Assalamualaikum kawan-kawan.
Cecewah semenjak aku kerja government, maka lengkaplah aku sebagai bakal isteri mithali. bangun subuh iron baju kurung, kemeja, kasot pon kalau boleh nak di'ironnya. tang yang tak berapa mithali, balik kerja terus terjun atas katil. penat berasak dalam LRT, menahan aroma ketiak therapy. nak-nak bulan puasa ni ramai orang kecoh balik awal nak pergi bazaar ramadhan. termasoklah kakak-kakak yang tak puasa tapi konon-konon muka lesu mcm baru balik menoreh getah puasa beno letewww. [keji diri sendiri].
setel meeting sesama crew, dan script reading bersama pelakon-pelakon telemovie "tet" [tajuk adalah rahsia untuk siaran Hari Malaysia nanti], then tibalah masanya photoshoot di Bilik Foto Wisma TV, Angkasapuri RTM. main cast photoshoot gambar kahwin untuk dijadikan prop untuk tele ni. itu pon Kak Maghia tak dapat tempek kat sini. copyright RTM tu ..
gelak sambil terkincit [tak batal puasa kennn..] aku pon join photoshoot tu. alkisahnya watak utama dalam tele ni ada butik batik, dan Hotel Ri-yaz kat Kuala Terengganu tu husband dia owner. untuk membuktikan dia ada butik batik, maka inilah model-modelnya .. wokaka.. yang takleh bla mentang-mentang aku crew depa (orang atasan) suruh aku je jadi model. nasib ada kaki panjang, tangan tak panjang takpe.
yang kejamnya aku heret sekali Bella Lim untuk jadi model baju batik
walaupun kureng ketinggian tapi rembat je ah .. it's ok kakaknya crew ..
fefeeling Saloma letewww, padahal Datin Maimun ! kahkah
yeah dah reveal siapa pelakon utamanya , Kak Lin (Wan Nur Azlin)
pose sangat limit, sebab model baju batik kan.. what more can I do ..
aku sensitip and sesentap kalau pakai high heels
makanya aku pakai flat shoe ajooo, kasi chance kat Bella Lim tapi ..
nampak tak berdaya jugak tu .. wakakka nangis dia baca entry ni ..
tu diaaaa [kincit lagi sekali nengok gambar ni].
pertama kali dalam sejarah pakai baju batik
kain batik pon 10 tahun sekali aku pakai, tu pon buat kain basahan ataupon buat alas tempat tidur kalau out station, risau pijat naik badan hiew hiew. kalau pijat boleh bercakap, hakikatnya pijat pon tak selera .
Kak Lin kata "gambar facebook satu !". haha.
tengah tu ex senior kat UiTM, sekarang Assistant Director kat RTM . dia dah lama meninggalkan UiTM, bayangkanlah sama batch dengan Farid Kamil masa diploma .. aku nampak batang hidung Farid pon masa dia dah degree .
togolak !
lepas Kak Lin salin baju, terus dia berlari nak tangkap gambo jugak
Atip Azhar and kawannya pon ada. diorang praktikal di Unit Foto, sama-sama lapor diri kat Angkasapuri haritu, terus buat kawan. so bila sesekali kitorang ke Angkasapuri untuk Photoshoot mesti terjumpa, senang nak copy gambar lepas sesi photoshoot.
apa kau tenung tu Kak Maghia?
31 Julai-11 Ogos shooting telemovie ni kat Kuala Terengganu. nak makang kepok lekor! hehe
thanks for reading, k bye.
25 comments:
Eh, muka maria seakan sama la dengan pelakon tu.. Heeeeeee :))
wah macam saloma. hehe.
eh wan nor azlin..hm.. :)
bella comel :) semua pun comel :)
comel je maghia ni..hehe
Haha! Tudia.. Retiss dah mai. Patut pun Ajang sebok nak bergambo dengan artis. Wahaha! Nice yaya! ;D
kain batik ni,, kalau kena cara,, ribuan ringgit lebur nak daptkan shelai,,
wahh.. dah jadi model sekarang ni yaya..hihihi.. hpflly pasni murah rezeqi ye :D
wahhhhhhh..bestnyeee..
yaya cun! macam erra pajira gitu! ;p
hohohoho
good2..
nanti gtaw kat mane ko lepak..
bleh aku trun sana..
hahaha
peace
tu diaaaaaa, dah macam datin dah sekarang haha.
salam ramadhan kak maghia
tak sabar nk tgk! nanti kasi detail date,time,channel ye kak maghia,ahak :P
Rina Ellisa : haah baru perasan.. dgn mata sepetnya..
nurdani : saloma? HAHA. kesian saloma kalau disamakan ngan i tau ..
Maya Lisa : alamak, koyak seluar masing2.. >_<
MizzTina : tenkiu puji maghia.. padahal comot je. tak comel.
.zara. : thanks zai, ajang tu memang nak kena ! grrrrrr..
Nurmujahidah Ismail : haah, sbb tu diiktiraf.. designer yg best pasal batik salikin sidek kann..
Suhaila Ismail : insyaallah, tenkiu ella ella A A .. haha..
♥CIK SHA♥ : erra pajira sangat kannnn cik sha.. bibik erra..
Dang Intan Duka : okeh bibik did..
Umie Artoqiemie : datin maimun..
salam ramadhan jugak umie (:
onie : nnt akan update kat fanpage , yg confirm setakat ni tayangan utk Hari Malaysia..
weewittt~model tuuu!!!nak sain.. :P
kak maghia ngn kak lin dh mcm adik beradik laa =)
muka maria sama je macam kak lin !!haha. dah macam adik beradik pun ada. kak lin jadi mak maria pun boleh!! :D
Post a Comment