Pe'el tau tak pe'el? masa tadika nak sangat cepat masok sekolah rendah. bila hadap tv tengok drama remaja kemain excited nak masok sekolah menengah. terkinja-kinja kan? tak sabar nak tempuh alam universiti. sekarang memang dah kat universiti pon, since 2007. tapi rindu sekolah. dah pulak !
nak rewind sikit, beberapa hari sebelum SPM bermula, hati meronta-ronta. jeritan batinku sangat~ kuikui. cepatlah habis spm, dapat result spm, sebab ingatkan boleh berdondang sayang tak payah risau apa-apa lagi. tapi ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tongah hari.
kena ambil lesen memandu pulok. yang ni lagi terok dari nak ambil SPM. sebab pengawas peperiksaan takdenya nak duduk je sebelah kau tunggu kau habis jawab exam. lain pulak dengan driving test. ada tester kat sebelah tu yang buat ketaq.
actually macam dah lama kennn aku lulus jpj test? tapi baru merasa pegang lesen P harini. di kala ini. beberapa minit sebelum aku menaip. ish ish macam tak percaya! lantaklah korang nak kata ambil lesen kereta tu kacang goreng ke, kacang kuda ke. aku sampai tak boleh tido bila mengenangkan balik.
akhirnya berjaya berada di dalam genggaman aku ( gelak setan )
untuk yang takde lesen kereta yep, orang Melaka kata sengaja nak membakau darah jap :
marya hana dah ado lesen kereta. camno jeles tak? :D
kay kay tutop cerita. karang ada blogger muntah hijau lak tengok gambo lesen tu lama-lama. lepas update entry ni aku nak reply comment korang kat entry lepas. sorry tak berkesempatan reply haritu. biasalah internet kat Uitm lombab. ni den dah sampai home sweet home. tu yang berkobar je update blog. peace!
semangat jati siswi UiTM bila ada benda nak dikongsikan. aku beli getah rambut yg kawaii. kawaii tak korang rasa?
percubaan percubaan
bila dah syok sangat, terasa macam nak hasilkan cover photo untuk personal facebook account aku. eh sebelom tu nak habaq..
kalau ada blogger yang nak bersembang, nak gosip-gosip, nak mintak belanja makan (ni ikot keadaan kewangan) boleh lah drop me some comments kat page Marya Hana tu. ada button "like" kat sidebar tu. TQ (:
sebab ada beberapa orang blogger je yang aku approve dalam personal facebook account. yang dah add berkali-kali tapi takde respon, hakak mintak maap sangat-sangat. friend request dari hari ke hari menenggelamkan request anda. tapi korang boleh borak kat page ni, sebab aku ada je kat situ doplohpatjam insyaallah .
oh ni lah cover photo baru aku.
k salam sayang, thanks for reading. bye bye.



