ARIGATO GOZAIMASU.

Sunday, September 30, 2012

Kenali Blogger Marya Hana : My Student Life.


Assalamualaikum kawan-kawan :') 

Ramai antara kawan-kawan aku yang tak minat dengan dunia blogging. Then bila asyik baca magazine minum milo sambil cicah biskut tiger, timbul keraguan di minda mereka "Siapa Hanis Zalikha? Siapa Maria Elena? Siapa Marya Hana?". Yang kompemnya soalan last tu tak pernah diajukan dimana-mana jua magazine di atas muka bumi ini kahkahkah. Eceh sengseng lengan baju, sepit rambut depan, dah boleh WAT-WAT tau ni. Hanis Zalikha gini gini gini. Maria Elena gitu gitu gitu. amboi gitewww~ macam ko kenal sangat diorang kennn? Tidur sebantal ke dek non. Dulu main sepseptomtom sama-sama ke. 


Eh apa pulak tak kenalnya! Personal blog biasanya mengandungi hampir 50% perkara yang berlaku dalam hidup blogger tau. Statistik menggunakan mata kasar sendiri (walau sepet anugerah Tuhan). Blog ni aku percaya 70% dari pengalaman hidup aku semuanya di sini. so kalau ko kata tak kenal Marya Hana tu, gangster ke dia, kerek ke dia, mari mentelaah entry dia. Dari muda sampai dah kertu ni semua yang sweet-sweet belaka berlaku dalam kamus hidup. Mungkin korang tak bolehlah nak judge aku, tapi sedikit sebanyak dah nampak bayang-bayangnya tu, aaa gitewww~


Bila kita suka baca penulisan seseorang sedikit sebanyak kita mengenali dia. dan secara seriousnya hamboi tiba-tiba meroyan nak serious pulok aku bukan hanya kenal blogger-blogger melalui penulisan. Tapi aku kenal uols bila uols datang menyinggah untuk comment. percaya tak? Sampaikan aku boleh ingat beberapa nama blogger macam (type sambil tutup mata, ambik feel maghia) Atiqah Wadiah, Asma Azuani, merapu, Nalsweet, Nurmujahidah, Cik Sha, Namee, AkuTracy, etc. gempak tak? Gaya riak angkat-angkat kening. Aku kenal dorang wooo. Dorang suam-suam kuku je kenal aku kot. hehe. 


Bila dikenang cinta lama, eh apa ko type ni. Bila dikenang-kenang entry lama rasanya berkurun aku tak update entry macam gini. dulu masuk semester lepas mop-mop lantai, pasang sarung cadar baru, baling semua baju dalam locker, terus update blog. pantas macam lintas langsung dari Kolej Jasmine Puncak Perdana dan kita kembali ke angkasapuri. Semangat gila kau dikala itu wahai maghia. Di manakahhh semangat BLOGGER TEGAR kau menghilang? katakan! katakan! suara meneran u'uk keras. kehkeh. 


Untuk yang masih belum rabun, ini katil ya. Katil dimana air-air liur basi berada dimana-mana jua anda berada. so beware! jangan biarkan hidup anda diselubungi ...............AIR LIUR BASI. 


Baju yang perlu-perlu sahaja, memandangkan semester ni  aku takde kelas. Hanya perlu buat report praktikal dan tunjukkan progress. Dan jika rajin bolehlah mulakan thesis anda dari sekarang.


Untuk memuaskan napsu blogging aku, sebenonya aku baru je lepas memberus kasut. then laju je nak tayang kat semua yang aku baru berus 7 pasang kasut. Sekarang kondisi tulang belakang aku dah semakin parah.


Masa praktikal haritu tahu lanyak kasot je. basuhnya idok


sekarang baru kau rasa perit getir hidup sebagai seorang student
segalanya harus dibuat sendiri. copy paste tarak, eh? 

dan ini pandangan dari jendela tidur ku, amboi

Boleh intai dari sini, ramai orang dak yang tengah beli makanan? Lecturer handsome dah datang ke belum. Eh tak tak gurau je (BETOL). Sambil menikmati keindahan UiTM Shah Alam Puncak Perdana ni, aku teringat something ! apa dia? let's! 


masih ingat my obsession? 


inilah jadinya bila malas buat report
jadi model tak bertauliah kat blog sendiri pon syiokkkk

sejujurnya aku dah penat menaip & meraban. thanks for reading, bye :')

p/s : sokong aku dalam Pencarian Gadis Konfiden Kotex Fresh 2012. undi Marya Hana! 




38 comments:

Shazwani Ramly said...

kak marya manis :))

Nurul Hanim said...

hye yaya...lama x comment kat sini...
cantik bulu2 tu...wakaka..tp nape muka macam pucat jerk...

cik chinta said...

comel la sme kasut.

Atiqah Wadiah said...

erkkk..t'sedak hamba bila nama hamba disebut dlm entri ni..first plak tu..tq yaya sudi sebut nama kita..hehe

laskar pelangi said...

Hehe. comel bebear tu haaaa^^
Fuyoooo 7 pasang kasut dibasuhnya.super rajin marya hari ni.Hihi

Tulus Sweet said...

salam sis maya....lama dah jenguk2 blog akak..sejak raya aritu takde braodband , 2 bulan tak bw. akak apa khabar? makin happy nampaknya. hehe...mehlah jenguk blog tulus. :)

aryu said...

takde kelas? seronoknyaa.

khadijah said...

lame dah tak singgah blog marya, tahun ni semangat berblogging pun kurang, ni pun baru la nak up entry sikit2..:) selamat study marya, free2 singgah la blog saya :)

wawa abdullah said...

rajinnnye basuh kasut..bagus2..huhu :)

AkuTracy said...

jeng..jeng..agk2 dah kesan bilik kat marya kat ne..hehe..
Amboi kak..jual kasut ker?? :p
Apa-apapun..selamat malam warga kolej jasmine :D

Mysara Ab Rahman said...

sy pn suka singgah n bc penulisan sis...cm slumber je...;)

Mira Adzlia said...

nnti igt nama sy pulak tau..hihi...btw, suke gak bce blog ni sblom sy sndri ade blog lg...mmg best la.. :)

k i k i o said...

Kak Maghiaa! Kasut belang belang itu macam kasut kiteww lar!
cuma lain sikit bahagian dalamnya
seriouss

Marya Hana said...

Shazwani Ramly : awk pon manis mcm gula-gula :))

Marya Hana said...

Nurul Hanim : pucat tu maybe effect dari gambar yg diedit dgn warna2 pastel mcm tu :)

Marya Hana said...

cik chinta : yeke, comel lagi kasut dr tuan ..

Marya Hana said...

Atiqah Wadiah : sama-sama, lain kali dtg singgah lagi ye :))

Marya Hana said...

laskar pelangi : bebear lama dah beli tu, dari sem lepas. erm, tu ah, ter'gigih pulak harini nak basuh kasot..

Marya Hana said...

Tulus Sweet : wasalam, hai tulus. ohh, boleh ke lama2 takde broadband? mcm tak hidop je kennnn. sehari tak online terasa mcm x best je.

insyaallah, happy blogging :)

Marya Hana said...

aryu : takde , hehe. best ke? byk kerja ni sebenarnya. gaya je mcm relax sgt..

Marya Hana said...

khadijah : hai, amboi dah lama tak update blog kenape .. nnt makin lunturlah semangat blogging tu .. ok, insyaallah :))

Marya Hana said...

wawa abdullah : orang kata TEBIAT. haha.

Marya Hana said...

AkuTracy : kannn..

aaa, akak dah bawak hadiah yg patot awk dapat , cuma akak takde masa nak bg je. nnt akak contact awk.

Marya Hana said...

Mysara Ab Rahman : yeke, wah terima kasih.. selalu lah jenguk sini eh? :D

Marya Hana said...

Mira Adzlia : oh yeke? waaa, so sekarang dah ada blog bolehlah praktikkan pengalaman sepanjang awk membaca ..

Marya Hana said...

k i k i o : yeke, taste kita sama letewwww :')

nalsweet said...

uishhh..mcm nak menitik air mata bila nampak nama ditaip blogger heibak!

hihihi..

akak suka blog marya sbb sempoi..bahasa sempoi..cerita best..gambar cantik-cantik..suka tukar-tukar header image tu..lawa-lawa plak tu..pastu pandai..
memang pakej la untuk anak muda jadikan idol..macam akak ni dah terlambat je nak idolakn marya...zaman unibesiti dah berlalu..hihi

eh, pastu sebab marya ada bella lim yg sempoi..adik beradik yg slumber..hihi

*sekian dulu ayat membodek..ehehehe*

Marya Hana said...

nalsweet : amboi tanjat boboi .. panjangnya comment akak, and i appreciate it, thanks kak :))

oh yang lain2 boleh diterima bodek, tapi tang "pandai" tu, memang harapan nusa & bangsalah kennn. tenkiu2 ..

hazanis said...

wah..masih di puncak perdana..:)

Marya Hana said...

hazanis: yep, dah hampir 6 tahun kat sini, since 2007. fakulti Teka pelik sket, walaupun kita continue dgn course yg sama dr diploma, degree still 3 tahun, makanya still di puncak ..

fahmihaziq said...

agakagak, kalau saya cakap hai kat maghia dia reply dak?? heheh

Khalilah MNor said...

Petik jari je, semua info bloggers awesome-mosome boleh gtau...:) Awesome lah~!

Oun said...

Mmg semangatt baca entri ini ! Best kak maghia (;

Marya Hana said...

fahmihaziq : haiiiiiiii~ amboi.

Marya Hana said...

Khalilah MNor : dunia di hujung jari .. :D

Marya Hana said...

Oun : semangat apa tu? hehe.

Namee Roslan said...

tapi sebenarnya lah kan...blog ni seronok dibaca dan dibelek kalau blog tu pasal personal .kan ? namee suka baca blog personal ! sebab dari situ kit adapat tahu kiah hidup org tu dan juga review products.. :D

Marya Hana said...

Namee Roslan : setuju, actually i suka baca blog personal sbb mcm2 kita boleh tawu dr pengalaman org lain..