Assalamualaikum kawan-kawan blogger :')
Takyah propa sangat intro kau. gambar kat KUBUR bagai, straight to the point je apa kau buat kat tepi kubur orang tu. jangan nak kencing yang kau photoshoot kat kubur. tak pernah dibuat orang, mau mau kena tembak dengan senapang gajah. takde tompek lain laei yang boleh photoshoot kennn..
masa ni scene Kak Wan Norazlin (watak Marlia) nangis kat kubur arwah husband dia. so director mintak aku stand in untuk dia sekejap. gambar candid ni, tu yang hidong kembang langsung takboleh cover (u_u||)
Telemovie Kain Batik Kain Pua akan ditayangkan pada Hari Malaysia (16 September) nanti, kat TV2. takyah tengok lagi bagos! sebab aku ada buat extra dalam telemovie ni. wokaka. dialog macam kejar keretapi, macam nak cepat habis je. gelabah punya pasal, lagi satu masa tu semua orang dah lapar nak berbuka puasa. sooooo aku meringankan kerja depa kan? :D
31 Julai tu kitorang gerak dari Petaling Jaya pukul 3 petang, naik van RTM. penoh van ni dengan bag masing-masing yang mengalahkan orang nak pindah rumah. yang paling ketara aku ah, hair dryer bawak. sepit-sepit nak sidai seluar kecik pon bawak. sabun basuh baju bawak. softener bawak. bag doraemon!
lepas buka puasa van makin berat, sebab masing-masing berat taik pulak.
wokakakka ^^
memperkenalkan pesaing baru kepada Adik Mia Sara, Putri Syasya Masyithah. agak-agak korang pernah tengok tak budak ni? meh aku ingatkan korang ..
Asya berlakon dalam cerekarama "Perempuan Neraka" bersama Fizz Fairuz & Sherry Merlis. aku tengok cerita ni, rasa nak tendang-tendang bini dia yang kurang ajaq tu. eh , okay teruskan .. then Asya pernah berlakon dengan Nora Danish and Kamal Adli dalam drama Ana Lu'lu. Drama Opah kat TV2 pon dia. coming soon filem Jwanita bersama Maya Karin, arahan pengarah Osman Ali.
Asya pon ada dalam iklan. banyak lagi, tapi tangan aku dah kebas haa.
promo drama Ana Lulu
baru 2 hari aku tak jumpa dia, dah ghinduuu gila. asyik ulang-ulang iklan Febreze tu. meroyan dah Kak Maghia. mana taknya, orang kata "korang adik beradik ke?". ada jugak yang kata aku ni bibik dia. haha. sebab tidur sekatil dengan aku, aku bagi makan, mandi, semualah! macam PA ..
:: Asya and Mak Kismah ::
aku yakin satu hari nanti dia akan jadi pelakon kanak-kanak yang hebat. dia tak mudah meragam, yelah setengah budak dia ikot mood nak berlakon. tapi Asya lain dari yang lain. On action, dia teros jadi watak yang dia bawa. ramai pengarah yang suka ambik dia berlakon, antaranya pengarah Osman Ali.
Kak Maghia bangun tido pon muka macam tembok tak siap, dengan muncong sedepa. tapi Asya bangun tido dah boleh gelak. takde masalah sepanjang jaga dia. cuma bab makan dia memilih. so apa yang dia tolak ke tepi semua aku yang kena kaot and dah selamat masok dalam perot aku, alhamdulillah .. dasar.. haha..
briefing sebelum bermulanya shooting
gambar sengaja dihilangkan warna, sebab nanti ketara cilok tudung dari van wardrobe, sebab nak masok tanah perkuburan punya pasal. walhal baju kau hijo-hijo .. tudung yang kau rembat warna purple. sesuai sangat maghia, don't worry (dalam hati nanges) (u_u||)
no problem punyo, sebab adik aku yang 7 tahun tu pon masih hisap botol susu. sikit lagi bila bapak aku naik hantu kompem botol susu dia tetiba dah kena campak dalam longkang.
hari terakhir kat Kuala Terengganu, dapat jumpa kawan yang duduk kat Losong. dah lama tak jumpa dia, kawan baik since diploma. datang dengan mak and adik-adik dia. siap belanja serunding ayam my fav lagi! thanks so much weh ..
Penyu pink tu pemberian Kak Maghia. sampai kat rumah dia pelok natang tu.
gambar ni mak dia post kat facebook. adik dia sampai demam-demam rindukan Asya.
selain kepok lekor yang aku borong, untuk bagi kat jiran-jiran and family. aku beli souvenir untuk kawan-kawan baik, kawan office and kawan-kawan kat UiTM.
antaranya .. aku beli 4 plastic kot ..
pashmina untuk diri sendiri and untuk fatin (housemate)
ada niat nak kongsi dengan readers.
siapa nak sourvenir ni angkat kaki hentak hentak kat keyboard masing-masing. hikhik. oklah, senang je nak dapatkan benda ni and Kak Maghia akan tambah dengan hadiah lain disebabkan aku tetiba murah hati nak kasi orang hadiah.
1. tinggalkan URL Blog di ruangan comment entry ini sahaja
2. kenapa korang patut dapat souvenir + hadiah dari Kak Maghia
senang? then Kak Maghia akan pilih comment mana paling best. tak makan bodek okay! haha. aku akan kumpul and peram comment-comment korang sampai hari Jumaat (17 Ogos). meh lah cuba, mana tau dapat. sebab aku memang nak kasi je. tinggal nak tulis alamat rumah korang and pos je ni, wokaka. ok bye!













24 comments:
ha, ni besfren yg jauh di mata dekat di hati ni da dilupakan ke?
yup, pesaing baru mia sara. dia pun pandai berlakon jugak :)
Hi Maria!~ :D
Sesaje nak try.. huhu..
Kenapa sy patut dapat souvenir+hadiah dari kak Maghia?
Sebab nye sy selalu blogwalking Belog Kak Maghia.. :D
tu je nak komen..
Ni blog sy http://memorintorinaellisa.blogspot.com/
Thanks Maria :D
WAh,,, Kelas kau maghia,,,
Lama betol tak singgah sni.. ni assigment ni praktikal?... good luck dalam bidang ni tau!...
www.semut-senyum.blogspot.com
macam anak beranak. oppps hehe :P
takmo la souvenier tu..ceewahhh..berlagak kemaen tu..haha..takpe..yaya kasik je kat readers lain..esok saye ni nak kawen org sane jugak..siap boleh jadik dealer menatang alah tu kat orang..hahahaha..
wah macam tu rupanya kisah dibelakang tabir. seronok tengok ada pengalaman macam ni.
bab gambar banyak tu tak kisah. sebab seronok pulak tengok suasana berlakon tu.
asya tu comel sangat. dah macam adik kepada maghia dah ha.hehe
ok saya patut dapat souvenir tu sebab komen ni panjang. ngahngahngah. k.
1. URL blog xde ah..xde blog... :(
2. I kan bf Kak Maghia..hehehe
saya nak souvenir akak maria :) nahhh :
1.http://anakkecikradzali.blogspot.com/
2. saya nak souvenir akak sebab saya dah lama baca blog akak dekat 2 tahun lebih sampai terdorong rasa nak buat blog so bagi laa kat sayeeee ^^
hamboi banyak kemain gambar ! ^___^ Nak tgk ah kak maghia berlakon wlupun xtra :D
woitt.. haha knp licin je nmpak muke budak tu?? wkakakaka..
penyu tu sme la dgn pnyu y adk aku nk tu.. wrne je lain.. tp bile mse ko pg cri pnyu pink tu?
#kecik..
Assalamualaikum wbth..
saya ieman blogger baru..
dh follow blog kamu ni...
wah...ramainya follower kamu saya kagum la.....
harap dapat berkenalan ye......
terima kasih kalau sudi...
saya suka blog kamu nie...saya simpan alamatnaya dalam belog saya...
harapawak tak marah ye..
Harap maaf dari ieman....
comelnya dia. eh 6 tahun minum botol lagi ?alolololo tomey. hehe. susah juga nak buat telemovie kan. berlakon2 tengah2 panas . banyak crew yang diperlukan.
maria ni sweet la, suka tengok :-)
wany nak hadiah dr kak maghia sebab hari hari tunggu new entry dr kak maghia. dari siang ke malam, malam ke pagi. heeee. mandi terlalu basah n makan terlalu kenyang sebab rindu new entry dr kak maghia. :D. nak hadiahhhhhhhh! :D. *sambil buat muka comel. hehehe.
http://jantunghatiiwanii.blogspot.com/
1.http://leeya-gimmick.blogspot.com
2. Lya patut dpt kerana, Lya follower baru akak. And bila first time tengok blog akak, Lya dh tergoda. Post akak sangat santai. Lagipun, Lya nak kenal akak dengan lebih close. One more, Lya baru je buat blog baru, so, Lya suka tengok blog yg cool and santai mcm akak untuk jadikan inspirasi Lya. Trimass ye akak ;)
http://dunia-syaada.blogspot.com/
kenapa saya patut dpt souvenir + hadiah dari kak maghia sebab :
1)blog kak maghia belog yang saya wajib baca kalo ada new entry. :)
2)belog kak maghia ada dalam blog list saya so dpt la taw ada entry baru ke idok dari kak maghiaa.. hihihi.
3)sebab ketigaa of coz la belog kak maghia best! hehehe :D
tu jer lahh..kalo ada rezeki..dpt lah yer hihi.harap2 la ada..nak jugek ler buah tgn dr kak maghia kitew ni. hikhikhik :p
lagi lagi maria... maria...maria...
saya dah bosan dengan maria!
ehhhhhh... ini bukan maria mariana...
ini kak maghia!
kakak yang harapan Marya hanya impian. eh salah Harapan Maghia hanya impian.
Assalamualaikum kak maghia. Nak join.? Kejap lg ecah dtg rumah kutip sourvenir ye.? Wakaka. Bak mai kepok lekor sekali. Selamat hari raya. !
1. http://nieynasz.blogspot.com/
2. saya berhak dapat cenderahati dari maghia sebab saya pembaca setia maghia tapi silent reader je,,jarang2 komen,,dan sebab ritu nampak si dia maghia kat TS,,ingatkan maghia ada tapi rupanya tidak..okay kecewa tak dapat jumpa maghia.. =')
perghhh... byk beno cerita ni...
smpai tak tahu nk komen apa..
btw good luck cik pelakon.. :)
Halo Kak Marya a.k.a Maghia..hikhik..
Saya Tracy..
Ni link blog saya :
akutracy.blogspot.com
Sebab sy patut dpt souvenir dr kak Marya :
a) Sy tak pernah g Terengganu lg..huhu
b) Rasa bangga dpt pberian dr anda :D
c) Mana tau leh tukar2 cenderahati dr Sarawak pulak sbb sy dok Sarawak :p
d) Mana tau dpt hadiah lain selain di atas no...=.=
e) Slalu curi2 baca blog anda(maafkan sy krn mcuri)
f) Tak kisah aa ape tp kak Maghia tetap keno berik ngan kite jgk..sbb sy September ni akan blepas g kmpus pncak pdana smbong stdy jgk amik dgree..awas kak..kalo taknak kasi,siap kak nanti.kihkihkihkih!! >"<
SEKIAN TERIMA KASIH AKAK ~
eh marya dh officially kerja ker?
dh abes belajar jugak kn?
bestnya!
Post a Comment