Assalamualaikum
Atas prinsip "sharing is caring" jadi aku terpanggil untuk menaip. kita flashback sikit boleh? masa sekolah menengah aku sangat adore dengan kulit muka sendiri. sebab ramai kawan-kawan yang tanya "ko pakai pencuci muka apa eh? kenapa ko takde white/black head, bagitahu cepat apa rahsianya". waktu sekolah aku tak belajar lagi macam mana nak propa/kencing kawan-kawan. so jawapan aku cukup simple, "tak pakai apa-apa". patotnya kencing sikitlah, pakai SK-II ke. baru kopak duit sekolah korang menggagau nak cantik punya pasal kennn. hiew hiew hiew.
![]() |
| gambar form5, tahun 2006 |
![]() |
| sesuci murninya dulu, ahaks ni masa pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat sekolah |
ingatkan kalau muka dah licin takpayah ada penjagaan rapi. aku main bedal je. sebelum tidur tak cuci muka. suka-suka hati aku je sebab terlampau selesa dengan kulit muka. tahun 2007 masa masuk UiTM, entah macam mana muka yang tak pernah ada jerawat tetiba penuh jerawat kat pipi kanan. kanan je tau. kiri clean & clear *takde gambar nak tunjuk*. bila aku pergi Isetan jumpa kawan-kawan lama, memang jadi bahan aqiqah'lah sebab tiba-tiba muka berjerawat. aku tension gila kena ejek, malu sebab berbiji-biji kat pipi taktau mana nak soroh dah. terus dah takde kulit macam retis korea (kononnnnn).
hari-hari aku memekik tepi telinga mak aku, suruh buat sesuatu. sangat low self-confidence (T__T). mak aku ikhtiar bagi aku pakai produk untuk hilangkan jerawat. dengan kegigihan setiap berapa jam aku pakai ubat jerawat. akhirnya, sekarang takda kesan jerawat pon yang tertinggal kat pipi aku, hebak hebak. aku mula berhati-hati pilih produk kecantikan. walaupun dah penat balik shooting, aku dah rajin buang make up sebelum tidur. bukan terus terus nak membongkang je! ^^
![]() |
| muka sekarang, dah nampak matang rupanya aku |
kulit aku kategori kering. sebenarnya aku tak suka pakai moisturiser, macam melekit-lekit yeyek. tapi aku baru tahu yang moisturiser brand SIMPLE , memang simple habis! tak melekit pon and tahan lama.
| light moisturiser, tahan hingga 12 jam |
![]() |
| sebelum pakai make up, wajib pakai ni dulu bila pakai foundation nampak rata je |
sekarang alhamdulillah kulit masih stabil. cuma kadang-kadang kalau bulan mengambang (period), jerawat/pasir berdengung mesti singgah beberapa hari kat muka, that's normal. thanks for reading, sekadar berkongsi. bye :')




36 comments:
Sama, i pun jenis kulit muka belah kanan ja naik jerawat. kiri clear suci gila. stresssssssss
untungnya kulit maghia xde mslh..hihi...kulit muka sy blopak bagai jln raya xckup tar...hahaha
SIMPLE je jenama dia.. :D
kak maghia product simple ni ok kew??? mula2 pakai ada tak naik jerawat..?? kita nk cuba tapi tak confident lah :)
me too guna produk SIMPLE ni! memang best :)
SIMPLE ni jenama from which country?
muka arfa bminyak,klu perah bole bt goreng ikan bilis youu..
parut jerawat lg la,grr.. -.-'
namee plak..kat dagu.. :( asyik jerrawat je. rasa nak tampar muka sendiri. :( haiyaa. nak try lah simple ni.
My favorite skin care product! :)
wuwuwuu .. untung laa kulit canteks moleks. gn rann jerawat sana-o-sini. aisshhh! tak bestt T_T. baidewei, gambaq kedua tuu suuuciiii :) hehe ..
*psssstt baru brani nak komen sini. salu baca jer. err... >.<
boleh tak promote product yang boleh hilangkan jerawat,, hehe
I try moisturiser simple 3 bulan lepas and muka terus naik jerawat. Tapi maybe sebab muka I jenis berminyak.
woot woot..ptot lah kulit muka yaya cantik n licin je :)
Dylla Fadzil : kenapa jerawat main pilih2 side mcm tu eh? pelik :D
Mira Adzlia : yeke, makan antibiotiklah..
AkuTracy : SIMPLE utk penjagaan wajah.
PILOT LOVER : setakat ni alhamdulillah, kak maghia pakai ok je (: best, sbb muka tak kering dah.
Balqis Shafikah : kan? macam sejuk je muka.
Arfahani Arsad : Made in UK. oh berminyak rasanya tak sesuai. utk kulit kering, memang tepat.
Namee Roslan : haha, janganlah smp nak tampar muka sendiri, takpe. ada banyak cara nak bagi licin. i pon tgh usaha ni, sbb muka ada dedebu cinta. kahkah
Taz Jaafar : yeke? wah ramai jugak pakai product ni kan? (:
Rann : aaa, silent reader lah ni? amboi. commentlah. boleh beramah mesra. kihkih.
Nurmujahidah Ismail : psstt rahsia. ceceh, actually pakai Felisa Cosmetic, jerawat terus mengecut, and tak tinggalkan parut langsung! (:
mya : aaa, kulit berminyak tak sesuai rasanya. kalau kulit kering, memang ini yang terbaik rasanya..
Atiqah Wadiah : takde maknanya.. biasa je, semenjak dah kertu ni selalu naik jerawat. sbb tu kena jaga..
leh try nnti produk ni. :)
Happy Birthday Marya Hana..semoga harapan menjadi kenyataan.. :)
sy tak pakai pencuci muke. sbb tak pakai make up.
mohon tlg buatkan facial utk eden ni nnt haa.. :)
miss Fyqa : cer try cer try..
Hanif Redland : thanks.. wah ontime.. (:
nazirulhazwan~ : ko sental ngan berus sabut je kenn..
zulhilmi tempoyak : bayar ah bayar! haha.
OE pun pernah jadi macam tu sebab masa sekolah tak pandai lagi nak pakai make up.
lepas sekolah terus pandai nak pakai make up dan sekarang dah tak pakai sebab tahu OE rupanya alergik dengan make up. hehe...
^^
Orkid Edyliyne @ OrkEd : haah, sama. pakai make up muka cepat rosak. tapi kalau nak pakai gak, kena beli make up remover, supaya muka bersih.. pori-pori tak tertutup..
marya sekolah mane dulu??yg gurl sebelah kanan marya tu mcm familiar jea....
IeJa MdSah : yep, sek men taman keramat. oo, elia jejariruncing.
Post a Comment