ARIGATO GOZAIMASU.

Wednesday, August 15, 2012

Dang dang dum bunyi mercun.


Assalamualaikum kawan-kawan blogger .. 




Dulu suka countdown berapa hari lagi nak raya. tahun ni tebiat apa entah aku tak berapa nak countdown sangat semua tu. bulan Ramadhan pon terlalu pantas. baju raya tak kose nak tempah-tempah, semua beli yang ekspress je. kasot raya baru nak cari. gelang raya semalam baru beli, subang raya takde so rembat jelah apa yang ada dalam koleksi peribadi. berjimat kennn, tapi aku tak janjilah boleh berjimat ke tak. kejap lagi aku nak cuci-cuci mata lagi, emosi perempuan ketika bershopping sukar disangkal kahkahkahkah. #jangan nak gelak setan sangat boleh dak!#. 



stok mercun tahun ni macam takde je. teringat kecik-kecik suka bakar duit sepanjang bulan Ramadhan. balik dari mengaji, cabot tudung teros sarung tracksuit, and tadah tangan. berdoa? tak lah. tadah tangan minta mak duit nak beli mercun. mercun bola, mercun rocket, mercun padi, mercun mancis tu yang popular dulu kini dan selamanya. yang lagi advance aku tak ambik port dah. tak bernafsu dah nak campak mercun bola atas atap zink jiran opah aku. wokakaka. lagi best kalau ada orang tua yang kuat melatah, sampai raya esok pon dia tak habis melatah lagi penangan bunyi mercun bola. 



pernah jugak mercun rocket salah tuju, patutnya letak dalam botol mencondong ke langit. tapi dan dan tengah membakau mercun tu baik punya melorot dari botol, then ^%$#@! . kebetulan jiran bukak pintu belakang rumah, elok je mercun rocket sampai ke destinasinya. berterabur budak-budak lari balik rumah. 



lepas intai line clear ke tak, sambung balik. haha tak pernah nak serik. bila mercun dah habis. tiba masanya buat perkara mengarot. sebat paper lama buat obor pulak. korang pernah tak terjebak dengan benda ni? then punyalah excited bila tengok obor yang kita bakar tu terbang di udara, puas hati mak nak. balik rumah satu badan bau asap. lepas tu buat muka tak bersalah sebab esok rasanya nak mintak duit beli mercun lagi. 



Bila difikirkan balik, duit beli mercun tu dah setara dengan kasut raya dua pasang. package sekali dengan  sampul duit raya. sekarang nak nangis hentak-hentak kaki sebab napsu beli kasot raya membuak-buak tapi banyak dah takde size. (u__u!||)



Raya tahun ni aku balik kampung sebelah ayah kat Lenggong, Perak. tahu sedara mara belah mak kat Melaka terasa hati sebab tahun lepas pon balik Perak juga. entahlah, bukan den yang buek keputusan balik raya mana. biasalah kehidupan bekeluarga, isu balik raya memang tak pernah habis. lain kali kahwin dengan orang satu taman je. senang! apa-apa pon selamat hari raya maaf zahir dan batin semua pembaca blog Harapan Marya Hanya Impian. tak sabar nak baca entry menarik hari raya korang! baju raya Kak Maghia tahun ni sesimple yang mungkin, warna purple. k bye thanks for reading .. 





19 comments:

Rina Ellisa said...

Selamat Hari Raya Maria :D

Rozuan Ismail said...

untonglah.hehe.. tapi bab mercun tu memang sokong.huhu

Selamat hari raya marya!!

cik ery said...

wow.kg lenggong ke kak marya ney?heh.jiran-jiran.sy gerik :)

nurdani said...

main mercun rupanya ya.

tahun ni pun tak countdown raya lepas tu tak excited nak balik beraya. tak tahu la kenapa. hehe

tahun baju warna pastel

Rara Nasiha said...

semua tu kenangan time raya. sekarang ni bila dah besar lain sikit suasana dia. tapi tetap best. Selamat Hari Raya :)

cik fadh said...

selamat hari raya kak maghiaaa..walaupun baju raye sesimple yg mungkin, kak maghia mst nmpak gojessss jgk !

Qa Thyqa said...

Selamat hari raya yaya..
maaf zahir batin...
nak dui raya :P

Namee Roslan said...

namee takde kampung. sedih juga lah.wuuu. selamat hari raya marya. namee dulu kampung perak juga. Taiping. :D

Namee Roslan said...

eh tadi ada comment...dpat tak comment ? :O

Marya Hana said...

Rina Ellisa : selamat hari raya si cantek .. (:

Marya Hana said...

Rozuan Ismail : kau mesti lagi teghok dr aku bab2 mercun ni kennn..

selamat hari raya rozuan..

Marya Hana said...

cik ery : oh , gerik .. selamat hari raya cik ery (:

Marya Hana said...

nurdani : haah tahun ni mcm lemau semacam..

wah pastel! cantek ..

selamat hari raya dear..

Marya Hana said...

Rara Nasiha : sekarang ni dah beso cover2 cun je. wakaka.

selamat hari raya rara..

Marya Hana said...

cik fadh : ye ye ooo lah awak ni. gojes apanya.. hehe..

selamat hari raya cik fadh (:

Marya Hana said...

Qa Thyqa : siapa lagi tua? atiq.. hehe.. yaya birthday lambat lagi.. nak duit raya!

selamat hari raya atiq..

Marya Hana said...

Namee Roslan : oh taiping, then sekarang kenapa tak balik dah?

btw selamat hari raya..

p/s : don't worry, dapat.. hehe..

Chah Abbas said...

Selamat hari raya Marya...:)

ascil.punye.lah said...

tak pernah main mercun.setakat pop pop tu je ibu kasi main T___T