ARIGATO GOZAIMASU.

Saturday, November 10, 2012

Membeli dan Blah.


Assalamualaikum kaum-kaum ibu.
Kenapa kaum-kaum ibu? BACA. 

Posisi mana yang sesuai untuk update blog? Duduk atas kerusi diam-diam bukan jalan yang terbaik untuk update blog. KEJUNG aku dibuatnya. Idea pon segan silu nak singgah. But as for me, lebih selesa if baring atas katil laptop letakkan atas perut. memang buruk perangai kalau uolls cuba bayangkan. Ada tak diantara uolls yang terkenan or sama pe'el? Kita mengetengahkan prinsip 3S. Selesa, Santai, dan Sakai! hakhakhak. Okay sebenarnya gini, yang kekwat sangat update blog sambil berbaring tu sebenarnya senang hati semalam berjaya setelkan practical report. Alhamdulillah.. Dari Puncak Perdana gigih buat hard cover kat Seksyen 2 Shah Alam. Dulu ada boyfriend sama-sama tempat belajar heaven kemain. nak pergi mana semua ada orang bawak. sekarang kena berdikari naik bas, beli tiket bas, turun bas, terbabas. hmmm hmmm hmmmm :'(

dua report tauuuuuu. 

Dari pukul 11.30 pagi sampai orang balik sembahyang Jumaat setia print photostat bagai. Bukan nak ngorat budak-budak balik sembahyang Jumaat lengkap berbaju Melayu #sooohandsome. Tapi nak pastikan semua report lengkap sebelum buat hard cover. Tak kose buat kerja dua kali kalau dah tersilap font spacing segala natang tu. Kebetulan perut meminta-minta disuapkan dengan KFC. after setel hal hardcover, terus gerak untuk mencekik apa yang patut. 

Berpantun dua kerat dulu, ehem ehem terlebih dahulu teguk air masak untuk mengelakkan terkeluar suara jantan. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. #berpantun dengan lemah lembut seperti sutun. Aku dan Fatin merewang-rewang disekitar PKNS. "Eh ya, jom pergi kedai buku. nak beli novel". Alik-alik dia tak beli novel ponggg tapi aku sakan membeli dan terus blah. Memandangkan aku perasan ada beberapa orang blogger yang follow blog ni adalah dari golongan ibu-ibu. so apa salahnya kita berkongsi apa yang terbaik untuk anak-anak. #Gaya toksah nak kalahkan pakar kaunseling keluarga. Mari lehat yang ibu ibu :')

Kedai Buku Marwilis, Kompleks PKNS
Taraaa! 3 buku yang aku sempat beli. yang tak sempat beli sebab fatin dah ajak blah.haha
12 Cerita Akhlak Terpuji RM 29.90
beli untuk Zaqwan. semenjak dah pandai membaca, kamus pon dia baca tauuu.
mesti dia tak sabar nak baca, colourful! penanda buku pun cantik. 
"Akhlak mulia semua orang suka..."
Aku tertarik dengan cover buku yang comel ni. 
sebenarnya kakak dia yang nak tumpang baca.
sesuai untuk budak darjah satu. tulisan jelas tak payah pakai kanta pembesar
Menarik kan? dah geram-geram. cari lagi satu buku.
Koleksi Hebat Kisah Moral RM 19.90
after this kompem kena basuh dengan adik sendiri, kurang moral.
Kenapa zaman aku dulu takda buku macam gini? #so sad
alololo tomei angat angat
senang ada penanda buku macam ni kan? tak risau tercicir ke hape ke.
33 Pesan Nabi. Jaga Mata Jaga Telinga Jaga Mulut RM19.90
Yang ni aku punya. Indonesia Bestseller! 
kok ada dalam edisi Bahasa Melayu ya pak? Happy bangat sih.
Luar comel, Dalam Comel. 
Then singgah booth Guardian. ada diskaun uolls! ^^
rasa macam nak pergi lagi, semalam rambang mata. 
so berlalu pergi tanpa banyak membeli. nafsu mati. 
2 for RM10
tak hengat harga, main bayar je. tapi lagi murah dari harga asal
beli dua pencilcase. RM3 each.
untuk Zaqwan yang kuat hilangkan pencilcase u___u"
Mask ni takda diskaun so aku beli dua je
My Beauty Diary 
Strawberry Milk Mask & Honey Strawberry Mask  
Strawberry Milk Mask RM 4.90
Honey Strawberry Mask  RM 4.90 
nak try mana yang best! nanti boleh beli 1 kotak

Tak sabar nak torai malam ni sebelum tidur, untung dapat mimpi Ji Jin Hee oppa! 
Thanks for reading, bye.

p/s : Untuk yang bertanya aku tangkap gambar pakai camera apa, Samsung Galaxy Note je. Kak Maghia pakai DSLR masa kenduri kahwin or event penting je. 




35 comments:

Rozuan Ismail said...

banyak betol shopping untuk zaqwan ye. bertuah ada akak baik macam ko marya.huhu

AkuTracy said...

aku suka ayat kau :
"sebenarnya kakak dia yang nak tumpang baca :D "

laskar pelangi said...

waaa..pakai camera galaxy note pun gambar cun macam pakai dslr..cun2~

Shazwani Ramly said...

semua yg kak marya beli, semua comel comel. kak marya ni mmg comel lah. heee :)

Atiqah Wadiah said...

untung zaqwan..yaya,nk jd adik yaya jgk blh?untung2 blh dpt brg free..hikhok :P

PILOT LOVER said...

banyak shopping kak maghia ni..heheh seronok actually shopping ni.. bile dah balik boleh godek2 tgk barangan yg dibeli tadi then terus boleh napas lega...hikhik ^_^

Arfahani Arsad said...

comelnyaaa! hello kitty tu.. hihi

hazanis said...

patut gambar lawa. guna Samsung Galaxy Note.terbaik lah. hehe

Nurmujahidah Ismail said...

rasa lama dah pulak tak tengok bakal hubby kak maria,, hehe,, next date jgan lupa share,, love yaa!! :D

Miss Sue said...

hai dear.. jom grab BEUTSKIN untuk cantikkan kulit and kesihatan.. boleh ambil trial set dulu...cepat2..
http://ordinarygurl-sue.blogspot.com/2012/11/beutskin-sumber-kecantikan-wanita-masa.html

Marya Hana said...

Rozuan Ismail : so kau nak jadi adik aku tak? haha

Marya Hana said...

AkuTracy : just kiddin', tak mencabar pon buku tu.. :D

Marya Hana said...

laskar pelangi : DSLR lg cunnnn, jauh lagi cunnnnn :))

Marya Hana said...

Shazwani Ramly : haha, naluri kecomelan, gitu? bahahahhaha* over.

Marya Hana said...

Atiqah Wadiah : jadi adik boleh. tp kalau soh buat air, buat. kalau soh tlg ambik itu ini, buat :D

Marya Hana said...

PILOT LOVER : masalahnya tak lega, sbb rasa nak beli lagi.. kahkah..

Marya Hana said...

Arfahani Arsad : mask tu, yep comel and best (:

Marya Hana said...

hazanis : bolehlah, sbb camera si bella lim dah songlap. terpaksa guna henpon..

Marya Hana said...

Nurmujahidah Ismail : eh yeke? tak perasan pulak. sebab konon konon nak bajet single kot, muahahaha :D

insyaallah ..

Marya Hana said...

Miss Sue : insyaallah (:

Mysara Ab Rahman said...

prac report? kak maghia ada tesis skali x?

NIA SI DRUMSTICK said...

zakwan bace ke yaya bace??haha
mask tu cm best je..*maklom laa..korean product..haha

Umie Artoqiemie said...

umie pun singgah booth guardian 2 hari lepas.. sumpah macam nak amik je semua hahaha.

Namee Roslan said...

omg marya !! comelnya barang2 yang marya beli tu. tu as collection je atau nak pakai ? kalau namee, sayang gila kot nak pakai. hehe . comel sgt.

si ngokngek said...

pencil case tu yg tak tahan.comel nya.amboi banyak gila story book.jeles aihh

ELY FAUZIANI ISMAIL said...

hye awak! byk nye kecomelansss.pling suke mask 2 ketul hello kitty.hikss :)

IemanAqmar said...

salam kak..
selamat tahun baru dari ieman..
kalau akak tak keberatan jemput singgah kak...
Ieman cari blog ieman kat blog akak tapi tak jumpa...kat mana akak letak..?

IemanAqmar said...

salam kakak...
maaf lama ieman tak datang sini

Marya Hana said...

Mysara Ab Rahman : yep, ada (:

Marya Hana said...

NIA SI DRUMSTICK : well well well.. suka korean product. one of the reason is cute . muehehehe.

Marya Hana said...

Umie Artoqiemie : kennn, rasa mcm nak gi lagi. tapi malas nak menapak.. haritu terpaksa.

Marya Hana said...

Namee Roslan : sayang jugak nak pakai, packaging dia omey omey. geram!

Marya Hana said...

si ngokngek : hehe, murah je pencilcase tu..

Marya Hana said...

ELY FAUZIANI ISMAIL :yep, me too. loike ! (:

Marya Hana said...

IemanAqmar : maksud adik? >__<