya aku ambil mic and bagitahu penonton untuk clapping for recording. siap tanya siapa dari UPM? UM? ASWARA? Segi College? bla bla. kalau diikutkan aku ni dari zaman sekolah kecut nak mampos. tak pernah ambil bahagian walaupon pertandingan bercerita tiap hari Isnin masa perhimpunan. darjah lima je meroyan cikgu pilih aku masuk pertandingan syarahan, va va va tu pon ketaq lutot tak beragak. why me why me? setelah 12 tahun berlalu baru terasa aku ni berani jugak. 


So nak taknak aku kena berhadapan dengan crowd ! sesiapa yang ada masa hari perasmian tu nampaklah Kak Maghia macam polis traffic kat depan pentas tu, kehkeh. 


Kawan Kak Maghia kata ada yang jerit "cik blogger". lain kali bawak mic masing-masing ok? kak Maghia tak berapa dengar. oh lupa, aku pakai intercom yang sumpah kuat. takot-takot tak dengar apa SD bagi arahan. mundar mandir sebelah camera, sampai pinggang aku rasa nak tercabot. dugaan .. 



gambar candid pening tengok Running Order yang beberapa kali asyik bertukar-tukar. kalau salah tengok Running Order mampuih event ni. that's why muka aku serius bona tu, kihkih. 

time bekerja aku memang garang, tak caya tanya rakan sepasukan. 



bertukar shot pon aku masih di situ, hehe k bye !


p/s : banyak lagi gambar lain, tapi masih lagi dalam proses menagih simpati dari kawan-kawan yang pegang camera doplohpatjam. The Making Of juga masih lagi dalam proses editing. so kalau dah siap semuanya, toksahlah korang bayangkan macam mana event ni.







Saturday, June 16, 2012

BERNAMA TV.


Hai kawan-kawan. 

Sambil senyum kelat, aku menaip. aku masih menggaru-garu kepala memikir hari apa ek aku pergi Bernama TV. bahaya betol muda remaja macam Kak Maghia ni dah dapat penyakit nyanyuk yang kronik. 


Rabu (13 Jun), pukul 9 malam dah terpacak tercacak kat situ. sambil tunggu Abang Zed Zaidi datang, kitorang ronda-ronda dalam studio before recording. satu ketika dulu, Kak Maghia pernah bercita-cita untuk  kerja di belakang tabir stesen televisyen. alkisahnya terjebak dengan filem Puteri Impian lakonan Amy Mastura dan Nur Aliah Lee. sompeklah den berangan duatiga minit jap. 





actually kitorang nak interview Abang Zed Zaidi selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia. berkenaan dengan isu artis K-Pop di bayar mahal berbanding artis tempatan. 


Kak Maghia mula-mula semangat berkobar-kobar back up K-Pop. tapi lepas dah dengar penerangan dan hujah-hujah abang Zed, tak sangka aku bersetuju dengan dia. semua yang dia buat, adalah untuk menyelamatkan industri dan ekonomi negara kita. so takyah buat dosa kering dok kutok dia sana sini. 


bukan sekarang, tapi untuk 10 tahun akan datang .. *clap clap*






Langkah kanan kitorang malam tu, dapat pulak interview 
Dato' Bung Mokhtar Bin Radin. beliau sangat sporting !





yang paling penting Kak Maghia sekarang tengah buat transcription untuk benda alah ni. esok assignment nak hantar ! wakaka k bye !





Friday, June 15, 2012

Kad Kahwin Irine Nadia Marcello.


Bila borak-borak zaman sekolah menengah tak sah kalau takde topic kahwin. "kau agak-agak nak kahwin umur berapa?". Kak Maghia kompem and konpiden kata 21 tahun. tapi bila dipertimbangkan tak gheti masak, so dengan biadapnya tukar kepada 23 tahun. 



sekarang Kak Maghia berumur 13 tahun. bila Kak Maghia menipu semua nak pandang slek. ok takpe takpe, 13+10 = 23 tahun haa! tapi tak kahwin kahwin pon bisik hati korang? al kisahnya mak Kak Maghia kata : 


" kalau dah ada keje tetap, nak kahwin kahwin lah ! "
(sambil asah parang kot-kot Kak Maghia hentak-hentak kaki gak nak kahwin copek)



kad kahwin siapa? 



dak irine ni haa, dah nak kahwin. dia baru 20 tahun sebaya adik Kak Maghia si Bella Lim LangSi tu. aaa untungnya dapat kahwin awal, dengan encik tunang yang dikasihi. 




selepas beberapa purnama tunggu kad kahwin irine sampai, kak Maghia dah terlupa sejenak. 



so dalam kereta aku tanya mama "ada kad kahwin sampai dak?". cer teka apa dia jawab?

* dah sampai
* budak Masjid Tanah yang kahwin
* nama dia Irine
* kad kahwin dia ada gambo mak bapak dia sekali

cehhh, punya detail ! "mama bukak surat akak ek?". grrrr. aku dah agak.



menjemput Kak Maghia dan partner. tapi sorry lah, my partner (Johnny Depp) tengah sibuk dengan penggambaran filem terbaru beliau, so nanti kak Maghia datang ngan driver je boleh tak? 

wakakaka




akhir kata Selamat Pengantin Baru dik .. insyaallah kalau akak tak pura-pura busy, sampai jugak Masjid Tanah tu :')




Pas Masuk Percuma ke Festival Filem Video Pelajar Malaysia kali ke-9





Hai kawan-kawan. Kak Maghia just nak inform kat korang yang belom tahu tentang kehangatan Festival Filem Video Pelajar Malaysia kali ke-9 ni ! UiTM tuan rumah, Dekan Fakulti Filem Teater dan Animasi iaitu fakulti Kak Maghia dah banyak buat promosi , dalam akhbar-akhbar tempatan. so haruslah semua dah tahu kan? or buat-buat tak tahu. kihkih. 



YANG HARUS TAHU : 

Tiket masuk percuma banyak dah diedarkan masa Hari Belia yang lepas. so korang yang terasa teringin nak pergi, masih belum terlambat. suka dak? 

Tiket masuk akan diedarkan di luar Dewan Agung Tunku Canselor di UiTM masa hari kejadian (23 Jun). 

Ramai artis terkenal tanah air yang turut menjayakan festival ini. Antaranya .. 






taraaa! actually ramai lagi. kelmarin Kak Maghia selak nama-nama artis yang jadi penyampai anugerah sampai 2 muka surat banyaknya. dalam hati kemain excited. yang lebih excited Kak Maghia jadi Floor Manager (1) masa hari kejadian, di bawah subjek Multi Camera Production (MCP). selama ni handle promosi filem UiTM je, takdelah berdebar sangat. tapi kali ni debaran semakin terasa memandangkan festival ni bertaraf antarabangsa. kennn~





Sejauh mana kejayaan Festival Filem Pelajar? baca sini.


Lastly, tahniah AJK Promosi sebab berjaya mendapatkan 251 penyertaan.

nak baca lebih lanjut sila klik laman rasmi Festival Filem Video Pelajar Malaysia.





Sunday, June 10, 2012

Anugerah Cemerlang Akademik.


Aku sudah meng'anak tirikan blog. Bila sunyi aku cari, bila happy langsung buat tak peduli. apa semua ni? at least kan, at least.. aku update jugak betol tak. tak betol? uhuk uhuk *tiru gaya gary nanges* yang tak kenal gary, jangan baca area tu kahkah. 


korang korang.. 


ceh bila nak mengadu je cari blogger. nampak tak selfish'nya di situ, kennn?


Hari Jumaat lepas (8 Jun) si dia ada dinner kat (tak ambik tahu kat mana diorang dinner,kahkah). seterusnya, malam tu aku tido awal. best jugak kalau update blog semata-mata nak bagitahu betapa awalnya aku tido dan tak mempedulikan mesej-mesej yang masok. termasoklah mesej dari si dia. habaq hang, aku suka baca mesej dalam keadaan mamai. tapi aku sempat bacalah isi-isi penting dan tersurat (yang tersirat esok-esok baru kaji semula). aku just perasan ada perkataan "award". then aku membuta balik. 




al kisahnya, boipren aku dapat Anugerah Cemerlang Akademik malam tu, kahkah. hangswa punya gepren, lagi rela membuta dari mengucapkan TAHNIAH. nasib kau lah labu. 

2 dari kiri boyfriend den ^^

tahniah diucapkan kepada semua yang dapat anugerah. aku pon dapat anugerah, ceh nak jugak tuu. tapi anugerah tak seberapa. harap korang menerima kekurangan diri ini wokaka. Anugerah Cemerlang Membuat Taik Mata *clap* tu je yang aku mampu. 



bila aku suruh dia buat assignment, dia main game. bila aku marah selamber je jawab "inilah tips cemerlang dalam pelajaran". ceh gugur bulu hidong aku. if ikot tips dia alamat semakin ke lautlah result aku.


untuk memberi inspirasi dan terkena aura-aura cemerlang, aku tampal gambar kita berdua atas external hard disk pemberian dia. hope bertambah-tambah rajin aku guna external hard disk untuk tujuan copy drama korea, eh! kenang kembali azam tahun baru maghia ! * sambil lempang-lempang manja pipi sendiri. external hard disk harus dipenuhkan dengan assignment! yeah .(jangan harap). 



thanks for reading, k bye kawan-kawan.