Assalamualaikum kawan kawan
Actually aku dah tengok filem ni agak lama. macam biasalah terhegeh-hegeh nak review atau dengan alasan lain hilang ingatan. yang belum tengok boleh segera dapatkan, yang dah tengok boleh sama-sama kongsikan pendapat. apa kata?

Tajuk : Sunny (2011)
Pengarah : Kang Hyoung Chul
Pelakon : You Ho Jeong, Shim Eun Kyung, Jin Hee Kyung, Kang So Ra, Min Hyo Rin, Kim Shi Hoo
Secara ringkasnya filem Sunny menggunakan latar masa sekitar 80-an. maybe itu yang menjadi daya penarik untuk aku melekat duduk depan laptop tengok sampai habis. wardrobe, props, hair style, lagu pop 80-an.
7 orang kawan karib ni selalu bergaduh dengan satu geng nakal. kat sini boleh nampak semangat setiakawan. Bila sorang kena tiawww, mesti geng akan masuk campur. maka tertubuhnya satu kumpulan bernama "Sunny". Setakat yang aku membebel ni, adakah korang rasa aura-aura filem ni? kehkeh.
Kang So Ra ketua geng "Sunny". memang cool habis dengan hairstyle macam tu. bukan gangster jalan kepit okay? ni betul-betul otai, dengan suara Kang So Ra yang agak kejantanan semulajadi.
jangan bilang perempuan cantik tak boleh jadi gangster, nah buktinya..
macam brader-brader Kang So Ra dalam filem ni, phewit~
oh lupa, filem ni diselang selikan dengan kisah diorang bila dah dewasa, tapi lost contact. so macam mana diorang boleh berkumpul semula? korang kena tengok sendiri. dalam pada aku gelak-gelak, terkeluar hingus jugak layan filem ni bila ada part yang menyentuh perasaanggg. HAHAHA.
Round and Round (Sunny OST)
Geujo baraman bogo itji, geujo nunchiman bogo itji, neul soksagimyonsodo, saranghandaneun geu mareul mot-he , bla bla bla. aku suka OST lagu ni, best gila! (sambil berjoget-joget).
:: gambar hiasan tahun 2007 ::
After tengok filem ni, aku dapat satu idea apa aku nak buat dengan kawan-kawan rapat aku. apa dia? rahsiaaaaaa. baik punya ^^ k bye.







24 comments:
nice entry.
cam best ni..nak tgk jugaklah
macam bestttt..
nak carik, nak download, nak tengok! ;P
ktne nk tgok full movie ni kak maghia oiit =)
haha comelnya gamba last tu. hello marya :)
hehe~kecik lg yaya kat gambar last tu :)
okay, confirm kita nk tgk. haritu mcm nk download dh, yp tak sure sape pelakon. heeee. thanks sis.
geram betul tengok kulit diorang! licin. hihi. :))
lama dah tak tengok film2 yang macam nie , hehe
dah lama tak layan cerita2 mcm ni.. adui,rinduuunya...
ehhehe... dah lama jugak tak tgok cite2 ni.... kene review balik ni. ehhehe
akak akak akak kat mane tengok cite nie? nak link.pehlissssss :(
YB Tuan Nizam Ferrari : tenkiu ^^
Gnie Syazni : sila sila.. :p
aisya : di alu-alukan.. (:
Myra Abdullah : kita download kat mana eh? tak igt. sorry..
Syuti Moimoi : hehe, hello syuti .. (:
Atiqah Wadiah : remaja .. muka tak matang kan? haa.
Shazwani Ramly : no biggie. gi ah download..
Namee Roslan : tau takpe. kulit mmg cantek, tapi kalau muka yg cantek, apa lagi? plastic surgery kebanyakkannya..
Syafik Coklat : why? (:
Fai CeritaCinta : yeke, silalah mengenang kembali filem2 mcm gini.. kadang2 layan syok gak.
Semut Senyum : harus.. harus.. :D
ezzaty : akak pon hilg ingatan dah. rasanya awk just search kat google "sunny korean movie free download".
Post a Comment