ARIGATO GOZAIMASU.

Tuesday, December 11, 2012

Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-77| Kotex Fresh Metro Ahad


Assalamualaikum wahai kenalan


Actually entry ni hampir basi tapi aku dah panaskan balik dalam kuali Masterchef. Eh! Tahniah Izyan menang Materchef Malaysia Musim ke-2. Musim depan aku nak try masuk. Yang pastinya setiap kali cabaran  kompem nanges sedu sedan situ. Menggigil pegang senduk. Merayu-rayu untuk letak buku resipi kat sebelah. Orang suruh masak lempeng, jadinya roti kirai. Nasib kaulah labu.. Apa pon tak boleh! (bagi tamparan wanita di pipi sendiri). ouch!


Intro selalunya takda kena mengena dengan isi kan, percayalah! 28 November 2012 di Dewan Agung Tunku Canselor (DATC) tibalah hari yang dinanti-nanti oleh si dia untuk berkonvo. Didatangi oleh ibu bapa yang tak putus-putus beri dorongan dan bagi duit belanja (hahaha), kawan-kawan yang setia siap bawak camera gabak dan paling penting kekasih hati beliau yang cute miut sopan santun hormat orang tua tapi tak hormat orang muda. Eh? 


Malam sebelum si dia konvo dah penat marah diri sendiri. "kau ni Maghia lesen kereta ada,bawak keretanya idok. Puih haktuih ambik kau keluar kahak hijau". So macam mana nak sampai DATC macam gini? dengan kaki tempang baru balik dari Bootcamp kat Cherating. Bila difikir-fikir balik dalam hidup kita ni perlu ada pengorbanan ye tak? Takkan nak guna alasan takda transport. Memang taklah. Nak seribu daya taknak seribu dalih. so berbekalkan hati yang cekal dan jiwa remaja yang memberontak ni (satu soalan please! REMAJA kerrrrr?) aku gagahkan jugak naik LRT tukar KTM naik teksi last sekali naik kaki untuk sampai ke DATC. Keluar peluh-peluh jantan haku. dah macam jogathon pon hadooo. hadoi! Bila pandang langit macam ada ketulan awan yang seakan memberi gambaran. Nampak boyfriend kita yang tengah senyum kambing atas stage jalan ambil scroll. Huish lagi semangat si tempang ni berjalan! Kiri kanan kiri..



Ramainya manusia luar dewan ni! Aku tak pasti si dia dah naik stage ke belom. Yang pasti, aku mengah. Then aku mesej "you dah lepas ke belom?". BELOM. so memandangkan belom aku terus meluru ke khemah menjual bunga. Mata tak henti tengok bunga-bungaan dan bear yang pelbagai. I suka bunga uolls. Dalam hati ada taman bunga ni. Banyak sangat yang aku suka! tapi nak beli yang mana satu eh? Aku suka yang lain dari yang lain. So aku berjalan dari satu khemah ke satu khemah untuk pilih yang terbaik. Juling-juling bijik mato den haa. 


Ong ong gedek gedek nama diberi. Sekali tengok terus jatuh cinta pandang pertama. Cute! dengan mata dia yang membuntang. Warna pon hijau ceria. ada ke katak warna lain? purple ke merah ke. hikhik. Okay beli! Malas banyak cerita dah. 
My Frog Prince! Nak buruk siku boleh? muehehehe

Berat pulak tu si Ong Ong Gedek Gedek ni, makan apa entah? Then aku ternampak cute bear. dalam hati kata "nak beli untuk siapa ya?". Teringat pulak kat dua makcik ni. Atiq and Nia. Masa tengah tulis kad, one message received. "Turn i dah nak sampai ni". Omaigod omaigod dah gelisah tak tentu arah. umpama cicak masuk dalam baju. Memang tak sempat nak lari 200meter ke screen luar dewan. Ramai mak-mak dah conquer seat depan pulaknya. Aisehmen dah terlepas. It's okay takda rezeki kekdahnya. Tercongok luar dewan dari pukul 9 pagi sampai 11 lebih. Mati kutu. Mati katak. Duduk situ takda kawan nak borak. Si Ajang and Zai datang lambat lagi (kawan-kawan si dia). Maka dok upload picture kat Instagram (maryahana). Tweet. Reply. Diam. Kejung.

engkaulah peneman setia
untuk Atiq. tapi dia dah balik awal dengan Redza.
so sekarang tersadai kat dalam bilik aku, nanti baru bagi. 
untuk Nia. rasanya akan jumpa lagi masa dia kahwin nanti kot!
kat Sarawak. kan Nia? hihihi.

Sebulan sebelum konvo rasanya. Si dia dapat surat dari UiTM mengatakan dia adalah Graduan Terbaik Program and dapat $$$. Tak sangka terer juga boyfriend aku. time sembang dengan dia bukannya bagi alasan "I nak study kejap". Tapi sebaliknya "I nak main game kejap". Otak apa ni? Rugi juga tak dapat dengar kata-kata hikmat tu. 

"Penganugerahan ini didahului oleh Graduan Terbaik Program serta penerima Anugerah Naib Canselor Hifzuddin Bin Mohamad Radzi, Kelas Pertama"

(aku dok sibuk belek bunga masa tu, terok dan tenok ko ni Maghia)

Graduan semua dah keluar dewan tapi tak nampak-nampak pon janggut si dia. Rupanya dia gi tangkap gambar dengan graduan lain yang dapat Anugerah Naib Canselor (ANC) 
Asrap (kawan si dia) and Affan (adik aku) 
Aliey and Aro
kawan baik si dia. pon dapat ANC. tabik spring
Kak Yat and si dia

Gambar kanan tu macam malu-malu taik kucing kan? Adaaaaa sebabnya. Actually malam sebelum si dia konvo aku berkira-kira nak pergi ke taknak. Siap main cerai-cerai kelopak bunga "nak pergi? taknak pergi?". Memandangkan mak ayah si dia ada memang ketaq lutot. Aku memanglah gadis konfiden Kotex. Tapi bila bab-bab jumpa mak pak dia ni dah hilang ilmu-ilmu konpiden. Tetiba rasa nak bersara jadi gadis konpiden. Terus luluh jantung. wkwkwkwk. si dia kata ni lah masanya nak kenalkan aku kat mak ayah dia. Stress!(gary). Hubungan kitorang dah masuk 4 tahun pon. Mak ayah aku tahu dengan siapa aku berkawan. Mak ayah si dia tahu jugak. cuma tak pernah diperkenalkan depan-depan gitu. So gambar atas ditangkap masa mak ayah dia tengah perhatikan gelagat we'olls.

Mama & Abah si dia.
Nostalgia sangat picture ni 
Congrats Nia and Mira 
Sementara tu bagi chance orang baru bercinta tangkap gambar 

Then kitorang pergi outdoor photoshoot dengan best friend si dia dari kecik Syazwan Yazid atau nama komersialnya "Ajang". hahaha. so sesiapa yang nak konvo/kahwin/tunang/khatan/kucing beranak Eh, silakan pm beliau. Harga boleh dirunding (memandai je aku). Korang boleh tengok hasil-hasil tangkapan beliau kat Syazwan Yazid Photo Gallery. Lepas bodek-bodek secukup rasa ni harapnya nanti kitorang kahwin dia boleh jadi photographer. free of charge! wehoooo!

Makan dulu. Baru ada tenaga nak usung kamera. 
Thanks ajang belanja makanggg. murah rezeki hang noh.
Di sebalik tabir.. kemain sengih kambing graduan-graduan kita tu ya?
123 lompat! tiga sekawan 
Farhan|Syazwan|Hifzuddin
budak konvo tahun depan pun menyibuk nak photoshoot.
Takkan tengok je? Memang taklah. 
Berani dia nak kahwin dua? *sambil asah parang belakang rumah*
*keris kontot selit kat seluar getah*. kahwinlah kahwinlah .. 

untuk anak-anak kelahiran Negeri Sembilan. dapat kelas pertama
 isi-isi borang bagai dapat RM5K. anak KL camno? tengok je. 
over langsung dia ni
tengok muka macam pendiam pemalu dan sebagainya
iolls bangga dengan uolls 
baling mortar board tapi nampak UFO, fuiyooo

Kuch Kuch Kepala Hotak Hey. saksikan di pawagam berhampiran

Best tak gambar-gambar beliau? Dia dah tag kat facebook. so yang ada dalam friendlist Facebook, Instagram, Twitter aku mesti dah tengok gambar-gambar ni. Tak payah buat-buat terkezut. kennn.

Tak mampulah nak pakai selempang pink tu *Oh mannnn
selempang Gadis Konfiden Kotex je yang den mampu

Zai|Ajang|Farhan|Hifzuddin|Marya

Oh! Siapa beli Metro Ahad? sila check balik ruangan ini.





Thanks for reading, bye kawan-kawan

p/s: Takkan baca je kot? comment sikit.




29 comments:

Cik Anis said...

santek2 shoot konvo tu ^^

NIA SI DRUMSTICK said...

yupp..opkoss nnti kite jumpe balik..yaya kawen nia dtg..nia kawen yaya dtg sini plak..ehehe..bwk la anak2 sekali ye..ahaha
eh2..paan dah ada gf..btol ke gosip kat fb yg dia dh tunang tu??

ascil.punye.lah said...

wewiiitttt gadis konpiden!

eh sama gila muka korang berdua.ada jodoh niii

Shazwani Ramly said...

terbaik lah kekasih hati pengarang jantung kak mary. ANC tuhh. hebak. next year, kak mary pulak dpt ANC. ye dak? heee. all the best.

Anissazira Mahmod said...

hebakkk ahhh boiprenggg maghia ! :)

Rozuan Ismail said...

tahniah buat your bf.proud of him

nabila azmi said...

tahniah to enchek bf kak marya dpt best student n anc..n thniah mng dkt camp tu..hehehe..=)=)

dya bunga said...

bestnya dpt best student..hihi

Mysara Ab Rahman said...

xlama g kak maghia plak..
eh, mai ada bc gk paper tu..hee

Cheq Kaq said...

Salam perkenalan dari cheqkaq yer meghia..hehehhe..eh..smpaikan tahniah biat si dia..adik meghia tahun depan laa CK ucap yer..:)

Hahazirah Througheart ∞ said...

singgah sini~ ^^

erma rahimah said...

romantik sungguh marya dan hafizzudin...warghh untung r dapar boifren pandai...doa moga kekal ke anak cucu

p/s:jemput singah ye http://ermarahimah120887.blogspot.com/

Hanif Redland said...

Wahhh..meriah tul majlis konvo bf cik marya..hehehe..tahniah2..

Marya Hana said...

Cik Anis : kannnnn.. tulah, suka!

Marya Hana said...

NIA SI DRUMSTICK : yeay, ada peluang dtg sarawak nnt. masa tu yaya dah bawak anak 1 kot :D

eh mana ada paan tunang, ajang melawak je. tapi yg tu mmg gf dia sekarang ..

Marya Hana said...

ascil.punye.lah : dah ramai yg ckp mcm tu. tambah janggut, sama!

Marya Hana said...

Shazwani Ramly : akak takdelah. ANC tiap sem kena DL. akak dah terkucil di tengah jalan..

Marya Hana said...

Anissazira Mahmod: dia memang hebak. kak maghia je sayup sikit :D

Marya Hana said...

Rozuan Ismail : thanks. yep proud of him..

Marya Hana said...

nabila azmi : tq tq tq! (:

Marya Hana said...

dya bunga : best student, jeles jeles !

Marya Hana said...

Mysara Ab Rahman : aaa simpan paper tu, tetibe.. !

Marya Hana said...

Cheq Kaq : yep, tahun depan singgah sini balik ..

Marya Hana said...

Hahazirah Througheart ∞ : mekaseh singgah.

Marya Hana said...

erma rahimah : berlakon depan camera je tu..... hihihihi..

Marya Hana said...

Hanif Redland : meriah ke.. biasa je. dgn kehadiran insan-insan tersayang (:

onie said...

kak maryaaaa,tahniah buat bf kak marya :D

Shahada Fauzi said...

fuhhhhhhhhhhhhh..hebat la ip man yaya tu! salute salute..awek die pun hebat jugak kan? ecewah..miss revolution gitu..congrats both of u..

ZUZIANA ABANG said...

keluarga bahagia ni nnt amin.. ^^