rossa (bukan nama sebenar) : marya mana kau beli selipar jepun tu?
aku : selipar jepun mana ni?
rossa : alaa yang dalam blog kau tu .. yang gitu gitu gitu..
aku : aik? oh yang tu .. bla bla bla .. (menerangkan dengan penuh dedikasi & propa)
dialog yang telah dikucar-kacirkan supaya nampak perbezaan dengan dialog sebenar. (fiuh~) apa yang korang faham melalui dialog tu? ada antara kawan-kawan kita yang mengikuti perkembangan blog secara diam-diam . kawan sekolah rendah, kawan sekolah menengah, kawan universiti, kawan sepermainan, kawan makan kawan (eh yang ni tatau ada ke tak). atas sebab segan nak tonjolkan diri, baca suka-suka, berminat nak tahu cerita peribadi, suka tengok gambar kat blog ni, etc.
terima kasih korang. walaupon silent reader sudi jugak berlenguh-lenguh jari click blog Harapan Marya Hanya Impian, asalkan berniat baik. memang blog untuk berkongsi cerita & pengalaman pon kan..
kawan-kawan blogger yang lain, thanks jugak. terutama yang sudi tinggalkan comment, mesti aku akan blogwalking blog korang satu masa dan ketika ^^
so harini aku masih di sini. depan tv, update blog. kalau hilang kata-kata, tengok tv dulu baru dapat kekuatan mental nak teruskan menaip. hari ni 22 Febuari, result UiTM keluar. sejak malam tadi ramai yang berpusu-pusu tunggu email, tapi aku watdek je. malas nak check, memandangkan sem lepas macam payah je nak score (-.-")
so aku check lepas subuh, mula-mula rasa macam nak terkincit dalam seluar. "betol ke ni result aku?". nama Kamaria Hana, no matriks sekian sekian, eh betollah do. (takyah nak do sangat). alhamdulillah, ni result paling baik aku pernah dapat semenjak aku jadi student kat UiTM tahun 2007. GPA naik CGPA naik.
seronok sampai tersengih-sengih shut down lappy, haha. so harini aku nak habaq aku pergi menghabiskan kupon 1 Malaysia yang berbaki RM100. kan haritu ada peristiwa gelap aku and the geng pergi Kinokuniya tapi tak bawak apa?
tak bawak kad matriks.
so kali ni dah siap-siap campak dalam handbag. jangan dia berlari keluar handbag sendiri sudah, nayo den (^o^)
dan semestinya baucer jangan dilupakan .. kalau tak sia-sia je hidop..
KINOKUNIYA, KLCC
siap berkampung .. gaya mak-mak tiri sangat .. hey bibik, i nak buku tu, wahaha.
semester depan dah kena pilih major. so aku pilih EDITING.
tapi buku tu tak beli pon. relaxlah der, boleh pinjam kat library (T.T) kan?
semester satu dulu aku ada ambik subject animation history.eh bestlah belajar animation !
si kembar
amane misa <---- her nickname
aaa sesuai sangatlah dengan mata sepet tu haa. eh mata aku bulat sangat ke? tutop telinga, taknak dengar wek wek (>.<)
haiyak haiyak masokkan semua yang diidamkan dalam bakul
ya.. tanpa mengira berapa harganya ..
diary pelbagai warna, kitorang nak pakai sama-sama
seiring dan sejalan .. aku punya warna apa?
dalam pilih memilih tu aku rasa nak pitam, sakit perot. bukan nak u'uk tapi sebab perot lapar sangat, sampai dah naik fening tuan punya badan haa
menyesal aku hambik Wasabi Chicken ni. meleleh air mata aku ..
kak yana (yang tak berapa nak kakak ah kan) , marya and fatin
buat hal dah .. aku sakat budak kecik meja sebelah (angkat angkat kening) then dia sengeh sengeh ngan aku sambil bagitahu mak, nenek and atok dia.. "mak ! nak dia .. nak dia .. ". HAHAHA.
selesai sudah , makan tak habes. cis kau wasabi pembunuh selera !
menyirap je baca pompuan ni menaip lebih-lebih pulak kali ni. so korang mesti nak tawu apa yang aku beli dengan baucer RM100 tu kan? ke taknak tahu? taknak tahu senang je. nampak tanda (X) kanan atas tu kan, click situ sadaqallahul azim ..
eh ada yang nak teruskan membaca ? mari mari ..
ni secara keseluruhannya ..
note book purple colour, wajib
ok, dah terjawab. diary aku warna kuning. aku pilih kuning sebab nampak comey ^^
novel yang terpaksa dibeli, hua hua hua.
gelak baca sinopsis dia, then terus masuk dalam bakul
beli ni pon sebab ada "PALING LARIS" tu. nampak tak?
colour and pencil untuk adik zaqwan. aku beli 3 batang, esok pergi sekolah lesap. beli lagi lesap. sebenarnya siapa yang mentedarah pencil banyak-banyak ni?
suka ni, RM 12.90 je. tapi tinggal satu jelah pon. nak berebot tarik tarik rambot pon dah tak guna.. sebab aku yang pegang dulu, hiew hiew.
selebihnya aku punya ..
ok tu je yang aku beli, bye bye semua :')
if nak tengok apa aku beli dengan baucer RM100 dulu
click sini
p/s : Tahniah Hifzuddin Mohd Radzi, siapa ni? abang angkat aku. haha abang angkat katanya memandangkan muka sama. err si dia lah. dia dapat result best. final sem nanti hope dia dapat maintainkan pointer, boleh pakai selempang ANC ♥♥♥