Hasad atau dengki satu daripada maksiat batin yang boleh membinasakan seseorang.
(Imam Al-Ghazali)
hati hodoh terpancar pada muka , ni adik beradik mak lampir ke apa
Kau aku serta kalian semua. pernah tak walau sesaat cemburu, iri hati atau dengki dengan kejayaan atau kesenangan orang disekeliling? Jangan Bilang Tidak (pinjam lagu Raffi Ahmad & Ayushita). Kita semua manusia biasa. Maka wujudnya perkataan "kita semua manusia biasa. tak lari dari kesilapan". So ramai pulak antara kita yang bertepuk tangan hip hip horray dengan perkataan tu. (tiba-tiba aku rasa aku tengah menaip skrip untuk TV Al-Hijrah). please sangat jangan skema marya hana..
ibarat jiran sebelah sidai baju MNG kat laman rumah. kita teringin sangat nak baju tu. so kita dengan tak sengaja terambil dan terbuat harta sendiri. kan "kita semua manusia biasa. tak lari dari kesilapan"..
ataupon dengki dengan cadar roomate yang cantik berseri macam muka Maya Karin dalam iklan Innershine. so tiap-tiap hari wajib gigit cadar dia , and tinggalkan air liur basi supaya cadar dia kepam dan tak berseri lagi. "kita semua manusia biasa. tak lari dari kesilapan"..OK masa type ni aku sendiri tergelak cirit sebab tak sangka contoh macam ni yang terkeluar kat kepala hotak aku. kepala hotak la!
iklan sekejap.
actually mak aku suka sangat drama korea Lie To Me. siaran ulangan pon dia still tercongok depan TV. so aku pon layankan. salah satu watak dalam drama tu, kawan baik sendiri sakit hati tengok kebahagiaan kawan dia. tu yang AHA TARAA aku ada idea nak menaip entry ni.
#satu dan dua #
masa zaman sekolah, sebok dengki dengan markah and kepandaian orang lain. so kita pon berlumba-lumba nak pandai dan lagi pandai. tu takpe. tapi pantang tengok kawan sebelah ada pencil box purple comel-comel dengan pen berlambak-lambak. kita pon sebok merengek dari waktu makan pagi sampai dinner bodek mak bapak belikan jugak macam dia punya. kalau tak dapat mogok taknak makan sampai habis, masok bilik hentak kaki mengalahkan kawad tentera.
#tiga#
zaman universiti toksah cerita. tikam kiri kanan depan belakang sebab otak tu dah bergeliga. tak boleh tengok pointer orang lagi tinggi mesti ada suara kera sumbang kata "alah .. assignment tu bukan dia buat sendiri. mesti boyfriend dia buatkan. patotlah markah tinggi sangat, gayat tengok pointer dia, ui tinggi".. aku still kat stage ni. kadang-kadang cemburu jugak kawan-kawan dapat carrymark tinggi, pointer bagus, tapi tu kan boleh dijadikan semangat untuk aku terus berusaha dengan titik peluh aku sendiri.
#empat#
umur-umur macam ni galak dok carik boyfriend/girlfriend. lepas tu banding-bandingkan. eh boyfriend aku lagi handsome sebab ada taik lalat Azean Irdawaty. boyfriend kau hadoo? takdo diam. yang lelaki-lelaki pulak cari awek ala-ala ratu kebaya sebab boleh bangga depan kawan-kawan yang dia berjaya ada awek sedemikian ghope sedangkan dia rupa tak somonggah mano pon. pokok pangkalnya untuk "berlagak" aje.
#lima#
what? umur 32 tahun baru menikah? dengan sape? kerja apa? mak bapak dia sape? soalan-soalan wajib seorang yang berpewatakan joyah sport!
#enam#
anak kau dapat berapa UPSR? anak aku dapat 2A 2B 1C. yang sebenarnya dia boleh dapat 5A. tapi disebabkan dia nak nampakkan kepelbagaian dalam grade dia, so nampak harmoni sikitlah.. A ada B ada C ada. D tak berkesempatan lagi nak dapatkan.. (u__u) hal anak-anak pulak .
#tujuh#
apa? dia dah pergi umrah? 7kali? ish ish ish.
sampai bila orang nak berhenti mendengki dan bercakap? tak penat ke? so kesimpulannya, sepanjang hidop kita ni jangan risaulah. kompem ada dua tiga manusia yang ada peel kureng murni macam ni. apa yang kita kena buat, hadapi dengan senyuman. then bila orang dah mengata kita. kita pulak jangan nak mengata dia. kalau macam tu, kita dan dia sama saje. takde beza pon. mengata dulang paku serpih. mengata orang dia yang lebih. ye dok.
oh hari ni marya hana bebel lebih sikit. al kisahnya harini budak-budak masuk sekolah, so takde sape nak kacau aku menaip harini. kot tak "kakak.. adik nak tengok ben10 kat laptop kakak sekejap". ataupon "adik nak tengok osbon boleh?". adeh adeh .. harini lapang dado den..
p/s : aku pon manusia biasa . tak lari dari kesilapan.




