ARIGATO GOZAIMASU.

Sunday, September 16, 2012

PLAN B Tampak Cantik ke Kenduri Kahwin.


Assalamualaikum kawan kawan 

Cuba dongakkan kepala dan memandang 45 darjah ke kanan. nampak kepul-kepul awan? contoh dalam drama yang ala-ala tengah berangan or memikirkan sesuatu. sebab anda telah terjebak dalam rancangan"MARI MENYELAMI IMPIAN MARYA".tetiba buah kelapa jatuh! cilakak lesap semua kepulan awan. 


Ungkit cita-cita zaman sekolah selalunya ikut peredaran zaman. darjah satu kebanyakan orang nak jadi cikgu. sebab cikgu profession pertama yang diorang kenal. hari-hari cikgu masuk kelas "Selamat Pagi Cikgu", bila habis masa "Terima kasih cikgu". so bila kena isi form pasal cita-cita semua gasak bubuh "cikgu". zaman berganti zaman dan hari berganti hari tetiba aku nak jadi tukang jahit


keinginan yang membuak-buak membawa aku ke arah tu. (mula-mula ke arah tu, sekarang tak terarah) so bila ada kain perca kat rumah, aku jahit sarung bantal, jahit baju anak patung barbie, jahit alas meja. satu je tak kesampaian, angan-angan kononnya lepas SPM nak masuk kelas menjahit langsir. tapi hado?? tinggal angan-angan jelah, wokaka. sebab lepas spm aku sibuk kerja sambilan kat Isetan KLCC. 


disebabkan ramai puji "baju cantik" dari Kak Maghia cantik, 
so aku membongkar misteri baju ni. 



baju yang aku pakai masa kenduri Wanie & Azfar 


ya, seperti guru sekolah rendah bagitahu
ini gunting , kehkeh

alkisahnya dah berkenan nak pergi kenduri dengan baju ni, tapi bila fitting macam longgar semacam. boleh masuk lagi sorang, kesian kan aku? then aku memikir apa nak buat? tak pakai sayang. nak jual tapi taknak jual, tah pape. so .. berbekalkan cita-cita masa kecik, aku gi kedai beli ribbon. 


size tak terlampau kecil, tak terlampau gabak

jahit / gunting / gigit benang / fening


maka jadilah ini! 

selesai satu masalah baju longgar, and nampak sweet 


dan siap ke majlis kenduri kahwin ! thanks for reading , bye :')



23 comments:

nurdani said...

kreatifnya...bagus jugak buat macam tu. mencantikkan lagi baju

Shazwani Ramly said...

kak marya nampak awesome (: suka sgt tgk kak marya. manis je.

Reena Onn said...

Eee... good idea lah... boleh praktikkan dekat baju akak jugak ni. Macih awak :)

Umie Artoqiemie said...

beli baju tu katne eh? cantik :D

Syazwan Che Deraman said...

boleh jadi tukang jahit dan pereka pesyen dah.

kelasss kau Maghiaa..

hehehe

Hanney S. said...

kreatif dan inovatif cik maghia.. :)

zuhaida said...

cantiknya baju kakak. kakak pun lawa :)

twinkle twinkle said...

kreatifnyee :)

Asma Azuani said...

kretipnyeee maghia maghiana nih :D

merapu said...

comel, huhu,gn mesin ke jahit tangan?

Marya Hana said...

nurdani : dan juga dalam keadaan terpaksa tu :D hehe

Marya Hana said...

Shazwani Ramly : manis manis si tampok manis. eh meraban pulok ! eheee terima kasih Shazwani Ramly :')

Marya Hana said...

Reena Onn : boleh boleh, silakan !
sharing is caring .. :P

Marya Hana said...

Umie Artoqiemie : bella lim yg beli bagi kak maghia , akak pon tatau ..

Marya Hana said...

Syazwan Che Deraman : hamboi, takdelah sampai ke tahap itu..

tenkiu kelaaaas kau syazwan, erk mcm xkena :P

Marya Hana said...

Hanney S. : gemilang terbilang dan tulang temulang.. ekekke. tenkiu ! :)

Marya Hana said...

zuhaida : aaaa naseb baik ayat last tu betol, wakakkaa. tenkiu ! ^^

Marya Hana said...

twinkle twinkle : kadang-kadang..

Marya Hana said...

Asma Azuani : maghia je. maghiana mesti tak kreatif !tauu....

Marya Hana said...

merapu : gigih dan tekun. jahit tangan dear ..

Mira Adzlia said...

tgn kreatif mmg mnjd...klu sy, bju tu mst da tbaraijd roti tirai psl tslh gunting..hihi

Mira Adzlia said...

tgn kreatif mmg mnjd...klu sy, bju tu mst da tbaraijd roti tirai psl tslh gunting..hihi

KukuLulu said...

transformation yang sangat berjaya untuk sape2 yang da kering idea ke majlis perkahwinan tp malas nak beli baju baru mcm i... huhuhuhu