ARIGATO GOZAIMASU.

Monday, April 30, 2012

Aunty Marya.


Assalamualaikum kawan-kawan blogger :')


Aku sangat percaya dengan kata hati. contohnya bila aku nak buat jahat, mesti ada satu instinct yang mengatakan "kau akan kantoi kalini, tak caya tengok". ya hati sangat tepat kerna selepas tu memang aku kantoi busok punyaaaa! tapi orang-orang kata "jangan bertindak mengikot hati". cenggana tu? senang cerita macam ni ah, kaki semakin membeso ke size 8, baju maintain kecik, umur makin banyak, pandai-pandailah bezakan mana baik mana buruk ok? #pesanan penaja .


tiap-tiap hari aku tengok cermin, hati kata "eh muka kau macam budak-budak, bila nak matang ni marya? kemon lah marya. kemon kemon. kawan-kawan lain dah kahwin beranak 2-3 dah!". 


itu kata hati aku .. 


baru-baru ni aku bawa adik aku (zaqwan,7 tahun) main taman permainan berdekatan rumah. jodoh budak-budak adik aku terserempak kawan kelas dia. mula-mula budak tu malu malu ngan aku. then bila aku buat perangai ala-ala sama baya ngan dia, dia pon mula ligat bercakap. 


ayat dia memang best wa cakap lu .. 


"aunty aunty .. nak tahu tak zaqwan suka main lari-lari dalam kelas". 


dunia bagaikan mengalami gegaran! OMAIGOD. dia panggil aku apa tadi?


AUNTY ? tua sangat ke muka aku ni. orang kata budak-budak tak pandai menipu. then adik aku pandai jaga hati kakak dia. "hey sofea, jangan panggil aunty. panggil kakak marya je". ewah, padahal aku dah terkecik hati beberapa saat tadi. kurang asem punya budak. dia tak nampak ke muka aku ni sikit punya awet muda. sweet 17 lagi tau.

balik rumah terus memanjakan kulit muka. pakai mask, berlatih depan cermin buat muka kanak-kanak supaya orang ingat aku 17 tahun. ok dak?

thanks for reading guys !^^





Thursday, April 26, 2012

Vanila Coklat Vs Kopi Susu.


Assalamualaikum kawan-kawan blogger. 

to adik Hidayah Azhar, sweetnya dia kata selalu tunggu post baru kat blog ni. ni dah ada post baru, tapi kedekot taik hidung masin type pendek-pendek je haa :') atoiyai masih ada yang sudi tunggu? #hug. 



he's handsome, she's ugly. 


aiman sangat tinggi hokayyy, tak usah engkau ragu kenapa aku nampak kerdil disitu. yang pasti aku hanya berbekalkan flat shoe, untuk ke kelas seperti biasa. 


memandangkan ada suara-suara blogger yang tanya berapa tinggi aiman? aku tak dapat info kat google. kalau rajin double check lah. apa yang aku boleh kata, dia memang tinggi. hingga kan tiap saat dan tiap detik sebelum gambar ini di'snap aku kata "wah tingginya aiman !". "wah tingginya aiman!".diam kau pompuan.  kagum betol (>.<)


korang agak-agak berapa tinggi dia. cer tengok gambar dia dengan ixara.



ixara pakai high heels kot. pon kena jengket. 


you know why people say that you can't sleep when you are in love? because for the 1st time in life you will find something more beautiful than your dreams. #angaudanmeroyanterok. k bye, thanks for reading  [♥]








Wednesday, April 25, 2012

Jejak 4 IPTA dalam sehari.


Assalamualaikum kawan-kawan kita. 

Hai awak-awak, ada tak suara-suara sumbang or sengau yang mengatakan aku pemalas update blog? semenjak dua menjak ni memang tak dapek dinafikan. memang pemalas ya rabbi ("=.=") 


tapi update status facebook selalu. nanti orang kata aku menghilang tanpa khabar berita pulok. so biarlah aku dengan dunia aku sendiri kennn. 




why am i so pale? 

hurmmm assignment ini membunuhku dek .. kena research itu kena research ini.. lama-lama aku keluar gi klcc dengan rambot palsu. sebab semua rambut keguguran akibat stress yang melampau. 


sebenarnya kitorang dari unit promosi dan pemasaran untuk Festival Filem Pelajar ke-9 dah mula menjalankan "mission possible". bukan mission impossible dah.


poster, pamphlet, borang penyertaan dah selamat dimasukkan dalam envelope, lagi beberapa hari akan dihantar ke seluruh IPTA/IPTS seluruh negara. so kalau ada korang yang kat sini berminat untuk join, boleh dapatkan borang kat pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) masing-masing. 


Festival Filem Pelajar Malaysia ke-9 mendapat kerjasama Astro dan Karangkraf. so inilah masanya untuk korang mencipta nama dalam industri ni. masa tu juga ramai VVIP, director, produser, dan artis-artis ternama yang turut hadir. bak kata lecturer aku, Anuar Zain dah confirm buat persembahan masa FFPM tu nanti. ohh abang nuar~ lempang #.



khusyuknya kakak .. (>.<)

semalam aku gi 4 IPTA untuk jalankan promosi ni. antaranya ..

Wisma Media, UKM. 

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM.

Pusat Kebudayaan, UM. 

yang UM ni aku dah rasa macam masuk rancangan Runningman. berlari-lari, berkejar-kejar. sebab aku tanya orang ni "Pusat Kebudayaan kat sana". peloh ketiak jalan gi sana, turun tangga mendaki gunung ganang. sekali,  "ohh Pusat Kebudayaan dah pindah kat bangunan Canselori". 


hoh? #pitam. tapi nasib baik kedatangan kami disambut baik En Fadzli, alah dia kenal dengan lecturers kat UiTM. and our dean, Prof A.Razak Mohaideen. 


ahah ni lah En. Fadzli tu.


last sekali ke Politeknik Shah Alam, masa ni yang pasti dah lemau gila. erk.

ni pon still lemau, k bye. thanks for reading ^^




Sunday, April 22, 2012

Berkongsi rasa dan bau.


This will be a short entry. percaya dak? 

Masa kecil aku lebih suka mendiamkan diri kalau tak puas hati. for example, bella adalah anak yang paling disayangi dalam family. dia selalu dapat markah tinggi bila exam. dia juga budak kecil yang pintar sebab dia pandai membaca dalam umur yang sangat muda. tapi dia kena kenang budi kakak, sebab aku yang siapkan kerja sekolah dia pagi buta bila tersedar ada lagi kerja sekolah yang tercicir untuk disiapkan malam hari. 


so, dia minta ayah belikan Saidina sebab dia dapat nombor 3 dalam kelas. Saidina sejenis permainan di mana kita takkan mampu kumpul duit wang saku sekolah untuk beli menatang ni dulu-dulu. sekarang yelah, petik jari kennn. 


iri hati semakin menebal dalam diri. biasalah budak-budak, apa yang mereka tahu? mereka mahu keadilan. tapi aku tak pernah pon luahkan perasaan tak puas hati aku kat sape-sape. except .. diary hikmat. diary tu pon dah berambus pergi mana taktau. 


kesimpulannya, aku dari kecik jarang berkongsi rasa dengan orang lain. 


tapi perasan tak perasan, hampir setiap yang terjadi kat diri aku dicoretkan dalam blog ni. perjalanan harian, mingguan, bulanan dan tahunan. untuk loyal readers, diorang maybe tahu apa lotion kegemaran aku. 




lama dah aku pakai lotion safi balqis ni, dan tak pernah curang dengan yang lain. 

baru-baru ni ada terbaca satu entry blogger (lyaa) yang dia sangat suka dengan bau lotion Vaseline. aku pakai vaseline untuk mengatasi bibir kering. lotion dia tak pernah cuba lagi. so memandangkan guardian depan rumah je, semangatlah nak gi bau-bau dulu. kalau berminat baru beli. 



lyaa pakai warna kuning. aku pon suka dengan bau yang warna kuning ni, soft je.


then aku bau yang ni, ermmmm sedapnya macam bau biskut !


bella pakai yang warna hijau. bau dia fresh, ok jugak. then aku mula confuse nak beli yang mana satu. warna kuning or warna coklat. setengah jam duduk situ untuk buat keputusan. macam nak kena kahwin paksa je rasanya. akhirnya aku beli warna kuning.


balik-balik rumah macam tak puas hati. sebab hati berbelah bahagi umpama johny depp and orlando bloom datang meminang, yang mana satu aku nak pilih? haha. keesokan harinya hambik kau, aku beli yang warna coklat tu jugak. so sekarang dua lotion vaseline ada dalam tangan, yeay !


sekarang aku suka berkongsi rasa dengan para blogger, thanks for reading. bye.

p/s : harini 22 april , hari jadi Bella Lim (adik aku). happy birthday !



dia kat UNIMAP berkawan dengan Ainan Tasneem. mula-mula aku tak kenal siapa Ainan Tasneem tu sebab aku memang tak ambil tahu budak-budak yang famous kat Youtube ni, wakaka. my bad  (u__u)






Friday, April 20, 2012

I ♥Bandung dan TV Al-Hijrah.


Untuk kawan-kawan yang belajar nun jauh dari kampung halaman, tahniah dah selamat sampai ke rumah masing-masing hendaknya. juga menikmati seminggu percutian yang berbaloi-baloi, hari-hari merasa makanan ibu tercinta. aku? pada mulanya sangat excited.


cuti ni konon-konon nak uruskan hal praktikal, nak berjimba dengan kawan-kawan. hey kau macam taktau student kennn.. bila cuti menjelma ligat je otak nak ke sana nak ke sini. cuba paksa dengar lecture dalam kelas? setiap seminit asyik tengok jam "bila nak habis ni?". 


malang tidak berbau, cuti-cuti malaysia tinggal angan-angan je. kenapa? karang aku cerita.



 ♥ bandung. thanks khurra sebab pergi bandung masa kelas sedang berjalan, dan kau terlepas satu test. wakaka. balik-balik belikan baju i  ♥ bandung ni. 


selalunya baju paling susah nak dijadikan hadiah. sebab badan kita ni bukan betol sangat. jap berat mendadak naik, nak turun payah beno mogok taknak makan nasik lah, tapi bila time kebulo hilang teros proinsip diet tegar tu ! aku maintain je size S dulu kini dan selamanya. 




thanks khurra sendat :D 

sekarang dah tak sendat budak ni. dengar kata dah boleh pakai size M. uuu ~


berbalik pada cuti yang tak jadi tu, actually kitorang baru dapat tahu. masa cuti ni kitorang budak-budak unit promosi akan handle road tour untuk promosi Festival Filem Pelajar di mana UiTM sebagai tuan rumah kali ke-9 ni. on that day juga, aku terlibat dengan subject Multiple Camera Production. 


nanti aku akan update entry lain untuk promote Festival Filem Pelajar tu, korang yang rasa nak hantar penyertaan untuk bertanding pon boleh. ada syarat-syarat penyertaan yang simple sangat. mana tahu menang, peluang korang untuk menapak dalam industri ni. 


dalam masa yang sama, aku kena jalankan research untuk subject Documentary Script & Research Methodology. macam mana nak kejar masa ni? #kill me now.



memandangkan aku busy masa cuti ni, aku uruskan hal tempat praktikal semalam.
cadangan tempat praktikal yang pertama, TV AL HIJRAH

menjawab persoalan di facebook akak, ada orang kata kitorang gi kursus kahwin. 

hahaha. taklah dek, akak gi TV ALHIJRAH. tu yang gini ghopenya. kalau dapatlah praktikal kat sini, hari-hari akak update blog pakai macam gini. suka dak?




banyak betol tangga kat tv alhijrah ni. kot praktikal kat sini, hari hari kaki aku cramp before sampai bangunan yang sepatutnya. k bye  


p/s : thanks si dia, tolong hantar gi sini. hikhok hikhok. 











Sunday, April 15, 2012

51 EPISODE.


Korang tahu yang aku busy kan? 

takkan kot budak filem goyang kaki kat kolej. bila member ajak keluar diorang suka menganjing "jangan ajak artis. dia busy". tak pasal-pasal aku belajar di sebalik tabir disalahtafsirkan. so kalau gitu kakak kerani kat pejabat akademik pon artis. sebab dia sebahagian dari warga fakulti ni. #dok pehe. 



busy memang sinonim dengan student life. yang tak merasai kehidupan busy seperti kami, kau ponteng class eh? assignment terbengkalai? ok ok think positive. kau tak busy sebab dah siapkan assignment seawal mungkin! 



hari ni hari isnin. dan patutnya aku ada class pagi tadi tapi dapat tahu seminggu awal yang class tu cancel. bagus kan dapat tahu awal-awal? takdelah pagi buta dah bangun berebut toilet dengan org yang mandi lama, dah siap make up walaupon kawan kau baru celik bijik mata. then troot troot , KELAS CANCEL. apa kau rasa? nak jerit kegembiraan walaupon membazir bedak and foundation? kalau yang gi class siap dengan bulu mata rozita che wan tu guana? hok oloh .. 

what the .. 

nak tido balik pon dah hilang feel . 



# sweet tak depa? #


awal-awal semester macam sekarang boleh lagi kot nak berdondang sayang mengadap variety show ke amende ke. hujung-hujung sem tengok? aku kena keluar shooting 3 minggu berturut-turut, itu ini nak kena setel, persediaan nak buat thesis. woi feninglah aku. 


menyesal tau cari gambar diorang kat Google Image. jeles semakin membuak-buak. actually aku minat si Yong Hwa ni since tengok RunningMan. dia jantan kan?emm maksod aku dia teror. barulah datangnya minat kat CN Blue. before this takde pon terkinja-kinja minta copy "We Got Married" kat kawan. 



semalam bila dapat tahu Yong Hwa pernah kahwin dalam rancangan ni, aku pon kemain tak tentu arah. macam hilang laki lah katakan .. terus cari link untuk download.. 



tersedak jambu air APA 51 EPISOD? drama korea yang berbelas episod pon non hadooo den nak download. asyik buat muka kesian minta copy kat temen temen beta. 



#Seohyun & Yong Hwa#  


demi cinta ku pada Yong Hwa , aku download jugak kau tahu dok? 51 episod pon ku gagahkan jua. mak aku masakkan nasi lemak fav pon aku pandang sebelah mata. 


We Got Married (WGM) yang ada Yong Hwa ni tahun lepas punya. sah le aku ketinggalan kennn. tapi tu bukan yang aku fikirkan sekarang. aku tengah fikir, macam mana si Seohyun ni sumpah punya lemah lembut gemalai bak kain sutera, kain batik, kain pelekat la la la la. eh, nak bandingkan ngan aku jauh bebenolah.




#pitam aku 





lawak gila masa ni, Yong Hwa menyorok belakang Seohyun sebab dia ni penakut.
camno nak jaga aku ni? eh sorry ttibe keluar isu rumahtangga lak kat sini .



perghhh, jeles kuat ! aku pon nak jugak !
[gambo lama masa gi I-city ni. rambot pun kontot lagi].



tiba-tiba rasa "I'm a loner" daradiri dara du ~
k bye, malam karang gerak balik UiTM Puncak Perdana  






Saturday, April 14, 2012

The Making of TVC- Yasalma Modest Dress Designner Kuala Lumpur .


Peram? pertama sekali yang terlintas kat kepala ialah 'peram assignment'. 
har har har semakin lama semakin terserlah pe'el kau yang sebenarnya. 


aku sedang berfikir ada ke student yang harini dapat assignment, balik kolej teros cari bahan? maybe ada. tapi bukan di kalangan orang disekeliling aku lah. aku? lagi haremmm. selalunya balik kelas usha facebook, tengok notifications berlambak-lambak, upload gambar, bergosip walaupon satu rumah satu bilik. what the. 



ni entry pecah rekod "Harapan Marya Hanya Impian".
selalunya bila dapat gambar baru cepat-cepat menaip and update blog. 

tapi album ni aku dah peram seminggu yang lepas. actually nak tunggu end product tapi owner project kata lambat lagi untuk di publish. so aku publish gambar di sebalik tabir dulu lah ya. takot lama-lama peram hilang mood nak bercerita. karang mulalah buat pe'el tayang gambar je then type "biarkan gambar bercakap". woi ni serious pemalas gila. 


al kisahnya roomate aku (dell) nak shoot TVC untuk subject major dia, Cinematography. memandangkan ada masa terluang dari mengangkang tengok RunningMan lepas tu gelak berdekah-dekah dalam bilik, baik pergi tolong apa yang patut. hakak memang suka duduk dalam art department. makanya secara volunteer tolong buat art untuk TVC ni. 


mulanya tolong buat art tapi gagah perkasa lepas tu angkat barang teknikal pulak. tak pasal lengan aku dah ada muscle sekarang. berketol-ketol. dari belakang mcm jantan, dari depan macam erra fazira (bibik erra layak). ops, sape memandai type ni ! grrrr (^^,)


ni talent yang kitorang panggil Kak Jez. 
kenal dia? talent dalam music video Sesaat Kau Datang- Ramlah Ram


mula-mula jumpa dia kagum! cantiknya wanita ini .. lepas set up art gedebak gedebuk capai camera tangkap gambar dengan kak jez. dia peramah dan cantik.

lepas snap satu picture dia kata "eh muka kita dah nak sama, maybe hidung and mata sama kot". erk yeke kak Jez? macam langit dengan bumi. kilat sabung menyabung nak dibandingkan dengan dia. 


kita sama tinggi 


Studio Sri Mersing , UiTM Shah Alam Kampus Puncak Perdana


inilah director/ original idea/ cinematographer 


actually Kak Jez part time model dari Yasalma Modest Dress Designner KL 

dress kat Yasalma memang menarik hati. antara model yang aku kenalpasti kat situ Hanis Zalikha and Fatin Suhana. kalau nak tengok Hanis Zalikha ayu berhijab boleh klik website Yasalma. 

kiranya TVC ni disponsor oleh Yasalma. Yasalma hantar model and dress, kawan aku akan bagi end product iaitu iklan secara percuma untuk promosikan butik dia. dlm masa yang sama penuhi tuntutan subject.




aik? apa kau buat tu meon? 

si dell ada bagitahu yang dia nak guna aku untuk jadi designer dalam TVC ni. tapi tengoklah mula-mula aku pakai t-shirt fakulti sebab asalnya kan nak buat art. takkan nak pakai baju labuci-labuci ke kennn? then dia suruh one of our friend untuk jadi. so ingatkan dia setuju. habis cerita. 

after solat maghrib aku, datang balik. tuptup kawan tadi tu taknak terjebak dalam TVC ni. akhirnya aku jugak~ dengan baju mcm tak keruan. make up macam tak make up. 





Jasrina Jasni 



tengok designer kita , tak macam designer kennn? wakaka. pinjam selendang kak jez untuk menambahkan glamor pada diri, tapi budak-budak kata "ribbon tu lagi besar dari badan kau". apedaaa. 



keesokan harinya :

classmate (cameraman) : huiyoo marya encik ali puji hang.. 
aku : puji natang apanya? 
classmate : dia kata hang nampak lawa dalam video semalam .. 
aku : err .. err.. tak caya .. 
classmate : tengoklah (sambil kasi laptop). 


beberapa jam kemudian : 

encik ali : eh you dah tengok video semalam? 
aku : ohh dah, kamil bagi tengok tadi. 
encik ali : good combination. between you and model semalam. then you nampak photogenic eh? 
aku : prakkk. seluar jeans koyak sebab terlampau kembang bontot, wakakak. 


kalau TVC ni dah siap. aku update lain eh? sebab buat masa sekarang end product takleh di publish lagi. ok bye, thanks for reading ^^